Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Kuih Keria Gula Melaka Viral Antarabangsa sedap mudah
January 25, 2017March 23, 2023

RESEPI KUIH KERIA GULA MELAKA : KUIH VIRAL WAJIB CUBA BUAT, SENANG JE

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Korang tau tak apa Kuih Viral tahun lepas? Kengkawan group masak-masak semua dah buat. Nina aje yang ketinggalan keretapi baru nak cuba buat Resepi Kuih Keria Gula Melaka yang sedap mudah . Tapi … Biar lambat asal selamat. Eh! Tak de kaitan pun… Biar lambat mencuba daripada tak pernah langsung mencuba. Baik ada daripada tak de apa-apa. Gitu…hehe..

Isi Kandungan hide
1 Resepi Kuih Keria Gula Melaka Viral sedap mudah
2 Related posts:
3 Resepi Kari Daging Sedap yang simple, mudah dan cepat dimasak : sampai menjilat jari!
4 Sinopsis Drama SCAMMER Astro
5 Top tips about home insurance to make the most out of your money
6 AEON STAR REWARDS 2023 DISNEY 100 TUPPERWARE CANTIK MENARIK

Alkisahnya lepas dapat liputan dari Majalah Tiga TV3, Keria Gula Melaka Antarabangsa Haji Jalil Limbongan kat Melaka tuu mendapat sambutan hebat! Kuih Keria ni laaa yang menjadi viral group masak-masak. Semua pun dok cuba buat sendiri. Nak beli, jauh kat Melaka nun sana…

Pastu dengar khabar lak sapa nak pi beli tuu sila bekalkan ketabahan tahap tertinggi dan bersedia tuk keras kejung kaki berdiri lama. Dasat tuu…!! Hurmm.. normal lah tuu. Apa yang sedap, sapa pun sanggup bersusah payah untuk mendapatkannya. Tapi rasanya depa ada terima tempahan awal kalau nak, nanti sampai sana tinggal ambik jer.. Bagus lah kan  memudahkan urusan orang lain.

Resepi Kuih Keria Gula Melaka Viral Antarabangsa sedap mudah

Awal tahun hari tuu, mula-mula nampak Kak Long Saidila tayang Kuih Keria Gula Melaka dia. Wallaweyy…. Cantik menyelerakan! Tak caya pi tengok! Berderau naik bulu roma nengoknya… Tak lama pastu nampak lak UmmiNani – Blogger Puan Polis  ni pun gigih laa buat gak! Menjadi dengan jayanya. Korang pi tengok sendiri… Ini tak boleh jadi ni.. Polis pun dah buat sendiri Kuih Keria Gula Melaka. Haishh… Nina mesti mau cuba gak!! Tetiba rasa tercabar hahaa

Depa laa punca kegigihan ketabahan dan rasa bersemangat nak gak pekena Kuih Keria Gula Melaka. Walaupun dah lambat, nak try gak. Lantak lah.. Ok, operasi dimulakan…

Alkisahnya >>> tengah separuh jalan baru perasan gula melaka nya yileekk..!! Tu laa gamaknya, menurut perasaan. Tak check bahan yang ada kat rumah. Frust sungguh. Huhuu…

Maka, tak de laa salutan Gula Melaka, Gula Omputeh jer ada.  Kat resepi Nina share dua-dua resepi tuk sira. Gula Melaka ada, gula omputeh pun ada. Ikut laaa apa yang ada kat dapur korang.  hehe… Atau korang nak cuba yang mana.

Adunan ni dapat banyak gak, tapi memandangkan family Nina agak meriah dan tukang makannya ramai. Alhamdulilah Licin… Tak nyempat nak hulur tuk jiran tetangga. hehe

Resepi Kuih Keria Gula Melaka Antarabangsa sedap mudah

Resepi Kuih Keria Gula Melaka Viral sedap mudah

Bahan-Bahan Kuih Keria
500gram ubi keledek oren / putih
tepung gandum – 1cawan
tepung beras – 1 sudu besar
soda bikarbonat – 1/2 sudu teh

Cara penyediannya
1- Kupas keledek , potong sederhana besar (potong kecik lagi bagus cepat empuk) dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk. Angkat keledek, toskan airnya
2- Lenyekkan keledek kemudian tunggu sejuk sikit pastu satukan dengan tepung gandum , tepung beras dan soda bikarbonat . Uli hingga semuanya rata. Tak payah tambah air kalau lembik, biarkan sebentar nanti dia akan keras sendiri.
3- kepal-kepalkan adunan bulat-bulat macam tayar kete tuu Eh! Macam cincin gitu. Pastu tebuk tengah jasi macam buat donat. Buat sampai habis adunan.
4- Goreng dengan minyak yang banyak, pelan-pelan balikkan. Kuat-kuat kang hancur lak keria tu. Bila dah keperangan angkat dan toskan.

Bahan Gula untuk Sira
1/2 cawan air
2 cawan gula pasir

Caranya
1- Guna kuali bukan periuk atau pan. Senang nak gaul kuih keria nanti. Panaskan air hingga mendidih didalam kuali
2- Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Kacau lagi supaya gula jadi karemal dan keperangan.
3- Pastu masukkan keria dan tutup api. Teruskan proses kacau sampai gula jadi keras, melekat dan bersalut kat kuih keria tuu
4- letak atas pinggan dan sedia dihidangkan…

Bahan Gula Melaka untuk Sira
3/4 cawan gula melaka, dihiris
1 – 2 camca besar gula pasir
1/4 cawan air

Resepi Kuih Keria Gula Melaka Viral Antarabangsa sedap mudah

Caranya (sama jer macam guna gula omputeh gula putih )
1- Guna kuali bukan periuk atau pan. Senang nak gaul kuih keria nanti. Panaskan air hingga mendidih didalam kuali
2- Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Kacau lagi supaya gula jadi karemal dan keperangan.
3- Pastu masukkan keria dan tutup api. Teruskan proses kacau sampai gula jadi keras, melekat dan bersalut kat kuih keria tuu
4- letak atas pinggan dan sedia dihidangkan…

Related posts:

Resepi Kari Daging Sedap yang simple, mudah dan cepat dimasak : sampai menjilat jari!

Sinopsis Drama SCAMMER Astro

Top tips about home insurance to make the most out of your money

AEON STAR REWARDS 2023 DISNEY 100 TUPPERWARE CANTIK MENARIK

Lifestyle Resepi kueh mueh tradisionalKuih KeriaKuih Keria Gula MelakaKuih Muih TradisionalKuih Muih Warisan Kitamenu minum petangResepi Kuih Keriaresepi mudahresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (16)

  1. umminani says:
    January 25, 2017 at 10:20 am

    tengok ketulan gulanpun dah menambat selera i kak.. adussss kalau buat lagi , mmg cheat day laaa!

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      January 27, 2017 at 3:34 pm

      UmmiNani
      Buat laaa lagi….!! (Hasut suh cheatday)
      Haha

      Reply
  2. Julia Johari says:
    January 25, 2017 at 10:26 am

    Sedap sgt keria gula melaka kan kak…puas hati buat sendiri…boleh makan byk

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      January 27, 2017 at 3:36 pm

      Julia, family ramai mcm kak nina memang berbaloi buat sendiri. Puas makan

      Reply
  3. mas saari says:
    January 25, 2017 at 11:30 am

    teringin jugak buat sendiri tapi bilalah mood rajin nak datang ni, resepi dah save dah! hehehee

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      January 27, 2017 at 3:37 pm

      Mas
      Kena cari kawan nama MahMood baru ada mood. Hehee

      Reply
  4. Munirah Izzan says:
    January 25, 2017 at 11:52 am

    sedapnyaaaa.. tak la rumit pun nak buatkan cuma nak tunggu rajin tu datang ntah bila laaaaa..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      January 27, 2017 at 3:40 pm

      Moon,
      Nak rajin kena suh Aladin gosok teko keluarkan Jin Rajin atau moon jadi I dream of Jannie
      Hehee

      Reply
  5. dorsett pink says:
    January 25, 2017 at 11:57 am

    Gambar tu nampak sedap…

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      January 27, 2017 at 3:49 pm

      Dorsett
      Gambar jer kot… hahaa

      Reply
  6. Mazni Azmi says:
    January 25, 2017 at 3:16 pm

    Banyak pakai keledek. Tepung sikit je ye
    .
    Sedap makan panas panas ni
    ..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      January 27, 2017 at 3:51 pm

      Mazni,
      Byk tepung keras nanti. Tak sedap….

      Reply
  7. ema says:
    January 25, 2017 at 4:53 pm

    feberet anak-anak ni..tunggu beli bahan nak try buat.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      January 27, 2017 at 3:53 pm

      Ema,
      Caiyok caiyok…. selamat mengeria kuih keria!
      Buat banyak sikit hantar sini ehh….
      Share Nina gambar nya nanti tau

      Reply
  8. CIKZACOM says:
    January 29, 2017 at 9:38 pm

    Suka silent reader blog kak nina tgk resepi semata2.. hehehe.. keria ni nampak mengancam

    Reply
  9. Pencari Makan says:
    February 1, 2017 at 9:23 am

    Yergh… Bila kak nina free nak terjah makan ni.. ahahah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes