Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Khasoat kopi
June 6, 2011August 30, 2022

WAJIB TAHU! Antara Khasiat KELEBIHAN MINUM Kopi UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN

Pasti ramai sukakan kopi, bahkan kalau tak dapat sehari secawan kopi rasa macam tak lengkap hidup untuk hari tersebut. Kopi memberi extra “kekuatan” energi yang kita sangat perlukan. Benar! Setuju ataupun tidak, mari kita bangun sesaat dan hidu aroma kopi. Bau nya menyegarkan kann? Korang tahu tak banyak tau khasiat kelebihan minum kopi ni. Ianya terbukti amat bagus untuk kesihatan kita walaupun ada je mitos dok kata kopi ni tak bagus. Eh! Mana satu betul ni?

Isi Kandungan hide
1 Fakta tentang kopi
1.1 Korang suka KOPI apa?
2 Antara khasiat KELEBIHAN HAMPAS KOPI
2.1 Lagi manfaat khasiat kelebihan hampas KOPI untuk kecantikan
2.2 Minum Kopi bagus je . . . usah berlebihan, cukup sekadar bersederhana
2.3 Related posts:
3 Resipi SAMBAL KUAH KACANG SATE AYAM - Ya Ampunn... Sedapnya!
4 Bila mama kononnya busy! Maka...
5 Kisah Sebiji Kurma
6 Bosan menu daging? Ayam Goreng Kicap Lemak Manis yang mudah...

 

Fakta tentang kopi

 

Okies, kot ada tak tahu apa itu kopi – ini lah biji kopi.  Biji-biji berwarna gelap ni punya pelbagai khasiat dan manfaatnya untuk kesihatan dan kecantikan. Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih biji kopi yang dipanggang menghasilkan suatu air berperisa pahit manis. Ia mempunyai kesan perangsang kepada manusia yang meminum ia disebabkan kandungan kafein nya.

 

Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai itu di seluruh dunia. Minuman ini mula ditemui dalam abad ke-9 di tanah tinggi Habsyah. Dari situ, ia merebak ke Mesir dan Yaman di mana ia dimasyhurkan dalam kalangan ahli sufi dan pada abad ke-15, telah sampai ke Armenia, Parsi, Turki dan utara Afrika. Dari dunia Islam, penyebaran kopi tersebar ke Itali dan seluruh Eropah hingga akhirnya pergi sejauh benua Amerika. 
Info : Apa itu Kopi  .  

 
Khasoat kopi

Dan, untuk makluman Nina adalah salah seorang penggemar kopi. Kalau anda suka minum kopi, anda tidak sendirian kerana lebih dari 400 milliar  cangkir  cawan kopi dikonsumsi setiap tahun, sehingga menjadikannya sebagai minuman paling popular di dunia.  Di Amerika sahaja 107 juta orang (52% daripada jumpah popularasi) meminum kopi secara rutin setiap hari. 57 juta orang yang lainnya meminum kopi beberapa kali secara purata setiap minggu. Dan kalau dulu, rata-rata penggemar kopi adalah dikalangan orang2 tua, kini peminum kopi terbanyak adalah lingkungan yang berusia diantara 18-39 tahun.
Hehehee . .
 
So korang tidak keseorangan! Boleh dikatakan setiap hari Nina wajib pekena secawan kopi setiap pagi. Asal dapat separuh cawan pun jadi laa,.. Kekadang NIna suka kopi susu dan adakala nya Nina pilih untuk minum kopi hitam. Atau lebih dikenali kopi O kawwww!  Tak kisah tanpa gula atau letak gula sikit pun ok.
 

Korang suka KOPI apa?

 
White Coffee Hazelnut Kopi Susu
 
Untuk White Cofee, Nina prefer White Coffe Hazelnut. Rasa dia lebih lemak dan rasa kopi nya agak ringan. Minum panas-panas memang sedap! Ini citarasa NIna laa., kalau korang suka white coffee yang macam mana?
 
Ok, jangan tidak tahu, kopi mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Selain dari itu, hampas kopi juga tidak kurang hebat khasiatnya buat kita semua. So lepas bikin kopi, lepas ni hampasnya jangan dibuang gitu jer. Simpan tau! Baca ni . . .
 

Antara khasiat KELEBIHAN HAMPAS KOPI  

 1. Menghilangkan bau badan
boleh dibuat sebagai scrub muka & badan. Gosok2 kat seluruh muka dan badan kemudian bilas. Anda akan merasai betapa lembut lagi gebu nya kulit anda …
 
2. Menghilangkan Selulit
hampas kopi dicampurkan bersama olive oil, gosok-gosok dan urut gerakan secara putaran kat kawasan  yang ada selulit. Di amalkan selalu. Insya’Allah, secara beransur-ansur akan hilang selulit dengan rawatan yang konsisten. Urutan adalah amat penting sebab urutan akan memecahkan lemak-lemak yang terkumpul setelah sekian lama. Takes time yaaa sebab korang kumpul lemak pun bertahun so jangan lah sekali dua gosok terus hilang! Berbulan bertahun gak resultnya. Kena konsisten tau
 

Lagi manfaat khasiat kelebihan hampas KOPI untuk kecantikan

3. Masker muka 
hampas kopi, putih telur dan madu dicampur sebati lalu digosok-gosok ke seluruh wajah (kecuali kawasan mata dan mulut laaa …) Kemudian dibiarkan hingga kering dan bilas dengan air suam. Ini adalah baik untuk proses  pengelupasan dan menegangkan kulit muka.
 
4. Melembutkan tangan
sesudah minum kopi, semasa hendak membasuh teko tu, jangan dibuang terus hampasnya. Gosok-gosok dulu kat telapak tangan dan sekitarnya. Amalkan selalu, Insya’Allah, lembut lah nanti tangan tu … (pastikan guna hampas kopi, bukannya serbuk kopi yang belum digunakan untuk buat air.) Bukan apa, elakkan pembaziran ….
 
5. Baja tumbuhan
hampas kopi juga boleh dijadikan sebagai baja untuk tanaman kita. Hanya perlu taburkan sahaja kat tanaman. Boleh dikategorikan macam baja organik laaa …. Pelihara lah alam sekitar kita !!
 
Kalau husband korang tak minum kopi, try laa buatkan secawan kopi pepagi sebelum pi keje. InsyaAllah aura positif penuh energi meningkat selepas pekena secawan kopi. So far tips dan petua banyak memperkatakan khasiat kopi bagus untuk lelaki teruatama bila ditambah khasiat tongkat ali. Rasa lebih bertenaga! Allahualam.. Korang kena lah cuba sendiri baru lah tahu khasiat kelebihan minum kopi . Haaa gitu! 
 
Baca : Bahaya ibu hamil minum kopi . Benar kah atau mitos semata ?
 
Khasiat Kopi
 

Minum Kopi bagus je . . . usah berlebihan, cukup sekadar bersederhana

Saja nak share, ni laa kopi kegemaran Nina kat rumah. Kopi hitam atau omputeh panggil Black Coffee. Kopi hitam ni paling best di adun pekat kawww memang Sedap! Harga pun berpatutan. EH! Ni bukan promote tau! HEhee Citer ikhlas dari hati gitu 

Kesimpulannya, tak kira lah apa pun kopi kegemaran kita ; Bersederhana lah tatkala kita menikmati nikmat kehidupan
Tak kisah lah pilihan korang Kopi O, kopi hitam, kopi susu, black coffee, white coffee, cappucino, expresso atau apa pun yang kita namakan ….. Jangan dibuang begitu sahaja hampas kopi, gunakanlah ia sebaiknya  kerana ini lah antara khasiat kelebihan minum kopi untuk kesihatan kecantikan dan jugak untuk poket korang
 
 

 

Related posts:

Resipi SAMBAL KUAH KACANG SATE AYAM - Ya Ampunn... Sedapnya!

Bila mama kononnya busy! Maka...

Kisah Sebiji Kurma

Bosan menu daging? Ayam Goreng Kicap Lemak Manis yang mudah...

Lifestyle Tips Bahaya kopicara minum kopi yang betulInfo - kesihataninfo kopikebaikan keburukan minum kopikelebihan hampas kopiKelebihan Kopikhasiat kopiKhasiat kopi hitamKhasiat kopi untuk kesihatankhasiat kopi untuk kulitkhasiat kopi untuk lelakiTips dan Petua

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (14)

  1. drift boss says:
    December 19, 2022 at 12:24 pm

    I love coffee

    Reply
  2. Basket Random says:
    December 19, 2022 at 12:24 pm

    I love coffee

    Reply
  3. Percetakan Rawamangun says:
    March 31, 2023 at 5:21 am

    i like coffe

    Reply
  4. Coffer Cattle says:
    June 24, 2025 at 11:12 am

    This article provides a brief overview of coffee’s history and potential benefits, highlighting the importance of moderation. It’s a good starting point for those curious about coffee’s effects.

    Reply
  5. Video To Text says:
    July 8, 2026 at 12:06 am

    Perkongsian yang praktikal, terutama bahagian hampas kopi yang boleh digunakan sebagai scrub, masker bersama putih telur dan madu, serta baja tumbuhan. Saya suka juga peringatan supaya minum kopi secara sederhana; kalau tip begini dikongsi dalam video, transkrip yang tersusun tentu memudahkan orang semak semula setiap langkah.

    Reply
  6. Townscaper says:
    July 12, 2026 at 1:49 am

    Menarik perkongsian ini, terutama bahagian hampas kopi boleh jadi scrub dan baja tumbuhan. Saya suka juga nasihat supaya minum kopi secara sederhana; selalunya lepas kopi pagi, masa santai memang sesuai untuk buat sesuatu yang kreatif seperti membina bandar kecil blok demi blok di Townscaper.

    Reply
  7. Oskarstalberg says:
    July 12, 2026 at 6:50 am

    Terima kasih berkongsi. Bahagian “Fakta tentang kopi” menarik, terutama cerita bagaimana kopi jadi rutin kecil untuk tambah tenaga. Saya pun suka jadikan rehat kopi masa untuk buat sesuatu yang kreatif dan santai, seperti membina bandar pulau kecil blok demi blok.

    Reply
  8. Supertonic TTS says:
    July 12, 2026 at 11:21 am

    Perkongsian yang santai dan berguna, terutama pesanan ‘hampasnya jangan dibuang gitu jer’. Artikel panjang macam ini juga sesuai dibaca semula sebagai audio dengan alat text-to-speech dalam browser, sambil bancuh kopi pagi.

    Reply
  9. Blumgi Bounce says:
    July 12, 2026 at 4:47 pm

    Menarik bahagian tentang hampas kopi yang boleh dijadikan scrub dan masker, terutama campuran putih telur dan madu. Saya juga setuju dengan nasihat minum kopi secara sederhana; waktu rehat kopi yang singkat memang sesuai untuk permainan ringan seperti Blumgi Bounce sebelum sambung kerja.

    Reply
  10. MD Viewer says:
    July 16, 2026 at 2:09 am

    Menarik bahagian tentang kegunaan hampas kopi selepas bancuh kopi. Tip seperti ini memang sesuai disimpan sebagai nota Markdown dengan pratonton terus, supaya senang disusun semula dan dikongsi bila perlu.

    Reply
  11. Townscaper says:
    July 16, 2026 at 8:37 am

    Saya suka bahagian yang ingatkan supaya minum kopi cukup secara bersederhana, dan tip hampas kopi untuk scrub pun praktikal. Lepas baca pasal ritual kopi pagi, teringat aktiviti santai seperti Townscaper yang sesuai dibuat perlahan-lahan sambil menikmati secawan kopi.

    Reply
  12. Oskarstalberg says:
    July 16, 2026 at 3:07 pm

    Menarik bahagian yang ingatkan supaya minum kopi secara bersederhana. Saya suka juga tip hampas kopi itu; lepas rehat dengan secawan kopi, aktiviti santai seperti bina bandar kecil blok demi blok memang rasa kena dengan mood kreatif.

    Reply
  13. HTML Viewer says:
    July 16, 2026 at 7:30 pm

    Perkongsian yang seronok dibaca, terutama bahagian hampas kopi yang Nina cadangkan jangan terus dibuang. Idea campur dengan olive oil untuk urutan selulit dan guna bersama putih telur serta madu sebagai masker memang detail; saya suka susun nota petua macam ini dalam HTML supaya mudah preview dan rujuk semula.

    Reply
  14. Number Wheel says:
    July 17, 2026 at 12:18 am

    Seronok baca bila Nina sebut kopi memberi extra kekuatan energi dan tanya Korang suka KOPI apa? Kalau susah pilih antara kopi susu, kopi hitam atau white coffee, Number Wheel pun boleh jadi cara santai untuk buat pilihan rawak.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes