Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

June 28, 2011January 11, 2016

Triffle Puding

Setelah sekian lama, akhirnya Nina berkesempatan untuk membuat Triffle Puding. Bukan tak pernah buat sebelum nie, pernah … dan dah beberapa kali membuatnya cuma untuk membuatnya lagi masa sangat cemburukan kesibukkan Nina yang sebenarnya tak berapa sibuk mana punn … hehehee …..

Alhamdulillah  syukur, ada tempahan yang perlu di tunaikan. Permintaan kawan2 kebanyakkannya.  Berat rasa nak menolak permintaan mereka. Sungguh tak sangka, kebanyakkannya tempahan untuk kali kedua dan ada yang kali entah ke berapa kali  ….. …..
kerap juga. 

Resipi Triffle Puding nie Nina dapat dari salah seorang kawan kat FB – Nurni Fazleen. Dia yang banyak bagi tunjuk ajar cara-cara nak buat Puding nie. Resipi yang simple tapi sangat sedap dimakan sejuk-sejukkk ……. 
Terasa keenakkan kastardnya, creamy ~~~ 
Terasa kemanisan mix fruit nya ~~~
Terasa kelembutan jellynya ~~~~ 
Senang cakap, memang sedap laaa …….

Ringkas jerrr buat nya ::: kek nya beli ajer kat Pasaraya, banyak ada jual. Macam2 rasa ada ….. Nina suka beli rasa pandan. Kebetulan Nina ada extra kek chocolate, so Nina buat satu lagi layer. Kat bawah kek chocolate, kemudian kek gulung pandan.

Nina juga sedia maklum, mostly ramai yang tahu buat puding nie….. tapi kat sini Nina share juga cara2 & resipi Nina.


Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 SLEEPING MASK | RUTIN KECANTIKAN PALING MUDAH SEMASA TIDUR
3 Resipi Ikan Talapia Kukus. Sedap !
4 Roti Sausage Gulung
5 Seronoknya anak-anak terokai Mini Zoo in the City KL Tower





Triffle Puding
Bahan-bahan
1 bungkus kek gulung **** Nina add kek coklat
1 tin mix fruit –  buah-buahan campuran
1 tin susu cair
4 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula
1 cawan air – digunakan untuk melarutkan tepung kastard

1 packet serbuk jelly berperisa *** Nina guna Nona perisa Mangga
400 ml air – untuk masak bersama jelly

Cara-cara
Step 1
  • kek gulung / kek chocolate dipotong nipis2  lalu  disusun dalam bekas. Sebaiknya bekas kaca lagi cantik.
  • basahkan kek dengan air buah dalam tin.  Jangan sampai berair, cukup sekadar lembabkan kek ajer
  • antara celah-celah kek yang kosong tu,  isikan dengan mix fruit.


Step 2
  • masukkan susu cair dalam periuk bersama 1 sudu besar gula
  • masak hingga mendidih. Pastikan api mesti perlahan
  • bancuh 1 cawan air bersama 2 sudu tepung kastard
  • setelah mendidih susu tadi, masukkan bancuhan tepung kastard
  • kacau tanpa henti hingga menjadi pekat, likat & berkilat.
  • tutup api


Step 3

  • tuangkan kastard  ke dalam bekas (diatas kek tadi)
  • Nina ulang proses yang sama : susun kek  atas kastard tapi kali nie Nina guna kek gulung pandan pula
  • tuangkan kastard di atas kek gulung
  • susun mix fruit atas kastard

Step 4
  • masukkan 400ml air ke dalam periuk
  • masukkan serbuk jelly
  • kacau larut
  • masak hingga mendidih 
  • setelah masak tutup api
  • tuangkan ke atas susunan mix fruit
  • sejukkan
  • sedia dihidangkan

Selamat mencuba !!





Related posts:

SLEEPING MASK | RUTIN KECANTIKAN PALING MUDAH SEMASA TIDUR

Resipi Ikan Talapia Kukus. Sedap !

Roti Sausage Gulung

Seronoknya anak-anak terokai Mini Zoo in the City KL Tower

Lifestyle Dessert

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. John says:
    January 28, 2026 at 3:05 am

    good to go.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes