Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

August 21, 2015May 25, 2016

Kuey Teow campak-campak jadinya…. nak cepat punya pasal~

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Salam Jumaat buat semua… Mulakan setiap perkara yang kita lakukan dengan “Bismillah’..

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 8 RESEPI AYAM BAKAR SEDAP POPULAR AIR FRYER WAJIB CUBA!
3 Cantik kan bag Nina ni...? Sapa sangka rupanya ini Diapers Bag by ETHISSA
4 Ayam Goreng Mix Herb
5 Deco Hari Jadi Murah Cantik | SURPRISE Birthday Eicha Ke-5
Dah lama tak masak kuey teow, ikutkan hati nak bikin char kuey teow tapi tetiba masa masak dok layankan pot pet pot pet Yana akhirnya jadi Kuey Teow campak-campak jer…
.
Ni nak citer sikit. macam laaa  korang nak dengar erkk…. Yana anak Nina no.3. Orangnya memang suka bercakap. Dan jenis tak henti bila bercakap. Asal celik mata ajer mulalah celotehnya.  Ada aje yang  nak diceritakan, nak ditanyakan. nak dipersoalkan.. tak lupa – nak diperbentangkan segala usul idea yang ada dalam mindanya. 
Kalau Nina tengah drive, memang tak perlu on radio. DJ  pun tak serupa dia. ada gak time rehat masa lagu dimainkan. Yana ni dari mula kereta gerak sampai dah sampai ke destinasi dia berceloteh~ pot pet pot pet >>>>> Kalau tetiba senyap tuu maknanya dia tido!  hahaa..
 

Bayangkan….. sampai ada seketika masa sampai Nina minta tolong dia diam kejap! Hahaha… Kesian dia kannn?? Tapi memang sekejap jer laaaa dia diam. kah kah kahh… hurmm… Yana yana~

Andai Nina sedang sukat-sukat nak bikin cake, dia antara insan terpilih yang tidak dibenarkan sama sekali berada di kawasan liputan.  Bukan apa, nanti dia banyak cakap dan idea nak offer! Naya kalau tersalah sukat adunan. Huhuuu~
 
Namun, dia laa yang selalu menceriakan hari-hari Nina. Tatkala dia ke sekolah, tinggallah Nina bersama Eilhan aje.  Hah! Yang kecik ni belum tau lagi keletah dia…. Apa lah agaknya?? Buat masa ni, hobi dia adalah bully aka mendera mama nya aje! Sabar jer laaaa~
 
Meh tengok resepi cincai Kuey teow goreng versi Nina.
Zassss>>>
Kuey Teow Goreng campak-campak simple


Kuey Teow Goreng campak-campak
Bahan-bahan
1 paket kuey teow – dibasuh dan ditoskan
4 ulas bawang putih – Nina ketuk ajer
2 cawan udang sederhana size – dibuang kulit
1 1/2 cawan taugeh
Fish ball – belah empat atau ikut suka
3 sudu sambal tumis
2 biji telur
1 cawan air / secukupnya
Daun kuchai – dipotong-potong 2inch

Bahan sos
5 sudu besar sos tiram
7 sudu besar kicap lemak manis

Cara-cara

1-  Panaskan minyak dalam kuali.
2-  Goreng udang sekejap lalu ketepikan
3-  Tumiskan bawang putih bersama udang kering hingga kekuninggan
4-  Masukkan telur, pecah-pecahkan telur menjadi ketulan-ketulan kecil
5-  Masukkan sambal tumis bersama bahan sos, fish ball masak hingga mendidih
6-  Kemudian masukkan  air panas dan kuey teow. Dengan menggunakan api besar – kacau rata
7-  Taburkan taugeh, daun kuchai dan juga udang yang dah diketepikan tadi. Kacau ala kadar ajer ….
8-  Tutup api dan sedia dihidangkan …. Kalau ada cili jeruk sedap ni..!! (Nina tak de) hehee…

Jemput makan ….

Related posts:

8 RESEPI AYAM BAKAR SEDAP POPULAR AIR FRYER WAJIB CUBA!

Cantik kan bag Nina ni...? Sapa sangka rupanya ini Diapers Bag by ETHISSA

Ayam Goreng Mix Herb

Deco Hari Jadi Murah Cantik | SURPRISE Birthday Eicha Ke-5

Lifestyle Resepi kudap kudapanKuey Teow GorengMeemenu anak susah makan nasimenu buka puasa simplemenu cepatmenu minum petangResepiresepi mudahresepi ringkasresipiUdang

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes