Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 7, 2016December 21, 2017

RESORT AGROFARMSTAY MELAKA | Tempat best seminar/ team building / wedding

Ehem ehemm…

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Eilhan dan Yana dah laju kira sifir! Ketahui Rahsia ARITMETIK teknik cepat kira matematik SIFIR Laju
3 BENTO BEKAL SEKOLAH idea 5 hari menu makanan sihat untuk anak
4 Hurrmm... Produk ada PARABEN boleh pakai ke?
5 Telekung budak murah, selesa & cantik di IEM Creation

Lembaran baru di tahun 2016
Jika korang ada perancangan untuk bercuti atau mengadakan seminar/ bengkel/ family day/ team building, hari kekeluargaan ataupun wedding yang berkonsepkan suasana alam semulajadi, Nina nak cadangkan satu tempat yang best. Kawasan seluas 30 hektar yang penuh dengan kehijauan yang nyaman lagi penuh dengan serta ketenangan.

Meh sini Nina nak share
Baru-baru ni, Nina berpeluang turut serta dalam
 Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari yang bertempat di Resort AGROFarmStay @ Skill-Tech, Durian Tunggal, Melaka.

 


Pertama kali sampai sini, hati Nina cukup teruja melihat suasana kehijauan yang nyaman dan udara yang segar bersih. Lanskap yang menarik bersama bunga-bunga mekar sana sini, dimeriahkan dengan kicauan burung yang menenangkan minda. Seolah berada di kampung halaman.. Chewah! Macam Nina ada kampung lak kann…hahaha (verangan tak sudah)

 
Resort yang luas ini menyediakan 6 jenis penginapan.
1-. Villa – 14 katil
2-. River View – 2 katil
3-. River View – 6 katil
4.- Garden View – 8 katil
5-. D’Lodge – 6 katil

6-. Challet – 10 katil

Jom cuci mata intai-intai bilik-bilik yang disediakan.
Hari tuu, Nina bermalam di bilik No.7. Ala dorm yang menyediakan 4 buah katil bujang dan 2 buah katil double decker. Ruang yang besar, luas, menempatkan 4 katil bujang dan 2 katil double decker. Kemas teratur aje susunannya. Suka suka…!! Ada air-cond … Lena tido dibuai mimpi indah.. Bilik air pula, ada 3 shower dan 2 tandas. Tak perlu berebut nak mandi. Bagus!
Jangan intai kita mandi yaa…. hehe . . .




 
Villa
Ini pula Villa yang tersergam gah atas bukit – menyediakan 14 buah katil. Amat sesuai untuk beberapa buah keluarga yang ramai. Ruang yang sangat luas turut disediakan dapur, ruang makan, ruang tamu dan laman yang luas. Boleh parking kereta terus depan Villa. 
Villa Agrofarmstay Melaka

 

 

 

Challet
Ini pula ala-ala rumah comel yang berwarna warni. Berkonsepkan dorm ala asrama juga. Didalamnya menempatkan 4 buah katil double decker. Susun atur yang kemas dan teratur. Amat sesuai untuk kem bina semangat mahupun  re-union. Yang ini bilik air nya kat luar sekitar kawasan. Dekat jer…. 
Dah macam citer P.Ramlee lak Nina tengok. Beratur ramai-ramai depan pintu bilik air menunggu giliran.  Citer Bujang Lapok kalau tak silap. Tapi kat sini, jangan risau… Tak perlu beratur panjang gitu. Dalam bilik airnya ada banyak lagi bilik mandi dan bilik termenung yang lain! heheh . . . .
Challet Agrofarmstay Melaka

 

Surau
Surau juga disediakan di sini.

Besar , bersih, selesa dan nyaman …
Apa yang menarik kan, Surau ini dibina terapung di atas dasar air. Sebab tuu sejuk jer tatkala berdiri kat laman surau ni. Kiri dan kanannya pula indah dipenuhi landskap yang mendamaikan. Kalau buat tazkirah pasti meruntum kalbu jiwa dan raga. Syahdu jer . . .
Surau Agrofarmstay Melaka
Bilik Meeting/ Seminar
Yang ni Nina suka….
Menyediakan beberapa ruang/bilik lain dalam sebuah bilik seminar. Ruang yang luas bersama susun atur yang kemas, tersusun rapi, dan kelengkapan yang lengkap untuk sesebuah acara seminar. Nak belajar pun selesa kan
Bilik Seminar Agrofarmstay Melaka

 

 

 

 

Dewan Lily
Dewan ini serbaguna. Luas dan besar dan yang boleh memuatkan sehingga 70 orang. Sesuai  digunakan untuk sebarang majlis/acara tertutup. Contohnya untuk majlis kahwin mahupun dijadikan ruang seminar. Menyediakan ruang pentas yang luas untuk pelbagai guna. Disini juga dilengkapi kemudahan WiFi dan berhawa dingin.

 

Dewan Palma
Sesuai untuk apa jua majlis. Bertema kan outdoor. Kalau buat majlis kahwin ke, majlis akikah ke, majlis harijadi atau apa-apa keramaian amatlah sesuai.
Ruang yang luas, selesa berkonsepkan kampung.. Walaupun outdoor, namun selesa dari  kehangatan panas mentari mahupun dibasahi hujan gerimis. Menarik kan?

Lain daripada yang lain.



Pet House
Kat sini pun ada menempatkan beberapa haiwan ternakan yang pastinya melengkapkan suasana yang berkonsepkan kampung, Ada kuda, kambing, merak, itik, gajah dan lain-lain. Semasa Nina kat sana, kami dimaklumkan beberapa haiwan lain ditempatkan ke tempat  lain sementara persekitaran Pet House ini dalam pengubahsuaian. Nak kasi lagi cantik laaa kan..
So, pada hari tu, hanya 2 ekor kambing dan kuda jantan yang peramah  bernama Bujang yang menemani kami. 
ppssttt >>>> Walaupun Bujang ni peramah, tak berani Nina nak selfie ngan dia. Risau laaa… Erti kata lain senang citer – penakut gak Nina ni.. hehee 
Bujang Melaka

 

 

tempat best team building

 

Disebalik rimbunan hijau kat sini, ada juga disediakan tempat hiburan yang pastinya menarik perhatian kita. 
Ini lah tempatnya….. Rekabentuk yang unik ala-ala sebuah kasut yang comel. 
Apa dalamnya?
Hah …!! Jangan terkezut tau, kat sini lah terletaknya sebuah bilik karaoke. Cun tak?
Dalamnya pula seolah berada dalam gua. Kemudahan sistem juga lengkap dan banyak lagu pilihan dihati yang pasti mengusik jiwa raga korang. Nina tak pandai nyanyi so layankan kengkawan lain mendodoikan suara mereka… Bilik karaoke ini boleh ditempah mengikut jam. 
Bilik karaoke Agrofarmstay Melaka



Padang
Di sini juga ada padang yang luas. (Lokasi – sebelum sampai ke Villa) Dah ada padang, wajib laaa buat  aktiviti riadah/ sukaneka mahupun zumba yang pasti akan menghiburkan dan mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita. 
Jangan segan jangan malu …. kita mulakan langkah macam ni, 1,2,3,4, empat lagi ..
Ok ulang.. Cehhh~ Teringat berzumba hari tu.. Seronok sangat!

tempat best seminar




Kolam renang
Hah ..!! Yang ini sememangnya tempat kegemaran anak-anak. Tidak dinafikan sama sekali. .
Kolam kat sini ada beberapa bahagian. Ada untuk dewasa dan juga kanak-kanak.  So tak de laa risau sangat. Anak-anak sila mandi manda kat tempat cetek ya..
Apa yang menarik kat sini, ada bahagian kolam yang berbumbung. Nampak tuu…
Wahh … Makin lama lah anak-anak berkubang dalam kolam sebab tak kena panas terik. Pulun laaa mandi kolam sampai kecut. Hahaa..

Agrofarmstay Melaka tempat best seminar team building wedding


Ada map so korang tak akan sesat. Jangan risau…  Lagipun Nina perati staff mereka kerap berlegar-legar sekitar kawasan memantau persekitaran. 
 
tempat best team building

 

Menarik kann?
Camner nak datang ke sini..? Mudah ajer
Hari tu Nina ikut highway keluar tol Ayer Keroh, pastu belok kiri akan susur masuk ke UTeM. Dari sini (lalu sini kira macam jalan pintas gitu tak perlu masuk Bandar Melaka) Cakap kat guard tuu nak tumpang lalu yaa…. ‘sambil senyum manja’ hehee…
pastu keluar UTeM simpang tiga belok ke kanan. Terus ajer…… Sambil lalu intai-intai belah kiri akan nampak signboard AGROFarmstay. Agak-agak tak faham, lagi senang ikut Waze aje. InsyaAllah sampai sebab hari tu Nina pun ikut Waze. Segalanya kini di hujung jari anda. Click ajer….
Agrofarmstay Melaka


RESORT AGROFARMSTAY @SKILL-TECH

Lot 453, Batu 13
Jalan Tebong / Machap
76100 Durian Tunggal
Melaka
 
HOTLINE : 016-209 8623 / 012-211 8246
Website : www.agrofarmstay.my
Facebook : https://www.facebook.com/agrofarmstay/
Instagram : https://www.instagram/com/agrofarmstay/



 

Related posts:

Eilhan dan Yana dah laju kira sifir! Ketahui Rahsia ARITMETIK teknik cepat kira matematik SIFIR Laju

BENTO BEKAL SEKOLAH idea 5 hari menu makanan sihat untuk anak

Hurrmm... Produk ada PARABEN boleh pakai ke?

Telekung budak murah, selesa & cantik di IEM Creation

Lifestyle Review Tips Travel Ceritera NinaInfo - SemasaInfo - Tempat Best Cuti-Cuti MalaysiaKenanganReviewTempat Best Jalan-jalanTempat Cuti Budget BestTempat riadah

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. yb shehan says:
    January 11, 2016 at 11:40 am

    Menarik. Rindu nak pergi lagi..

    Reply
  2. ema says:
    January 11, 2016 at 12:36 pm

    nyaman dan tenang jer dapat bermalam di sana kan.

    Reply
  3. Bella Idura says:
    January 25, 2016 at 10:27 pm

    Cantik sangat. Tak puas pergi aritu.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes