Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

KASUT SEKOLAH
December 31, 2025December 31, 2025

KASUT SEKOLAH DONE!

Korang dah beli kasut sekolah anak-anak? Cuti sekolah hujung tahun 2025 kali ni kejap je, tak sampai pun sebulan. Untuk tahun depan, sesi persekolahan 2026 bakal bermula awal tahun pada 12th Januari 2026. Rasa tak puas cuti pastu dah nak kena cepat-cepat siapkan kelengkapan sekolah anak-anak. Maka untuk persediaan kelengkapan sekolah anak-anak  memang kena perancangan rapi terutama bab bajet. Kasut sekolah antara yang Nina titikberatkan. Orang kata alah membeli menang memakai. Biar berbaloi . . .

Isi Kandungan hide
1 Back To School Kasut Sekolah Done!
2 Kasut sekolah Pallas – kasut legend terbaik sejak dulu hingga kini 3S
3 Kenapa kasut sekolah Pallas dengan ciri-ciri 3S menjadi pilihan?
3.1 1. Keselesaan untuk Pemakaian Sepanjang Hari
3.2 2. Sokongan Kesihatan Kaki
3.3 3. Keselamatan Terjaga dengan Tapak Anti-Gelincir
3.3.1 Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap with Elastic – 205-0219BK
3.3.2 Pallas Jazz School Shoes Lo Cut Shoe Lace – PX37-104ABK White
3.3.3 Pallas X-Series School Shoes Single Velcro Strap with Elastic – PX37-027 #3
3.4 Kasut Sekolah PALLAS Beli Online je Mudah!
3.5 PALLAS Back To School Contest
3.6 Related posts:
4 Tips masak sambal sedap lagi senang | Cili Giling Puteri 3 dalam 1 terbaik!
5 Aduyai... Camner ni, daging dah berbau, elok lagi ke ?? TIPS PETUA elak daging berbau
6 Mee Kuah Tomato
7 Ya awak.. !! Nasi Lemak ni RM1 jer... Sedap beb! Pegi beli rasa sendiri...

Macam biasa Nina mulakan dengan kasut sekolah dan pilihan Nina semestinya kasut sekolah Pallas!
Sebab utama kerana jenama diyakini, berkualiti, design cantik, selesa, sihat, selamat untuk kegunaan sepanjang hari. Nina sendiri pengguna kasut sekolah Pallas dan sekarang pilihan ini diturunkan ke anak-anak pulak.  Kasut sekolah legend gitu! Gerenti korang pun bersetuju dengan pendapat Nina. Betul tak? 

Back To School Kasut Sekolah Done!

Dari 5 tinggal 3 orang je yang bersekolah. Kakak dah kerja dan InsyAllah tahun depan dia nak sambung degree, Eilman pula sekarang tengah form 6 bakal duduki STPM nanti. Makanya tinggal lah 3 orang yang akan meneruskan sesi persekolah 2026. Yana bakal duduki exam besar – SPM tahun depan. Moga dapat keputusan yang bagus dan membanggakan keluarga. Nina rasa teruja sebab tahun depan Eilhan masuk alam sekolah menengah. Nervous pun ada! Atau mungkin Nina antara MakMak yang overthinking kot. HAhaa…

Kasut sekolah Pallas – kasut legend terbaik sejak dulu hingga kini 3S

Alasan utama Nina masih dengan Kasut Sekolah Pallas kerana Nina terapkan pada anak-anak untuk patuh undang-undang! Wajib ikut Pelaksanaan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) yang telah menetapkan bahawa kasut sekolah adalah yang diperbuat daripada kanvas atau bahan sintetik lain seperti nylon dan polyester yang mempunya daya resap dan penyaluran gerak udara dengan mengambil kira faktor keselesaan, keselamatan dan kesihatan (3S).

Kenapa kasut sekolah Pallas dengan ciri-ciri 3S menjadi pilihan?

1. Keselesaan untuk Pemakaian Sepanjang Hari

Rekaan ergonomik dengan tapak empuk dan sokongan gerbang membantu memberikan keselesaan  kepada kanak-kanak, terutama bagi yang perlu berdiri, berjalan, atau berlari sepanjang hari di sekolah. Kasut PALLAS sesuai untuk pelajar aktif  sebab ringan dan fleksibel, membolehkan anak-anak bergerak bebas. Yelah anak-anak kannnn, mana reti duduk diam. Material yang lembut, pengudaraan yang baik, cepat kering, tahan lasak mengelakkan kaki melecet atau tidak selesa. Dengan pemakaian kasut sekolah Pallas, anak-anak selesa sepanjang hari!

2. Sokongan Kesihatan Kaki

Sesetengah model PALLAS menawarkan arch support (sokongan gerbang), ianya  menyokong struktur tapak kaki, membantu kestabilan semasa bergerak amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan aktif. Ini membantu mencegah masalah kaki seperti flat feet atau plantar fasciitis. Sokongan kesihatan kaki dengan mengurangkan tekanan pada tapak kaki semasa berjalan atau berdiri lama.  Anak akan rasa lebih selesa sepanjang hari!

Dengan ciri-ciri arch support PALLAS menawarkan kasut sekolah dengan harga mampu milik, memberikan ibu bapa pilihan berkualiti tanpa perlu membayar harga premium. Bukan itu je, rekaan kasut PALLAS moden dan minimalis, memenuhi keperluan dan citarasa anak-anak, sama ada kasut bertali, berpelekat Velcro, atau slip-on, sekaligus patuh peraturan sekolah tetapi tetap bergaya.

3. Keselamatan Terjaga dengan Tapak Anti-Gelincir

PALLAS biasanya dilengkapi dengan tapak getah anti-gelincir, menjadikannya selamat digunakan di permukaan licin seperti lantai sekolah atau kawasan basah. Anak akan rasa lebih stabil semasa berjalan mahupun berlari. PALLAS dikenali kerana ketahanan kualiti kasutnya, sesuai untuk kegunaan harian yang intensif. Ia mampu menahan cuaca, lasak bermain, dan pergerakan aktif kanak-kanak. Ini menjadikannya berbaloi dengan harga kerana kasut tahan lebih lama berbanding jenama lain.

Dan lagi Kasut Sekolah PALLAS disyorkan oleh Sekolah kerana mengikut saranan KPM 3S kerana kasut PALLAS memenuhi standard sekolah dari segi rekaan, warna (biasanya hitam atau putih), dan ciri-ciri praktikal yang diperlukan.

Kombinasi antara keselesaan, keselamatan dan kesihatan dan harga yang berpatutan menjadikan kasut PALLAS pilihan utama ibu bapa, sementara anak-anak menyukainya! Gerenti korang pun bersetuju dengan pendapat Nina kannn?

Okies, jom Nina share design pilihan 3 Mirza untuk sesi tahun 2026.
Kita mulakan dengan kasut sekolah Eicha. 

Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap with Elastic  – 205-0219BK

Kelebihan kasut sekolah Eicha :
– VGRIP
– Quick Dry
– Arch Support
– X-Light
– Namatag

“ Eicha paling suka kasut Eicha ni ringan. Lembut je kat dalamnya. Mesti Eicha selesa pakai kasut ni dari pagi sampai petang!”

Kasut sekolah Eicha ni paling sesuai untuk anak bersekolah rendah kerana tapak kasut design VGRIP ini direka khas untuk cengkaman kuat dan selamat untuk anak aktif di sekolah. So MakMak tak perlu risau bila anak berjalan atau berlari di pelbagai permukaan. Contohnya lantai licin, padang atau trek,  tapak kasut VGRIP tidak mudah tergelincir! Adanya foam lining, insole cushion, arch support sangat membantu  untuk memberi lebih keselesaan dan lebih sokongan perlindungan buat kaki Eicha sepanjang hari. Kelebihan Quick Dry penting terutama musim hujan. Single Velcro strap memudahkan Eicha buka pakai semula dengan cepat semasa aktiviti sukan mahupun ke surau sekolah nanti. Siap ada manatag. Anak happy, mama pun happy!

 Pallas Jazz School Shoes  Lo Cut Shoe Lace – PX37-104ABK White

Kelebihan kasut Yana :
– Rubber outsole
– Better grip
– Available Saiz besar dan Kecil

“ Yana suka kasut ni, selesa! Tapak merah ni smart lah. Design ni juga memang popular sebab menjadi pilihan ramai kawan-kawan sekolah. Nampak klasik tapi tetap trendy. “


Pilihan Yana sama macam tahun lepas, dia nak kasut putih. Biasa lah anak remaja memang bercitarasa unik. Kat sekolah Yana untuk yang bersekolah pagi digalakkan memakai kasut putih dan berstokin putih. Senang kot cikgu nak pantau pelajar pagi dan petang.

Kasut sekolah putih Yana ni memang smart! Design ini merupakan design citarasa anak remaja sekarang. Nampak klasik tapi tetap trendy! Bagusnya ada saiz besar dan kecik so  ada lah saiz untuk kaki Yana. Tapak rubber outsole memberi cengkawan yang lebih baik. Memang sesuai laa untuk Yana yang aktif bersukan. Dia kata nak pakai kasut sekolah putih ni untuk jalan-jalan jugak! Onz je kann?

Pallas X-Series School Shoes Single Velcro Strap with Elastic – PX37-027 #3     

Kelebihan kasut Eilhan :
– Quick Dry
– Arch Support
– X-Light
– Saiz besar

Kasut Eilhan lebih kurang benefit dengan kasut Eicha. Bezanya design ini ada saiz besar. Untuk Eilhan yang akan mula Form 1 tahun depan, kasut Pallas X-Series ni memang sesuai untuk kegunaan harian sekolah. Design dia X-Light lebih ringan, jadi kaki tak cepat letih walaupun berjalan jauh atau naik turun tangga sekolah. Bahagian atas guna mesh campur PVC dengan sistem pengudaraan, kaki rasa lebih sejuk dan kurang berpeluh.

Adanya arch support yang amat penting untuk support kaki dan ianya bertindak melegakan ketegangan otot kaki. Tidak laa Eilhan cepat penat, lenguh bila melakukan sebarang aktiviti di sekolah nanti. 

Dari segi keselesaan, kasut ni ada foam lining, padded collar dan insole dengan arch support yang bantu kurangkan tekanan pada tapak kaki — sesuai untuk pelajar yang aktif seharian. Tapak kasut pula jenis stitched sole, dijahit kukuh, jadi lebih tahan lama dan tak mudah tercabut. Strap velcro dengan elastic lace pun senang, cepat dipakai dan kemas. Ringkasnya, kasut ni selesa, ringan, kukuh dan praktikal untuk anak lelaki remaja yang dah masuk alam sekolah menengah.

Kasut Sekolah PALLAS Beli Online je Mudah! 

Ya awak, senang sangat beli online!
Sama je apa yang korang nampak kat pasaraya tuh! Kadang kat pasaraya takde, tapi online lagi banyak pilihan dan size. Percaya lah! Beli online pun ada banyak offer! Recommended

Sekarang ni semuanya order bayar, terus sampai depan rumah. Settel!
Beli Online Kasut Sekolah Pallas : www.wow2wee.com
Tengok Design kasut sekolah Pallas dan features : https://www.pallas.com.my/pallas-product-features

PALLAS Back To School Contest

Ahaa..!! Berita menarik untuk korang. Nina nampak hari tu kempen Back To School Pallas ada contest yang best giler. Hadiah lumayan, grand prize bernilai RM3000! Dasyat kannn?
Cara nya mudah! 

  • Korang beli kasut Pallas dan simpan Kod Bar Asal kasut berkenaan. 
  • Dapatkan borang penyertaan dari Pallas Malaysia Facebook atau www.pallas.com.my
  • Tampalkan Kod Bar Asal di ruangan komen dan lengkapkan borang berkenaan. Hantar borang cepat cepat tau sebelum 31 Januari 2026

Mudah sangat! Cuba laa… Mana lah tahu rezeki korang menang ke kannn?
Thank to me later . . . HAHAa

KASUT SEKOLAH

Selain beli kasut sekolah Pallas online, korang masih boleh pegi beli kat pasaraya, Nina rekemen korang pi beli  kat AEON, Mydin Supermarket. Sempena Kempen Back To School , ada banyak pilihan dan design menarik ada kat sana. Ikut lah kesesuaian masa dan kelapangan korang. Ramai je yang suka shopping dalam Mall sambal jalan-jalan cari makan dan bonding time with family.

Apapun… Keutamaan keperluan sekolah anak-anak harus diutamakan. Berbelanja lah dengan hemah dan bijak. MakMak haruslah bijak berbelanja kannn? Ingat tau, 3S – Selesa, Sihat, Selamat semestinya kasut Sekolah PALLAS.

Related posts:

Tips masak sambal sedap lagi senang | Cili Giling Puteri 3 dalam 1 terbaik!

Aduyai... Camner ni, daging dah berbau, elok lagi ke ?? TIPS PETUA elak daging berbau

Mee Kuah Tomato

Ya awak.. !! Nasi Lemak ni RM1 jer... Sedap beb! Pegi beli rasa sendiri...

Lifestyle Parenting Tips 3SBack to schoolkasut sekolahkasut sekolah cepat keringPallaspallas jazzRingan Selesa dipakaiSelesa Sihat Selamat

Post navigation

Previous post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes