Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 8, 2020October 3, 2023

ALMARI BUKU MURAH! Idea ini lebih kemas buat bajet sikit | Sapa sangka rak kasut jadi almari buku yang cantik

Buat yang punya rumah kecil dan punya anak ramai macam Nina ni, part susun atur rumah memang agak pening. Masa dok kemas bilik anak sambil berangan, “kalau ada kabinet ni tentu lagi kemas! Tapi kabinet kan mahal. Huhuu… ”  Sebab bajet pun nan hado maka tercetus lah idea ALMARI BUKU MURAH ni .. 

Isi Kandungan hide
1 Perancangan tahun 2020
2 Ya Murah! Almari buku murah ini idea dari rak kasut je
3 Operasi mencari almari buku murah! Untuk kabinet buku sekolah anak-anak
4 Ya Murah! Almari buku murah ini idea dari rak kasut je
4.1 Dah siap susun! Rak kasut transform jadi almari buku sekolah
5 Kat mana beli?
6 Related posts:
7 Aduyai .. Jatuh cinta dengan LazzCafe Lazz Susu Kambing! Tak akan cari lain dah pasni . . .
8 Apa itu Slipped Disc ? Bahaya ke...
9 Sebab kotak baru Susu LAZZ ada Omar Hana laaa anak Nina...
10 Stress, sudah tido? Korang kena try LAVENDER by Nana Mahazan ni...

Murah! Ya Almari buku murah ni asal nya dari rak kasut jer..
Hurmm… Macam tak faham ker faham? Ker pening?! Takper, sila baca sampai habis tau

Last year Nina ada join satu group kat fb. Group berkonsepkan ala ala marie kondo style malaysian gitu. Bagus join group macam ni, memupuk semangat menyusun atur rumah dengan lebih tersusun. Setiap ruang digunakan dengan sebaiknya. Tambahan lagi rumah kecik macam rumah Nina ni. Media social memang nagus seandainya kita cari yang bagus, bagus lah kita dapat. Gitu laa sebaliknya kann..  

Perancangan tahun 2020

Okies, tahun 2020 ni Nina plan nak ubahsuai bilik anak-anak Nina. Nak jadikan bilik  yang selesa untuk derang belajar . Tahun ni tambah lagi sorang yang bersekolah betul  – Eilhan darjah 1. Dulu dia tadika,  buku tak banyak sangat. Sekarang dengan buku sekolah pagi,  petang sekolah agama.  Banyak jugak!   So ruang yang lebih luas diperlukan untuk bilik belajar depa.

Buku menarik untuk korang baca : Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh

Hari ni Nina nak share kos jimat nak sediakan almari buku yang murah untuk anak-anak.

Ya Murah! Almari buku murah ini idea dari rak kasut je 

Ya, asalnya ni rak kasut. Kalau almari buku yang betul mahal namateyy… Kalau pi IKEA Damansara , setahun belum mampu nak beli sekali 2 biji almari. Kalau Nina laaa… Korang yang have-have ada duit pedehal tentang kos iyer tak? Janji cantik terus beli kann…

Andai punya duit berkepok-kepok, selamba jer beli rak buku gini. Lawa kannn..? Paling suka yang besi merah tu.  Tapi kecik tak muat lak nak isi buku sekolah depa 4 beradek. Yang hitam putih tu lawa kann…? Verangan jer laaaa Nina ooii ..!!

Makanya Nina ni hanya rakyat jelata yang hidup bersederhana ni kena laaa bijak up sikit dari biasa.

Operasi mencari almari buku murah! Untuk kabinet buku sekolah anak-anak

Selepas berhari berminggu survey rak buku sekolah anak-anak kat ikea, online shopee Lazada akhirnya ini laaaa rak buku sekolah The 5 Mirza. Oppss…. 4 orang jer sebab si kenit Eicha lum sekolah lagi.

Masa intai kat online dah hampir nak beli tapi bila add on kos shipping seketul almari dalam RM30, plan nak beli  2 ketul dah RM60 kos shipping.  Pastu nanti barang sampai kena bertukang pasang memasang sendiri. Bukan mudah… Huhuu
Sebab kena pujuk geng tolong pasangkan. Bukan tak mo pasang sendiri, nak manja-manja kena laaaa harapkan yang tersayang. Kannnn….? Ok ngade 🙈😁

Minggu lepas jengjalan area Tesco Selayang pastu singgah kat shoplot KIP. Terminat lalu tertanya lak harga almari kasut yang kiri ni…

Almari buku murah

“Akak manis.. Ini almari kasut RM200, kasi kurang 180.”

Terus dalam hati berbisik… Alamak! Murahnya.. Tu hari beli sebijik macam ni untuk dapur RM250 kedai sebelah dia. Huhuuu….

Pengajarannya lain kali kena rajin survey dulu sebelum beli. Tu hari tak survey, tengok cantik suka terus beli. Huhuuu… Salah diri sendiri.  Takpe dah redha…

“Saya nak beli 2 berapa you offer? “

“ok kakak, 2 kalu RM160 satu. Total RM350 sekali hantar rumah”

Fuhhh… Tergoda sungguh! Eh… Tergoda dengan harga nya bukan orangnya eerrkk..  HAhaa

Nama dia Saiful.  Baik dia ni…  Ramah tamah layan walau dia tahu kita jengjalan tanya  harga bukan nak beli pun. 

Ya Murah! Almari buku murah ini idea dari rak kasut je 

Geng pun senang hati beli dah siap pasang, tak yah terhegeh-hegeh geng kena pasangkan. Derang ambik stok baru dan terus bertukang pasangkan siap jadi almari. Senang kann..?

Dah murah, siap pasang apa lagi…. Ahadnya  tu ari Nina ajak Geng pi beli. Dah plan nak beli 2 malangnya stok ada satu jer so lagi satu hari Ahad depan Nina datang beli lagi. Seperti yang di janji, masih dapat harga RM160 seketul. Murah kann…?

Sampai jer rumah, terus bawak masuk bilik. Yang ini untuk girls dulu.. Excited derang! 

Tadaaa . . .!!

Almari buku murah

Dak kecik Eicha ni paling excited. Padahal bukan untuk dia punya pun… Pastu sibuk tanya mana dia punya almari. Tabah laaa mama dok menjawab. Huhuuu . . .

Almari kasut ni  kayu nya kuat lebih kukuh berbanding rak kasut mur mur kecik yang biasa tu.. Paling penting Nina nak kan almari buku yang ada pintu.  Rimas nampak selerak dalamnya kalau tak bertutup pintu , berabuk iyer jugak kannnn… Ikea takde pintu,  nak letak lain harga,  mahal! Yang ni puashati laaa.. Menepati apa yang Nina perlukan. 

Dah siap susun! Rak kasut transform jadi almari buku sekolah

Almari buku murah

Amacam ok tak, rak kasut dah jadi almari buku sekolah?
Permulaan ni Yana yang kemaskan. Dia orangnya cerewet, entah minggu depan kot baru bebetul siap susun atur semuanya. Kakak eillya redha jer laaa…

Patutnya rak kasut ni ada 6 ruang, tapi alasnya boleh bukak so decide jadi 2 ruang besar dan 2 ruang kecik. Rak paling atas tu Nina akan doublekan papan shelf tu kasi lagi kuat tampung berat buku.

Selain buku sekolah, alat tulis stationery pun susun dalam almari ni jugak. Ruang kecik tengah tu nanti nak beli bekas bekas petak kat Eco atau Ninson untuk depa buh stationery. Ada bekas kemas sikit kannn, idok ler nampak serabut selerak kannn?

Kat mana beli?

LF Life Home Furniture Bangunan shoplot sebelah Tesco Selayang Sederet dengan KIP Hotel.

Kedai Perabot murah KL

Selesai sudah peringkat pertama rombakan ubahsuai bilik anak-anak. Ahad lagi satu nanti nak beli lagi seketul tuk boys lak. Kot rajin nanti Nina share almari baju 3 pintu mur murah yang Nina beli baru ni lak eh…  Doakan ai rajin tau! Hehe..

Pasni plan nak survey sofa katil lak.. Kot emergency tetamu datang ada gak tempat nak landing kat bilik depa .

Seronok terasa satu kepuasan bila masa dan media social digunakan sebaiknya kepada perkara yang bermanfaat gini kan.. Kita laa kena bijak pilih group yang memberi kebaikan  . Setuju?

Related posts:

Aduyai .. Jatuh cinta dengan LazzCafe Lazz Susu Kambing! Tak akan cari lain dah pasni . . .

Apa itu Slipped Disc ? Bahaya ke...

Sebab kotak baru Susu LAZZ ada Omar Hana laaa anak Nina...

Stress, sudah tido? Korang kena try LAVENDER by Nana Mahazan ni...

Parenting Tips alam persekolahanAlmari Buku Sekolahbijak berbelanjaBilik BelajarPersediaan Alam PersekolahanRak kasuttips bajet kelengkapan sekolahTips Kemas Rumahtips kewanganTips parenting

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (21)

  1. Mama Kembar Tiga says:
    January 9, 2020 at 8:30 am

    Berbaloi,murah!

    Reply
  2. Alia says:
    January 9, 2020 at 10:45 am

    Ok kreatif…
    Kt umah saya ada yg warna merah ikea tu…
    Sekarang letak brg2 audio.. Mcm cable.. Dvd semua tu…

    Reply
  3. Mus says:
    January 9, 2020 at 10:51 am

    kreatif boleh pelbagai guna.. tawaran menarik mcm tu sayang kalau tak grab… anak anak senang nak susun buku.. kemas pun kemas nampaknya

    Reply
  4. umi nazrah says:
    January 9, 2020 at 11:47 am

    bagus sangat idea ni. boleh la buat nanti. sebab dah beli rak buku yg asalnya rak baju. haha 😛

    Reply
  5. Airah says:
    January 9, 2020 at 1:03 pm

    Cantik dan kreatif. Suka tengok. Sesuai nak letak buku sekolah anak banyak banyak kan

    Reply
  6. Rawlins GLAM says:
    January 9, 2020 at 3:10 pm

    Rawlins pun banyak upcycling rack kat rumah. Rack kasut jadi rack barangan dapur dan book rack. Senang takyah nak bazir. Duit yang ada tu boleh belibenda lain kan… ehhhhh

    Reply
  7. MAISARAH IBRAHIM says:
    January 9, 2020 at 3:27 pm

    kreatifnya rak kasut jadi rak buku ahahah anak-anak masuk sekolah ni memang perlu banyak ruang nak simpan buku sekolah

    Reply
  8. Fadima Mooneira says:
    January 9, 2020 at 4:28 pm

    Brilliant and awesome!!!!!!! This is what I call innovative. Reinvent barang lame kpd barang baru. I love it. Keep it up.

    Reply
  9. Salina Johari says:
    January 9, 2020 at 6:58 pm

    Betul Kak Niena. Bila dah anak ramai yang bersekolah, pening kepala nak fikir tempat buku..alat tulis..baju dan bagai lagi. Sal pun guna konsep DIY selagi boleh untuk anak². Fikir ruang di rumah lagi. Mana yang boleh jimat, kita buat. Asal anak² selesa dan secara tak langsung kita ajar anak² manage barang keperluan masing²

    Reply
  10. Hanny Abdullah says:
    January 10, 2020 at 12:05 am

    Bagus Nina ada idea dari almari kasut ke almari buku, kreatif betul. Murah pun murah kan. Kalau tempah pasang siap tu memang mahal.

    Reply
  11. Maisarah says:
    January 10, 2020 at 2:03 am

    Murah dan berbaloi. Guna almari saiz macam ni tak makan banyak ruang.

    Reply
  12. Marina says:
    January 10, 2020 at 9:23 am

    Kemas dan tersusun kan buat macam ni. Yang penting jimat budget

    Reply
  13. aboya says:
    January 11, 2020 at 12:44 am

    kreatif …. samelah, kat rumah ni rak kasut jadi almari baju… punn boleh

    Reply
  14. Bonda Chanteq says:
    January 11, 2020 at 5:54 pm

    Thanks nina share infor ni….xterfikir plak nk jadikan rak kasut as rak buku.,.selalu dok cari rak buku tp xde pintu…boleh dh guna teknik ni tuk ank sedara..

    Reply
  15. teddyliza says:
    January 11, 2020 at 6:54 pm

    Nama:Teddy Liza
    status perkawinan: janda
    jumlah pinjaman:3.6 miliar rupiah
    tempat tinggal saya:. Palangkaraya
    email ku:::teddyliza2020@gmail.com
    kesaksian yang memotivasi saya whatsapp :;l+ 6281617538564
    tujuan pinjaman saya :Investasi / hutang

    Halo semuanya, sekarang dari (bahasa Indonesia [baˈha.sa in.doˈne.sja])/Malay, . Saya seorang janda dengan dua anak dan sejak Februari 2019 karena kebakaran dalam bisnis yang membanjiri bisnis saya dan saya mencoba mencari pinjaman dari bank saya, bank mengatakan dengan saya memiliki kredit buruk sehingga saya mencobanya dengan pemberi pinjaman lain di mana saya bodoh. Tetapi seperti yang Tuhan kehendaki, saya membaca kesaksian AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM di majalah bisnis, yang membantu bisnis dan individu dengan pinjaman besar. Saya mengajukan permohonan dan saya telah menerima pinjaman 3,6 miliar rupee dengan tingkat bunga sangat rendah 1% dan rencana pembayaran yang lebih baik. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu Anda bahwa ada banyak scammer di sini. Ambil permintaan peminjam untuk biaya asuransi, Peminjam tidak memiliki sertifikat bisnis, Peminjam palsu tidak peduli dengan gaji bulanan Anda yang membuat Anda memenuhi syarat untuk mendapat pinjaman, peminjam Palsu tidak memiliki alamat kantor fisik. Peminjam palsu meminta biaya pendaftaran dan biaya pajak, peminjam Palsu tidak memiliki situs web. Jika Anda mencari pinjaman, selalu minta pemberi pinjaman untuk situs webnya, karena banyak pemberi pinjaman palsu tidak memiliki alamat dan situs web. Jika Anda menginginkan pinjaman yang sah,Sukses hanya datang bagi mereka yang percaya pada diri mereka sendiri dan siap untuk menang. Saya tidak mengharapkan apa pun selain yang terbaik untuk Anda. Beralih ke tahap baru dalam hidup bisa menjadi proses yang menantang. Semoga Anda beruntung dalam semua upaya masa depan Anda, Anda akan menjadi hebat. ajukan sekarang.

    Aasimaha adila ahmed kontak pusat aplikasi pinjaman
    E-mail**aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    Whatsapp *********^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^+ 447723553516

    Reply
  16. Donna says:
    July 6, 2021 at 3:33 pm

    WOW!!! Great post! Though, like many, I loved her unique look, I find the latest personification of her home unconditionally excellent. Her existing room in specific really pleas to me with its sophisticated, nearly ghostly excellence. I love the modern art in that interplanetary- it is beautiful.

    Reply
  17. Izyan Balqis says:
    September 8, 2021 at 7:37 am

    Nice la kak nina, next time curi idea kak nina la bila anak2 da besar dan sekolah. Mata ibu dia pun sama sakit kalau tak susun betul2

    Reply
  18. Jean Pedro says:
    December 15, 2021 at 9:10 pm

    You had shared such an informative blog post, I really appreciate please keep sharing in future also.

    Reply
  19. Haberler, Son Dakika Haber, Güncel haberler says:
    January 28, 2023 at 7:06 pm

    Thanks for all of your time to share this information.

    Reply
  20. ZAIDALIFAH HUSSIN says:
    September 19, 2023 at 5:04 pm

    Good Idea Kak Nina… Menarik juga janji kemas dan mudah nak cari dan simpan balik buku-buku tu

    Reply
  21. Kalsige says:
    October 7, 2023 at 5:47 am

    Thanks for sharing, very useful

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes