Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

MISSING FILEM KOREA 2016
January 28, 2025

MISSING FILEM KOREA SINOPSIS

Korang dah tonton Filem Korea bertajuk MISSING ? Nina bukanlah peminat tegar filem atau drama Korea tapi sesekali terlayan jugak. Tu pun bila baca review filem Korea best baru lah terjebak. Buat korang tercari-cari filem Korea terbaik untuk ditonton, rekemen korang tonton Filem MISSING

Isi Kandungan hide
1 Filem Korea MISSING
1.1 “Balik rumah..anak dah hilang!!”
1.2 Kisah perjuangan seorang ibu
1.3 Sinopsis Filem MISSING
1.4 Related posts:
2 Sinopsis Drama SANG PEWARIS Full Episod Lakonan Ben Amir dan Amyra Rosli
3 Sinopsis Drama RISIK PADA HATI TV3 Tonton Online
4 Sinopsis Drama CHECKLIST MR RIGHT TV3 TONTON ONLINE DI WETV
5 Sinopsis Drama SAAT KAU TAKLUK CINTA INI

Para ibu dan bakal ibu, sila sediakan tisu siap-siap ketika hendak menonton filem ini. Klimaks melodramatik nya aduh! Sakitnya itu disini!

Filem Korea MISSING

Filem Korea bertajuk “MISSING” tahun 2016 ini merupakan senaskah filem bergenre psychologythriller dan mystery yang membawa kita menerokai kebimbangan seorang IBU yang dalam keresahan, panik, haru biru kerana kehilangan anaknya dan sebagai penonton kita juga akan dibawa bersama menjiwai watak si Ibu yang begitu terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan anaknya kembali!

“Balik rumah..anak dah hilang!!”

Plot yang disajikan dalam filem ini sangat MENARIK, PENUH DEBARAN, SUSPEN dan membuatkan kita terus BERTEKA-TEKI..dan yang paling penting, jalan ceritanya TIDAK MELERET-LERET kerana ia cuma berdurasi 90 minit sahaja! Terasa singkat sekali!

Tiada sesaat pun ruang kebosanan, malah mampu membuatkan jiwa setiap insan yang bergelar ibu merasa merasa begitu emosi sehingga menitiskan airmata kerana merasa begitu geram! Begitu marah! Dan..akhirnya perasaan sedih, kecewa, terkilan dan kasihan mula terbit dari sanubari keibuan kita.

Kisah perjuangan seorang ibu

Ini kerana filem ini bukan hanya berkisarkan tentang perjuangan seorang ibu untuk menyelamatkan anaknya yang hilang. TETAPI….Ia juga mengisahkan kesusahan dan rasa trauma wanita lain yang dari keluarga miskin dari negara asing yang datang ke Korea Selatan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan kisah wanita tersebut dalam filem ini sememangnya cukup pahit, berliku-liku dan meruntun hati!

Dalam filem ini, Gong Hyo-Jin dan Uhm Ji-won memainkan watak mereka dengan begitu realistik dan penuh penghayatan membuatkan 90% saat-saat dalam plot dan twist filem ini begitu mendebarkan kita! Dan “ENDING” nya, pasti membuatkan naluri keibuan kita begitu sayu.

Menariknya..filem ini terselit banyak pengajaran untuk kita yang bergelar ibu dan anak. Bagi yang belum tonton lagi, WAJIB cari dan tonton! Sesuai untuk tontonan semua peringkat usia.

MISSING FILEM KOREA 2016

Sinopsis Filem MISSING

Ji-sun (lakonan Ji-Won) yang mempunyai seorang anak kecil perempuan dan seorang pengasuh yang bernama Han-mae (lakonan Hyo-jin) yang menjaga anak Ji-sun. Diketika mana Ji-sun sibuk dengan kerjayanya dalam masa sama sedang berhadapan masalah dengan bekas suaminya yang berlaku curang dan ingin berebut hak penjagaan anaknya, tiba-tiba anak Ji-sun hilang bersama pengasuhnya entah ke mana dan ini telah menimbulkan kekecohan dan kegusaran Ji-sun!

Bermulalah saat-saat mendebarkan yang Ji-sun perlu lalui untuk mencari dan menyiasat punca kehilangan anak serta pengasuhnya.

Begitu sukar dan beratnya ujian si ibu..tiada seorang pun yang membantunya! Bekas suaminya pula dapat memang tidak berguna langsung! Memang serasi sangat watak Park Hae-Jon ini berlakon sebagai lelaki yang suka curang (Kdrama “The World of The Married Couple” pun dia jadi suami bernafsu kuda tak guna yang curang!)

Dapatkah Ji-sun menemukan semula anaknya dan pengasuhnya itu?

Korang dah tonton ke Filem MISSING ni? Apa pendapat korang tentang filem ini?
Apa lagi filem best kegemaran korang, share laa ngan Nina…

Related posts:

Sinopsis Drama SANG PEWARIS Full Episod Lakonan Ben Amir dan Amyra Rosli

Sinopsis Drama RISIK PADA HATI TV3 Tonton Online

Sinopsis Drama CHECKLIST MR RIGHT TV3 TONTON ONLINE DI WETV

Sinopsis Drama SAAT KAU TAKLUK CINTA INI

Drama Movie Filem KoreaFilem TerbaikHyo-JinINFO DRAMA TERKINIJi-WonMISSINGPark Hae-JonReview FilemSinopsis FilemWajib Tonton

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Papaglamz says:
    January 28, 2025 at 8:50 am

    Bestnya review! Nampak macam cerita yang penuh plot twist.

    Reply
  2. LadyBird says:
    January 28, 2025 at 6:11 pm

    dah lama sungguh lady x nonton filem korea ni…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes