Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

July 31, 2019October 14, 2023

Beli rumah murah dimana? Cepat rebut peluang ni!

Rumah Ohhh Rumah ..!! Setiap orang pastinya mengimpikan memiliki sebuah rumah. Kita mengandaikan dengan adanya sebuah rumah adalah aset buat diri sendiri sebagai penanda atas next level yang kita telah mencapai satu kejayaan! Setuju? Yelah, nak ada sebuah rumah memerlukan komitmen, tanggungjawab, kebijaksanaan dan banyak lagi isu penting. Paling penting dimana beli rumah murah dan dimana lokasinya. Siapa developer pun penting jugak! Jom baca perkongsian Nina..

Isi Kandungan hide
1 Beli rumah murah ?
2 Beli rumah murah? PKNS tawar diskaun berganda
2.1 Rumah Selangorku
2.2 KELAYAKAN PEMBIAYAAN
2.3 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
2.4 PROSES TUNTUTAN SKIM “SMART SELANGOR FIRST HOME BUYERS”
2.5 DOKUMEN SOKONGAN YANG WAJIB DIKEMUKAKAN SELEPAS PRA KELAYAKAN TAWARAN
2.6 Segera ke PKNS
2.7 Related posts:
3 Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah
4 Menu sahur mudah Ayam Masak Kicap Oats
5 Resepi Mee Goreng Hailam Basah Sedap Mudah
6 Alhamdulillah Eicha dah baik demam. Roti telur cheese untuk dia

Fuhhhh . . .  Lawa giler rumah ni kannn..?? 
Korang dah ada rumah ?
Nak beli rumah?
Nak penjimatan dan rebat sehingga RM100K?
Nak tau kat mana adanya tawaran harga rumah bermula RM185,000 ??
Kat mana ada lagi rumah low kos RM42,000??
Menarik kannn?? Kat mana nak beli rumah murah? PKNS tawar diskaun berganda

Betapa banyak punya soalan daaaa… Tapi ni laa hakikat yang bermain dalam minda bila nak beli rumah kan? Bukan mudah nak buat satu keputusan beli rumah. Yelah bukan murah cam beli popcorn yea tak? Loans lak bertahun sampai pencen. Huhuuu . . .

beli rumah murah

Beli rumah murah ?

Tu ari jalan-jalan Shah Alam, singgah kompleks legend  – Kompleks PKNS Shah Alam. Lama giler Kompleks ni kann..?? Suka jalan sini, baju murah, tudung murah, makan jangan cakap … macam-macam ada! 
Pastu terjebak event yang sedang berlansung, menarik sekali! Sukahati seronok nak share ngan korang ni.. Nina shortcut kan tuk korang apa yang menarik berlansung masa Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2019

Sempena ulang tahun PKNS ke-55 tahun, PKNS menawarkan diskaun hebat berganda bermula 26 Julai sehingga 4 Ogos 2019 . Majlis dirasmikan oleh YGhb Dato ‘ Mohd Aizi Bin Mohd Zain , Ketua Pegawai Eksekutif PKNS

Beli rumah murah? PKNS tawar diskaun berganda 

Meh Nina share apa yang menarik kat sini :-
Rumah Mampu Milik PKNS

  • ✔ Diskaun hebat!
  • RM5,500 untuk 55 pembeli terawal
  • ✔ Rumah Selangorku Idaman PKNS dengan tawaran harga bermula RM185,000
  • ✔ PKNS menawarkan Diskaun sehingga 20% serta kos guaman SPA dan duti setem MOT secara percuma kepada pembeli.
  • ✔ PKNS dan Maybank
  • Perjanjian kolaborasi untuk pelaksanaan Skim Smart Selangor First Home Buyer –
  • ✔ Pinjaman 100% untuk rumah pertama (10% dari Kerajaan Negeri dan 90% lagi daripada Maybank).
  • Buat yang nak merancang nak beli kedua atau ketiga keempat dan lagi lagi, amboi…
  • Korang pun akan dapat diskaun istimewa gak tau!
beli rumah murah

Cantik kannn..?? Bayangkan rumah gini harganya dari RM150K – RM250K
Rugi weyhhh . . . Tak grab peluang tawaran berganda dari PKNS ni. .!!

Rumah Selangorku

Skim ini adalah terbuka kepada pembeli Rumah Selangorku (RSKU) yang dibangunkan oleh pihak PKNS dan Anak Syarikat PKNS yang terletak di Selangor Cyber Valley (SVC), Antara Gapi, Kota Puteri, Klang dan Kampung Sri Temenggung Gombak.

Untuk pengetahuan korang permohonan dan segala proses untuk tawaran ni hanya di Maybank Seksyen 14 Shah Alam. Kaunter booth Maybank Seksyen 14 Shah Alam semasa tawaran ni berlansung kat Kompleks PKNS Shah Alam ni
Okey, Nina dah janji nak share tentang butiran tawaran ni seronok tuk  korang tahu

KELAYAKAN PEMBIAYAAN

  • Pembiayaan 100% diperuntukkan pada kadar faedah rendah untuk 8 tahun pertama
  • tambahan 5% pembiayaan untuk insurans MRTA/MRTT
  • hanya untuk hartanah PKNS dan anak syarikat PKNS sahaja
  • permohonan persendirian/perkongsian boleh dilakukan

Kat mana beli rumah murah? PKNS tawar diskaun berganda

Tengok jangan tak tengok.  . .!! Bayangkan rumah tepi rumah Nina . Aduyai . . Indahnya. Sebelum bayangkan , baca syarat permohonan ni dulu ehh

Pemohon yang layak untuk Skim ini mestilah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memiliki Rumah Selangorku seperti berikut :

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • 1. Warganegara Malaysia 18 Tahun Ke Atas
  • 2. Pendapatan Suami Isteri
  • – Perumahan Jenis A Rm3000
  • – Perumahan Jenis B,C,D Rm3001 – Rm10’000
  • 3. Pemohon Dan Pasangan Tidak Pernah Memiliki Rumah Di Negeri Selangor
  • 4. Pemohonan Pindahmilik Hanya Dibenarkan Selepas 5 Tahun Dengan Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri
  • 5. Pembelian Rumah Hanya Untuk Didiami Dan Bukan Untuk Disewa
  • 6. Tempoh Sah Laku Bagi Setiap Permohonan Adalah Selama Dua (2) Tahun Dan Sekiranya Tiada Tawaran Diterima Dalam Tempoh Tersebut, Maka Permohonan Baru Perlu Dibuat Semula Di Atas Talian (Online) http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php

PROSES TUNTUTAN SKIM “SMART SELANGOR FIRST HOME BUYERS”

  • MENDAPAT KELULUSAN LEMBAGA PERUMAHAN & HARTANAH SELANGOR (LPHS)
  • PKNS MENGELUARKAN SURAT TAWARAN KEPADA PEMBELI
  • PEMBELI PERLU MEMOHON PEMBIAYAAN SKIM SMART SELANGOR FIRST HOME BUYRS HANYA MELALUI MAYBANK
  • PEMBELI DIBERIKAN KELULUSAN PEMBIAYAAN
  • PENDAFTARAN “ONLINE” (link daftar bawah sekali Nina share)
  • – Salinan Kad Pengenalan Pemohon Dan Pasangan
  • – Salinan 1 BULAN PENYATA GAKI TERKINI Pemohon Dan Pasangan

DOKUMEN SOKONGAN YANG WAJIB DIKEMUKAKAN SELEPAS PRA KELAYAKAN TAWARAN

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon Dan Pasangan
  • Salinan Surat Nikah / Sijil Daftar Perkhawinan / Surat Cerai / Surat Kematian
  • Surat Pengesahan Bujang Daripada Majikan ( Menggunakan Kepala Surat Jabatan/Syarikat/Cop Syarikat ATAU Suaray Akuan Sumpah Asala Daripada Pesuruh jaya Sumpah
beli rumah murah

Siapakah bakal jiran sebelah rumah Nina ni . . .?? HEhee… Verangan tu kan percuma. Nak kan jadi kenyataan kena laaa pi Kompleks PKNS dan mulakan bertindak rebut peluang tawaran berganda PKNS ni..!!

Segera ke PKNS

Amacam? Segala maklumat Nina dah share, tawaran hebat ni RUGI kalua korang lepaskan begitu saja.. Rumah lah asset yang menguntungkan.  
Korang boleh berurusan lebih lanjut :-

Bahagian Perumahan , Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
Tingkat 5, Podium Selatan, 40503 Shah Alam
Website : Rumah Selangorku
Phone : 03-55102177 / 03-55102122

Whatsapp :
http://www.wasap.my/60122361154
http://www.wasap.my/60133917634
http://www.wasap.my/60182436285
http://www.wasap.my/60176724923
http://www.wassap.my/60132504380

Facebook : PKNS Property
Instagram : pkns_property

Diulangi, korang kena daftar kat link sini dulu tau
Link Pendaftaran LPHS : http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php

Korang wajib datang sini – ramai nya! Memasing bijak rebut peluang tawaran berganda dari PKNS sempena Ulag Tahun PKNS ke-55 Tahun. 

beli rumah murah

Koleksi Hartanah Siri 2/2019
Lokasi : Kompleks PKNS, Shah Alam Selangor
Masa : 10am – 10pm
Sehingga 4 Ogos 2019

Jangan tunggu lagi, sehingga 4 Ogos jer tawaran berganda ni.  Balik keje ni masih smepat pi singgah kat Kompleks PKNS Shah Alam dan pilih rumah idaman korang… Nanti rumah dah siap, jemput laaaa Nina masa majlis house warming eh… HEhee . . .

Related posts:

Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah

Menu sahur mudah Ayam Masak Kicap Oats

Resepi Mee Goreng Hailam Basah Sedap Mudah

Alhamdulillah Eicha dah baik demam. Roti telur cheese untuk dia

Lifestyle Review Tips PKNSPKNS 55 TahunPropertyRumah MurahRumah SelangorKuSelangorSkim Smart Selangor First Home Buyertips beli rumahTips rumahtangga

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (17)

  1. Ezna says:
    July 31, 2019 at 10:11 am

    Berbaloi untuk mereka yang nak beli rumah. Cantik2 juga design rumah PKNS ni ye?. Sekarang ni kat Sepang tu pun dah ada pembangunan yang pesat. Sekolah ada, kedai-kedai pun dah banyak, Airport pun dekat, universiti pun dah ada. Pendek kata semua la dah ada kat sana jadi kalau nak beli rumah area sana berbaloi la.

    Reply
  2. Fadzi Razak says:
    July 31, 2019 at 11:09 am

    Teringin nya lah nak ada rumah under nama sendiri 😀 😀 Tapi berangan je lah dulu sekarang ni sebab housewife kan. Kena kerja keras lagi daripada orang lain kalau orang macam kite ni nak beli rumah dengan nama sendiri. Tapi boleh tahan murah harga pkns tawarkan ni

    Reply
  3. Zharif Azis says:
    July 31, 2019 at 2:33 pm

    Zaman sekarang nie hartanah mmg sangat penting utk difikirkan sbb makin lama harga makin meningkat. Bagus projek dri pkns mcm nie sbb harga masih terkawal. Okay nak daftar juga nanti

    Reply
  4. Eswati Azni Jaafar says:
    July 31, 2019 at 2:40 pm

    waa…kalau kak azni muda lagi mmg sambar dah …. ni dah tuo hahahah… nina ada nampak dah area yang dekat dekat?

    Reply
  5. Nor Azlina Mohd Ali says:
    July 31, 2019 at 4:37 pm

    syantikkk design ni. Bestlah ni.. nak tunjukkan pada suami lah.Kot-kot dia nak buat aset ke. Kata murah dah nii.

    Reply
  6. Umminani says:
    July 31, 2019 at 4:46 pm

    Murah harga rumah. Untung sesiapa dapat beli

    Reply
  7. Jiwa Sihat says:
    July 31, 2019 at 9:25 pm

    Murah! Bestnya kalau dapat beli

    Reply
  8. Bella jamal says:
    July 31, 2019 at 11:48 pm

    Cantiknya rumah. Bella teringin nak ada rumah sendiri tapi masih belum mampu. Tunggu kereta habis byr dulu. Tapi harga ni macam dah best. Sis cuba tgk2 la link yg Nina share tu. Serabut kepala pikir pasal umah ni. Hmmm

    Reply
  9. Mahadir Mohamed Arifin says:
    August 1, 2019 at 12:41 am

    Bestnya teringin kita nak ada rumah atas tanah macam ni sangat cantik dan juga rasa berbaloi nak beli rumah macam ni hehehehe kalau ada murah lagi kita nak rebut peluang kalau boleh lah tengok kat Selangor banya rumah murah…

    Reply
  10. Huda says:
    August 1, 2019 at 10:01 am

    Untung yer jadi anak selangor, dapat grab promosi beli rumah harga terlajak jimat ni. rugi kalau tak grab ni kan kak nina? nak share kat adik ipar yang dok kat shah alam la, dia pun belum ada rumah sendiri

    Reply
  11. Nadia Johari says:
    August 1, 2019 at 10:16 am

    Rumah, rumah..teringin naka da rumah sendiri dengan nama sendiri..Ya allah..kalau la dapat sebiji seronoknyaa..harap adala rezeki nanti.sentaisa berdoa..murah juga rumah pkns ni ye..banyak diskaun..untung siapa yang grab ni

    Reply
  12. Rawlins GLAM says:
    August 1, 2019 at 12:58 pm

    Syukur ada informasi begini – insyaAllah ramai yang akan mendapat manfaatnya sebab ramai yang mencari rumah yang affordable kan. Good job PKNS

    Reply
  13. Lia Hasty says:
    August 1, 2019 at 1:23 pm

    Wah kalau lia bekerja di area selangor memang dah beli rumah kat san. untunglah rakyat selangor dapat banyak tawaran hebat untuk pembelian rumah.

    Reply
  14. Yaya Azura says:
    August 1, 2019 at 10:56 pm

    design rumah dah la meletop..harga murah pulak tu! untuk anak sengor..peluang ni rugi kalau tak grab.

    Reply
  15. Saidila Rahman says:
    August 2, 2019 at 12:52 am

    jom nina jadi jirai ai …ai dah mark lokasi kat mana nak beli rumah pertama ai …tentunya rumah kos rendah tapi mampu milik …hehehehe

    Reply
  16. AhmadiKatu says:
    August 2, 2019 at 11:48 am

    Awatlah jeles sangat dengan warga Selangor ni…bila tengok event hartanah ni, pasti akan rasa ruginya jadi warga Sabah yang tidak mampu memiliki hartanah di negeri sendiri. Harganya tersangat diluar jangkau sepertinya nilai hartanah tu betul2 disebelah hotel 10 bintang…

    Reply
  17. Bert Fish says:
    December 15, 2023 at 3:03 pm

    I read this post your post so nice and very informative post thanks for sharing this post,

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes