Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

May 23, 2019June 11, 2020

NAAN LOUNGE Shah Alam | Ohh Cheesy Cheese Naan. Musnah Diet ku! Huhuuu

Buffet Ramadhan sinomin dengan Masakan Melayu Tradisional. Sana sini akan sajikan masakan tradisional terbaik mereka. Meriah memang meriah..!! NAAN LOUNGE Shah Alam Cheese Naan Sedap

Isi Kandungan hide
1 Buffet Ramadhan di NAAN LOUNGE Shah Alam
1.1 NAAN LOUNGE Shah Alam Cheese Naan Sedap
2 Roti Cheesy Cheese Naan
3 Nasi Beriani dia sedap seyhh
4 Kemudahan
4.1 Surau
4.1.1 Harga RM44.90 dewasa RM23.00 kanak-kanak
4.1.2 Waktu perniagaan 4pm – 3am (Bulan Ramadhan) 11am – 11.30pm Normal day
4.1.3 Untuk tempahan Call 010-2681776 / 03-58822910
4.1.4 Alamat NAAN LOUNGE No 44 Jalan Plumbum N7/N Seksyen 7 40000 Shah Alam Selangor
4.1.5 NAAN LOUNGE Shah Alam Cheese Naan Sedap
5 Related posts:
6 Bermula sudah persekolahan... Mama buzy !!
7 OH SAKITNYA! BAHAYA ULSER MULUT MEMBESAR SAMPAI KENA OPERATE. KESIAN ANAKKU YANA
8 KISAH AKU DAN MESIN DOBI ROSAK
9 SKIN VALET BANGI RAWATAN MUKA DEHYDRATED SKIN OXYDERM TREATMENT

Cuma nya sesekali pekena masakan Pakistan best gak kann..??
Eh Eh.. Ada ker menu RARE gini dihidangkan ala Buffet? Biasanya menu dari Negara Timur Tengah ni dihidangkan secara ala-carte. Menu exclusive kann…

Buffet Ramadhan di NAAN LOUNGE Shah Alam

NAAN LOUNGE Shah Alam Cheese Naan Sedap

Ahaa… ni nak share kat korang, sesapa yang sukakan Nasi Beriani, Roti Tandori, Roti Naan, Chcken Tandori pure  resipi dari Pakistan korang boleh laaa cuba Buffet Ramadhan kat Naan Lounge Shah Alam.

Aduyai..Tolong laaaa..!!
Musnah diet seyhhh buka puasa Buffet Ramadhan kat Naan Lounge Shah Alam ni. Walaupun menu macam tak banyak mana, tapi serius cukup puashati. Semua menu kami nikmati dengan penuh berselera.

NAAN LOUNGE Shah Alam Cheese Naan Sedap

Naan Cheese, Naan plain, roti tandoori, chicken masala, chicken tandoori, dhal dan pelbagai lagi menu Pakistani yang korang kena rasa! Tak akan sama seperti yang korang pernah rasa memana kedai mamak . Meh Nina share antara menu yang ada

Roti Cheesy Cheese Naan

NAAN LOUNGE Shah Alam Cheese Naan Sedap

NAAN cheese terbaik. Tarik panjang tak putus beb!
Lemak cheesenya ohsem. 20 juta kali anak-anak Nina dok ulang tu aje!  Makan laa puas² nak ooii…  Buffet kannn…  HEhehe

Selain tu ada Roti Tandori, Naan plain jugak dan paling best Naan Nutella!

Nasi Beriani dia sedap seyhh

Ini yang Nina ambik. Ada Nasi Beriani bersama Mix Vege dan ayam Tandori nya yang superb Ohsem! Serius sedap. Isi ayamnya moist kat dalam, ber juicy. Dan apa yang buat Nina lebih suka, ayam ni tak berapa merah, bila di risik-sirik rupanya mereka memang tak letak pewarna merah pun.  Terbaik laaa..

Tengok pilihan airnya. Air lemon mint hijau tuuu sedap! Paling suka Teh tarik dia… KAwwww beb!

Selain tu untuk pencuci mulut ada kueh mueh tradisional , buah, salad. Apa yang menarik kat sini menu Pakora dan kheer. Pertama  kali Nina makan. Sedap gak.. Yang Kheer tu warna putih, sikit manis dan sedap buat pencecah apa pun. Dengan nugget Nina cecah, dengan ayam tandoori, French fries dan segala yang ada Nina cecah ngan Kheer tu..

Kemudahan

Surau

Kat sini disediakan surau so korang tak perlu risau ataupun rushing sambil Buffet nak kejarkan masa pi surau atau Masjid lain.

Paking sini pun ada banyak depan restaurant. Pepandai korang nak park kete korang kat mana. Sila  letak kete masuk dalam kotak pakir yang disediakan. Bayaran parking korang bayar kat mesin parking Majlis Perbandaran – Hari keje sejam 60sen dan weekend percuma.

Nak datang sini senang sangat. Korang waze jer dan sila ikut arahan En.Waze confirm korang akan sampai depan pintu Naan Lounge Shah Alam.

NAAN LOUNGE CHEESY CHEESE NAAN SEDAP SHAH ALAM

Harga
RM44.90 dewasa
RM23.00 kanak-kanak
Waktu perniagaan
4pm – 3am (Bulan Ramadhan)
11am – 11.30pm Normal day
Untuk tempahan
Call 010-2681776 / 03-58822910
Alamat
NAAN LOUNGE
No 44 Jalan Plumbum N7/N
Seksyen 7
40000 Shah Alam Selangor

FB : https://www.facebook.com/naanlounge.my/
IG : https://www.instagram.com/naanlounge/

Okey .. buat warga Shah Alam rugi laaa kalau korang tak pi terjah dan nikmati Buffet Ramadhan kat Naan Lounge ni.. Nina dari Batu Caves pun dah sampai. Bukan apa tau, pass Ramadhan nanti dah tak de Buffet, maka idok lerr dapat makan Cheesy Cheese Naan sepuas perut. HAhaa..

Oh ya sebelum terlupa, Naan Lounge pun ada buat catering, meal box dan korang pun boleh order menu menu ohsem depa melalui Food Panda. Kat sini pun ada disediakan ruang untuk sebarang majlis. Apa-apa korang contact depa eh…

Insya’Allah nanti pass Raya Nina nak datang lagi nak pekena Roti Chessy Cheese Naan lagi. Hadoi … Kemaruk dah ni.. Parah tul..!!

NAAN LOUNGE Shah Alam Cheese Naan Sedap

Related posts:

Bermula sudah persekolahan... Mama buzy !!

OH SAKITNYA! BAHAYA ULSER MULUT MEMBESAR SAMPAI KENA OPERATE. KESIAN ANAKKU YANA

KISAH AKU DAN MESIN DOBI ROSAK

SKIN VALET BANGI RAWATAN MUKA DEHYDRATED SKIN OXYDERM TREATMENT

Lifestyle Review Travel Buffet Ramadhan Shah Alamcatering Shah AlamCheesy Cheese NaanFood PandaInfo - Food ReviewMeal BoxNAAN LOUNGENaan NutellaNasi BerianiShah Alamtempat makan best

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (15)

  1. eldarwena says:
    May 24, 2019 at 1:10 pm

    aduhai lama tak makan nasi beriani..tu dia tengok sedap namatey haha..dia punya price pun ok jugak..boleh lah nak pergi satu family

    Reply
  2. emi says:
    May 24, 2019 at 4:52 pm

    Huyyoo, banyaknya cheese dia. Memang betul2 menggoda keimanan lah. Kalau dekat emi dah pergi dah ni. Lama betul tak makan naan cheese. teringin pulak. Tapi lepas raya la kot baru berkesempatan makan naan cheese.

    Reply
  3. Izaramlk says:
    May 24, 2019 at 10:15 pm

    Roti tandoori dia oalung tempting sekali bila tengok. Sedapnya kalau dapat makan bulan puasa ni. Rasa mcm nk pergi cari jugak je.

    Reply
  4. Mahamahu says:
    May 24, 2019 at 11:46 pm

    Naan Cheese tu memang dah lama kita tak makan bestnya kalau dapat time puasa ni mengidam lah hehehehe tengok leleh sangat rasa nak cuba nasi briyani ni pun menyelerakan sedap dan murah tu…

    Reply
  5. Hanny Abdullah says:
    May 25, 2019 at 2:23 am

    Fav sis ni cheese nan, satu lagi garlic nan, fuhh terlioq pulak dok cite pasal makanan kegemaran ni. Nasi bryani tu pun nampak sedap je..bolehlah nnti singgah sini pekena makanan diorg

    Reply
  6. TENGKUBUTANG says:
    May 25, 2019 at 11:14 am

    fuhh sedapnya tengok cheese melambak dalam tuuu.. adoi.. tak pernah lagi makan Naan Cheese.. terasa nak try je..mesti sedap kan

    Reply
  7. farhana jafri says:
    May 25, 2019 at 12:20 pm

    Puas hati makan Naan Cheese dekat Lounge Shah Alam ni. Kak Nina dari Batu Caves dah sampai, saya yang dekat Subang ni pun tak tahu kewujudan kedai ni. Nak kena terjah jugak ni, terliur tengok nasi beriani dia

    Reply
  8. naimttbc says:
    May 25, 2019 at 4:22 pm

    Nampak menyelerakan. hehe
    Selamat berpuasa ya

    Reply
  9. Rawlins GLAM says:
    May 25, 2019 at 5:53 pm

    Adush.
    Harganya memang sangat berpatutan dan menunya pun nampak menawan.
    Talian cheese tu buat Rawlins macam nak travel ke SA now.
    Why?

    Reply
  10. Eiza GreenAppleKu says:
    May 26, 2019 at 12:01 am

    Nan Cheese dia mewah ngan keju. Jarang nak dapat Cheese macam tu. Tengok gambar Nina, terus rasa nak terjah kedai mamak berdekatan. Dok terbayang sedapnya Nan Cheese. Depa tak nak buka cawangan kat Penang ka? Hahaha…

    Reply
  11. nadam ejaz says:
    May 26, 2019 at 8:34 pm

    beza kedai mamak n Pakistan.. Mamak kedekut Pakistan hati besar.. tak kedekut.. kalau naan mamak memang tka sedap sebab mrk pandai roti canai je.. naan ni makanan asla Pakistan bukan mamak selatan India..

    Reply
  12. AYU RAFIKAH says:
    May 26, 2019 at 10:34 pm

    sedapnyaaaa…roti nan ada keju…meleleh engok hakhak…kya memang pemiat rori yang berkeju…kalau pg mana2 mamak dsb mmg ni antara feveret yang wajib dibeli.

    Reply
  13. Jiashinlee says:
    May 27, 2019 at 12:59 am

    Oh my god the cheese naan looks so delicious, I really wanna try this since I’m both a cheese and naan lover.

    Reply
  14. Mama Kembar Tiga says:
    May 29, 2019 at 5:18 pm

    Sedapnyaaaa! Kalau bawak si kembaq mesti depa enjoy makan, depa suka naan cheese

    Reply
  15. Anna coblin says:
    November 9, 2020 at 6:16 pm

    Amazing blog. and thanks for share

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes