Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Ayam Goreng RM1 Sedap Greenwood Gombak
December 26, 2017February 23, 2023

Pergghhh …!! Ayam Goreng RM1 Uncle Boss Sedap

Ayam Goreng RM1 Singgit viral di mana-mana. Ayam Goreng RM1 Sedap  kat mana?

Isi Kandungan hide
1 Area Batu Caves Gombak banyak pilihan Ayam Goreng RM1
2 Akhirnya Nina dah jumpa yang menepati selera
3 Perghhhh … Ayam Goreng RM1 Uncle Boss sedap!
4 Apa yang BEST ngan Ayam Goreng RM1 Uncle Boss ?
5 Ayam Goreng RM1 Sedap
5.1 IG : @uncle_boss_ FB : Uncle BOSS Fried Chicken
6 Untuk tempahan
7 Lokasi
8 Waktu Perniagaan
9 Related posts:
10 Wany Hasrita! Oooo... Rupanya dia lah ...
11 6 Tips dan cara masak pasta yang betul? Lepas masak pasta cantik tak melekat
12 Resipi Congo Bar Sedap Sukatan Cawan Wajib cuba! Paling senang resepi ni
13 Photoshoot KBBA9 2016 bertemakan Hari Raya meriah...!!

🍗Ayam Goreng RM1
🍗Ayam Goreng RM1
🍗Ayam Goreng RM1
.
🗣 Singgit jerr awak…
Ayam Goreng ni..!!
Sedap lak tu… 👍🏻👍🏻👍🏻

Ayam Goreng RM1 Sedap Greenwood Gombak

Area Batu Caves Gombak banyak pilihan Ayam Goreng RM1

Kat kawasan rumah Nina ni, sana sinin sinun dok jual Ayam Goreng singgit. Jalan-jalan merata sekitar sini gerenti nampak stall atau pun food truck yang jual menu Ayam Goreng Singgit. Kat sekitar Taman Samudra ni aje rasanya dah ada lebih dari 4  orang jual menu yang sama. Nina dah rasa! hehe

Macam-macam style ada. Ada yang isi ayam saja, ada yang drummet saja, part wings aje dan ada yang pelbagai part ayam.  Pastu  tepung nya plak, ada yang style goreng pisang crispy crunchy, tepung banyakkk dah macam cucur cekodok, dan tak lupa yang tepung nya pedas yang amat! Huhuuu . . .

Akhirnya Nina dah jumpa yang menepati selera

Jalan-jalan menyusuri jalan besar Greenwood tertoleh belah kiri. Ternampak deretan penjual pelbagai makanan area situ. Ada Donut Viral, ada Popia Basah, Air Jagung viral  dan macam-macam lagi laa… Tapi anak mata ni tertumpu kat Ayam Goreng RM1.

Hati meronta-ronta nak cuba. Tak pernah serik! Mana lah tau kali ni sedap dan menepati selera Nina yang agak sangat cerewet walaupun singgit. Hakak sekali beli seploh hinggit tau! Anak bederet you…

Ayam Goreng RM1 Sedap Greenwood Gombak

Perghhhh … Ayam Goreng RM1 Uncle Boss sedap!

Ok Lulus dengan cemerlang! Sedap menepati selera dan Nina berpuashati. Anak-anak Nina pun dok puji kata kali ni punya sedap! Ayam nya sedang elok masak sampai ke tulang, kalau over cook isinya keras tak best! Tepung nya pun ranggup crunchy crispy. Tak pedas! Boleh makan berketul-ketul. Macam tak cukup ni… Amboi .. Perangai sapa lah korang ikut ni. Dah macam  pengkritik juri tetap Akademi Fantasia gamaknya ulasan derang. Eerkk . . .

Apa yang BEST ngan Ayam Goreng RM1 Uncle Boss ?

Ahaa …!! Kalau kita tengok orang jual kat tepi jalan , kita akan fikir ” Alaaa… sama jer kot, Ayam Goreng singgit. Kecik pastu tepung jer lebey” Kann…?? Ok, Nina laa tu! sedar diri

Tapi rupanya meleset belaka tekaan Nina.  Ayam Goreng RM1 Uncle BOSS  ni special.  Korang boleh  request nak rasa Original 😋 tak pedas tapi Wallaaaa sedap dia atau Pedassss 🔥 terangkat!  Senang laaa anak beranak mak pak atok nenek pun boleh makan.

Bukan apa, Nina pernah beli sebelum ni kat tempat lain. Dia punya pedas… SubhanaAllah, Nina sendiri pun tak tertahan kepedasannya ! Dah laaa seploh hinggit. Jawabnya mama kena perabih sorang… Huhuuu

Ini kali, Uncle Boss punya air tangan sememangnya menepati selera Nina sekeluarga.  Agak-agak terdesak termalas tak tau nak masak apa, gerenti berdesup nina terjah sini aje.  Settel 0.07% urusan surirumah tuk hari tersebut. Hehee . . .

Ayam Goreng RM1 Sedap Greenwood Gombak

Ayam Goreng RM1 Sedap

Sebelum balik sempat lagi Nina tanyakan page facebook atau instagram derang. Support peniaga kecil gitu…  Manalah tau, setakat sokongan gini akan melimpah lagi rezeki untuk kita semua. Aamiin…

Nah … Korang follow derang ehh..

IG : @uncle_boss_
FB : Uncle BOSS Fried Chicken

Untuk tempahan

Manalah tau kot korang nak order tuk sebarang majlis keramaian, cukur jambul, birthday atau apa aje, korang boleh lah hubungi whatsapp derang ehh…
019-222 1746
011-3905 1337

Lokasi

Dekat Stesen Shell Greenwood

Ayam Goreng RM1 Sedap Greenwood Gombak

Waktu Perniagaan

Time : ⏰
3pm – 7pm
Selasa cuti

Nanti korang pi laa cuba ehh…

Related posts:

Wany Hasrita! Oooo... Rupanya dia lah ...

6 Tips dan cara masak pasta yang betul? Lepas masak pasta cantik tak melekat

Resipi Congo Bar Sedap Sukatan Cawan Wajib cuba! Paling senang resepi ni

Photoshoot KBBA9 2016 bertemakan Hari Raya meriah...!!

Lifestyle Review Tips Ayam Goreng RM1Ayam Goreng SinggitGreenwoodInfo - Food ReviewInfo - SemasaJalan Jalan Cari Makantempat makan bestTempat makan murahtempat makan sedapUncle BOSS Fried Chicken

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. IQ aka Izyan Balqis says:
    December 26, 2017 at 9:12 am

    Memang nampak sedap! Nak cuba jugak!

    Reply
  2. cik Jaja says:
    December 27, 2017 at 7:33 am

    Apesal tak pernah jumpa lagi ek..tak sampai tempat saya lagi kot uncle boss ni 😀

    Reply
  3. YB Shehan says:
    January 2, 2018 at 4:05 pm

    x nmpk lg nama ni. leh la usha2 nt..

    Reply
  4. fixes says:
    December 11, 2018 at 6:14 pm

    I like cooking these incredibly tasty dish myself. Moreover, when purchasing this meat in this place, you will never know if it wasn’t cooked by yourself. I love it. Great post, thanks a lot for sharing!

    Reply
  5. wan nurul hajar wan aziz says:
    September 20, 2019 at 5:52 pm

    setuju sangat….kami yg buat bunting ni,,,memang ayam goreng rm1 yg paling best setakat ni…champion

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes