Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

April 23, 2012July 24, 2019

Vanilla Muffin with Corn & Almond~

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua ….. Apa khabar semua? Moga-moga sihat walafiat hendaknya.  Awal minggu – Isnin bermula kembali. Episod demi episod untuk minggu ini mencatatkan sejarah untuk kita. Resipi Vanilla Muffin with Corn Almond
Tentunya  setiap insan punya cerita mereka yang tersendiri. Pastinya banyak hikmah disebalik yang terjadi. Selalu lah berfikiran positif dengan menilai setiap perkara yang berlaku dengan perkara yang baik-baik ajer…..
 
Hari nie Nina nak share resepi yang simple – Muffin lagi~~~
Bermacam-macam jenis muffin boleh di olah. Hanya tambah ajer apa-apa yang diingini. Actually, tambah apa yang ada kat dalam peti ais. Hehehe . . . .
Sebelum nie Nina dah pernah buat Muffin with almond slice. Boleh tengok kat SINI – Resipi Vanilla Muffin with Almond. Kali nie Nina tambahkan lagi dengan jagung lak …. Sedappp!! Cuma rasanya next time Nina tak nak letak esen vanilla… nak ganti ngan corn esen pula, mesti lagi terasa rasa jagungnya~
 
Resipi Vanilla Muffin with Corn Almond

Resipi Vanilla Muffin with Corn Almond

Isi Kandungan hide
1 Resipi Vanilla Muffin with Corn Almond
2 Related posts:
3 Roti Sausage Gulung
4 Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
5 My Simple Apple Pie
6 Kuey Teow campak-campak jadinya.... nak cepat punya pasal~

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
1 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
 


Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1cawan gula
secubit garam

Bahan C
Corn  – Nina beli yang ready made ajer
Almond. 

 

Cara-caranya

  • Panaskan oven pada suhu 180c
  • Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk
  • Buatkan lubang di tengah-tengahnya
  • Dalam mangkuk yang lain, satukan Bahan A, kacau rata .
  • Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi
  • Kacau rata TIDAK lebih 20kali guna senduk/spatula ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit – tak mengapa)
  • Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
  • Letakkan corn dan almond kat atas muffin tadi.
  • Bakar muffin selama 18 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)

Sedia dihidangkan.

Resipi Vanilla Muffin with Corn Almond

Resipi Vanilla Muffin with Corn Almond . Senang aje buatnya. Teknik muffin kaup balik tak perlu mixer pun. Muffin gebu cantk naik nya sedap buat minum petang buat seisi keluarga

Related posts:

Roti Sausage Gulung

Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang

My Simple Apple Pie

Kuey Teow campak-campak jadinya.... nak cepat punya pasal~

Lifestyle Resepi cakeKekmenu minum petangMuffinresepi mudahresipi

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. Imah Yusoff says:
    October 4, 2013 at 5:54 am

    tq nina….dan tips

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes