Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

March 26, 2017December 3, 2021

Tiada daya ku, ia berulang  kembali…. huwwaaa..

Ahad 12:30pm – tiba-tiba badan Eilhan panas. Eilhan  demam. Macam biasa, cepat -cepat bagi ubat demam. Kat rumah memang ada standby ubat demam. Mak mak… biasalah kan.. benda gini sangat dititikberatkan..

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Alahai... Senang jer buat Vietnamese Spring Rolls
3 Ooo... Patut laaa cepat rosak! Ini TIPS penjagaan Non-Stick Pan
4 Teknik Fotografi DSRL, mudah rupanya nak hasilkan gambar terbaik! Bersama En. Adhadi Mohd
5 Kuih Bakar Kentang

Eilhan agak kurang ceria hari ni. Dia tuu kalau tak demam habis semua orang dia sakat. Ada aje akal dia nak usik kakak Abang dia. Sengaja buat orang marah dia. Mama dia pun masuk dalam list buli dia. Tabah jer laaa…

Aktiviti dia hari ni lebih pada santai baring-baring sambil tengok TV. Adek Lysa pun dia tak berapa nak main sama. Sian baby Lysa boring hari ni…

Kalau tidak, Eilhan laaa teman layan dia selalu. Eilhan keluarkan bakul mainan dia selambak kat rumah tamu ni.. depa main sesama. Sedih Mama tengok Eilhan kuyu layu hari ni

6:20pm – suhu Eilhan panas sangat! Risau nya … lap lap seluruh badan Eilhan. Lagi 10minit baru cukup 6jam dari tempoh bagi ubat tadi. Nak bagi ke tak, nak tunggu lagi 10 minit ke tak… Hadoi … buntu dibuatnya.

Tapi… hati ini sangat risau! Lantak laaa  ngan 10 minit tuu .. Nina bagi gak Eilhan ubat demam tuk kali ke-dua hari ni… Dengan harapan menggunung tinggi suhu Eilhan akan segera turun.

6:4pm – sedang Nina kemas-kemas dapur tetiba Geng nampak cemas sambil dukung Eilhan bawak ke bilik air. Eh! Nape ni…??

Ya Allah … !! Eilhan kena sawan tarik. Huwaaaa~ .. Situasi paling gelap tak ingin terjadi ianya berulang kembali . Takut giler nak terima hakikat ini.  Ya! Trauma… Bila teringat kembali Eilhan pernah kena sawan tarik dulu . Tetiba terasa macam lutut lemah longlai nak tercabut. Tak mampu berdiri…

No no ..!! Nina kena kuat. Segera nina pun sama jirus-jirus Eilhan . Segala pengalaman dan pengajaran lalu segera bermain dalam minda. Nak buat apa.. nak buat apa… Nak buat apa bila anak kena sawan tarik??!

“Abang, mengiringkan Han belah kiri bang”… Allahuakhbar … mulut Eilhan kebiruan , mengalir air liur dia, mata dia kaku , kaki tangan kejang … Ya Allah … segera lah sedar kan Eilhan … “Eilhan  Eilhan … bangun sayang, sedar sayang .. mama ni” huhuu

Nangis dalam hati ni… Tiada daya menahan kesedihan ini,  sambil jirus tak putus doa… cepat laaa sedar, hilangkan laaa kejang dia, redakan laa tarik dia..

Dalam kurang 3 minit dok jirus-jirus Eilhan, Alhamdulillah Eilhan dah sedar. Cuma masih mamai sikit..

Nina masih teruskan jirus-jirus Eilhan , Geng buka paip shower mandi sama Eilhan .. Ya , kami masih takut ianya terjadi lagi. .. Biar lama lagi sikit dia sejuk. Tak pe

Dengan adanya respon dari Eilhan dah cukup melegakan kerisauan hati Mama. Terima kasih Ya Allah..

Lepas magrib Geng bawak Eilhan ke Hospital Selayang untuk rawatan susulan.

Doakan yang baik-baik untuk Eilhan. Semoga tiada yang serius. Aamiin…

Related posts:

Alahai... Senang jer buat Vietnamese Spring Rolls

Ooo... Patut laaa cepat rosak! Ini TIPS penjagaan Non-Stick Pan

Teknik Fotografi DSRL, mudah rupanya nak hasilkan gambar terbaik! Bersama En. Adhadi Mohd

Kuih Bakar Kentang

Lifestyle Parenting Tips anak sawan tarikBayi demamRawatan susulan selepas anak kena demam sawan tariksawan tarikTips parenting

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. AINUL says:
    March 27, 2017 at 7:12 am

    panas sangat tu.. semoga Eilhan cepat sembuh

    Reply
  2. Kak Sue says:
    March 27, 2017 at 7:47 am

    Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Eilhan cepat sembuh ya Nina…

    Reply
  3. Suriaamanda says:
    March 29, 2017 at 3:12 pm

    Ya allah…dapat SA bayangkan macam mana cemasnya kak Nina

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes