Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

The Regency Hotel Kuala Lumpur
March 14, 2018September 21, 2021

Sapa sangka The Regency Hotel KL punya view KL paling cantik

The Regency Hotel Kuala Lumpur BEST!

Isi Kandungan hide
1 The Regency Hotel Kuala Lumpur
1.1 Bilik Deluxe
1.2 Bilik kemas, bersih, TV banyak channel
1.3 Swimming pool
1.4 Tak sangka pemandangan sekitar KL cantik dari swimming pool The Regency KL
1.5 Cafe
1.6 Lunch
1.7 Market Front – Coffee Terrace
1.8 Dinner
1.9 Breakfast
1.10 Lunch sebelum check out
1.11 Parking banyak !
1.12 Nak cuti tak perlu tunggu cuti sekolah
1.12.1 The Regency Kuala Lumpur No 3 Jalan Raja Alang, 50300 Kuala Lumpur Malaysia Telefon : 03-2262 2000 Fax : 03-2262 2020
1.12.2 Website : www.theregencyhotel.my Facebook : https://www.facebook.com/regencyklofficial/
1.13 The Regency Hotel Kuala Lumpur
1.14 Related posts:
2 Buffet Ramadhan 2020 di MUFORS Gallery by NORANOM Catering sajikan 99 Menu ala Kampung
3 BUNGA TELANG Bukan Sekadar Biru! Banyak Khasiat nya
4 Tips pemakanan semasa Hamil.. Perlu ke supplement tambahan??
5 Salam Aidilfitri 2016 ikhlas dari Nina Mirza

Seminggu ni buat yang dok area Selangor pasti dok meroyan sebab tak de air. Biasalah dah jadi rutin tahunan nampaknya. Namun itu bukan alasan untuk Nina tidak setuju dengan slogan ‘SelangorKu Sayang’. Relax laaa…

Sekelumit satu masalah ini tak akan menutup kelebihan yang telah diterima sepanjang Nina dok kat Negeri Selangor ni. Syukur Alhamdulillah. Selangor sentiasa berada di lubuk hati ini yang paling dalam. Chewah …

Setuju kann..?? Geng tak mo tengok Nina dok tunjuk muka Shrek, maka keluar laaa kami anak beranak mencipta kenangan terindah kami bersama. Kengkonon ala romantis gitu. Anyonyonyooo… Ada nampak semut keluar tak? Hehehe . . .

Disebabkan tak de air, tanpa berfikir panjang Geng ajak Nina stay kat hotel sekitar KL.  Pastu teringat  lak ada kawan rekemen kat satu hotel ni .

“Chow Kit Road, Chow Kit Road, Chow Kit Road, Chow kit Roadddd…” dengan riang gumbira Geng nyanyi lagu Arwah Sudirman. Pastu dia bilang “Air tak de kannn, besok kita short holiday stay kat Chow Kit Road yaa… Geng ni memang suka sangat menyakat Nina. Ngadu kat korang jer.  Huhuu

“Huh…!! Bayangkan mulut Nina melopong terkejut. Biar betul?!?!?!?! Dalam hati dah cuak, celah mana ada hotel best kat Chow Kit Road tu? Hotel Budget kwanggg kwangggg kwanggg adalah. Nehi nehi..!! Huhuuu . . .  Dari Hotel Budget entah mana-mana, Nina lagi prefer stay kat hotel 3 star. Lebih yakin! Tapi … Mood  Suspen bila teringat ayat Geng kata Chow Kit! acaner ni??

The Regency Hotel Kuala Lumpur

Dalam kete Nina dah tak senang duduk. Dupp dapppp dupp dappp….!! Mata ni mengantuk tapi cuba tahan, akhirnya kalah lalu tertido gak. Celik mata jer dah sampai dah kat depan pintu depan hotel. Alamak…!! Aiseymen… Betul laaa depan hotel Pasar Chow Kit. Memang kat Chow Kit laaa…. Ok cuba relax! Dalam berdebar Nina melangkah masuk gak dalam hotel.

The Regency Hotel Kuala Lumpur

The Regency Hotel Kuala Lumpur

Jengg Jenggg Jenggg…!!
Usai melangkah masuk dalam Hotel ni, tetiba macam rasa kat tempat lain. Hiruk piruk kesibukkan di luar hotel tadi terus lenyap. Ruang lobby yang luas, minimalis buat Nina rasa tenang, nyaman. Selesa! Pastu check in. Segala urusan lancar dan mudah. Staff pun friendly. Terus lupa yang Nina sekarang berada kat Chow Kit. Haha . . .

Bilik Deluxe

Bilik Nina di tingkat 18. Sejurus pintu bilik di buka, Nina rasa puashati! Mmmm … Tak sangka hotel yang agak lama masih mengekalkan kualiti mereka. Selesa. Ya selesa! Air-con ambik masa gak nak sejuk mungkin sebab kat luar panas terik. Beberapa minit kemudian dah sejuk. Lulus! Di balik langsir, pemandangan sekitar Kuala Lumpur terbentang luas.

Bilik kemas, bersih, TV banyak channel

Katil tersisir kemas ditutupi selimut tebal. Mmmm… Empuk! Tak sabar nak tido. Ok ngade.. depan katil TV LCD besau! Mode on. tekan tekan tekan… Manyak syiokkk ini macam, ada banyak channel. Hahha.. Mak yang over seronok.

Memula mak mak OCD selalunya check bilik air dulu. Korang pun gitu kann?? Wahh… Ada bathtub laa..!! Anak-anak gerenti suka ni. Bilik air bersih, ada hair dryer dan berfungsi baik. Good!

The Regency Hotel Kuala Lumpur

The Regency Hotel Kuala Lumpur

Almari siap ada peti besi. Pantry macam biasa complete! Biasalah ada air mineral, tea, kopi, garam gula krimer. Chiller pun bersih. Kejap jer anak-anak dah kasi penuh dengan jajan depa. Chocolate laa, manisan laaa, cake laaa, buah lemon, epal hijo mama, air kotak. Letak kejap dah sejuk. Good , berfungsi baik chiller nya! Kiranya facility yang ada semua dalam keadaan baik.

Anak-anak dah dok merengek nak pi tengkat 10. Nak pi pool. Biasanya bebudak, mana kan berpisah tiada dengan kolam. Sebab ada kolam laaa  stay kat The Regency Hotel KL. Harga pun berpatutan.

Swimming pool

The Regency Hotel Kuala Lumpur

Subhanallah … Cantik nya keindahan pemandangan Kuala Lumpur dari pool ni. Terus rasa macam dok kat hotel mewah 6 bintang-bintang berkerdipan. Serius! Dok hotel mewah pun belum tentu korang akan dapat view macam ni. Dalam hati dah verangan nanti besok pagi nak snap gambar sunrise. Sekali … tinggal verangan jer laa… Ruginya! Huhuuu . . . Ok salah diri sendiri. Korang stay sini, bangun awal tau nantikan saat mentari mula menyinari pagi. Pastu pm nina gambar korang ehh… Please…

Tak sangka pemandangan sekitar KL cantik dari swimming pool The Regency KL

View swimming pool kat Regency Hotel KL ni memang superb! Cantik weyyy… Saujana mata memandang keindahan metropolitan Kuala Lumpur. Nampak jelas bangunan pencakar langit kebanggaan rakyat Malaysia – KLCC dan KL Tower.

The Regency Hotel Kuala Lumpur

Dari sini gak nampak jelas kehidupan warga kota seharian di sekitar Chow Kit. Melihat kesibukkan mereka seharian terkejar-kejar semuanya nak cepat lantas memberi keinsafan dalam diri Nina. Betapa beruntungnya Nina, walau Nina tak kaya raya duit berkepuk-kepuk namun, Nina masih punya waktu bersama-sama keluarga dihujung minggu. Syukur Alhamdulillah . . .

Cafe

The Regency Hotel Kuala Lumpur

Di level sama dengan Lobby, ada nya sebuah cafe yang sangat santai lagi menenangkan. Ada lounge gak. Memalam akan ada saxophonist meniupkan alunan musikalnya. Hurmm… walaupun ada lounge, korang jangan risau. Kat Regency KL tak de hidangkan alcohol pun tau! Bagus kann..?? Patuh Syariah gitu.

Lunch

The Regency Hotel Kuala Lumpur

Malas nak keluar dengan cuaca panas terik membingit. Kami order ala-carte jer. Biasalah tuk Dak Eilhan dia suka Nasi Goreng share ngan Nina, Eilyya dan Eilman taste western nak Spaghetti Bolognese, Abah nya Nasi Goreng Thai dan Yana yang manja tuuu nak kan Kuey Teow KungFu! Overall sedap. Kuey Teow KungFu paling Nina suka. Buh cili padi memang asyikkkk..

Market Front – Coffee Terrace

The Regency Hotel Kuala Lumpur

Cafe di tingkat satu juga ada Cafe. Di sini kami makan buffet untuk breakfast dan dinner. Susun atur cafe yang simple, luas rasa tenang nak nikmati hidangan.

Dinner

The Regency Hotel Kuala Lumpur

Alhamdulillah … Sentuhan ketuk-ketuk kuali periuk belanga Chef kat Regency kena dengan selera tekak Nina. Paling Nina suka Mushroom Soup dia. Terasa mushroom tu diblend dalam soup tu. Tak sama dengan mana-mana mushroom soup yang Nina dah pernah rasa sebelum ni. Sedap! Nanti bila-bila Nina nak datang sini lagi pekena Mushroom Soup dia…

The Regency Hotel Kuala Lumpur

Menu lain yang Nina suka Tempura dia. Isi nya lembut, tak over cook. Luarnya rangup di setiap gigitan. Pastu lak pertama kali Nina makan Tempura with Dip Manggo Sauce. Ternyata kombinasi nya match! Tak sangka sedap Tempura tuu cecah ngan sos manggo. Layann… Anak Nina punya pun Nina belasah. memang tunggu dia jawab tak nak, sebab mama nya NAK! Hahaa . . .

Breakfast

The Regency Hotel Kuala Lumpur

The Regency Hotel Kuala Lumpur

Biasalah breakfast macam-macam hado! Meriah kat sini. Pilihan menu makanannya lebih dari hotel lain yang Nina biasa pegi sampai buntu tak tahu nak makan yang mana satu. Dok belek-belek, jalan-jalan akhirnya Nasi Lemak tetap menjadi pilihan. Lantak laaa apa orang nak kata Typical Malaysian. Anak-anak lak breakfast sukakan yang western. Biar laaa nanti dah besar suka lah depa ngan Nasi Lemak kot. Pegi mana pun tetap nak rasa keunikkan nasi lemak. Lontong sedap!

Lunch sebelum check out

The Regency Hotel Kuala Lumpur

Kat rumah kannn tak de air. Sebelum balik makan siap-siap dulu. Sampai rumah nanti nak singgah dobi lak. Tengahhari makan berlauk tu lagi meriah. Nina dengan anak-anak suka pelbagai menu. Sana rasa sikit, sini rasa sikit seronok kann…?? Entah kenapa Nina suka sambal belacan dia! Chef nak resipi please. Hehe..

Parking banyak !

The Regency Hotel Kuala LumpurThe Regency Hotel Kuala Lumpur

Parking amat penting bagi Nina. Kat Regency Kuala Lumpur ni best sebab ada 2 pintu masuk untuk parking. Satu lalu depan hotel belah tepi dan turun parking kete kat basement. Lagi satu masuk ikut laluan Menara Safuan (belakang hotel) dan terus naik tingkat 6 atau 7. Lagi banyak ruang parking yang disediakan. Best kann…?? Tak payah risau nak reserved parking ke bagai kalau keluar pi jalan bawak kete. Masuk semula gerenti ada jer parking.

Nak cuti tak perlu tunggu cuti sekolah

Korang, sekali sekala bercuti tanpa perlu tunggu cuti sekolah lagi seronok dari cuti di waktu peak season. Santai, relax, tenang … Suasana hotel pun sunyi mendamaikan jer.. Terasa macam hotel ini kita yang punya! hahaa… Kot korang belum pernah cuba short holiday, cuba laa stay kat The Regency Hotel Kuala Lumpur ni. Dekat jer pun… Nikmati ketenangannya. Kenangan terindah itu akan lebih bermakna penuh romantis. Aarghh… bersemut lagi. ngeh ngeh ngehhh.. :p

Ok laa… Sebelum korang naik meluat ngan melalut Nina, nahh …. info lanjut korang tengok sini ehh… Sebelum tuu meh layan short  vlog sepanjang short vacation Nina The Regency Hotel Kuala Lumpur ni..

The Regency Kuala Lumpur
No 3 Jalan Raja Alang,
50300 Kuala Lumpur
Malaysia
Telefon : 03-2262 2000
Fax : 03-2262 2020
Website : www.theregencyhotel.my
Facebook : https://www.facebook.com/regencyklofficial/

The Regency Hotel Kuala Lumpur

Related posts:

Buffet Ramadhan 2020 di MUFORS Gallery by NORANOM Catering sajikan 99 Menu ala Kampung

BUNGA TELANG Bukan Sekadar Biru! Banyak Khasiat nya

Tips pemakanan semasa Hamil.. Perlu ke supplement tambahan??

Salam Aidilfitri 2016 ikhlas dari Nina Mirza

Lifestyle Review Travel dekatjerhotel bestHotel BudgetHotel Kuala LumpurInfo - Tempat Best Cuti-Cuti MalaysiaKuala LumpurPercutian last minuteshort holidayTempat Cuti Budget BestThe Regency Hotel Kuala Lumpur

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (22)

  1. Shazillahsani says:
    March 14, 2018 at 5:35 pm

    Caantik betul yer permandangan dari hotel.. Huhuhu

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 15, 2018 at 9:01 am

      Tu laa… Tak sangka pemandangan nya indah. Terpegun!

      Reply
  2. Mama Kembar Tiga says:
    March 14, 2018 at 5:35 pm

    Serius laaa nampak best! Dah masuk list utk short vacay ni hehe

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 15, 2018 at 9:07 am

      Save jangan tak save! The best short vacay

      Reply
  3. Sueizza says:
    March 14, 2018 at 5:35 pm

    Bestnyaaaa dah la dekat ngab tempat shopping. View bandaraya kuala lumpur oun cantik.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 15, 2018 at 9:08 am

      Kat sini semua pun dekat. Street food lagi laaa heaven.

      Reply
  4. YB Shehan says:
    March 14, 2018 at 6:49 pm

    fuh.. bila nak merasa stay regency ni..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 15, 2018 at 9:10 am

      Denagr citer, Regency ada lagi yang best kat Terengganu. Wish nak pi sana lak nanti. Jom…

      Reply
  5. wani Sukarno says:
    March 14, 2018 at 6:50 pm

    cantik view kuala lumpur . makan-makan pun best dalam hotel

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 15, 2018 at 9:11 am

      Aahh… Seriously berpuashati stay kat sini. Harga pun berpatutan.

      Reply
  6. anazarin says:
    March 14, 2018 at 7:01 pm

    cantik hotel nie..makanan pun nampak sedap

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 15, 2018 at 9:12 am

      Yes.. Makanan bukan jer nampak sedap. Memang sedap! Dok sini hancusss diet kita tau. Huhuu

      Reply
  7. Yulia Fajrin says:
    March 14, 2018 at 7:47 pm

    Cantiknyaaa! Macam puas hati je peri hotel ni kan

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 15, 2018 at 9:13 am

      Memang puashati Yulia. Pasni nak pi terjah yang kat Terengganu lak. Nanti kak nina citer ehh… Tunggu tau

      Reply
  8. Huda says:
    March 14, 2018 at 11:01 pm

    Best yer kak nina holiday dengan family kat sini..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 15, 2018 at 9:14 am

      Alhamdulillah sekali sekala short vacay gini lagi seronok. Yang penting anak² happy. Automatic mak Pak pun gumbira!

      Reply
  9. permatabiru says:
    March 15, 2018 at 2:41 pm

    wow bestnya gie bercuti bermalam di hotel bawa anak-anak kecik kan

    Reply
  10. wani says:
    March 6, 2019 at 2:09 pm

    parking dia free ke bayar?

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 6, 2019 at 3:28 pm

      Wani, stay hotel free

      Reply
  11. siti says:
    July 1, 2019 at 12:47 pm

    lift parking tu connect terus dengan floor hotel ke? ke lift bawak gi lobby hotel, pastu kena tukar lift lain nak pergi bilik?

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 1, 2019 at 7:35 pm

      Siti, maaf sangat tak ingat. Rasanya memang kena lalu lobby untuk naik ke bilik. Mostly semua hotel gitu

      Reply
  12. nik ila says:
    December 9, 2019 at 5:04 pm

    Salam. Tq for good review. Kami check in ke sana next week. Bawa anak2 bercuti.. Actually suka tgk gmbar pool dia. Cantik. Dan saya harap sgt makanannya sedap2. Hehe.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes