Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

May 9, 2016May 11, 2016

SSPN-i Plus bukan sekadar Skim Pendidikan Terbaik TAPI ….

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Masih ingat lagi tak baru-baru ni Nina ada cerita pasal menabung tempoh hari? Alaaa… yang kisah Tabung Pendidikan untuk anak-anak. Macammana susah sekalipun memang susah oooo sekarang ni, semua mahal! Amalan menabung itu perlu. Kot korang dah lupa, jemput baca SINI ya… (klik) SSPN-i Plus bukan sekadar Skim Pendidikan terbaik TAPI 

Isi Kandungan hide
1 Pakej Baharu SSPN-i Plus – Pakej Intan | Berbaloi, mampu milik
2 Selain tuu… meh Nina kongsikan antara kebaikkan, keistimewaan dan manfaat yang ada kat SSPN-i Plus.
3 Hadiah Cabutan Bertuah SSPN-i Plus | wahh …. Hadiah Lumayan!
4 Syarat penyertaan nak menang Cabutan Bertuah WOW SSPN-i Plus
5 Kelebihan Ejen Online SSPN-i Plus PTPTN
6 Related posts:
7 Oh ..Rindu ini bertapa dihati..... huwaaaaaa ..!!!
8 Lepas ni order Ayam BISMI jer laaa... Sebab . . .
9 Betul ke Kain NORWEX bagus? 20 sebab kena beli Kain Lap Kayangan ni
10 Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL

Majlis Pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus dan Cabutan Bertuah SSPN-iPlus RM30 sebulan

Jumaat lalu 6hb Mei 2016 bertempat di Menara PTPTN, Kuala Lumpur – Nina bersama team #KelabBloggerBenAshaari diundang  ke Majlis Pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus, Ejen Online PTPTN & Penyampaian Hadiah Cabutan WOW. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Mary Yap Kain Ching, selaku Timbalan Menteri Pendidikan Pengajian Tinggi. **Nina suka cara beliau berucap, penuh semangat dan berintonasi**

Menurut Pengerusi PTPTN, YB Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah semasa beliau berucap – SSPN-i telah lama ada. Oooo…. Rupanya dah 12 tahun SSPN-i diperkenalkan namun pendedahan Nina akan produk ini amat sikit. Dulu tak berapa ambik tahu pun Skim Pendidikan untuk anak-anak. Masa tuu baru kawin apa pun tak fikir lagi kannn…. hehee…. Namun, dari masa ke semasa PTPTN telah mengorak langkah lebih dinamik seiring dengan kehendak masyarakat. Cayalah ….!

Pakej Baharu SSPN-i Plus – Pakej Intan | Berbaloi, mampu milik

8 Jun 2015 PTPTN memperkenalkan SSPN-i Plus (produk dulu tak de Plus) dan kemudian baru-baru ni melancarkan  Pakej Intan yang merupakan idea baru pihak PTPTN dalam memupuk tabiat menabung buat  masyarakat Malaysia. Yelah… Sekarang ni semuapun mahal kan,  tak de apa yang murah. Macam susah sangat memang susah okey! nak simpan duit sekarang ni…. Dengan adanya idea mudah, tidak membebankan – amalan simpan RM1 sehari ini, PTPTN menawarkan pakej Intan – Skim Pendidikan yang terbaik dengan perlindungan takaful sehingga RM40,000 untuk anak-anak kita. Berbaloi dan mampu milik kannn…

pakej pelan tabung pendidikan SSPN-i Plus SSPN
Ini lah pakej-pakej SSPN-iPlus

Pakej Intan adalah  paling murah dan mudah…. RM1 SEHARI aje..!! Korang yang dah ada anak, kena bertindak sekarang – menabung sebab kos yuran pengajian semakin hari semakin mahal! Korang tengok Sumber : i-money.my 18 September 2014 . Ini baru tahun 2014, bagaimana kos pengajian nanti lagi 10 tahun akan datang?? hurmm .. . .

Selain tuu… meh Nina kongsikan antara kebaikkan, keistimewaan dan manfaat yang ada kat SSPN-i Plus.

Keistimewaan SSPN-iPlus. SSPN-i Plus bukan sekadar Skim Pendidikan terbaik TAPI ada Cabutan Bertuah Wow....!!! Lumayan weyy....

Dengan adanya Pakej-pakej terbaik SSPN-i Plus yang  amat murah, tidak membebankan dan komprehensif ini, korang bukan saja ditawarkan skim pendidikan dengan perlindungan takaful TAPI …….. ada lagi yang menarik! Ahaaa . . . .. jeng jeng jenggg

Hadiah Cabutan Bertuah SSPN-i Plus | wahh …. Hadiah Lumayan!

SSPN-i Plus bukan sekadar Skim Pendidikan, Cabutan Bertuah yang lumayan
Sampai aje kat Menara PTPTN, teruja nampak kereta mewah ni.. Amboi …. memang bertuah sapa yang dapat Cabutan Wow ni. Lumayan!

Kereta BMW 320i, Kereta Honda HRV, Motosikal Kawasaki ER-6f dan baucer tunai lagi … Memang Wow laaa..!! Amacam hadiah yang ditawarkan oleh SSPN-iPlus? Dasat kann….. Camner nak dapat??

Ahaaa…. Tak susah pun, meh Nina citer sikit antara syarat yang melayakkan kita untuk menang. Tak salah mencuba. Iyer tak..?? ***Mana tau majlis pasni Nina lak naik pentas ambik hadiah kannnn*** Mood Verangan tak sudah.. hehee . . . .

Syarat penyertaan nak menang Cabutan Bertuah WOW SSPN-i Plus

1)  Terbuka kepada semua pendeposit SSPNI-i Plus yang membuka akaun dan mengekalkan akaun dalam tempoh promosi.  Haaa…. kalau belum buka akaun SSPN-i Plus klik SINI untuk buka akaun SSPN-i Plus dan INFO lanjut 

2)  Setiap RM50 layak mendapat satu cabutan tanpa mengira pakej. Kalau korang beli pakej yang besar macam so korang berpeluang lagi besau! ikut laaa kemampuan (Kalau pakej Intan, maknanya bulan kedua dah cukup RM50 baru korang dapat satu peluang cabutan) Bagus kann..?? Pakej Intan yang RM30 paling murah pun layak. Terbaik!

3)  Kakitangan HLM Takaful dan PTPTN (termasuk anak-anak dan pasangan) tidak layak menyertai. Alahai… kesian depa kan?? tak kan staff lak menang kann… hehee . . . . Kita lah yang untung… WoW! Warganegara Malaysia saja tau.

Pemenang Cabutan Bertuah SSPN-iPlus
TAHNIAH..!! Ini lah antara yang bertuah pada hari tersebut. Wanita bertudung pink (kiri sekali) tuuu laaa yang menang BMW 320i. Bertuah akak ya…. Dari kiri : Pemenang tempat pertama (Akak bertudung pink), YB Dato’ Shamsul Anuar Bin Hj Nasarah (Pengerusi PTPTN), YB Datuk Mary Yap Kain Ching (Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi), YBrs Encik Wan Ahmad Bin Wan Yusoff (Ketua Eksekutif PTPTN) dan Pemenang tempat Kedua (berkemeja kelabu belang – kanan sekali)

Mudah kannn syarat-syarat nya?

Cabutan hadiah ini akan tamat 31 Mei 2016. Sempat weyyy korang mencuba! Ada yang lagi menarik tau… Pendeposit yang membuka akaun 15 April – 31 Mei ini dan pembayaran bulanan dibuat melalui potongan gaji akan diberi 1 bulan deposit percuma. Ya Percuma ..!! Hurmm…. Nina laaa yang rugi sebab tak keje kannn…. Nak potong gaji tang mana?? Bayar cash online jer laaa… Ok laaa, menabung juga dan berpeluang menang kete! Yeayy …. ***tak dapat kete dapat tablet/baucer pun jadi laaaa*** sapa nak bagi FREE iyer tak?

Ok, buat yang belum  buka akaun SSPN-i Plus,  tak susah mana pun. Segalanya dihujung jari anda sekarang ni. klik SINI untuk buka akaun SSPN-i Plus dan INFO lanjut. 

Step yang mudah dan ringkas. Kat sana pun banyak info lanjut untuk korang fahami… Kalau korang rajin nak mentelaah bagai nak rak, korang intai-intai jer kat :-

Web : http://www.ptptn.gov.my

Facebook : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) (klik)

Instagram : https://www.instagram.com/instaptptn

Hotline : 03-2080 4455

So, apa tunggu lagi …. Korang yang belum buka akaun SSPN-i Plus segera bertindak. Jangan lepaskan peluang ini. Mana tau rezeki korang lak lepas ni kann…?? Tak kan nak tengok aje Nina naik pentas nanti kann..?? hehehe . . . . poyo nyerrr!

Nak lagi best, huishh ….. berapa banyak best daaaa… Ya, ada lagi yang menarik …. Korang yang baca ni, tentu nak duit lebih kann? Ahahh…. Korang boleh daftar sebagai Ejen Online SSPN-i Plus, korang terjah Daftar Ejen Online SSPN-i Plus . Percuma aje tau nak jadi ejen.  Apa best nya..??

Kelebihan Ejen Online SSPN-i Plus PTPTN

1- Komisen lumayan
2- Pendapatan tanpa had dan berterusan
3- Tanpa modal perniagaan
4- Waktu keje yang fleksibel
5- Mudah
6- Latihan/bimbingan diberikan
7- Sokongan pemasaran berterusan
8- Pasaran luas tanpa sempadan
9- Tidak melibatkan transaksi tunai
10- Produk patuh syariah
12- Jenama yang dipercayai

Majlis SSPN-i Plus #MustDuit

Best tak best?? Giler tak best kann….. Selain menabung, dapat perlindungan takaful pastu korang dapat peluang cabutan bertuah dan lagi dapat menjana pendapatan… Betul kannn best?? Dah dah …. usah tunggu lagi, bertindak sekarang…

 

 

Related posts:

Oh ..Rindu ini bertapa dihati..... huwaaaaaa ..!!!

Lepas ni order Ayam BISMI jer laaa... Sebab . . .

Betul ke Kain NORWEX bagus? 20 sebab kena beli Kain Lap Kayangan ni

Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL

Lifestyle Review Tips Cabutan Bertuah Wow SSPN-iPlusDafter Ejen Online SSPN-iPlusSkim PendidikanSSPN-iPlusTakaful

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. Nazlee Ismail says:
    May 9, 2016 at 11:51 am

    Nak menang BMW ..

    Reply
  2. MAWAR RASHID says:
    May 9, 2016 at 11:55 am

    tabung pastu dapat hadiah…

    Reply
  3. Allene says:
    May 9, 2016 at 12:10 pm

    Wow…leh menang hadiah… Best.

    Reply
  4. hanie azura says:
    May 9, 2016 at 12:23 pm

    Boleh carum untuk nur widad ni..

    Reply
  5. nadia johari says:
    May 9, 2016 at 3:38 pm

    bestnya menang hadiah..tapi dalam masa sama..duit saving dalam tu..

    Reply
  6. Shiqeen Sattar says:
    May 9, 2016 at 9:49 pm

    Nina dah buka akaun ke?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes