Cermin Mata Murah Untuk Mama
“Along, tu hari masa mama drive tetiba hujan lebat. Lebat sangat long … Pastu cuaca gelap. Gelap sangat. Mama tak nampak jalan, so mama Mama drive slow-slow sangat. Kete belakang asyik hon hon jer laaa…”
“Allahu . . . Tak nampak? Laaa… Bahaya nya mama! Tak nampak camner, silau ke? Tak boleh dibiar jer ni.. . Kita pegi check mata mama laaaa, along rasa mama kena pakai spek mata ni. Sebab dulu kannn mama pakai spek tapi lepas berhenti keje dulu mama dah tak pakai spek. Mungkin power mata mama dah naik kot..”
“Boleh laaa Long… Tapi mahal tak? Biasa dulu kalau buat spek mata mau cecah ribu. Risau jugak bajet tak de ni.”
Along bawak mama pegi Kedai Cermin Mata Murah ni.. Gerenti murah dan kualiti tip top! Dah bertahun Along buat spek kat sini. Spek yang Along pakai ni buat sana laaa..
Kedai Cermin Mata Murah Viral KL – Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza
Maka . . . Nina pun bawak laaa Mama kesayangan pi Eye Pro Vision kedai Oppa encem William yang pernah viral last year. Kedai Cermin Mata Murah ni terletak di Sungei Wang Plaza. My favorite kedai cermin mata
Mama Nina dah berusia 70 tahun, dan hampir 20 tahun kot Mama dah tak pakai spek mata. Mungkin lepas berhenti keje, dok rumah jer kannn, tu yang mama malas pakai spek. Lelama dah terbiasa dengan pandangan yang agak kabur.
Usai sampai, terus Nina ceritakan masalah mata Mama dengan William. Risau seram takut semua ada.. Yelaaa mama kannn
Power rabun silau Mama tinggi..!!
“Makcik, tinggi power makcik ni.. Silau juga tinggi ooo…!! Aduhhh makcik, banyak bahaya Makcik drive macam ni punya power.. ” – William
Ya, power mata Mama tinggi..!! Power rabun jauh hampir 400 dan silau cecah 200 lebih. Allahu… Nangis dalam hati …
Sedihnya rasa rupanya selama ni penglihatan Mama kabur. Macammana laaa Mama drive ke hulu ke hilir selama ni. Allah … Syukur Alhamdulillah Allah jaga Mama dari sebarang musibah. Tak mo citer atau bayangkan lelebih, takut!
Eye Pro Vision – staff helpful! Jimat masa buat pilihan bingkai terbaik
Malas nak buang mata dok pilih bingkai, terus jer kasitau dengan staff mereka jenis pilihan bingkai yang kita nak. Senang! Shortcut masa.. Depa cari ikut size muka, so kita yang pakai tudung ni tak perlu risau bingkai yang over size kembang kat tepi. Dont worry!
Pilihan design yang cecantik sangat banyak! Korang kalau nak pilih sendiri mau berejam-jam kena spend masa. So Mama kasihau Mama nak bingkai yang fleksibel tak akan patah. Nak yang ringan dan selesa di pakai. Dan opkos tak kembang tepi.
Sekejapan staff dah beri dalam 5 pilihan. Sangat jimat masa. Ini antara servis paling Nina suka kat sini. Bukan apa, kalau kat tempat lain mau berejam sampai 2-3 jam dok pilih bingkai saja. Sudahnya penat dan akhirnya pilihan kita tak menepati citarasa. Pernah jadi kannn…??
Bingkai cermin mata pilihan mama!
Pastu untuk lens, citarasa lens Mama high-taste gak ….
Dia nak ala-ala sunglasses you! Nak yang tukar gelap bila kena matahari. Nampak vogue katanya 😬
Sun Magic Alpha Blue Lens – Cermin tukar gelap hanya RM270
Nina setuju bila mama pilih lens SUN MAGIC Alpha Blue 240 – tukar warna gelap bila kita berada di outdoor panas lit-lit. Bagus jaga mata!
Cepat tukar warna gelap dalam 10 saat dan kembali asal pun cepat.
Cepat siap. Sejam jer…
Lega rasa bila Mama dah jelas penglihatan nya. Terpancar kegembiraan pada wajah Mama. See! Senyum simpul mama.. Aduyai, berbunga-bunga hati ini…
Alhamdulillah Nina masih dapat memberi pada Mama walaupun hadiahnya idok lerr seberapa. Spek murah jer pun… Jadi laaa
Nak hadiahkan emas permata intan berlian Nina pun tak mampu… Moga pemberian tuk Mama ni mempermudahkan segala urusan Mama. Aamiinnn…
Alang-alang dah sampai Eye Pro Vision, Nina ambik sekali spek mata yang Nina booking last month. Kita pun tak mo kalah, pilih lens Sun Magic jugak 😂😂
Cer tengok, vogue kannnnnn? Saat pakai dah fefeeling acah-acah model , retis gitu 🙈🙈ok poyo. HAhaa 😂😂
Berapa harga cermin mata lens tukar gelap?
Ya ampun… Tak mahal pun awak. Hanya RM270 siap ngan bingkai.
Ya all in one. Cermin Mata tukar gelap ni Lens Alpha Blue , lens yang bagus anti silau tu. So far dah bertahun Nina guna lens jenis Alpha BLue ni, cukup puashati ..! Paling best dah takde masalah silau lampu LED waktu malam masa bawak kete. Cahaya lampu jadi seketul seketul bulat. Love love!
Baca : Apa bagusnya Alpha Blue Lens
Kat mana buat spek mama?
Opkos dia Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza.
Korang datang sini cari William tau, kita dah kawwtimmm special diskaun tuk korang. Sebut nama Nina Mirza patploh juta kali eh..
EYE PRO VISION ,
G111 Ground Floor Sungei Wang Plaza
Tel : 016-377 1304
Waktu Perniagaan : 11am – 7pm
(dekat dengan Biskut wangi semerbak tu Famous Amours tuh!) musnah diet lalu sini. Huwaaaaa. . . .
FB : Eye Pro Vision
Nah … Layan sat kenangan Nina bersama Mama Nina. Walaupun ianya tak seberapa, namun moment bersama tu yang paling bermakna. Setuju tak?
Ikhlas,
Secebis insan bernama Nina Mirza yang terharu touching dapat memberi sesuatu yang bermakna buat Mama..
Along Sayang Mama! 💋
Nie yang terbako nie bila tengok lens vogue gini harga murah kasih sayang plak. Rawlins pun nak buat satu untuk diri sendiri la – maybe weekend nie boleh melawat heheh
Nampak muka senyum mama tu.. Hehehe.. Suka dia dpt spek dengan jelas penglihatan dh. Ehhehe. Kaka nina pun vogue habis
wah murahnya cermin mata! dah lama dah teringin nak tukar cermin mata baru, tapi asyik terlupa je. haha duit dah memang simpan untuk buat baru. in shaa Allah nanti boleh buat disini 🙂
cantiknya shade nina untuk drive tu! Sesuai sangat dengan muka nina. Nak pergi sana lah nanti, geram tengok review semuanya best2
Wahhh nampak cun anak beranak berspek mata baru. Akak pun kalau pi buat spek mesti ke Sungei Wang. Sebab memang rabun dr 20-an. Kalau pi kedai luar mahal gilos.
Happy mama tu dapat spek baru.. tapi mmg agak berbaloi dan murah kan kedai ni
Wah.. murahnya cermin mata dia, tgk dah ramai yg review tpt ni nti nak gi sana cek mata
Haaa.. Pucuk d cita ulam mendatang.. Mmg dok cari sebab AM nak tukar spek n tambah silau mlm.. Leh la cuba.. Tambah menarik bila ada promo
Wahh iena suka kalau murah murah ni. Nanti kalau nak tukar spek mata bolwh lah pergi kat sini.
Banyaknya pilihan. Confirm rambang mata.
i cant wait to go now!! i love specky so much and always cost me a lot of money.. glad I can find some place for my budgets now
Ada gaya laa makcik…cun! Sis orangnya suka gak buat spek tau, hampir kesemua handbag ada cermin matanya sendiri so takde le kalut kalau tertinggal.. hehehehe tapi geram plak dengan harga eye pro vision ni, murah nauuu…
nanti nak kne ajak adik la buat spek dekat sini sbb murah kan. compare dengan tempat lain.