Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sotong Masak Pedas Chinese Style
June 24, 2011March 10, 2023

Sotong Masak Pedas Chinese Stlye

Cepat sungguh masa berlalu, tup tup hari nie dah Jumaat. Penghulu segala hari. Hari nie Nina nak share masakan kegemaran Geng dan anak-anak – Sotong Masak Pedas Chinese Style. Semalam Nina masak tapi disebabkan agak sibuk semalam tak dapat lah Nina nak kongsi. 

Isi Kandungan hide
1 Sotong Masak Pedas Chinese Style
2 Related posts:
3 Resipi CornFlakes Madu Crispy Rangup by TheMirza.05
4 RESEPI AIR MASAK TAK JADI Air Jamu Homemade mudah buat sendiri je
5 Orange Cake Blended. Paling simple, paling senang dibuat~
6 6 Tips dan cara masak pasta yang betul? Lepas masak pasta cantik tak melekat

Rasa Sotong Masak Pedas Chinese Style nie mmg umpphh … !! Pedas dia tak sama macam pedas sambal yang biasa kita masak untuk harian. ini resipi masakan Cina. Nina memang minat masakan Cina. Kebanyakkan masakan Cina nie, ada pedas tapi tak terlalu pedas macam sambal. 
(Nina tak berapa kuat makan pedas sebenarnya ….. )
pecah tembelang ~~~ hehehe . . . ..  

Apa yang Nina perhatikan, masakan Cina mesti ada letak sos tiram & bawang putih. Kat Resipi Sotong Masak Pedas” nie tak laa pedas pun, so Nina ubah sikit kasi letak lada hitam yang Nina dah tumbuk2 tak berapa lumat. Kalau tergigit memang berasap telinga.
Mmmmm …… memang BEST !!

Sotong Masak Pedas Chinese Style

Sotong Masak Pedas Chinese Style

Resipi Asal : Chef Fatihah Seow Boon Hor
Buku Masakan Halal Cina 

Bahan-bahan
600g sotong (dihiris silang-silang)
1 labu bawang besar (dipotong berbaji)
4 keping halia
3 biji lada kering (dipotong sepanjang 1cm)  : : : : Nina ganti ngan cili merah jerrr
1 biji lada merah : : :  :  Nina ganti ngan lada kuning
1 biji lada hijau   : : : :  Nina tak letak, tak der stok
1 camca Besar bawang putih yg dicincang
minyak (untuk menumis)


Bahan perasa
2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos plum masam
1 camca besar sos tomato
1 camca tea sos worcestershire
1 camca tea kicap pekat


Cara Masak Sotong Masak Pedas Chinese Style

  • Masak air hingga mendidih. Rendamkan sotong di dalam air tersebut seketika. Keluarkan dan rendamkan dalam air sejuk pula. Angkat & toskan.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis lada kering & bawang putih hingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan bawang besar, kepingan halia, lada merah, lada buah hijau & sotong. Goreng atas api besar hingga masak.
  • Masukkan bahan perasa. Kacau hingga rata .
  • Sedia untuk dihidang. 

Note : : : Nina ada letak penambahan, selepas menumis lada kering & bawang putih, Nina ada masukkan dalam 2 sudu besar lada hitam yang telah ditumbuh tak berapa lumat. Untuk bagi rasa pedasnya. 
Kalau tak memang masakan ni tak tahu celah mana pedasnya. Huhuu…  So terpaksa lah Nina adjust ikut citarasa selera tekak kitaorang sekeluarga. Sorry yea chef terderhaka resipi nya. 

Selain Sotong Masak Pedas Chinese Style tentu korang ada terfikir sotong masak apa sedap ehh?
Okies, Nina dah pernah share :-
 6 RESEPI MUDAH WAJIB CUBA SOTONG MASAK APA SEDAP ?
Cuba tau! InsyaAllah tidak mengecewakan sebab bila adanya bahan sotong dalam fridge, selalu Nina dok ulang resipi-resipi ni.  Selamat mencuba!

Related posts:

Resipi CornFlakes Madu Crispy Rangup by TheMirza.05

RESEPI AIR MASAK TAK JADI Air Jamu Homemade mudah buat sendiri je

Orange Cake Blended. Paling simple, paling senang dibuat~

6 Tips dan cara masak pasta yang betul? Lepas masak pasta cantik tak melekat

Resepi Chinese Food Sedapchinesse style menuLauk PaukMasakan Cara Cina Muslimresepi mudahresepi ringkasSeafoodsotong masak apaSotong Masak Pedas Chinese Styletips masak sotong

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. miltonz bombans says:
    August 4, 2014 at 12:43 pm

    nice..thanks..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes