Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

SO Stretch teknik stretching physiotherapy Japan
October 29, 2018August 2, 2022

SO STRETCH | Satu kepuasan bila di lanyak! Pastu lega sangat badan ni…

Bila kali terakhir korang buat stretching?

Isi Kandungan hide
1 Bila kali terakhir korang buat stretching?
2 Kerap sakit lenguh bahu dan belikat
3 SO Stretch | gabungan stretching dan fisioterapi
4 Best ke SO Stretch
5 Lengan ni dah boleh cecah belakang laaa
6 SO Stretch melonggarkan otot lebih fleksibel
7 Hilangkan stress di SO Stretch
8 SO Stretch baik untuk kesihatan
9 Strecthing + Fisioterapi teknik Jepun
10 Harga rawatan SO Stretch
10.1 CG Balance Stretch Upper Body – 30 minit ( RM80 ) Lower Body – 30 minit ( RM80 )
10.2 Whole Body 60 minit ( RM160 ) 90 minit ( RM240 )
10.3 Pelvic Adjustment – 60 minit ( RM160 ) Pelvic Adjustment + Upper or Lower Body – 90 minit ( RM240 ) Improving Sport Perfomance – 60 minit ( RM200 )
10.4 Physiotherapy
10.5 Physiotherapy 30 minit ( RM80 ) 60 minit ( RM150 ) 90 minit ( RM220 ) Physio + Stretch – 60 minit ( RM 160 )
10.6 Web : www.sostretch.com Instagram : https://instagram.com/sostretch Facebook : https://www.facebook.com/sostretch/
10.7 Alamat
11 SO Stretch teknik stretching physiotherapy Japan
12 Related posts:
13 Fungsi Dan Cara Pakai CC Cream Sunscreen Yang Tidak Berminyak
14 Nasi Goreng Satay... Satay sedap kat mana?
15 Korang panggil Belebat ke Lepat pisang? Yang pasti bukan pelipat kannn? Hahaha
16 Salam Aidilfitri 2016 ikhlas dari Nina Mirza

Nina biasaannya buat stretching sebelum Nina mulakan sebarang aktiviti sukan. Eerrkk… idok lerrr bersukan mana pun, selalu pi zumba jer.. Jadilah kann? 😝😝

Kerap sakit lenguh bahu dan belikat

Nina kerap sakit lenguh kat bahu, lengan belah kanan dan belikat.. Antara punca sakit ni sebab Nina susukan baby Eilysa sambil baring mengiring belah kanan terutama masa tido malam. Sakit ni memang payah nak dikata, tangan kanan Nina mmang tak boleh capai sentuh belakang. Sakit! Selalu Nina buat renggangan sendiri tapi macam tak de apa-apa efek pun. Masih sakit!

Baru-baru ni Nina tengok Ben Ashaari pi SO Stretch. Nampak kat video dia macam teruk gak laaa dia di lanyak lanyak. Huhuuu… Baca blog beliau katanya ianya satu teknik gabungan strecthing dan fisioterapi dari Jepun. Eerkk…?? Alamak.. Apa tu? Hah! Korang tak yah laa buat muka pelik tercengang-cengang. Tak lawa hokey.. Hehee sebenarnya sebelum ni Nina pun tak pernah tahu menahu pasal ni ..

Ayat stretching dan fisioterapi tu membuat hati Nina teruja meronta-ronta nak cuba. Yelah… Selama ni stretching buat sendiri, entah betul ke idok. Rasa macam salah jer sebab lenguh bahu ni tak baik-baik pun. Huhuuu…

SO Stretch teknik stretching physiotherapy Japan

SO Stretch | gabungan stretching dan fisioterapi

Terletak di tengah ibukota – Menara IMC, level 14, Jalan Sultan Ismail sebelah Hotel Concode . Kalau tak tau gak, Hard Rock Cafe tau, haaa.. Sebelah dia lah Menara IMC.

Nak naik ke level 14, korang kena daftar nama dulu dan kemudian depa bagi tag macam touch n go tu baru boleh naik lift. Hurmm… Bagus ciri keselamatan kat dalam bangunan ni.

Sebenarnya kannnn sepanjang perjalanan hati Nina tak keruan, risau, takut, ngeri semua pun ada! Bila teringat video Aben, depa tekan-tekan badan kita ni, di lipat-lipat kan badan kita ni. Huwaaaa… “Ku tabahkan hati ku ini Jebat” jangan tanya sapa jebat, entah… yang pasti bukan Ayda Jebat. Biasalah Nina kan Poyo HAhaa

Nah… Korang tolong tengok dulu video Nina ni eh…

Dah tengok video? Awat… Macam cuak eh tengok Nina di lipat-lipat? Hehee…

Usai melangkah masuk kat SO Stretch, juru terapi yang friendly sambut Nina buat hati ni rasa lega sangat. Suasana yang tenang, nyaman lagi bersih buat Nina rasa sangat selesa. Depa ni style cakap pun very soft spoken, rasa macam kat Jepun lak. Eh! Macam laaa pernah pi Jepun. HAhaa

SO Stretch teknik stretching physiotherapy Japan

Sebelum menerima rawatan, Nina kena isi borang dulu. Biasa laaa, kena kasitau apa yang kita arlegic, kawasan mana yang tak nak di sentuh, sakit kat belah mana, kalau apa-apa jadi nak hubungi sapa. Pastu depa suh kita salin pakaian yang depa sediakan. Best laaa baju dan seluarnya, selesa sangat!

SO Stretch teknik stretching physiotherapy Japan

Semasa sesi rawatan, juru terapi akan kasitau setiap pergerakan kita akan feel stretching tu kat mana. Rasa dia memang sampai deep deep deeppppp muscle kita. Ahaa..! Sampai deep tu laaa feel sakitnya sampai. Hadoi…. nak nangis pun hado! Masa tu dia kira sampai sepuluh. 1 2 3 4 eh…. cepat laaa 10! HAhaa…

Bagusnya depa tanya dulu andai kita mampu teruskan ulangan untuk bahagian tersebut. “Nak laaa.. ” Bukan apa, rugi laaa tak mau kann sebab itu laa cara dan teknik stretching yang betul. Kalau tak sampai point muscle idok lerr nama nya stretching. KAnnnnn…??

SO Stretch teknik stretching physiotherapy Japan

Ini nama dia Hot Pad. Depa letak kat perut untuk memberi rasa hangat katanya sebab kat dalam SO Stretch ni memang sejuk ketaq lutut sejuknya. Serius Nina selesa nyaman sangat adanya Hot Pad ni. Rasa macam tengah bertungku pun ada. Suka laaa…

Best ke SO Stretch

Ok, setelah menerima rawatan kat SO Stretch, ianya satu pengalaman yang cukup baru buat Nina. Nak kata ala Spa pun ya – tenang nyaman selesa kat sana, ala urut pun ya sebab ada ketika masanya badan ni nak lena dibelai-belai, ala-ala di ‘dera’ pun ya! Ooppss…!! HAhaa…

Sebelum balik, depa hidangkan Nina air serai halia. Nyaman nya tekak ni nikmati air detox ni. Kebetulan Nina memang selalu amalkan air serai halia ni. Bagus tau untuk badan kita. Korang try laaa amalkan dan sure korang akan feel perbezaannya.

Baca : Manfaat air detox serai halia , iyer ke boleh kurus minum air detox ?

Lengan ni dah boleh cecah belakang laaa

Serius memang Nina tak sangka. Lengan kanan Nina yang sakit sebelum ni tak sampai cecah belakang boleh cecah belakang! Betul laaa katanya dengan teknik rengangan yang betul, setiap pergerakkan badan kita akan lebih fleksibel. Korang try laaaa confirm sakit belikat bahu lenguh-lenguh sengal badan berkurangan. Yelah… Dok ngadap laptop masa keje kannn… Posture duduk tak betul pun punca sakit badan.

SO Stretch melonggarkan otot lebih fleksibel

Lepas rawatan korang akan rasa badan lebih ringan, mudah lentur dan paling BEST rasa selesa. Masa dia tekan-tekan, tarik-tarik, akan dapat rasai peredaran darah berjalan dalam badan. Camner nak citer pun tak berapa reti, korang kena alami nya sendiri. Zuppppp… Darah mengalir lancar dalam badan. Best sangat!

Hilangkan stress di SO Stretch

Saat dilanyak memang terasa sakit bila sampai kat deep muscle tapi saat tu laaa resultnya nanti badan rasa segar! Sebenarnya idok lerr sakit mana pun. Nina gebang jer lebeyyy.. HEhee.. Serius kat SO Stretch ni antara tempat terapi yang terbaik!

SO Stretch baik untuk kesihatan

Bila kita dapatkan stretching yang betul, peredaran darah berjalan lancar, secara tak langsung metabolisme meningkat akan memberikan kesihatan yang lebih baik. Disarankan sebulan 2 kali datang sini.

Nah … Nina kongsikan harga treatment yang ada kat SO Stretch

Strecthing  + Fisioterapi  teknik Jepun

Harga rawatan SO Stretch

CG Balance Stretch
Upper Body – 30 minit ( RM80 )
Lower Body – 30 minit ( RM80 )
Whole Body
60 minit  ( RM160 )
90 minit ( RM240 )
Pelvic Adjustment – 60 minit ( RM160 )
Pelvic Adjustment + Upper or Lower Body – 90 minit ( RM240 )
Improving Sport Perfomance – 60 minit ( RM200 )
Physiotherapy
Physiotherapy
30 minit ( RM80 )
60 minit ( RM150 )
90 minit ( RM220 )
Physio + Stretch –  60 minit ( RM 160 )

Ada promosi ni..

Info lanjut korang pi laaa mentelaah kat sini eh…

Web : www.sostretch.com
Instagram : https://instagram.com/sostretch
Facebook : https://www.facebook.com/sostretch/
Alamat

SO Stretch
Suite 14.8, Level 14, Menara IMC,
No. 8, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03-20224818

SO Stretch teknik stretching physiotherapy Japan

SOStretch teknik stretching physiotherapy Japan yang BEST! Saat dilanyak memang terasa sakit bila sampai kat deep muscle tapi saat tu laaa resultnya nanti badan rasa segar! Sebenarnya idok lerr sakit mana pun. Nina jerrr gebang lebeyy.. HEhee…

SO Stretch ni bagus untuk sesapa yang perlukan pakar physiotherapy seperti mereka ni. Sarankan korang cuba dan alami perbezaanya sendiri

Related posts:

Fungsi Dan Cara Pakai CC Cream Sunscreen Yang Tidak Berminyak

Nasi Goreng Satay... Satay sedap kat mana?

Korang panggil Belebat ke Lepat pisang? Yang pasti bukan pelipat kannn? Hahaha

Salam Aidilfitri 2016 ikhlas dari Nina Mirza

Lifestyle Review Tips FisioterapiInfo - kesihatanInfo - SemasaPhysiotherapySO StretchSOStretchStretchingTips kecantikan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (29)

  1. mei says:
    October 29, 2018 at 5:23 pm

    bestnya kak nina. mcm nak try sbb sakit belakang

    Reply
  2. ina says:
    October 29, 2018 at 5:30 pm

    bagusnya lakukan dibtempat bertauliah macam ni. Tak lah risau ke apa.. masing2 berpengalaman dalam kerja cemni.Best pula tengok kna lanyak

    Reply
  3. azzureen ali says:
    October 29, 2018 at 5:40 pm

    Samalah lepas bersalin ni, susukan anak malam2. Badan mmg selalu lenguh. Bestnya kalau dpt try ni.

    Reply
  4. Mama Kembar Tiga says:
    October 29, 2018 at 7:12 pm

    I baru pi tadi, serius laa sakit tapi best! Rasa nak book next appn plak hehe

    Reply
  5. Nadia johari says:
    October 30, 2018 at 2:37 am

    Adoii tengok dasytnya.. Kak nina dhla kecik.. Tapi mcm best je kan.. Hahahha

    Reply
  6. Ai says:
    October 30, 2018 at 12:01 pm

    Ingatkan dilanyak apa lah tadi. Nampak best je kak nina kena lanyak.

    Reply
  7. Dura Norell says:
    October 30, 2018 at 9:13 pm

    Wahhh, agak mencabar juga kekdahnya tu huhu.

    Reply
  8. sueizza says:
    October 31, 2018 at 5:14 am

    bestnyaaaaa….sedap ni tido malam kalau dapat gini huhuuu

    Reply
  9. mas saari says:
    October 31, 2018 at 8:51 am

    Syoknya, mesti rasa segar je badan lepas buat.

    Reply
  10. Qeela says:
    November 1, 2018 at 4:26 pm

    oh bagusla ada tempat mcm ni, more lagi la variasi unt kita jaga keharmonian badan etc gitu huhu..usually qeela suka pergi ke spa or facial je sbb bukan jenis yg suka too much pressures kat bdn sbb kalau massage pon mmg pilih tekanan yg plg light sekali haha. yet good to know this, indeed jenis2 servis mcm ni mmg bnyk manfaatnya kan.

    Reply
  11. adianiez AIDA says:
    November 1, 2018 at 8:19 pm

    Suka nyer gini.
    Terasa sedap sgt pastu kan.
    Aida pernah urut gini di hatyai.
    Punyer la lega. Dilanyak. Dipijak. Ditarik.
    Seleas tu fuhh lega!

    Reply
  12. afiqah says:
    November 1, 2018 at 10:01 pm

    Teringin nak try dah lah badan tengah sakit-sakit sekarang nie..kalau dapat pergi sini kompom ringan je badan pas berurut kan..

    Reply
  13. Mahamahu says:
    November 1, 2018 at 11:00 pm

    Kalau kita nak tukang urut laki boleh ker kat sini hehehe lama kita tak pergi buat urut-urut macam ni memang terbaik lah hehehehe rasa lega tengok orang tu pergi mengurut wakakakakka nak juga lah boleh g…

    Reply
  14. Fadzi Razak says:
    November 1, 2018 at 11:14 pm

    Takutnya tengok hahahha. Saya pernah pergi dekat chiropractor. Itu pun setakat ketak ketak tekan belakang je tau. Dah rasa seram. Kalau pergi yang ni, mau menjerit saya

    Reply
  15. faries says:
    November 2, 2018 at 12:29 am

    Wah bestnya ada servis mcm ni. Saya memang ad masalah skit bahagian tengkukndan leher. Boleh la dtg sini nk dptkan urutan terbaik kan. Harga pon mcm okey. Nak kene try ni ….

    Reply
  16. Jia Shin Lee says:
    November 2, 2018 at 12:38 am

    This reminds me of Thai massage, yg kena pusing pusing but it must feel really nice after your muscles are relaxed.

    Reply
  17. fuzy hamid says:
    November 2, 2018 at 1:08 am

    alahai dah lama tak mengurut dan tengok teknik ni terasa nak pergi jer mengurut macm tu..mesti segar rasa dalam badan ni kan

    Reply
  18. Alia says:
    November 2, 2018 at 1:21 am

    Saya suka try menda2 mcm ni…
    Sebab boleh la betulkan urat2 skit kan…
    Bukan apa saya jnis suka berurut..sebulan sekali mesti nak mngurut bgi sedap bdan..kalau dpt cuba yg ni pun best jugak

    Reply
  19. Bella Jamal says:
    November 2, 2018 at 3:48 am

    Menarik la kaedah ni. Sekarang pun memang lenguh tangan sebab kerja asyik mengadap PC, balik rumah lappy pulak. Dan memang dah lama ada sakit belakang, sekarang agak teruk. Alternatif rawatan yang boleh dicuba ni nanti. Harga pun ok.

    Reply
  20. Syamimi says:
    November 2, 2018 at 7:06 am

    waaah.. bestnya dapat urut urut badan gitu. Sebab legaaaa nya bila dah selesai kan. Kita ni pun sakit badan gak kadang tu.

    nikmatnya kalau dapat pergi. tapi jauhhh la pulak. kalau dekat ambik dah peluang ni. hehe

    Reply
  21. Mimi says:
    November 2, 2018 at 7:41 am

    Ala macam best je. Nak buat jugak. Lepas buat mesti rasa lega dan badan rasa ringan je kan. Badan saya mudah sakit dan rasa sengal sengal

    Reply
  22. Zharif Azis says:
    November 2, 2018 at 8:12 am

    wahhhh mesti lega gila kan lepas dapat buat sesi nie. baguslah ada perkhidmatan seperti ini diadakan so that wanita muslimah boleh dapatkan perkhidmatan seperti ini di sini. yelah, kebanyakkan pengamal perkhidmatan ini adalah lelaki. okay, sy boleh inform pada keluarga sy akan hal ini

    Reply
  23. Rawlins GLAM says:
    November 2, 2018 at 8:15 am

    Rawlins pun suka gak kena lanyak. Semenjak sakit pinggang dan kaki, Rawlins try ke pusat urut bertauliah di Bangi at least sebulan sekali. InsyaAllah kelak nak try gak SO STRETCH

    Reply
  24. Liez says:
    November 2, 2018 at 10:14 am

    Bestnya tengok org duk strectching utk kita. Liez yg husband urut2 biasa pun lega ni kan professional buatkan mmg lagi best kan.. service pun xmahal sgt.. boleh cuba nanti

    Reply
  25. AL says:
    November 2, 2018 at 11:46 am

    Terima kasih kak nina beritahu pasal tempat ni . Dah lama sebenarnya nak cari tempat betulkan sakit sendi ni.. Nanti next time bolehlah ajak mak kita ke sini.. Murah pun murah servis diorang

    Reply
  26. nikkhazami says:
    November 2, 2018 at 1:42 pm

    bestnya!!! kalau la dapat pergi mesti ringan satu badan. lepas buat ni rasa macam refresh. lagpun harga servis diorng ni sangat berpatutan.. ingatkan beratus2 hehe

    Reply
  27. AlongMurni says:
    November 3, 2018 at 9:38 am

    Wah!! Menarik nie.. AM pun nak cuba gak la.. boleh la bdn2 nie rasa ringan skit.. lately keje non stop, badan pun dah rasa lemau.. time to manja2 kan diri.. hehehe

    Reply
  28. azni says:
    November 7, 2018 at 10:57 pm

    bestnya kena kepak kepak heheh

    Reply
  29. 192.168.0.1 says:
    November 8, 2018 at 9:55 am

    Serius kat SO Stretch ni antara tempat terapi yang terbaik!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes