Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama LARA AISHAH Astro
October 9, 2019October 10, 2019

Sinopsis Drama LARA AISHAH Astro

Baru-baru ni tertengok Astro Prima, nampak lak Fasha Sandha berlakon. Nina suka lakonan Fasha Sandha yang selalu natural in dengan watak dia. Tapi . . . Bila dok tengok punya tengok rupanya drama ni dah pernah tayang dah sebelum ni. Alaaaa. .. Awat Astro tak de citer baru? huhuu  . .  Tapi citer best, layan laaa.. Drama LARA AISHAH Astro 

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama LARA AISHAH Astro
2 Drama LARA AISHAH Astro
3 Related posts:
4 Resipi Kek Pisang Tak lapuk Dek Zaman... Evergreen gitu!
5 Puff Blueberry
6 Settel Shopping Baju Raya di Pusat Pakaian HARI-HARI Jimat Berbaloi
7 Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce

Drama bersiri terbitan Global Station Sdn Bhd berjudul Lara Aishah adaptasi daripada siri telenovela popular Mexico, La Loba. Lama weyhh drama ni nak habis, ada 100 episod.

Menampilkan lakonan Nazim Othman dan Fasha Sandha sebagai pelakon utama. Turut membintangi drama ni ialah Jasmin Hamid, Dayana Roza, Shahrizal Jaszle, Datuk Eizlan Yusof, Dian P Ramlee, Ainul Aishah dan ramai lagi.

Drama bersiri 100 episod itu diarahkan oleh saudara Riza Baharudin. Akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 malam di Astro Prima (saluran 105).

Meh Nina share kan sinopsis jalan cerita drama hebat ni. Yelah… Kalau tak hebat masakan Astro tayangkan semula kannn . . .?

Sinopsis Drama LARA AISHAH Astro

Sinopsis Drama LARA AISHAH Astro

Mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aishah (Fasha Sandha) yang berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan dari di robohkan oleh sebuah korporasi hanya untuk jatuh cinta dengan pewaris korporasi tersebut,

Dan kisah Zurin (Jasmin Hamid), seorang ibu yang dipenjarakan selama 27 tahun dan ingin mencari anak kandungnya yang telah diculik semasa kecil.

Zurin telah dituduh dan dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya hasil konspirasi Cik Puan Marina (Dian P. Ramlee), bekas ibu mertuanya sendiri yang marahkan anaknya Dato’ Nazri (Dato’ Eizlan Yusof) kerana telah berkahwin dengan wanita daripada keluarga miskin.

Setelah 27 tahun Zurin bakal dilepaskan, dia mendapat tahu bahawa anaknya sebenarnya masih hidup. Bermulalah hidup Zurin mencari anak kandungnya dan membalas dendam kepada keluarga Dato’ Nazri atas dosa mereka.

Aishah ialah seorang gadis yang baik dan dibesarkan oleh Muiz (Fadil Dani), di persekitaran yang serba kekurangan. Dia bekerja di pasar dan terkenal dengan sifat panas baran.

Pada suatu hari berita tentang tanah pasar yang bakal diambil semula oleh pemilik telah membuatkan Aishah bertekak lidah dengan Dato’ Nazri, anak kepada pemilik tanah tersebut.

Pertembungan mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar (Nazim Othman), waris keluarga Dato’ Nazri yang menipu Aishah, menyatakan yang dia hanya merupakan seorang mekanik yang miskin lalu membawa kepada hubungan romantik Aishah dan Iskandar.

Dalam masa yang sama, Cik Puan Marina ingin Iskandar berkahwin dengan Felisha (Sasqia Dahuri) dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memusnahkan Aishah. Kehadiran Zack (Shah Jaszle) yang merupakan bekas kekasih Aishah juga merumitkan lagi keadaan.

Amacam? Betapa banyaknya konflik! Hahaa…
Tapi yang sukakan drama dan melayan malam santai korang, drama ni ok laa… Idok lerrr berat sangat.  Lagipun semua pelakon hebat dalam drama Lara Aishah ni. Sure enjoy punya laaa..

Sinopsis Drama LARA AISHAH Astro

Drama LARA AISHAH Astro

JUDUL : LARA AISHAH
EPISOD : 100 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Ogos 2016
HARI / MASA : Isnin-Jumaat, 6.00 petang
SIARAN : Astro Prima 105 & Astro Maya HD 135
PENGARAH : Muhammad Riza Baharudin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Nazim Othman, Fasha Sandha, Jasmin Hamid, Dayana Roza, Shahrizal Jaszle, Afzan A.Rahman, Maria Farida, Eizlan Yusof, Ainul Aishah, Adam Lee, Jasmine Suraya, Dian P.Ramlee, Shah Rezza, Elya Miera, Sasqia Dahuri, Janet Khoo, Dr Katalina, Mia Nasir, Watie Sadali, Ku Faridah, Zamarul Hisham, Mandy, Liza Abdullah, Fadhil Dani, Zalfa Zain, Anne Abdullah, Aedy Ashraf

WATAK PELAKON
Nazim Othman sebagai Iskandar
Fasha Sandha sebagai Aishah
Jasmin Hamid sebagai Zurin
Eizlan Yusof sebagai Datuk Nazri
Dian P.Ramlee sebagai Puan Marina
Dayana Roza sebagai Wani
Shahrizal Jaszle sebagai Zack
Maria Farida sebagai Datin Dahlia
Ainul Aishah sebagai Aimi Farhana
Afzan A.Rahman sebagai Azlan
Adam Lee sebagai Daniel
Jasmine Suraya sebagai Sandra
Elya Miera sebagai Thalia
Sasqia Dahuri sebagai Felisha
Janet Khoo sebagai Sharon
Shah Rezza sebagai Farouq
Dr Katalina sebagai Adila
Mia Nasir sebagai Anita
Watie Sadali sebagai Dahlila
Ku Faridah sebagai Wati
Zamarul Hisham sebagai Hisham
Mandy sebagai Carmen
Aedy Ashraf sebagai John
Liza Abdullah sebagai Cik Putih
Fadhil Dani sebagai Muiz
Anne Abdullah sebagai Wati

LAGU TEMA / OST LARA AISHAH
Lagu : Dirgahayu
Penyanyi : Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Kot tertinggal episod, korang boleh jer tonton semula kat http://www.tonton.com.my  eh  . . .    Semua di hujung jari…

Related posts:

Resipi Kek Pisang Tak lapuk Dek Zaman... Evergreen gitu!

Puff Blueberry

Settel Shopping Baju Raya di Pusat Pakaian HARI-HARI Jimat Berbaloi

Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce

Lifestyle Review astro PrimaDramaFasha SandhaFull SinopsisNazim OthmanSinopsisSinopsis Drama LARA AISHAH Astro

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes