Tadaaaa ….!! Ini lah sebenarnya jawapan kepada teka teki weekend lalu. LUV u all my fren yang sudi meneka pelbagai jawapan. Ada yang teka Carrot Cake, RVC, dan juga Pavlova. Hehehe . . .. Resipi Simple Strawberry Cake
Tahniah pada yang jawab memula kat fb Nina. Tepat! Pandainya awak meneka… Maka , terjadinya Simple Strawberry Cake. Gini cerita nya
Baru-baru nie mak Anjang Nina baru balik dari Cameron Highland. Ada beri Nina sekotak strawberry buat buah tangan dari sana. Nina dok fikir apa nak buat ngan strawberry nie ….
Maklum lah, Nina nie kurennggg makan makanan yang masam. Walaupun masa Nina pregnant, asam, jeruk, kedondong atau apa sajer yang rasa masam-masam memang Nina tak berapa layan malah tak sentuh punnn
(ini rahsia tau, Geng yang dok kunyah asam jeruk bagai… hik hik hikkkk)
Akhirnya, Nina teringat kek orange blended yang dah beberapa kali Nina buat sebelum nie. Click Resipi Kek Oren Blend Paling Mudah dan Sedap ni senang sangat !!
So, Nina ingat nak cuba lah method resepi tuuu dan gantikan dengan strawberry pula. Manakala untuk toppingnya Nina lebih gemarkan cream cheese berbanding butter cream.
Nina cedok resepi topping dari Heavenly Carrot Cake. Click Resipi Heavenly Carrot Cake untuk resepi yang pasti membuat anda terasa bak heaven tatkala menikmatinya. Dalam erti kata lain, resepi kek carrot nie sangat lah sedapppp !! Tak akan rugi mencubanya….
Setelah difikirkan kombinasinya, dengan harapan kek nie nanti menjadi dengan jayanya.
Dan …..
Akhirnya ……. Alhamdulillah menjadi !!!!
Resipi Simple Strawberry Cake
Resipi : Nina Mirza
Adaptasi dari : Orange Cake Blended
Bahan-bahan:
Bahan A:
100 gm buah strawberry
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
Bahan B :
+- 100gm buah strawberry dipotong kecil
1/2 st perisa strawberry
1/2 st pewarna pink
2 cawan tepung gandum*
2 st baking powder*
(*diayak bersama)
Cara-cara:
1- Panaskan oven 170’C. Alaskan loyang berukuran 7″ dengan dengan baking paper dan sapu sedikit keliling loyang dengan minyak dan ketepikan.
2- Kisar halus semua bahan A. Kemudian masukkan ke dalam bowl.
3- Masukkan ke dalam bowl perisa strawberry dan pewarna pink, kacau rata menggunakan spatula.
4- Masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder sedikit-sedikit, kacau sebati.
5- Kemudian masukkan strawberry yang telah dipotong kecil ke dalam bowl. Kacau rata.
6- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan tadi, bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
7- Periksa kek samada dah cukup masak atau belum dengan mencucuk dengan lidi di tengah kek, jika lidi keluar bersih maknanya kek telah masak.
8- Setelah masak, telangkupkan kek atas jaringan dan sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari loyang.
9- Sedia dihidangkan
Topping Cream Cheese
Bahan-bahan
1/2 ketul buttercup
1/2 ketul cream cheese
beberapa titik esen vanilla
3 sudu besar gula icing – diayak
Cara penyediannya
Kesemua bahan disatukan dan diputar sampai sebati, kembang dan halus.
Kemudian boleh lah dipipingkan dan dideco mengikut kreativiti masing-masing.
Kalau macam Nina nie yang tak berapa expert, main taram ajerrr deco nya. Belasah jerrr laaa….
Janji makan sedapp!! hehehe . . . .
Betapa jelas kita nampak, dunia masakan ini sangat unik. Dengan melihat luaran sahaja tanpa merasa sesebuah cake ataupun hidangan, kita boleh meneka pelbagai jenis nama 😉
Betul kannn …..? hehehe . . .
saya pun pernah praktikkan stroberry blended cake ni ikut resepi orange blended tau.. memang gebu, kannn..
Kalau kukus jadi x? Brapa lama tempoh kukus?
As'salam Sari Yusa…
setuju !! Memang gebus ~~~ Suka sangat dan sedapp kan..??
hehee..
Ditambah dengan topping cream cheese tuuu lagi lah menggoda..
bertambah-tambah makan pun tak perasann. Adoii~~~~
salam…tq fr sharing….nmpk sedappp sggttt….insyaallah akan di cuba..:)
salam nina..cantek kek..nk jugak..hehhehe..ade lgi ke tu…ade topping creamcis mmg best…
Wa'salam Lela …
Insya'Allah… ilmu yg ada memang untuk dikongsi bersama 😉
Selamat mencuba !! Insya'Allah ….. sedappp!!!
hhehe . .
Wa'salam Sury ..
Alahai ~~~ Cantek ker?? Malu Nina dibuatnya.. Bukan apa Sury,
Nina masih banyak kena belajar lagi bab deco kek nie.
Nak gi kelas deco kek dari mula-mula tahun sampai la nie tak pegi-pegi lagi. Masa selalu clash ngan kuliah Nina 🙁
Satu hari nanti, angan-angan Nak pegi kelas deco kek tuuu pasti tercapai hendaknya. Amin ….
Cream Cheese tuuu memang memanggil-manggil ~~~~ gemuks!!!
heheh . . .
wah…kreatif… kalau nina mirza kata sedap nih..lkena cuba laaa…tpnya musim stoberi dah berakhir…kena tunggu bulan 12 baru ada balik…sob 3x
salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.
FnF …
Insya'Allah sedappp…. rasanya kek nya moist2 gitu.
Laaaaaa.. Iyer ker musim strawberry dah habis? Tak per,
tak lama ajer lagi Dec cominng~~ 😉
sedapnya Nina…nk satu bole? pandainya nina buat kek…jealous nihh..hehe
Salam kak.. nak tanye 1/2 ketul butter n creamcheese tu agak2 berape gm ye?
Wslm Syira Sulaiman,
1/2 ketul butter = 125gm
1/2 ketul creamcheese = 125gm
sy suka buat kek pakai cawan nih..yg pkai gm gm ni xbrapa pandai bg sy yg fist time nak buat kek nih..heheh
Saya dah cuba resepi ni. Sedap sangat. Tapi saya guna bahan yang ade je. Strawberi lebihan tak banyak, jadi saya slice kan nipis dan susun. Untuk strawberi kisar saya letak jem strawberi je. Dan takde perasa dan pewarna. Kek memang gebu. Terima kasih untuk resepinye. Tak sabar nak rasa. Kek belum sejuk saya dah potong.