Korang biasanya Lala masak apa?
Lala antara favorite menu Nina sekeluarga. Kalau masak memang tak cukup setakat sekilo. Harus kena beli 2 kilo baru puas makan. Lagi pun Lala ni ciput jer… Celah gigi orang kata. Buat ratah-ratah boleh laa.. Memang asyik!
Selalunya ramai yang masak Lala masam manis tapi macam boring laa… Kadang tuu Lala Masak Lemak Hijo . Ada baru-baru ni Nina share Kerang Goreng Berempah , pastu ramai lak yang respon kata sedap lah Kerang tuu goreng berempah. Yelah… selalunya kerang dok rebus, bakar jer kan…
Aduyai .. Berbunga-bunga hati ini. Seronok nya bila depa kongsikan kegembiraan depa. Kaum kerabat, sanak saudara, jiran tetangga depa pun suka katanya! Amboi … Bikin kenduri kot gamaknya. Tak ajak kita punnnn Hehe…
Kali ni Nina cuba Goreng Berempah tuu kat Lala plak. Hurmm …. Sedap! Kalau korang sukakan kuah lebih, korang doublekan sukatan sos nya yaa.. Kalau ciput jer kuah, sian anak-anak dok korek kuah celah Lala. ehhe
Resepi Lala Goreng Berempah Sedap Mudah
2 kg Lala – cuci bersih lalu toskan
2 ulas bawang besar – hiris nipis dan halus
5 ulas bawang putih – Nina ketuk jer
3 inch halia – hiris nipis
2 batang serai – dititik jer
Beberapa tangkai daun kari
Beberapa helai daun limau purut
5 sudu besar serbuk kari – dicampur dengan sedikit air jadikan pes
10 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
3 sudu kecik sos ikan
1 cawan air
Daun Ketumbar
Minyak menumis
Cara penyediaannya
1-. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga berbau wangi
2-. Kemudian masukkan pes serbuk kari masak hingga pecah minyak
3-. Masukkan sos tiram, sos tomato, daun kari, daun limau purut dan air masak hingga mendidih
4-. Masukkan Lala dan gaul rata. Tutup kuali seketika besar kan api. Kemudian renjiskan dengan sos ikan. Gaul rata lagi keseluruhan. Taburkan daun ketumbar (Nina buh banyakkkk baru sedap) dan gaul lagi. Tutup sebentar. Kemudian gaul lagi rata-rata. Dah masak, tutup api.
5-. Sedia dihidangkan.
Ppsstt >>>> Resepi ni dapat banyakkkk…!! Kalau korang makan berdua bertiga aje kurangkan sukatan ya. Jangan ikut macam Nina, sekali masak 2 kilo. Bukan tamak ehh… Maklumlah anak-anak Nina dah berderet-deret dan Nina masak tuk lunch + dinner sekali. .. Bijak kan..?
Masak tom yam. Sedapnya. Masak pedas pedas memang terbaik makan dengan nasi panas
Sedapnyaaaa feveret saya lala ni,selalu ratah je,goreng bercili,boleh try ni tq kak nina
wow..bestnya..:)
Wah.. 1st time gak tgk resepi berempah ni.
Biasa sy @ mak masak lala masak lemak rebus ngn serai & letak kunyit + santan sket.
Mak pernah masak rempah lala ni…pergh memang sedap…merecikkk oiii…makan pulak dengan nasi panas…ohoiii tak toleh kiri kanan dah lahh…
wah resepi baru nie, tak pernah lagi cuba. insyaAllah nanti nak cubalah..biasa masak lemak je lah
boleh cuba ni puasa nanti
Sedapnya…terliur..la ni susah nak dapat lala yg betul2 fresh kan?
Terima kasih. Nak try masak ni. Semoga dimurahkan rezeki lagi kerana tak lokek berkongsi resipi.