As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Sandwich Homemade Sedap dan Cepat GARSA KITCHEN Terbaik
Sandwich merupakan makanan paling simple, ringkas dan berkhasiat. Nak buatnya pun sangat mudah. Bahan asasnya roti, mayonnaise dan inti. Part inti ni terpulang pada individu samada nak inti tuna, telur, tomato, salad dan macam-macam lain lagi ikut suka. Buh inti kat tengah roti bersama mayonnaise, tutup roti – siap lah sandwich. Itu ajer~
Tapi kan…… Nina tahu pasti ada yang masih dok kata susah laaa, tak done nak buat laaa, leceh laa, lambat laaa, bla bla blaa~ Masa ni laa timbul bermacam-macam alasan. Betul kannn…?? Kan kan kannn… Haipp.. jangan bohong nanti dosa. Hehee…
Okey, hari ni Nina tak mau share resepi sandwich sebab hari nie Nina pun ada bermacam-macam alasan. Plak daaa~
Tetiba cik ‘M’ bertahta. Jangan tanya cik ‘m’ tuu apa ehh… Babab nanti. Malas Masak ok! Hahahaa….
Kot-kot uoulls pun sama macam Nina, ada cik ‘M’ ker kann….Hahhaa…. ketawakan uolss dulu!
Ada kann…. ?? Meh rapat sini Nina nak citer, sabtu lalu kannnn Nina tak prepare breakfast pun tau. Ssyyhhh~~
Nina order aje sandwich kat Garsa Kitchen. Berdesupp derang hantar terus ke pintu rumah! Hah…!! Jangan tak tahu, sandwich pun dah ada perkhidmatan delivery tau. Buat yang dok sekitar KL. Beruntung NIna dok KL hehee…
Menarik tertarik tengok kotak sandwich nie…. Ada style! |
tengok tuu… Tak nyempat mama nak snap pic, baby Eilhan dah tak sabar… Sila abaikan dak demam yang tak pakai baju tuu ehh~ hehee |
Tetiba banyak keje tak done nak masak/malas – order aje sandwich.
Tetiba Bos buat meeting tergempar, menu simple – order aje sandwich
Tetiba hubby ajak pegi piknik tak sempat prepare apa – order aje sandwich
Tetiba nak mak mertua nak datang rumah – order aje sandwich. Oopss…!!
Hahaa…
Berapa banyak punya tetiba daaa~ ngeee
Hah…. nampak tak? Sandwich yang menyelerakan. Tengok tengok >>>> Isi tuna yang padat,ada egg mayonnaise, tomato & salad yang segar… nyum nyummm~ |
Kenapa Nina sukahati share pasal Garsa Kitchen?
Sebab Nina suka perkhidmatan mereka..
Paling best sandwich mereka menepati citarasa Nina. Memang rasa homemade! Isi tuna yang padat, (banyak ok derang letak- puashati), tomato, salad yang segar dan lagi…. mayonnaise yang cukup!
Bukan apa, sandwich ni kalau mayonnaise nya sikit memang tak sedap langsung. Tak feel nak makan…
Amboi Nina…. Ya, Nina cerewet. Jujur kasitau ni…. Nina sukakan sesuatu yang prefectionist bila membeli. Barulah berbaloi-baloi kann…? **Mak-mak memang gini kot style nya.** Tetiba rasa dah tua lak! Hahaa
Selain tuu, penghantaran juga cepat dan mengikut masa yang dijanjikan. Bagus! Kekalkan displin anda..
Menu yang ditawarkan juga menarik dan semuanya menyelerakan. Menepati citarasa dan tekak orang Malaysia. Ada menu pedas berapi tau! Sila cuba~ Sandwich Homemade Sedap dan Cepat GARSA KITCHEN Terbaik
Charge penghantaran pun hanya RM10.
Dengar kata tak lama lagi akan buka cawangan di sekitar Shah Alam.
Wahh…..!! Bagus.
Nak order pun mudah semudah makan. Jangan cakap makan pun susah ehh…. Babab you!
Hah! Senang aje… Hanya perlu whatsapp detail anda ke nombor 011-32916119
Kalau mengada-ngada kelam kelibut sangat, agak-agak 2jam sebelum nak makan pun boleh order. Masa order 9am-9pm.
Ok, untuk maklumat lanjut boleh ke instagram dan facebook mereka di..
Nina berbangga ada usahawan wanita yang berjaya dengan hanya menjual sandwich online secara delivery. Moga terus sukses..
Sandwich Homemade Sedap dan Cepat GARSA KITCHEN Terbaik
Dah buka outlet kat Shah Alam? Delivery area Klang ade tak?
Kavi, Nina tak sure lokasi shah Alam…
Try contact depa ya.. 😉
Wah ! menarik packaging nya