Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi ROTI SAUSAGE GULUNG Menu Mudah Bekal Anak Sekolah
March 18, 2021March 18, 2021

Day18 ROTI SAUSAGE GULUNG Menu Kegemaran Eilhan dan Yana. Wajib ada Sos Black Pepper

Isi Kandungan hide
1 Resipi ROTI SAUSAGE GULUNGMenu Mudah Bekal Anak Sekolah
1.1 Related posts:
2 Pakej Umrah yang menarik dan berbaloi di Az Zuha Group.
3 BIAR BETUL CERMIN MATA MULTIFOCAL MURAH RM450 je ?
4 Day19 AYAM GORENG RANGUP ALA KFC PALING MUDAH
5 Alamak... Bahaya ke dah overdue 40 minggu..!! Apa nak buat..??

Day18 – Menu Mudah Bekal Anak Sekolah hari ni antara menu yang selalu jugak Nina masak. Sebab ianya menu paling simple ringkas dan cepat di masak . Asalnya dulu anak-anak ni suka nau beli roti sausage bila di beri pilihan beli kuih sendiri. Tak tahu kenapa bebudak suka so sejak tu Nina buat sendiri lebih jimat dan dah tahu anak suka makan! Resipi Roti Sausage Gulung

Nina dan Geng suka beri anak peluang pi beli sendiri makanan mereka. So secara tak langsung mereka belajar membuat pilihan dan membuat keputusan sendiri. Kekadang weekend kita bawak anak-anak pi memana gerai dan bagi setiap sorang RM2. Pastu sorang-sorang turun pi beli apa mereka nak beli sendiri.

Banyak benda mereka belajar walau pun sekadar pi sarapan. Terutama sekali cara pengurusan wang dan membuat pilihan. Ada yang hanya beli kuih 1 ketul, ada yang beli makanan berat macam nasi lemak dan ada jugak yang tak beli apa-apa. Nak simpan duit katanya. sebab dia tahu kat rumah dah sedia ada biskut dan roti. HEhe.. Gini laaa anak 5 memacam ragam dan perangai.

Resipi ROTI SAUSAGE GULUNG Menu Mudah Bekal Anak Sekolah

Resipi ROTI SAUSAGE GULUNG
Menu Mudah Bekal Anak Sekolah

Bahan-bahan
8 keping roti
8 sausage
1-2 biji telur
Sedikit susu UHT dalam 3 sudu
sedikit garam
serbuk roti secukupnya – kalau takde takpe. Takyah letak pun sedap
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaannya
1-  Roti di gelekkan rata (Nina pakai termos ajer – hehee…)
2-  Letakkan sausage dan gulung
3-  Celupkan roti dalam telur yang dah dipukul bersama sedikit garam dan susu UHT
4-  Kemudian golekkan/salut roti tadi dengan serbuk roti. Takde serbuk roti skip jer.
5-  Setelah itu goreng (deep fried) hingga keperangan *** pastikan minyak api sederhana kerana roti cepat masak, takut nanti sausage kat dalamnya tak sempat masak tapi roti dah rentung. HAhaa
6-  Toskan dan sedia dihidangkan. Anak-anak Nina paling suka wajib ada sos black pepper. Asyik betul depa makan.

Selamat mencuba! Jaga diri . . . .

Related posts:

Pakej Umrah yang menarik dan berbaloi di Az Zuha Group.

BIAR BETUL CERMIN MATA MULTIFOCAL MURAH RM450 je ?

Day19 AYAM GORENG RANGUP ALA KFC PALING MUDAH

Alamak... Bahaya ke dah overdue 40 minggu..!! Apa nak buat..??

Lifestyle Parenting Resepi bekal anak sekolahBekal Nutrisibekal sekolahbreakfastIDEA BEKAL ANAK SEKOLAHIdea Nak Masak ApaKids Menumenu anak-anakmenu cepatmenu minum petangMenu RingkasMenu sarapanRotiRoti Sausage GulungRoti Sausage RollRoti sausage roll menu mudah anak-anakRoti Telur

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Nadia joahri says:
    March 18, 2021 at 11:57 pm

    Kalau menu macam ni memang mudah..hehehe..anak-anak suka roti sausage ni

    Reply
  2. Azni says:
    March 19, 2021 at 6:24 pm

    Kenapalaaaaa … nina ni rajin sangat2 erkk… puas anak anak makan kan

    Reply
  3. Marina says:
    March 21, 2021 at 8:41 pm

    Anak-anak confirm. Suka kalau masak gini

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes