Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi AYAM MASAK MERAH KENDURI SEDAP MUDAH
May 14, 2020May 13, 2020

Resipi AYAM MASAK MERAH SEDAP MUDAH

Isi Kandungan hide
1 Tips Masak Ayam Masak Merah Kenduri Sedap Mudah Style Nina Mirza
2 RESIPI AYAM MASAK MERAH KENDURI SEDAP MUDAH
2.1 Cara Masak Ayam Masak Merah Kenduri Sedap Mudah
3 Related posts:
4 Ohh .. PAVLOVA! Engkau lah Madu dan Racun... Ahaks! hehee . . .
5 Tahu tak? Fakta khasiat BAYAM BRAZIL
6 Mee Goreng KasihKu Ramadhan menu mudah dan cepat buat tetamu....
7 RESEPI AYAM MASAK KICAP JALEN MUDAH SANGAT! ANAK MAKAN BERTAMBAH

Amacam, macam senang  mudah cepat tak cara Nina masak Resipi Ayam Masak Merah Kenduri Style Nina?

Selalu bila kita pi makan kenduri, awat laaa sedap Ayam Masak Merah Kenduri kannn? Dan selalu bila pi memana kenduri, Ayam Masak Merah antara menu yang menjadi pilihan kita kannn? Pastu dok terfikir susah ke nak masak sama macam lauk kenduri gini?

Sebenarnya tak susah pun nak masak style kenduri orang kawin tu. Senang jer… Ada beberapa tips nak jadikan  masakan kita ala-ala lauk macam kat kenduri.

Tips Masak Ayam Masak Merah Kenduri Sedap Mudah Style Nina Mirza

Tips utama yang Nina dapat, Ayam yang nak digoreng tak perlukan salut dengan pelbagai jenis tepung serbaguna bagai tu.. Cukup sekadar serbuk kunyit dan sedikit garam.

Pastu ayam tu jangan digoreng garing sangat. Tak perlu! Goreng cukup sekadar half cook gitu. Sebab nanti ayamnya nak di masak  sampai mesra sebati bersama kuah. Baru laaa isi ayam lembut moist tak keras kejung.  Last hirisan bawang merah dan cili hijau pun memainkan peranan pada rasa kuah masak merah tersebut.

Resipi AYAM MASAK MERAH KENDURI SEDAP MUDAH

Okey.. Tadi dah tonton video, ni Nina sharekan resipi lengkap Ayam Msak Merah Kenduri Sedap Mudah Style Nina Mirza.

RESIPI AYAM MASAK MERAH KENDURI SEDAP MUDAH

Resipi : Nina Mirza
Bahan-bahan:

1 ekor ayam – potong kecil dan basuh bersih
(Garam, kunyit dan goreng – jangan garing sangat.)
3 biji bawang besar – size besar *
4-5 ulas bawang putih *
1 1/2 inci halia *
(Blend semua bahan bertanda *)

2 batang serai – titik ketukkan jer
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
5 bunga cengkih
3-4 senduk cili kisar
2 biji tomato – potong dadu atau potong ikut suka laaaa
Garam dan gula secukupnya
Cili Hijau dan Bawang Merah untuk hiasan – wajib ada (walaupun hiasan ianya penting memberi rasa ala kenduri. Sebab tu kat kenduri tuu sedap lain macam)
Sos Cili, Sos Tomato terpulang kalau nak letak. Ikut selera tekak korang

Cara Masak Ayam Masak Merah Kenduri Sedap Mudah

1-. Memula ayam dibersihkan, salut serbuk kunyit dan garam sikit dan goreng separuh masak. Jangan garing sangat nanti ayam keras tak sedap.
2-. Tumis  rempah 4 sekawan dan serai. Tumis sampai naik bau wangi.. Pastu masukkan bahan yang dah diblend tadi. Tumis sampai keperangan dan naik bau lagi wangi.
3-. Masukkan cili blend. Masak hingga pecah minyak.
4-. Masukkan tomato yang dipotong dadu. Masak hingga tomato layu dan sebati.
5-. Masukkan air,  kacau sebati  dan masak hingga mendidih
6-. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kalau rasa nak tambah sos cili ker, sos tomato ker terpulang. Ikut citarasa dan selera memasing.
7-. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul rata.  Taburkan bawang merah , cili hijau dan siap!

Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato 😋😋😋

Okey … Selamat mencuba! Nanti dah try kongsikan pendapat korang yaaa
Kalau suka, sudi laaa share. Moga dipanjangkan resipi ni buat mereka yang memerlukan sesama kita masak sesedap buat keluarga tersayang. Nina tak minta apa pun, cukup sekadar doakan untuk Nina sekeluarga dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Aamiinnn…

Oh ya.. Nanti buat kenduri tuuu jangan laaa lupa jemput laaa kita. Eh! Dah kenapa nak kena jemput Nina lak? Ok, gurau jer.. Macam laaa ada yang sudi jemput. HUhuhuuu . . .

Related posts:

Ohh .. PAVLOVA! Engkau lah Madu dan Racun... Ahaks! hehee . . .

Tahu tak? Fakta khasiat BAYAM BRAZIL

Mee Goreng KasihKu Ramadhan menu mudah dan cepat buat tetamu....

RESEPI AYAM MASAK KICAP JALEN MUDAH SANGAT! ANAK MAKAN BERTAMBAH

Lifestyle Resepi Tips Ayam Goreng SedapAyam Masak Merah KenduriJuadah Berbuka PuasaJuadah Hari RayaMenu Ifftarmenu kenduriMenu Open Houseresepi mudahTips dan PetuaTips masak sedaptips masakan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. amie says:
    May 14, 2020 at 9:32 am

    Bila bubuh cili kisa, itu yang buat terangkat ayam masak merah, selain bahan-bahan sos lain.

    Reply
  2. SILAHHASSY says:
    May 14, 2020 at 11:13 am

    lauk kegemaran dulu kini dan selamanya. hehe

    Reply
  3. Mama Kembar Tiga says:
    May 20, 2020 at 11:18 am

    Sedapnya! Teruih rasa nak masak ayam ni ngan nasi minyak buat berbuka nnt hehe

    Reply
  4. Pingback: Resepi Ayam Masak Kurma paling sedap ringkas mudah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes