Resepi Kek Butter Icing Krim perkongsian hari ni. Resepi yang mudah, sedap bersama icing Krim untuk deko kek. Mudah dibentuk dan paling penting kos tak besar mana pun, sesuai untuk beginner yang baru berjinak-jinak cuba belajar buat kek.
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Bertemu kembali di awal bulan February . Ramai yang mengatakan tentang bulan Cinta. Almaklum lah kalau omputeh kata Valentine Day gitu… (14 Feb) Akan tetapi Nina tak celebrate punnn…. Sebab hari-hari pun Cinta mekar dalam hati. Chewahhhh~~~~ Ooucchh!!
Resepi Kek Butter Icing Krim Mudah ni basic asas beginner Deko kek
Hari nie Nina nak share Resepi Kek Butter paling sedap dan Resepi Icing kek paling mudah sedap! Resepi nie Nina dapat dari owner kedai kek. Punya lah baik hati beliau nak berkongsi ngan Nina resepi yang digunakan di kedai kek nya. Kata beliau, kek yang sedap tidak semestinya perlu menggunakan bahan yang banyak tetapi bahan yang digunakan itu haruslah yang berkualiti tinggi dan bersih. Itulah rahsia kedai kek beliau bertahan lama …..
Story mory tentang Resepi Cream Icing pula, ada bermacam-macam versi resepi cream icing. Ada yang buh butter, vanilla esen, krimwell, shortening dan macam-macam lagi . Pada mulanya, Nina terkezut juga bila owner tuu bilang yang resepi cream icingnya hanya krimwell + gula icing sahaja! Mudah nya …!!
Akan tetapi, itulah resepi yang digunakan dah berbelas tahun sepanjang beliau berkecimpung dalam bidang bakery nie. So far, tiada complain dari customer malah ramai yang sukakannya. Menarik kann? Mudah, senang, kos pun murah!
Resepi Kek Harijadi Mudah Sedap
CARA BUAT Krim Icing paling MUDAH sedap
Bila Nina dah try, memang sedap resepi icing krim nya! Tak jemu / muak dan kanak-kanak amat menggemarinya! DAN yang paling penting bahan asas nya amat mudah, tak perlu macam-macam bahan. Nak deco pun senang dibentuk, colour pun cantik sebab krimwell nie colour base nya putih berbanding kalau resepi yang letak butter – colournya agak kuning dan susah nak dapatkan colour yang tepat.
Bila putih, macam-macam colour yang kita kombinasikan semuanya terserlah dengan cantiknya! Kalau tak percaya…… cuba lah!
Rahsia KEK Butter sedap
Untuk resepi kek butter pula, bahannya tak banyak pun dan paling penting menggunakan bahan yang berkualiti. Barulah terasa keistimewaan rasa butter itu sendiri.
Jom tengok Resepi Kek Butter Paling Senang bersama Resepi Ising Krim Deco Kek yang mudah dan sedap ni
Resipi KEK Butter MOIST MUDAH Sedap
Bahan-bahan
250g Gula caster
250g Butter
5 biji telur (B)
250g Tepung naik sendiri
Cara Buat KEK BUTTER
1- Panaskan oven terlebih dahulu
2- Putarkan butter dan gula caster hingga kembang
3- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi
4- Masukkan tepung naik sendiri, pukul hingga rata
5- Kemudian tuangkan adunan dalam loyang yang telah digris, hentak sekali (jangan pula hentak sampai nak terkeluar balik adunan tuu yea – pelan-pelan sudaaa)
6- Bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak. (cucuk tengah ngan lidi – kalau lidi bersih tandanya kek dah masak)
Resipi Icing KRIM paling senang sedap
Cream Icing 1
Bahan-bahan
1kg krimwell
1/2kg gula icing ( di ayak 2x)
Cara buat Icing Krim
1- Pukul krimwell hingga kembang
2- Masukkan gula icing yang telah diayak dan pukul hingga rata
3- Adun bersama colour (oil base) dan dah boleh guna tuk mendeco-deco
Resepi 2
500g krimwell
300g golden syrup
160g butter
Note L Resepi2 ini colournya sedikit kuning susu sebab adunan golden syrup dan butter.
Tapi sangat mudah nak pukul hingga kembang dan halus berkrim berbanding resepi1 yang menggunakan gula icing yang sedikit kasar kena pukul lama sikit,
Resepi Kek Butter Icing Krim Mudah ni basic asas beginner Deko kek
Resepi Kek Butter Icing Krim
Note : Adunan Resepi Icing Krim ni akan dapat sangat banyak so boleh lah buat separuh dari adunan dulu yea
Kalau terasa banyak juga, belah cake kepada 2-3 bahagian dan buh lah cream icing kat lapisan tengah cake tuu. Kek tampak lagi mewah tatkala di potong nanti ada layer krim. Mmmm… nyummy!
Kot korang lebih sukakan Kek Coklat Moist, Nina suka sangat Kek Coklat Moist ni sebab dok ulang customer order. Korang boleh laaa try Resipi Kek Coklat Lembap Moist Sedap versi bakar kukus pun boleh ni … Pastu deko nya korang gunalah resipi icing atas tu eh… Untuk Resepi Ganache pun ada click jer kat tulisan biru tu..
Resepi Kek Butter Ising Krim
So apa kata korang yang baru berjinak niaga online, berani sahut cabaran memang sesuai laaa cuba Resepi Kek Butter Ising Krim ni.
Bukan nak kata apa laa, Resepi Mudah gini sesuai untuk beginner terutama bab deko Kek Harijadi. Tak susah buat Kek Harijadi . Kos murah sesuai buat jual kannn?
Selamat mencuba!
Salam nina…cantek nye kek…deco2 bunga tu..mmmg pro lh ni kn..nnti nk try krim versi ni..tq sharing 🙂
slm kak Nina cyg…
cantik kejadian kek ni..kemas n mnarik
macam sedap je kek ni..pandai akaq buat..
As salam Nina. Dah cuba cream ising tu malam tadi. Sebelum ni, pekerja bakeri di City Bakers pun recommend menggunakan krimwell dan gula. Rasanya macam kek ising zaman kecil kecil dulu. Boleh tahan panas ke ni?
Regard,
Azie Kitchen
Wa'salam Azie,
Terima kasih kerna sudi mencuba 🙂
Yup, cream ising nie boleh tahan panas, tak akan mencair seperti fresh cream. Mostly banyak kedai-kedai kek menggunakan resepi nie.
As salam..krimwell mcm mn rupe die? Klo d psar raya die trletak bhagia ape ye
Wslm Hyun Ayumi,
Krimwell berwarna putih ala-ala macam mayonnaise. Tak dijual kat PasarRaya. Hanya boleh dibeli kat kedai bahan kek Bakery.
Salam…akak camne nk deco bunge2 tu???sy trgin sgg nk buat nihhhh…
Wslm …
kak Nina pun bukannya pandai sangat.. Cuba2 pastu gi kelas deco baru dpt step yg betul. Practise make perfect!
kena rajin mencuba, In Sya Allah mesti boleh buat nanti 🙂
Very simple. I really wanna try
salam..mcm mana nak tau krimwell yg dipukul tu dah kembang yer…agak2 kena pukul berapa minit dgn speed berapa….tenkiuu nina… ^_^
Bpa lama nk pkul krimwell ngan gula icing???
Wa'salam Wawawiwi,
– semasa pukul kita akan nampak krimwell tuuu kembang naik dua kali ganda dari asal dan gula icing larut sebati….
– kalau kita rasa guna jari akan terasa smooth. (tak akan rasa kasar gula icing tuu)
– mula2 guna speed perlahan, dah agak kembang baru naikkan speed.
– berapa lama nak pukul tuuu bergantung pada kuantiti krimwell. (Nina selalunya pukul sekali banyak so agak lamaaaa~)
As'salam Linda,
– berapa lama nak pukul tuuu bergantung pada kuantiti krimwell. (Nina selalunya pukul sekali banyak so agak lamaaaa~)
– kena pukul sehingga krimwell kembang dua kali ganda dan sebati bersama gula icing.
kita akan nampak kejadiannya yang gebu, ringan dan boleh dicorak bentukkan 🙂
Krimwell 1kg bpe hrge?
Assalam…sis, nak tnya cara simpan lebihan icing tu camne?
Wslm …
Nina akan simpan dalam fridge belah bawah ajer. Bila nak guna lagi, just keluarkan ke suhu bilik (cream tu akan lembut semula) then dah boleh digunakan lagi…
Krimwell tu rasanya mcmna ek? Tak rasa cepat muak mcm buttercream kut ye?
Thanks sis. lama dah cari recipe icing 🙂
SALAM..KRIM WELL NI NGAN WHIPPING CREAM SAMER KER..TQVM
Wslm …
krimwell & whipping cream berbeza (tak sama)
salam nina. saya tengah tengok icing kek nina. warna putih mmg warna kegemaran sya. masalahnya saya tak pandai nak buat icing. apakah alat2 nak buat icing dan cara nak icing
thank bagi resepi 🙂
Asalamualaikum. .nina nak tnya, rasa krimwell ni mcm whipping cream yek..klu sy nak nk buat icing coklat .sy tambah serbuk koko boleh? Bpa anggaranya? Dan sbnarnya sy tgh mencari resepi icing yg drp marjerin planta yek…sebab sy bpa suka butter ada x resepi boleh x kongsi..hehe..sy nak buat kek harijadi anak saya ahad ni.pls share nina.klu ada.tq…:)
Wa'alaikumussalam Linda,
Rasa krimwell nie tak sama macam whipping cream yang lemak manis. Krimwell nie rasanya macam icing cream tuk deco cake yang selalunya jual kat kedai2 kek. (kek biasa bukan continental cake).
Ya, rasanya ala-ala icing cream yang menggunakan resepi drpd marjerin cuma resepi Nina nie tak letak marjerin.
Untuk icing coklat, hanya letakkan pewarna coklat. Kalau serbuk koko akan membuatkan icing kental dan susah nak mendeco nanti. Nina sarankan kalau nak rasa coklat sebaiknya buat ganache cream. Lebih sedap…!!!
Resepi boleh rujuk sini >>>http://ninamirza.blogspot.com/2012/12/chocmilo-crepe-wallaaaa.html
Moga penjelasan Nina ini dapat menbantu Linda membuat kek harijadi tuk anak Linda nanti
HAPPY BIRTHDAY IN ADVANCE untuk anak u….
Akak nk tanya krimwell 1kg bpe ?
Salam kak.. nk tanye gule icing tu ke yg buat kn kek tahan lame klau suhu bilik?
kakak tak payah pakai vanilla esen eh?
Amirah,
tak perlu… kalau nak letak sikit pun boleh 🙂
Kak sy nk tya icing nie tahan panas tak.. sy baru first time nak ttry buat icing..
Iska Na Diya,
Icing nie tahan panas cuma dengan syarat tak der laaa jemur/direct matahari yea..
Sesuai untuk long distance, outdoor function, dan apa saja majlis 🙂
Selamat mencuba!
aslm..kak klu letak krimwell dgn gula icing saja bolh x..?
Wslm Greenz Smilez,
boleh … memang resepi cream icing nie menggunakan krimwell & gula icing sahaja 🙂
Salam kak, icing ni kita juz campur warna yang kita nak dengan pewarna je la ye? contoh kalau nak hijau campur pewarna hijau? and nak letak berapa sudu?tq ツ
W'salam,
yup, just tambah pewarna (yg berasaskan minyak yea -oil base) untuk mendapatkan colour.
Sukatan pewarna tu bergantung pada warna yang di inginkan. Kacau adunan tu sampai menepati colour pilihan
Slm..nk tye..kt mne ad pwrna oil base?? Sy tringn nk deco sdri kek..huhu..tqsm..
Salam kak kl guna gula pasir then blender bg halus bleh x ganti gulla icing
wslm, tesktur dan rasa gula pasir blend dan gula icing tak sama.
gula pasir blend sangat manis.
sebaiknya guna gula icing (ianya juga untuk mengekalkan deco tahan lama)
Salam kak…nk tanya la….knp saya bt bila keluarkan kek dr peti Sejuk, cream tu berair n kaler dia jadi luntur yer? Terima kasih
W'salam Lily,
Kak Nina pun kurang pasti puncanya. Faktor kemungkinan :-
– krimwell tak pukul sehingga betul-betul kembang dan gebu.
– colour tuu oil base ker pewarna biasa? Kena guna oil base sebab pewarna biasa tu berasaskan air so mungkin ianya mencairkan cream icing tadi.
.
ini hanya pendapat kak Nina secara rawak. Moga ianya membantu Lily..
tq banyak2 yer kak….
sama-sama Lily..
Salam boleh guna letak kat pavlova x untuk perjlnan yg jauh
Salam Azira,
untuk pavlova bukan menggunakan icing cream. Icing cream nie lebih kurang macam butter cream. Kombinasi icing cream tak sesuai untuk pavlova
Pavlova menggunakan whipping cream non dairy (hanya pukul hingga kembang dan sedia digunakan). Whipping cream ini juga yang digunakan untuk crepe durian dan juga sebarang continental cake
Info : whipping cream utk pavlova ini pula tak berapa lasak untuk perjalanan jauh.
Moga inya membantu Azira
Maaf lambat reply, baru perasan….
1/2kg krimwell harganya anggaran RM4
nina blh x tunjuk step wat bunga rose drpd icing cream ni..sy teringin sgt nk tau mcm mana wat bunga rose tu…kl nina sudi blh x sharing tools yg nina guna utk deco2 kek.
tq nina…
Icing ni rs masin x..mcm d kedai kek. Da byk kl da beli sume icing rs masin..kl ni nk try icing cream nina.
Lela wati,
rasa masin? musykil Nina …..
Resepi ini In Sya Allah tak akan rasa masin. Sikit garam pun tak der
Oooo…. maybe yg sebelum nie ada tambah butter kot.
Lela cuba resepi no.1 ehh….
Selamat mencuba!
Syaseby,
Nina memang teringin nak buat ala-ala VT namun tak berkesempatan.
Syaseby boleh refer banyak youtube cara2 nak buat bunga. mostly caranya sama.
Kena selalu try an error.
Lbhan Krimwell yg blum guna cmne nk simpan ye n brapa lma dia tahan..
Buttercream lak brpa lma ye dia tahan simpan dlm fridge..
Ct,
Lebihan krimwell simpan dalam bekas kedap udara suhu bilik. Kalau nak simpan dalam fridge pun boleh (lebih baik). Nanti nak guna semula just keluarkan suhu bilik sehingga lembut semula. Tahan ikut expired date kata aunty bakery.
(Pengalaman Nina tak pernah simpan hingga expired date)
.
Utk butter cream pula, sejujurnya Nina kurang pasti seberapa lama boleh tahan sebab mostly dalam seminggu ajer Nina simpan. (Dalam fridge).
Minggu kedua Nina dah add perisa dan buat sapuan kat roti kasih settle 😉
salam macam mana nak buat krim aising
Kyra Shy,
Boleh refer entry kat atas … Ada cara2 dan resepinya
Ada resepi1 dan resepi2. Kak Nina prefer resepi1
TQ
Klu buat icing tu mmg kene ltk kaler ke???
Terpulang pada individu….
Kalau x letak color, putih adalah base.colournya.
Klu buat icing tu,bole pki majerin je.x paya pki butter?
Boleh juga cuma kalau pakai butter lebih sedap dan wangi..
Deco juga lebih tahan lama rekabentuknya.
Salam,,,nk tanya..mcm mane nk tau krimwell dh kembang?sbb klu butter bole tau melalui warna…tp krimwell n cane y? Masa berapa lama klu guna hnd mixer? Kelajuan minim or max?tq….harap dapt mmbntu…
*budak baru belajar*
Wa'alaikumussalam Sya,
Mula-mula beat perlahan, kemudian Sya akan nampak krimwell kembang 2kali ganda dan tekstur.adunan ringan dan mudah di bentuk. Lastly beat lain sekejap dan ready to add color dan deco.
Masa Kak Nina tak pasti sebab Kak Nina sebab. Ianya bergantung pada kuantiti.
Yang pasti krimwell akan kembang 2kali ganda dan gula icing dah sebati.
Akan terasa smooth licin…. Kalau gini dah ok siap.
T.kasih k.nina sudi reply msg.;)..moga murah rzki
Sama-sama Sya…
Aamiin… Terima kasih di atas DOA nya
Assalam,
sy nak tanya mcm mana nak warnakan cream icing tu ye? Sebab awk punya warna cream icing tu cantik sangat. Pewarna bagaimana yg sy nk gunakan? Pewarna paste/oil base/powder?
Terima ksh atas perkongsian, moga menjadi amal jariah yg berterusan.. 😀
Wa’alaikumussalam Hijrah,
Nina guna pewarna oil base. Ada jual kat bakery. Nak lagi cantik, beli yg mahal sikit (less RM10). Letak sikit pun colour cantik.
assalammualaikum Nina mirza,
1) boleh tanya 1kg krimwell dgn 1/2kg gula icing sahaja (hanya guna 2bahan shj untuk resepi 1) ini berapa adunan Kek boleh salut/deco ya? Contoh jika adunan Kek untuk 1kg dapat berapa buttercream icing ni ya…..
2) jika tidak letak esen vanila cream icing resepi 1 ni ada bau tak Kak Nina mirza? Dan jika mahu letak esen vanila/strawberry kena letak perisa biasa tukan jenama starbrand atau ADA juga perisa Dari Jenis oil base
3) saya belum pernah buat guna resepi akak Nina ni guna 2 bahan tapi saya minta akak halalkan dunia akhirat ya… Saya mahu tnya adakah Jenis resepi ini akan berwap Kek selepas kita letak Kek dalam chiller bila keluarkan nya akak Nina.. Dan hidang buttercream tu akan jadi berwap-wap Dan nampak tak cantik corak jadi cair…bagaimana mahu jadikan ianya cantik seperti di Kedai bakery bila di bungkus walaupun Kek ITU di simpan lama TP masih cantik corak Dan warnanya…..
Mohon akak bagi pencerahan ya Kak……akak boleh reply di marasyraf135@gmail.com pun boleh….saya budak ingin belajar…..utk cari rezeki tambahan…terima kasih Kak Nina….
Wa’alaikumussalam Shahidah,
1) Adunan tuu dpt banyak. Bergantung juga pada cara kita layer kek dan mendeco. Boleh buat separuh adunan untuk 1kg kek. Dan masih cukup untuk buat filling tengah kek.
2) boleh jer letak perisa biasa. Kadang Kak Nina suka letak orange emulco.
3) so far Alhamdulillah tiada masalah kek berwap atau tukar warna.
Selamat mencuba… Moga dimurahkan rezeki buat kita semua…aamiin..
Moga perkongsian Kak Nina memberi manfaat bersama..
Terima kasih Kak Nina…bagi response paling cepat…..akak terbalik cuma penjelasan tu saya tak DPT terang pasal WAP tu Kak Nina…
Jadi anggaran sukatan 1kg krimwell Dan 1/2 boleh DPT lebih kurang 2 atau 3 adunan Kek biasa Ke Kak Nina termasuk filling didalamnya…..
Halalkan Semua nya ya Kak Dan saya harap akak pun akan lebih dimurahkan rezeki Dan segala urusan akak dan keluarga dipermudahkan….
Harap dapt buat buttercream icing ni dgn baik seperti akak tanpa berwap Dan warna luntur….
Aamiin…. Di aatas doanya.
Terima kasih banyak ya
1kg krimwell + 1/2 kg gula icing boleh cover beberapa biji kek. Bergantung gak Cara kita layer dan deco kek.
Aminn…terima kasih ya Kak Nina Mirza….. Semoga makbul Semua yg baik….
Sy harap resepi akak ni jadikan Kek saya tidak berwap lagi….
selamat pagi..jalan2 sini ambil mood raya.. ^_^
Salam. Saya nak tanya skit.. saya ad cuba buat krim ni tpi ttp ad rsa gula nya lg..kiranya gula nya tk hncur sepenuhnya… so mcam mana ye sbb saya dah pukul lama dah.. mohon pencerahan. Terima kasih
Assalamualaikum…saya nak tanya kenapa bila saya buat aising keluar dari fridge dia aberwap dan jadi retak bila di pasang kaki kek. mohon pencerahan dan saya ucapkan terima kaseh.
pandainyaa kak nina buat kek ♥ ♥
mantap mas artikelnya dan sangat bermanfaat
terimakasih bos infonya dan sangat menarik
peralaatn semua ada. tp nak buat tu entah bila….hadoi sila la dtg mood nak buat kek
Seri,
Mood tak de tuu payah den nak nolong nya…
Rasanya kena cari kawan nama MahMood kot
Hehehe
Duk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye
thank you so much!
salam..
nk tanya,yg buttercream ni boleh guna utk tulis atas kek tu ke?
Wa’alaikumussalam Cik Nom,
Yaa… Utk tulis atas kek pun boleh
thx so much sista ninamirza
Salam kak nina, saya nk tnye. Yg resepi no 1 tu boleh tak nak letak creamcheese? Kalau boleh letak, brpe gram ye? Mohon balas ye kak.
salam sis ninamirza.. sy dh cuba krimwell + gula icing tp rsannya sgt manis,. boleh x kalau kurangkan sukatan gula icing & apa kesannya pada deco nanti?