Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

July 19, 2011January 11, 2016

Paprik Ayam

As’salam buat Semua ….

Hari nie Nina lambat bersiaran …. kesihatan tak mengizinkan. Keletihan agaknya ditambah dengan cuaca yang panas kat luar sana. Anak-anak pula dok meragam hari nie ….. Mood tak menentu macam cuaca juga. Sabar jerr laaa ……

Disebabkan badan yang kurang sihat, Nina hanya masak satu menu yang simple dan macam-macam ada. (Ayam, sayur, carrot, all in One). Cepat & mudah jerrr ….. nanti Nina hanya tambah telur dadar untuk sampingan.  hehee …..
Alhamdulillah punya Hubby yang tidak cerewet & anak-anak tak banyak kerenah tentang makanan.

Paprik Ayam
 Bahan-bahan

1/2 kg ayam – dipotong kecil2
6 biji cili api *** kalau suka pedas tambah lah lagi ~~
3 ulas bawang merah – dimayang halus
2 ulas bawang putih – dimayang
1 btg serai – dihiris
5 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
3 batang kacang panjang – dipotong
carrot – dipotong bulat-bulat
baby corn =  dipotong kecil
2 sudu besar bawang goreng
garam & gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis



Cara-cara memasak
  • panaskan minyak dalam kuali untuk menumis.
  • tumiskan wang merah, bawang putih hingga kekuning-kuningan.
  • masukkan cili api, kacau rata hingga masak
  • masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai & sedikit air, masak hingga  menggelegak.
  • masukkan ayam, carrot & baby corn masak hingga empuk
  • masukkan garam & gula secukup rasa
  • masukkan kacang panjang, kacau rata seketika
  • sedia dihidangkan, taburkan bersama bawang goreng.

**** Kalau suka kuah banyak sila lah doublekan quantity sos-sos.




Selamat mencuba …





Related posts:

I'm officially 4 series! Alhamdulillah
Ayam Kicap Bersantan. .. Hitam itu menawan hati...
JK1M JOM KURUS TEAM KLCC KAPTEN BLACK Terbaik laaaa...!!
Kat mana Nasi Daun Pisang sedap? | Curries N Claws
Lifestyle Ayam

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes