Buffet Ramadhan sinomin dengan Masakan Melayu Tradisional. Sana sini akan sajikan masakan tradisional terbaik mereka. Meriah memang meriah..!! NAAN LOUNGE Shah Alam Cheese Naan Sedap
Cuma nya sesekali pekena masakan Pakistan best gak kann..??
Eh Eh.. Ada ker menu RARE gini dihidangkan ala Buffet? Biasanya menu dari Negara Timur Tengah ni dihidangkan secara ala-carte. Menu exclusive kann…
Buffet Ramadhan di NAAN LOUNGE Shah Alam
Ahaa… ni nak share kat korang, sesapa yang sukakan Nasi Beriani, Roti Tandori, Roti Naan, Chcken Tandori pure resipi dari Pakistan korang boleh laaa cuba Buffet Ramadhan kat Naan Lounge Shah Alam.
Aduyai..Tolong laaaa..!!
Musnah diet seyhhh buka puasa Buffet Ramadhan kat Naan Lounge Shah Alam ni. Walaupun menu macam tak banyak mana, tapi serius cukup puashati. Semua menu kami nikmati dengan penuh berselera.
NAAN LOUNGE Shah Alam Cheese Naan Sedap
Naan Cheese, Naan plain, roti tandoori, chicken masala, chicken tandoori, dhal dan pelbagai lagi menu Pakistani yang korang kena rasa! Tak akan sama seperti yang korang pernah rasa memana kedai mamak . Meh Nina share antara menu yang ada
Roti Cheesy Cheese Naan
NAAN cheese terbaik. Tarik panjang tak putus beb!
Lemak cheesenya ohsem. 20 juta kali anak-anak Nina dok ulang tu aje! Makan laa puas² nak ooii… Buffet kannn… HEhehe
Selain tu ada Roti Tandori, Naan plain jugak dan paling best Naan Nutella!
Nasi Beriani dia sedap seyhh
Ini yang Nina ambik. Ada Nasi Beriani bersama Mix Vege dan ayam Tandori nya yang superb Ohsem! Serius sedap. Isi ayamnya moist kat dalam, ber juicy. Dan apa yang buat Nina lebih suka, ayam ni tak berapa merah, bila di risik-sirik rupanya mereka memang tak letak pewarna merah pun. Terbaik laaa..
Tengok pilihan airnya. Air lemon mint hijau tuuu sedap! Paling suka Teh tarik dia… KAwwww beb!
Selain tu untuk pencuci mulut ada kueh mueh tradisional , buah, salad. Apa yang menarik kat sini menu Pakora dan kheer. Pertama kali Nina makan. Sedap gak.. Yang Kheer tu warna putih, sikit manis dan sedap buat pencecah apa pun. Dengan nugget Nina cecah, dengan ayam tandoori, French fries dan segala yang ada Nina cecah ngan Kheer tu..
Kemudahan
Surau
Kat sini disediakan surau so korang tak perlu risau ataupun rushing sambil Buffet nak kejarkan masa pi surau atau Masjid lain.
Paking sini pun ada banyak depan restaurant. Pepandai korang nak park kete korang kat mana. Sila letak kete masuk dalam kotak pakir yang disediakan. Bayaran parking korang bayar kat mesin parking Majlis Perbandaran – Hari keje sejam 60sen dan weekend percuma.
Nak datang sini senang sangat. Korang waze jer dan sila ikut arahan En.Waze confirm korang akan sampai depan pintu Naan Lounge Shah Alam.
Harga
RM44.90 dewasa
RM23.00 kanak-kanak
Waktu perniagaan
4pm – 3am (Bulan Ramadhan)
11am – 11.30pm Normal day
Untuk tempahan
Call 010-2681776 / 03-58822910
Alamat
NAAN LOUNGE
No 44 Jalan Plumbum N7/N
Seksyen 7
40000 Shah Alam Selangor
FB : https://www.facebook.com/naanlounge.my/
IG : https://www.instagram.com/naanlounge/
Okey .. buat warga Shah Alam rugi laaa kalau korang tak pi terjah dan nikmati Buffet Ramadhan kat Naan Lounge ni.. Nina dari Batu Caves pun dah sampai. Bukan apa tau, pass Ramadhan nanti dah tak de Buffet, maka idok lerr dapat makan Cheesy Cheese Naan sepuas perut. HAhaa..
Oh ya sebelum terlupa, Naan Lounge pun ada buat catering, meal box dan korang pun boleh order menu menu ohsem depa melalui Food Panda. Kat sini pun ada disediakan ruang untuk sebarang majlis. Apa-apa korang contact depa eh…
Insya’Allah nanti pass Raya Nina nak datang lagi nak pekena Roti Chessy Cheese Naan lagi. Hadoi … Kemaruk dah ni.. Parah tul..!!
aduhai lama tak makan nasi beriani..tu dia tengok sedap namatey haha..dia punya price pun ok jugak..boleh lah nak pergi satu family
Huyyoo, banyaknya cheese dia. Memang betul2 menggoda keimanan lah. Kalau dekat emi dah pergi dah ni. Lama betul tak makan naan cheese. teringin pulak. Tapi lepas raya la kot baru berkesempatan makan naan cheese.
Roti tandoori dia oalung tempting sekali bila tengok. Sedapnya kalau dapat makan bulan puasa ni. Rasa mcm nk pergi cari jugak je.
Naan Cheese tu memang dah lama kita tak makan bestnya kalau dapat time puasa ni mengidam lah hehehehe tengok leleh sangat rasa nak cuba nasi briyani ni pun menyelerakan sedap dan murah tu…
Fav sis ni cheese nan, satu lagi garlic nan, fuhh terlioq pulak dok cite pasal makanan kegemaran ni. Nasi bryani tu pun nampak sedap je..bolehlah nnti singgah sini pekena makanan diorg
fuhh sedapnya tengok cheese melambak dalam tuuu.. adoi.. tak pernah lagi makan Naan Cheese.. terasa nak try je..mesti sedap kan
Puas hati makan Naan Cheese dekat Lounge Shah Alam ni. Kak Nina dari Batu Caves dah sampai, saya yang dekat Subang ni pun tak tahu kewujudan kedai ni. Nak kena terjah jugak ni, terliur tengok nasi beriani dia
Nampak menyelerakan. hehe
Selamat berpuasa ya
Adush.
Harganya memang sangat berpatutan dan menunya pun nampak menawan.
Talian cheese tu buat Rawlins macam nak travel ke SA now.
Why?
Nan Cheese dia mewah ngan keju. Jarang nak dapat Cheese macam tu. Tengok gambar Nina, terus rasa nak terjah kedai mamak berdekatan. Dok terbayang sedapnya Nan Cheese. Depa tak nak buka cawangan kat Penang ka? Hahaha…
beza kedai mamak n Pakistan.. Mamak kedekut Pakistan hati besar.. tak kedekut.. kalau naan mamak memang tka sedap sebab mrk pandai roti canai je.. naan ni makanan asla Pakistan bukan mamak selatan India..
sedapnyaaaa…roti nan ada keju…meleleh engok hakhak…kya memang pemiat rori yang berkeju…kalau pg mana2 mamak dsb mmg ni antara feveret yang wajib dibeli.
Oh my god the cheese naan looks so delicious, I really wanna try this since I’m both a cheese and naan lover.
Sedapnyaaaa! Kalau bawak si kembaq mesti depa enjoy makan, depa suka naan cheese
Amazing blog. and thanks for share