Mana Makan Buka Puasa? SHELL OUT Jommm… Makan Mana Buka Puasa SHELL OUT Sedap Syiok
SHELL OUT – Sebuah restoran yang cukup terkenal dengan hidangan Shell out atau seafoodyang dilambakkan atas meja dan nama restoran ini sendiri adalah SHELL OUT.
Usai Nina melangkah masuk restoran ni, mata terus tertumpu pada dekorasinya yang agak dramatic. Berkonsepkan warna hitam dengan ruang yang cukup selesa bersama keluarga. Tapi . . . .
Awat banyak sangat conteng sana conteng sini?? Haishh … Sapa bikin vandalism kat sini?? Bukan sikit awakkk, seluruh ruang yang ada , ada aje contengan.
Oooo … ini konsep SHELL OUT. Ok, unik ! So korang nanti sebelum balik sila laaa tulis atas batu eh! Boleh laaa tulis ‘I was here’ kat mana-mana korang suka sebagai tanda kenangan korang dah pernah datang sini. Comel kann..??
Buka Puasa kat SHEE OUT. Apa yang BEST?
Ramadhan Special – Nyonya Sause
Sempena Ramadhan ni, SHELL OUT akan menghidangkan sesuatu yang korang tak akan dapat di bulan lain. Korang kena cuba rasa keistimewaan kuah Nyonya Sos SHELL OUT ni. Rasa dia ala-ala asam pedas gitu … Tak pedas sangat tapi cukup rasa. Sedap. Nina rekemen laaa korang try!
Kalau korang datang buka puasa berdua kengkonon dating ker kannn, maka korang boleh order Set Makan Sedap. Dalam set Makan Sedap ni akan ada Crab, Pink Scallop, Clam, Ocean Fillet, Brocolli, Corn, Potato, Nasi Kerabu dan Malay Kuih
Tapi kalau datang berjemaah, sesuai sangat korang order Set Makan Syiok untuk 4 pax . Dalam set Makan Syiok ni akan ada Lobster, Crab, Pink Scallop, Clam, Prawn, Ocean Fillet, Brocolli, Corn, Potato, Nasi Kerabu dan Malay Kuih
Meh Nina tayang menu yang ada dalam Set Makan Mana ni.. Sorry laaa kalau korang terliur eh
Makan Syiok (4 pax)
Nina punya Set Makan Syiok ada lobster. Kalau korang tak reti nak bukak lobster ni, jangan risau… Staff depa sedia membantu. Depa akan ketuk, guntingkan, belahkan sampai terjojol keluar isinya.
Perghhh …. Isi lobster! Fresh weyh… Tak melekat pun kat kulit dia. Memang Makan Syiok seperti nama diberi. Seafood yang lain-lain pun fresh! Nina suka sayur brokoli dia, tak over cook. Best ratah-ratah, kena lak ngan sos Nyonya dia.
Untuk Bulan Ramadhan, dalam set Makan Mana ni dihidangkan Nasi Kerabu. Memula ingat macam pelik jerr nak makan shell out dengan nasi kerabu sebab biasanya kita makan dengan nasi putih jer kannn…?
Nasi Kerabu SHELL OUT
Tapi bila korang dah try, Wow! Nasinya lembut, hirisan kelapa dan ulam memang kombinasi terbaik dengan kuah Nyonya Sos nya. Asyik beb!
Ocean Fillet
Dalam Set Makan Mana Ramadhan ni, sedia dihidangkan bersama Ocean Fillet. Untuk anak-anak sesuai sangat menu ni, isi ikan nya segar dan salutan tempuranya pun sedap. Serius sedap Fillet ni sebab tekstur isi ikannya lain dari yang pernah korang makan. Try laaa
Kuih Tradisional
Nina tau korang sure tak pandang pun kuih kann…? Apa kurlasss makan kuih kat Shell Out. Tapi korang kena rasa sebab jangan pandang dari rupa saja, kuih Melayu ni sedap weyhh… Lepas azan, jamah laaa sikit manisan sebelum makan nasik! Gitu… HAhaaa
Add-on
Selain tu korang boleh order add-on gak buat tambah-tambah menu. Bukan apa, kot korang order Set Makan Syiok tapi makannya 5-6 orang ker, maka menu ala carte ni akan memeriahkan Set Buka Puasa korang nanti. Kannn….?? Ini antara menu yang Nina syorkan tuk korang order nanti
Gojijiang Chicken Wings
Chicken Wings ni rasa dia lain dari yang lain. Perapannya masuk sampai ke isi ayam. Memandangkan Nina belum pernah sampai Korea, dapat makan Gojijiang Chicken Wings pun rasa macam ka Korea awakkk… Ok Poyo! Tapi serius Nina suka!
Cheese Mayo Mussels
Menu zaman sekarang, apa pun buh cheese akan jadi sedap kann…? Dan mussels ni sama. Cheese kat atasnya dengan rasa sedikit pedas melengkapkan menu appetizer tuk korang berbuka puasa.
Parmesan Breadcrumb Mussels
Ahaa… Yang ini pilihan citarasa Nina. Hastag #AkuSuka !
Minuman
Nina order Orange Soda dan Ribena Soda. Nyummy!
Amacam..?? Terliur tak?
Sorry laaa yaa.. Nina berkongsi cerita dan pengalaman. Manalah tahu kot ada yang mengidam nak makan SHELL OUT tuk Buka Puasa nanti or celebrate hari istimewa, korang dah tahu apa menu menarik yang ada kat SHELL OUT sempena Bulan Ramadhan ni. Kannn…?? Baik kann kita. HEhee
Limited Special Time bermula 6th May – 23rd Jun 2019 . Maka korang ambik laaa peluang rasa Set Buka Puasa SHELL OUT Makan Mana ni Sempena Ramadhan. Lain masa korang tak akan dapat rasa Set ni bersama Kuah Special Nyonya Sos nya.
Harga Set Buka Puasa Mana Makan SHELL OUT
Set Makan Syiok RM382.90 – untuk 4 pax
Set Makan Sedap RM179.90 – untuk 2 pax
Licin sudah …!! Tak sangka boleh habis. HAhaa .. Tepi tepi tu lagi Add-on mau diperabih kan.. Gulp!
Kat Mana Makan?
Nak datang SHELL OUT ni senang sangat. Korang pi jerk at Waze dan type SHELL OUT G-Village. Korang drive Ikut jer arahan Waze confirm korang akan sampai depan pintu SHELL OUT.
SHELL OUT
G-Village
Lot G-12 Ground Floor Pusat Perniagaan G
No. 35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur
Ni nak kasitau korang, SHELL OUT ada beberapa cawangan antaranya di Kota Damansara, Setia Alam, G=Village, Publika , Ayer 8, Putrajaya, Main Place di USJ
Kot korang nak kan lebih info, korang pi laaa terjah
Website : www.shellout.com.my
Facebook : www.facebook.com/theshellout
Instagram : www.instagram.com/shellout
Selamat menunaikan ibadah puasa dan Salam Ramadhan buat semua! Maaf Zahir dan Batin
ya ampun sedapnya.. lama tak makan kat shell out ni lah. kena buat booking ni untuk buka puasa ni ek
Sedapnya alahai.. ada nasi ek? 1st time tengok ada sekali nasi.. TB teringin gak nak rasa shell out ni rupa mana .. hahaha.. bilalah nak ajak family try makan shellout ni.. boleh tahan gak harga ye untuk 2 orang makan
sedapnya makan shell out masa buka puasa, mesti tambah 2 pinggan nasi ni kalau pergi. tengok udang kara tu buat zul terliur lah kak. Hahahah, nasib puasa.
Shell out lamanya tak makan hehehe pulak tu nak buka puasa kat sana memang meriahnya hehehehe best lah tengok ketam tu besar isi banyak bestnya geram kita hehehehe nanti ajak lah kita makan sini tau wakakakaka…
Baru terpikir nak makan shellout tapi tak tahu nak makan kat mana, tetiba terbaca ni pulak, lagi lah teringin. Bolehlah cuba nanti makan shellout kat sini
Terbaikla shell out dia.. Ade lonster, ketam.. Seafood semua.. Nemng sedap.. Teringat lagi sampai sekrg.. Ehhehe.. Memng kena dengan tekak ni kuah dia yang ohsem tu
Nampak sedap. Belum pernah try shell out lagi. Should try eat there soon.
Shell out masa bulan puasa? Menarik ni. Ingat nak trj bawa famili datang makan kat sini. Macam menarik dan berbaloi
Memang nampak lazat la hidangan situ. Cumanya Rawlins bukan penggemar tegar makanan laut. Haha. Nak makan tu boleh tapi bukan la sejenis yang all out kalau dapat pun.
Kuih muih? Oh yes. Tak kira di mana atau bila masa, memang tetap akan makan sebab sejenis penggemar dessert.
Wah buka puasa bershell out dia ye. Sekaki sekala buka puasa dengan shell out memang best kan. Nampak sedap pulak makanan yang ada tuh. Nak try lah nanti buka puasa kat sini
Dah lama tak makan shell out ni. Kalau makan time bukak puasa memang macam gini ha sedapnya. Nak nak lagi seafood memang sedap.
belum pernah makan shell out ni..tp shell out ni mengundang kesedapan tak terhingga weii..tudia ada lobster ketam dan seafood..byknya..tengok gambar terliur sudah..ada chiken wing nasi kerabu..aduiyaii berbaloi lah dengan harganya
Dah lama tak makan kat shell out. Last makan kat sini 2 tahun lepas. Tu pun orang belanja. Teringin nak repeat lagi
ruginya tak dapat join nina makan shellout…semua nampak sedap terutamanya nasi kerabu..my peberet sangat tu tau nina…next time nak jugak tauuuu
wahhh ini satu lokasi yang sangat bagus dan sesuai untuk bawa family datang berbuka. lihat sahajalah menu yg ditawarkan . semua nampak menyelerakan sungguh. shell out nie memang sentiasa relevan dan tak pernah lapuk. rasa teringin pulak
Oh yumssss! their shell-out is so luxe siap ada lobster lagi and so many huge fresh seafood. Nanti i nak try and their chicken wings pun best.
terujanya kak nina, nanti ajak eh. huhhuu bestnya ber shell out
ya Allah sedapnya Shell out. Ayam gojijang tu memang feveret Ruby dan sekeluarga, boleh la ke sini pula nanti.
Bestnya buka puasa makan seafood banyak2 mcm ini. Lain dari kebiasaan yg selalunya nasi ayam, daging, ikan.
Nice post that was. I just always love reading your blog posts.