Cekebum Babynest 100% kekabu cotton 4 in 1 tilam bayi

Lega rasanya bila baby Eilysa dapat tidur lena nyenyak | Cekebum Babynest 4 in 1 Terbaik!

Cekebum Babynest 4 in 1 100% kekabu cotton tilam bayi
Macam best jer kan jadi surirumah. Ok, setuju! Memang best kalau semuanya under control. Tapi semenjak dua menjak ni baby Eilysa tido nya tak menentu. Ini yang jadi tak best! Tak keruan, kelam kelibut Nina dibuatnya dengan nak uruskan anak-anak sekolah, kemas rumah, masak dan lagi huru hara melayan kerenah Eilhan (hampir 3 tahun) yang suka buli mama nya ni.. Apa kan daya huhuuu . . . .

Susah hati baby tido tak lena

Bila baby Eilysa tidur nya tak menentu, Nina kena lah cari jalan penyelesaian terbaik agar semuanya kembali tenang dan under control. Lagipun tak lama lagi cuti sekolah. Hadoi …. Semua ada kat rumah lagi lah riuh! Nina risau baby Eilysa tak dapat tidur rehat yang berkualiti. Yelah.. Kan baby membesar semasa mereka tidur. Sebab tu orang tua kata “pejam celik pejam celik dah besar”

Sebelum ni Nina dah belikan tilam tuk Baby Eilysa sebelum dia lahir. Tilam biasa-biasa jer. Beli kat mall. Baru 3 bulan pakai dah ada bekas lengkuk badan dia. Frustnya… Pastu nak kata baby Lysa berat sangat tak de laa… Dia jenis comey lote cute jer orangnya. Macam mama nya gak! Hehe… Angkat bakul puji diri sendiri!

Cekebum Babynest 100% kekabu cotton 4 in 1 tilam bayi

tengok tuu…. dah ada tilam baru lena dia tidur. Abah nya kata Lysa dah berlayar sebab dia tido dalam bot . Hahaa . . (memang macam boat pun lepas tarik tali stopper tuu)

Cekebum – Tilam Babynest 4 in 1

Ahaa… Tengok ni. Cantik kan..?? Ini lah babynest. Tempat tidur baru buat baby Eilysa. Dengan harapan menggunung tinggi agar baby dapat tidur lena nyenyak. Boleh lah mama buat keje rumah, masak dan melayan dak pembuli tegar Eilhan ni dengan tenang. Idok lerr dok buat keje play stop pause, play stop pause! Sudahnya sampai Abahnya balik keje, keje Nina tak siap-siap. Abah juga yang kena tolong. Hehhee..

Cekebum –  100% kain cotton berkualiti , selesa

Babynest 4in1 Cekebum ni best tau! Nina suka kan jenis kain yang digunakan. Lembut aje… Suka Nina gosok-gosok kat kain ni. Depa guna 100% Cotton Double Warp and Double Weft. Apa tuu…? Macam faham iyer tak? Hehe..

Sejenis kain cotton yang sangat lembut dan selesa. Kain yang menyerap peluh ni ada ruang udara yang boleh serap keluar masuk. Sebab tuu tak de laa baby berpeluh dan boleh mengelakkan terjadinya ruam. Pastu kain nya yang lembut tuu memberi efek nyaman jer tuk baby. Boleh lah tidur lebih lena.

Cekebum Babynest 100% cotton kekabu tilam bayi selamat

Nampak tak? Boleh guna atas bawah. Macam ada dua tapi sebenarnya satu jer! hehe…

Dwi design yang cantik , simple , praktikal

Design 4 in 1 nya sangat praktikal. Atas bawah korang boleh pakai. Korang boleh pilih design mana yang korang berkenan di hati nak guna. Memula korang guna design yang ada corak ni. Kot dah jemu korang boleh terbalikkan dan guna design yang warna kosong lak. Material kain atas dan bawah sama 100% cotton dauble warp dan double weft. Macam korang ada dua Babynest tapi sebenarnya satu jer! Best kan..

Jahitan halus , kemas – lembut pada kulit baby

Design Babybest Cekebum ni pun kemas dan simple. Nina suka! Tak serabut berenda-renda bagai nak rak… Bukan apa, kadang-kadang ada design yang renda-renda ni akan mengkasari kulit baby. Kesian baby kan.. Cekebum babynest ni  jahitan nya pun bagus! Halus dan kemas.

Cekebum Babynest 100% kekabu cotton 4 in 1 tilam bayi

Babynest Cekebum sekali ngan bantal

Adjustable stopper

Babynest Cekebum ni ada adjustable butang kat belah kaki. Namanya stopper. Korang boleh selaraskan tali untuk kecik besar kan Babynest. Kalau korang tekan kat stopper tuu dan tarik talinya nanti babynest akan auto kecik dan tekan stopper longgarkan tali nanti babynest jadi lah macam tilam biasa tuu… Bila korang kecikkan babynest Cekebum ni bayi akan rasa nyaman selesa macam dipeluk erat maknya gitu. Lama lah bayi akan tidur…

Cekebum Babynest 100% kekabu cotton 4 in 1 tilam bayi

Tengok kat arrow tu… Itu lah Stopper. Tekan stopper dan boleh laraskan tali untuk keselesaan baby

Korang nampak tak kiri kanan babynest Cekebum ni..?? Dah sedia ada bantal peluk. Sedang elok jer terletak sebelah bayi. Haa… Pasni tak de laa korang tercari-cari sana sini bawah katil, bawah sofa, bilik lain kalau bantal peluk nya entah mana pegi. Korang sendiri yang tertolak entah mana pastu tanya orang lain lak. Kecuh jer… Eh! Hahaa

Bantal peluk tersedia di sisi – baby selamat , selesa

Apa yang Nina suka lagi kat Babynest Cekebum ni kan… Nina rasa selamat bila waktu malam baby Eilysa tido dalam Babynest ni. Baby Eilysa tak tido dalam katil bayi sebab ruang bilik Nina agak sempit. Maklum lah rumah kami kecik jer… Baby Eilysa tidur jer sekali ngan Nina atas katil tapi Baby Eilysa Nina letakkan dia dalam Babynest. Bila baby dalam ni tak de laaa risau kalau-kalau baby Eilysa terjatuh ke, tergolek ke atau ‘ter’hilang dari radar! Hehe…

Baby Eilysa akan terasa padat, tak leh gerak banyak, comfort dalam babynest Cekebum dan susah lah dia nak terkeluar dari kawasan sasaran. Kiri kanan ada benteng pertahanan.. Chewah.. mcm nak berperang lak! Hahaa.. Bukan apa tak lama lagi baby Eilysa akan pandai meniarap. Tu yang risau tuu… Dia tido lena dalam tu, Nina pun dapat lah join sekali tido lena tidur tanpa kerisauan yang ‘ter’ tuu..

Cekebum Babynest 100% kekabu cotton 4 in 1 tilam bayi

Amboi … relax jer dia dalam babynest tu ya.. Mama dah boleh buat keje

Cekebum – Tebal 12cm

Babynest Cekebum ni tebal tau! 12cm ketebalannya. Hahaa.. sempat Nina ukur. Maklumlah mak mak cerewet ni semua benda ambik tahu. Cekebum Babynest ni tebal , tahan laa kan pastu boleh pakai lama.. Sampai umur setahun katanya. Tapi Baby Eilysa ni kecik jer orangnya. Lagi lama laaa boleh pakai. Jimat !

Disebabkan babynest Cekebum ni 100% kekabu maka penjagaan nya pun senang sangat. Kalau kotor terkena muntah ke, susu ke, terkotor ke… Korang boleh jer cuci  ( guna berus basah jer) pastu jemur. Jangan lak korang masukkan dalam washer machine nanti kekabu nya berketul-ketul lak. Hehee… Guna berus basah aje. Lepas kering tepuk-tepuk babynest supaya kekabu nya gebu dan empuk semula. Senang kan… Nak lagi senang korang hantar jer kat kedai dobi. Dry cleaning pun boleh. Maklumlah 100% kekabu. Kalau span tilam yang biasa-biasa tu mana boleh cuci. Kena beli baru lah gamaknya!

Amacam..?? Macam best kan! Kalau korang suka ada banyak lagi colour dan design yg menarik. Ada gambar dinasor, burung hantu, robot, liltle jungle.. Semuanya comel cantik-cantik! Serius tak bohong. Korang pi terjah tengok sendiri kat :- Cekebum Babynest 4 in 1 100% kekabu cotton tilam bayi 

Facebook Cekebum HQ
Website : www.cekebum.blogspot.my
Instagram: cekebum.tilambaby

Untuk order korang Whatsapp 016 931 6813 Cik Adah (bagus dia cepat reply)

Sesuai sebagai hadiah newborn baby

Babynest Cekebum ni sesuai dijadikan hadiah tuk sedara mara atau kengkawan korang yang bakal jadi mama daddy tak lama lagi tu .. Babynest Cekebum ni amat berguna dan berharga untuk mereka. Baby yang dapat tidur lena dengan cukup dan berkualiti akan memberi kesan positif untuk tumbesar mereka.

Cekebum Babynest 100% kekabu cotton 4 in 1 tilam bayi

Suka lah Babynest Cekebum ni..!!

Akhirnya baby tido lena

Bila baby tak meragam dapat tidur lena, kita juga akan dapat tidur yang berkualiti. Walaupun tak dapat tidur sampai 8jam sehari, (normal lah bila ada baby mana nak dapat tidur sampai 8jam sehari) Dapat yang berkualiti pun dah cukup untuk esoknya kita akan rasa segar, bertenaga dan aura positif tuu akan menceriakan hari-hari kita. Ini sangat penting terutama untuk bakal ibubapa yang akan menimang cahayamata.

Nina yang dah ada anak 5 ni baru ada tahu adanya babynest Cekebum yang bagus ni… Kalau dari dulu kan best! Rugi nya zaman dulu-dulu tak de, kalau ada tentu Nina dah punya team bola sepak !! Ooppsss….!! Hehee…

Cekebum Babynest 4 in 1 100% kekabu cotton tilam bayi

Related Post
NASI LEMAK EILMAN | Anak lelaki pun kena tahu masak
Anak lelaki kena tahu masak

Ya no compromise anak lelaki ke perempuan. Anak lelaki kena tahu masak ! Setuju? Hari ni anak-anak bilang nak makan Read more

DURIOO PLATFORM KANAK-KANAK MENERAPKAN NILAI ISLAMIK
DURIOO PLATFORM KANAK-KANAK MENERAPKAN NILAI ISLAMIK

DURIOO PLATFORM KANAK-KANAK NILAI ISLAMIK Sebut aje Omar dan Hana semua kanak-kanak pun kenal. Karektor karton animasi Islamik yang cukup Read more

Baju Sekolah HARI HARI murah berkualiti mampu beli. Tak pi tempat lain dah!
Baju Sekolah HARI HARI

PERSIAPAN BACK TO SCHOOL SESI 2022 | Beli kelengkapan dan Baju Sekolah HARI HARI  pilihan Nina. Ok, kejap je masa Read more

PT3 2022 dilaksanakan semula tapi awat LPM padam statement?
PT3 2022 dilaksanakan semula

PT3 2022 dilaksanakan semula! Huh? 🤔 2 tahun PdPR = belajar lah sangat! Main game je depa ni Hujung bulan Read more

18 Comments
  • yb shehan
    Posted at 10:24h, 28 October Reply

    Woah. Rare. Cam best je..

    • Nina Mirza
      Posted at 10:46h, 02 November Reply

      Best shehan…. baby selesa

  • umminani
    Posted at 10:27h, 28 October Reply

    menarik binaanya, mesti anak tak menggelunggsur. bestnya..baby

    • Nina Mirza
      Posted at 10:47h, 02 November Reply

      UmmiNani : baby selamat… tak akan berada di luar.kawasan radar
      Hehehe

  • Nazlee Ismail
    Posted at 10:49h, 28 October Reply

    Yeah bagus tilam mcm ni… tggu la pcl ada baby. Haha..

    • Nina Mirza
      Posted at 10:48h, 02 November Reply

      Tunggu PCL ada baby? Eerkk….

  • rozita
    Posted at 11:56h, 28 October Reply

    ala.. baby kita dah besar pulak.. kalau beli ni mest sah2i anak bulu 2 ekor yang menempel ni nanti…

    • Nina Mirza
      Posted at 10:50h, 02 November Reply

      Boleh hadiahkan tuk kengkawan yg bakal due tak lama lagi

  • shiqeen sattar
    Posted at 12:02h, 28 October Reply

    comel je tdo dlm cikebumm mujur lum ada baby kalo tak mmg dh sambar satu

    • Nina Mirza
      Posted at 10:51h, 02 November Reply

      nanti klu kak nina bersalin lg hadiah kan babynest Cekebum ehh.. hehe

  • Mama Kembar 3
    Posted at 13:56h, 28 October Reply

    Cantiknya design cute, nampak selesa baby tidur dalam tu. Buat hadiah menarik gak ni

    • Nina Mirza
      Posted at 10:53h, 02 November Reply

      Betul² betul…!! Atau tuk diri sendiri… mana lah tau tak lama lagi preggy 😉

  • sue izza
    Posted at 00:10h, 29 October Reply

    macam pelampung lak,lawa pun lawa…..

    • Nina Mirza
      Posted at 10:54h, 02 November Reply

      Aahh… Abah dia kata macam boya!

  • nadia johari
    Posted at 02:09h, 29 October Reply

    boleh dibuka ke jadi tilam..wah bestnyaa..bolehla belikan untuk adik..dia nak dapat baby bulan 12 ni

  • cik nor
    Posted at 11:48h, 02 November Reply

    cantik design dia..suka tgk..:)

  • JULIA JOHARI
    Posted at 12:00h, 02 November Reply

    Dah tertarik dah ni kak nina..
    Lawaaaaa ye alaaaaa bb tak sampai2 lg…cekebum ni saje tau…comel.sgt

Post A Comment