Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat Air Rebusan Pokok Lemuju
February 7, 2021January 4, 2024

Lega batuk dah baik! Berkesan petua minum air rebusan Daun..

Allahu… Tak tau nak citer camner! Boleh dikatakan hampir setiap hujung tahun, Nina akan mengalami batuk yang panjang. Sakit nya payah nak di ceritakan.. Puas lah telan memacam jenis ubat batuk. Dari yang cecair , ubat batuk pil pun dah cuba. Dan lagi dok cuba jugak pelbagai petua hilangkan batuk. Sebut lah apa pun tips dan petua redakan batuk dah Nina cuba.

Isi Kandungan hide
1 Punca Batuk berpanjangan lama jadi Asthma
2 Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat
2.1 Air Rebusan Pokok Lemuju – Redakan Batuk Secara Semulajadi
3 Kebaikan Kelebihan Manfaat Pokok Bangun-Bangun atau nama lainnya Pokok Lemuju
3.1 Berkesan! Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat
3.1.1 Air Rebusan Pokok Lemuju hilangkan batuk secara semulajadi
4 Khasiat Pokok Bangun-Bangun atau Pokok Lemuju
4.1 Related posts:
5 JANGAN SEDIH LAGI! INI CARA PALING BERKESAN HILANGKAN PARUT JERAWAT BERLEKUK BERLUBANG MENGGERUTU
6 Menu baru Hard Rock Cafe KL - Rock 'n Bowls rockin' beb!
7 Alamak...!! BAHAYA pakai Mask Muka lebih masa sebab....
8 Resipi Roti Goreng Carbonara tanpa sos segera. Mudah lagi jimat!

Punca batuk! Ya sebab batuk yang panjang berlanjutan sampai berbulan-bulan pastu confirm akan ada pakej tambahan iatu serangan asthma.

Punca Batuk berpanjangan lama jadi Asthma

Batuk satu hal. Asthma ni beribu hal. Bukan apa, dikala pandemic covid19, memang tak di sarankan ambik neb kat klinik.
Tapi kalau korang desak jugak, doktor ok jer. Atau solusi lain, korang bawak korang punya set mask nebulizer sendiri.

Tapi doktor sarankan, kalau kerap sangat nak guna nebuliser sebaiknya beli jer mesin nebuliser sendiri.
Tapi agak mahal jugak! Beratus weyhh..Tapi… Tapi lagi..
Hadoi berapa banyak tapi daaaa HAhaaa

Ok, kali ni betul-betul serius..

Tapi alangkah baik andai ada solusi secara semulajadi kannn?

Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat

Jujur cerita, bab ubat ni Nina bukan lah penakut makan ubat. Cuma dah letih dok telan memacam jenis ubat. So fokus nina nak hilangkan batuk ni tanpa ubat. Tidak dinafikan dah nama pun petua, antara serasi dengan kita atau tidak tak dapat dipastikan. Apapun kita kena berusaha! Jom Nina share petua hilangkan batuk yang Nina dah pernah cuba dan Alhamdulillah serasi dengan Nina. Kos pun murah sangat!

Air Rebusan Pokok Lemuju – Redakan Batuk Secara Semulajadi

Hah .. Ni nak citer ni
Satu hari nak dijadikan cerita, rezeki Nina agaknya
Kebetulan jiran Nina – Aunty India ni lalu depan rumah, lalu Geng saja laaa tanya khasiat Pokok Lemuju. Masa ni kita orang tak tahu nama pokok ni. Tunjuk jer ngan dia sebab kat rumah dia pun ada tanam.

Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat Air Rebusan Pokok Lemuju

Selalu orang India ni akan tanam pokok yang bagus di amalkan. Senang kann depa petik-petik jer depan rumah. So tentu ada sebab Aunty ni tanam.

“Oooo … Ini pokok nama dia Borage. Daun dia sangat bagus! Dia boleh baik kan batuk. Kalau anak you batuk ke, kasi ini daun. Nanti baik!”

Kebetulan ada orang cucuk pokok ni kat pasu besar belakang rumah Nina. Dalam pasu besar ni ada pokok pandan, pokok daun kunyit dan pokok daun ketumbar jawa. Aleh-aleh terperasan ada tambahan pokok lain dari lain dalam pasu besar ni.

Kebaikan Kelebihan Manfaat
Pokok Bangun-Bangun atau nama lainnya Pokok Lemuju

Geng tak buang tapi dia alihkan tanam dalam pasu lain. Kebetulan terpandang kat depan rumah Aunty ni ada tanam pokok yang sama. Sebab tu laaa tanya kat dia sebab apa dia tanam. Bermanfaat untuk kesihatan rupanya.. Aunty India ni ajar caranya. Dia kata

Rebus jer beberapa helai daun Lemuju ala-ala teh gitu. Pastu minum air nya bila dah suam. Kalau tak nak rebus, rendam dalam air panas pun ok.
Selain tu, boleh jer kunyah – kunyah makan macam makan ulam gitu.

Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat Air Rebusan Pokok Lemuju

Nina dah cuba kunyah, rasa dia berangin. First time makan macammmmm ok jer, ada rasa macam pudina mint-mint gitu.

Tapi entah kenapa second time nak makan idok ku lalu. Tak tertelan pulak. Nak terkeluar segala isi perut! HAhaa..
Sian kita tau, dah makan nasik pastu muntah. Frust sungguh. Tobat tak mo kunyah lagi.

Berkesan! Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat

Air Rebusan Pokok Lemuju hilangkan batuk secara semulajadi

Sebab hati ni meronta nak sembuh maka nya… Nina teruskan dengan teknik rebusan. So far cara ni jer lalu. Rebus, dah suam minum. Air nya takde rasa apa-apa. Rasa cam sejuk nyaman jer.. Nina suka!

Dah minum airnya, sayang lak nak buang daunnya. Nina cuba beranikan diri kunyah. Jeng jeng jenggggg…

Surprised! Boleh pula makan. Dah rebus hilang dah kot rasa berangin dia. Bau pun takde so Nina makan daun dia yang dah direbus tu..

Sukatan Nina, dalam lebih kurang 5 helai size sederhana daun pokok Lemuju dicuci bersih, pastu rebus bersama 4 cawan air. Masak sampai mendidih. Tunggu suam boleh laaa minum. Dalam sehari Nina habiskannya, pastu daunnya Nina makan. Besok buat lagi…

Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat Air Rebusan Pokok Lemuju

Oh ya.. Selain nama dia Pokok Lemuju, ada jugaknyang panggil pokok ni Pokok Bangun-Bangun.

Khasiat Pokok Bangun-Bangun atau Pokok Lemuju

Nama melayunya pokok bangun-bangun. Banyak nama pokok herba ni. Ada yang panggil Indian Borage, Mexican Mint, Cuban Oregano. Paling femes Oregano laaa.. Tapi duan dia kecik – kecik sikit dari yang ni. Satu spesis pokok herba. Biasanya orang india guna dalam masakan diorang. Katanya laaa . . .

Pokok ni kalau korang tengok ada berbulu-bulu sikit kat daunnya. Bila dipetik, bau dia agak kuat. Bau berangin ala ubat gigi gitu.

Pokok ni teramat senang nak hidup. Tak payah benih bagai. Hanya keratan batangnya, lepas tu cucuk jer dalam pasu . Senang dia hidup subur!

Pokok Lemuju Bangun-Bangun Ubat Penawar Lega kan Batuk Secara Semulajadi

Ada orang citer, selain cara Nina rebus daunnya korang boleh laa cuba cara lain. Antaranya

(1) Ramas daunnya sampai keluar air. Airnya diminum
(2) Ambil daunnya untuk direbus dijadikan teh
(3) Rendam daun yang dicarik carik dengan air panas dan minum apabila air telah menjadi suam
(4) Kunyah daun mentah-mentah.
(5) Hiris halus-halus masuk dalam telur dadar ( tak kuat nak cuba!) HEhee..

Ikut kiraan testimoni Nina, lepas 2-3 hari Nina amalkan air rebusan daun Lemuju, makan daun yang dah direbus, Alhamdulillah… Batuk hilang!

Tu pun anak Nina yang perasan. Eh! Mama dah tak batuk batuk lagi kan? Ooo… Iyer laaa betul3x. Tak sangka berkesan daun Lemuju ni.

Sebab ianya berkesan dengan pengalaman Nina baru laaa Nina yakin nak kongsikan kat korang. Secara saintifik nya Nina tak berani nak komen lelebih cuma secara faktanya Pokok Lemuju ni kategori herba.
So faham-faham laaa herba ulam ulaman memang bagus di amalkan sejak zaman nenek moyang kita lagi. So why not kita amalkannya..

Mungkin ada banyak lagi khasiatnya yang kita tak tahu seperti mana ulam ulaman lain tapi so far ianya berkesan hilangkan batuk Nina.

Ubat batuk Ibu Mengandung Prospan Selamat

Eh! Tetiba Nina teringat ubat batuk selamat untuk ibu mengandung yang Nina makan semasa Nina mengandung dulu. Ya, rasa dia seakan sama, berangin! Nama ubat batuk ni Prospan. Berasaskan herba jugak. Dried Ivy Leaf nama dia . Bila Nina google bentuknya tak sama… Tapi rasa yang sama, keberkesanannya sama. Adakah daun yang sama? Entah!

cara hilangkan batuk

Selain cara di atas, korang pun boleh cuba cara hilangkan batuk tanpa ubat ini. Ada pelbagai cara, dan bahannya mudah didapati. Cuba lah! Mana lah tahu kot berkesan untuk korang. Apapun kita ikhtiar dan berusaha, selebihnya Allah yang menyembuhkan. Semoga cepat sembuh! Aamiinnn . . .

.

Related posts:

JANGAN SEDIH LAGI! INI CARA PALING BERKESAN HILANGKAN PARUT JERAWAT BERLEKUK BERLUBANG MENGGERUTU

Menu baru Hard Rock Cafe KL - Rock 'n Bowls rockin' beb!

Alamak...!! BAHAYA pakai Mask Muka lebih masa sebab....

Resipi Roti Goreng Carbonara tanpa sos segera. Mudah lagi jimat!

Lifestyle Parenting Review Tips Air Rebusan Pokok LemujuAsthmaCara Hilangkan BatukHerbaHilangkan BatukInfo - kesihatanInfo - ParentingkelebihanKhasiat ManfaatOreganoPenawar Asmapenawar lelah semputPenawar PenyakitpengalamanPetua hilangkan batukpetua tradisionalPokok Bangun-BangunPokok LemujuSelamatTips dan PetuaUbat batuk selamat untuk ibu mengandungUlam-Ulaman

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. Pingback: Bahaya ibu mengandung makan ubat batuk
  2. amie says:
    February 7, 2021 at 10:15 am

    Ooo pokok ini namanya bangun-bangun atau lemuju! Pernah dengar orang pagnggil oregano pulak!

    Reply
  3. Snapbackpacker says:
    February 7, 2021 at 7:04 pm

    oh baru tau akan khasiat pokok ni…kat umah banyak…rupanya berguna untuk batuk

    Reply
  4. irnawati says:
    June 3, 2021 at 4:10 pm

    Setuju

    Reply
  5. Pingback: DAUN MORINGA | TEA PALING MURAH BANYAK KHASIAT - Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes