Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

KEDAI SPEK MATA MURAH NEAR ME
August 20, 2024August 21, 2024

KEDAI SPEK MATA MURAH VIRAL TIKTOK SERVIS 5 STAR

“Mama, mata Eilman ni macam cepat penat laa… Kadang macam susah fokus, kabur sikit “ – pilu dengar keluhan Eilman. Tak boleh jadi nih! Terus teringat , bila kali terakhir bawak anak-anak ni pegi periksa power mata? Hurmm… Macam dah lama tak bawak anak buat pemeriksaan mata. Tak silap last pegi lepas PKP. Alahai… Lama dah! Terus tuju ke Kedai Spek Mata Murah yang dok viral kat Tiktok

Isi Kandungan hide
1 KEDAI SPEK MATA MURAH
1.1 Tahu tak? Kena bawak anak check power mata setahun sekali
1.2 Power naik! Eilman kena pakai spek mata
1.3 Mata Kanan Dominan Eye
1.4 Apakah tanda punca dan faktor sebab power rabun naik
1.5 Penyelesaian rabun jauh
1.6 Kepentingan check mata anak sekurangnya setahun sekali
1.7 Bahaya tengok phone dalam gelap!
1.8 Berapa harga spek mata murah ?
1.9 Servis tiptop 1 jam siap!
1.10 Pentingnya pilih kedai cermin mata yang bagus – double check power mata
1.11 Kenapa EYE PRO VISION the best Kedai Spek Mata Murah KL
1.12 EYE PRO VISION | Kedai Spek Mata Murah KL
1.13 Kat mana kedai spek mata murah near me KL
1.14 Related posts:
2 Roti Canai Kayu Arang Melaka wajib singgah Sarapan pagi sedap
3 Ahaa..!! Mudah nya Detox dengan Surya ACV
4 Cepat Shopping di PG Mall Wow Store, Super Brand Sales, Health Beauty Essential Week
5 Sinopsis Drama ANGKARA CINTA lakonan Hun Haqeem , Meerqeen dan Wanna Ali

KEDAI SPEK MATA MURAH

Pilihan kedai cermin mata murah pilihan Nina semestinya di Eye Pro Vision yang terletak di Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur. Tak pi dah tempat lain. Kedai cermin mata yang Nina percayai sejak bertahun tahun dah. Dah cuba pegi kedai cermin mata murah lain, malangnya ada je yang tak kena. Salah power laa, servis lambat laa, staff tak friendly laa.. Buat sakit hati je! Sudahnya kembali ke kedai spek mata murah EYE PRO VISION . Padan laa kedai spek mata ni masih kekal viral No.1 sebab servis maintain tiptop 5 star! Tahniah..

Anak Rabun Silau Stress Belajar Online

Tahu tak? Kena bawak anak check power mata setahun sekali

Masa bawak Eilman pegi periksa power mata, William kata punca power mata naik sebab Eilman terlebih guna mata tanpa rehat so mata dia penat dan stress. Yelah, nak SPM tahun ni, mau tak mau memang terpaksa bersengkang mata. Huhuu… Sepatutnya kena bawa anak-anak pegi periksa mata anak setahun sekali. Wajib! Ya, Nina tahu bukan tak tahu, tapi tu laa… Kekangan masa. Terus rasa bersalah menyelubungi diri seorang mak. Huhuuu

Ada beberapa saringan pemeriksaan mata yang asas antaranya saringan rabun jauh,rabun dekat, saringan rabun silau, saringan tahap kesihatan mata. Saringan asas ni korang boleh je buat di mana-mana Kedai Cermin Mata yang berdekatan. Janji korang bawak anak check mata anak setahun sekali sekurang-kurangnya!

Power naik! Eilman kena pakai spek mata

This time turn Eilman Mirza anak bujang Nina no.2
Result : Hurmmm… Dah agak dah.
Sebelum ni Eilman pakai spek mata yang takde power, lens yang ada protection dari cahaya gadget, handphone, silau, laptop je, tapi kali ni dah ada power rabun so sekarang kena laa pakai selalu sentiasa. Nasib baik dah pakai spek pun masih handsome anak mama nih! Mak yang masuk bakul angkat sendiri. HAhaa

Mata Kanan Dominan Eye

Power mata rabun jauh dan silau ada sikit naik
Terutama mata kanan
Sebab mata kanan dia adalah dominant eye Eilman. Maksudnya mata kanan adalah mata yang digunakan untuk tengok target menembak. Tekanan lebih untuk mata kanan. Omputeh kata over used , terlebih gunapakai.

Apakah tanda punca dan faktor sebab power rabun naik

Peningkatan power mata sering kali disebabkan oleh berbagai faktor. Antara beberapa punca dan faktor utama yang dapat menyebabkan power mata meningkat :

  1. Pertumbuhan dan Perkembangan : Pada anak-anak dan remaja, mata mereka masih berkembang, dan perubahan dalam ukuran atau bentuk mata dapat menyebabkan perubahan dalam keupayaan penggunaan persekitaran. Ini adalah alasan umum mengapa power kacamata boleh berubah seiring pertumbuhan.
  2. Faktor Genetik : Jika salah satu atau kedua orang tua memiliki masalah penglihatan seperti rabun jauh, hipermetropi (rabun dekat), atau astigmatisme, kemungkinan besar anak juga akan mengalami masalah serupa. Faktor genetik mempengaruhi risiko dan perkembangan gangguan refraksi.
  3. Lingkungan dan Kebiasaan Visual : Aktiviti seperti membaca terlalu dekat, penggunaan gadget atau layar komputer dalam waktu lama tanpa istirehat, atau kurangnya perlindungan lens blue light / cahaya matahari antara penyumbang meningkatnya power mata.
  4. Tekanan Mata dan Kesihatan Umum : Tekanan mata yang tinggi atau gangguan kesihatan seperti diabetes dapat mempengaruhi penglihatan. Meskipun ini lebih jarang pada usia muda, kondisi ini boleh mempengaruhi perubahan refraksi seiring waktu.
  5. Faktor Usia : Seiring bertambahnya usia, perubahan pada mata, seperti presbiopia (penurunan kemampuan melihat dekat) dapat terjadi, terutama pada orang dewasa berusia 40 tahun ke atas. Meski ini lebih umum pada usia lanjut, perubahan ini dapat mempengaruhi kemampuan penglihatan.
  6. Kondisi Kesihatan Mata : Beberapa kondisi kesihatan mata, seperti konjungtivitis kronis, katarak, atau keratitis, dapat mempengaruhi kualiti penglihatan dan memerlukan penyesuaian power mata.
  7. Pola Hidup dan Nutrisi : Meskipun takde bukti kukuh tentang ini, pola makan yang buruk dan kekurangan nutrisi tertentu boleh mempengaruhi kesihatan mata secara umum.
  8. Keperluan Ubatan : Beberapa keperluan ubatan , seperti sindrom Marfan atau gangguan genetik tertentu, dapat mempengaruhi bentuk dan fungsi mata.

Penyelesaian rabun jauh

Secara keseluruhan, pemantauan rutin dan pemeriksaan mata yang teratur sangat penting untuk mengidentifikasi perubahan pada penglihatan dan menangani masalah yang mungkin timbul dengan tepat. Sebab itu lah pemeriksaan mata secara berkala sekurangnya setahun sekali amat penting.

Maka solusinya
Terpaksa lah Eilman pakai spek, supaya power mata tak terus naik naik nanti
Punca power mata naik sebab mata terpaksa bekerja, over used : terpaksa fokus
terpaksa penat sebab kita tetap nak guna mata walau sebenarnya mata kita dah penat.

cermin mata remaja lelaki

Mana paling smart?
Banyak betul pilihan! Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.

Kepentingan check mata anak sekurangnya setahun sekali

  • Beberapa masalah penglihatan, seperti ambliopia (mata malas), strabismus (mata juling), atau gangguan refraksi seperti miopi, hipermetropi, atau astigmatisme, dapat berkembang pada usia dini. Pemeriksaan rutin memungkinkan deteksi dan penanganan lebih awal.
  • Pengesanan awal masalah penglihatan penting untuk memastikan mereka mempunyai keupayaan penglihatan yang baik untuk pembelajaran yang cemerlang di sekolah, sukan dan aktiviti-aktiviti lain.
  • Tanpa penglihatan yang baik, keupayaan mereka untuk belajar, bermain dan bersosial menjadi lebih sukar. Jika tidak ditangani, masalah ini akan bertambah serius yang boleh menjejaskan keupayaan pembelajaran dan pembentukan personaliti kanak-kanak semasa membesar.
Cermin Mata Kanak-Kanak Anti Blue Light Murah

Bahaya tengok phone dalam gelap!

Buat anak yang kerap tengok phone
Terutama dalam gelap, cegah!

Nak tengok phone pastikan cahaya bilik terang
Rehat rehat rehat
Rehat kan mata
Jangan over used
Tido awal
Anak yang main sport yang menggunakan dominant eye, bawak lah anak periksa power mata atleast setahun sekali.

Berapa harga spek mata murah ?

Ya, tak mahal pun harga B40 – memang murah!
RM125 je
Frame + Alpha Blue Lens 420 all in
Lens terbaik ini bertindak melindungi mata dari bahaya silau gadget , HP TV laptop

Servis tiptop 1 jam siap!

Part ini memang tiptop, sangat berpuashati! Serius 1 jam je dah siap.
Lepas pilih frame, periksa mata dalam bilik tuuu terus pi makan. Habis makan je spek dah siap.
Tak payah ulang alik hari lain datang semula. Senang betul! Jimat kos ..

KEDAI SPEK MATA MURAH

Pentingnya pilih kedai cermin mata yang bagus
– double check power mata

Nina suka buat kat sini sebab
Derang akan double check power mata. Mereka ni teliti buat kerja. Suka suka!
Memula check mata kat mesin yang tengok pemandangan tuu, lepas tu double check kat dalam bilik pulak. So power rabun mata tepat. Bukan apa, kalau korang nak tahu
Kalau check power mata guna mesin yang tengok pemandangan tuu sahaja tak berapa tempat sebab kemungkinan akan ada beza bila check kat dalam bilik pulak. Trust me!

Kenapa EYE PRO VISION the best Kedai Spek Mata Murah KL

Nina cerita berdasarkan pengalaman yang dolu dolu… Kedai lain tu dia buatkan spek untuk Nina sekadar ikut power mata dari mesin je. Sudahnya spek yang dah siap tu tak serasi pakai. Migraine berterusan! Huhuuu…

That’s why, lepas dah kenal EYE PRO VISION, Nina tak pandang tempat lain dah.
Servis tiptop 5 star, design frame yang banyak pilihan, staff semua peramah helpful sekali pakej pandai pilihkan frame, (jimat masa pilih frame), spek siap dalam masa kurang 1 jam dan selain tu kat sini adanya owner kedai spek paling hensem. Macam actor korea, tak payah pi korea. HAhaa
Korang datang sini cari William Chai.
Sebut nama Nina tau, nanti dapat laaa harga RM125 – ikut power rabun korang jugak, tinggi sangat tambah laa lagi sikit, still murah! Percaya laaa

EYE PRO VISION | Kedai Spek Mata Murah KL

Akhirnya Eilman pilih frame plastik sebab tahan lasak, senang jaga. Ya tidak dinafikan.
Warna pulak dia pilih warna transparent. Katanya kebanyakannya inilah design terkini cermin mata budak sekolah menengah pakai. Oooo… Mama ikutkan aje janji pakai.

Kat mana kedai spek mata murah near me KL

Lokasi EYE PRO VISION
G111 Ground floor
Sungei Wang Plaza Bukit Bintang KL
Berdekatan Cookies Famous Amos
Facebook : Eye Pro Vision
Eilman dan Eilhan siap selfie dengan Oppa William depan signboard kedai untuk korang…

So sila laaa bawak anak korang ke kedai spek mata murah EYE PRO VISION untuk check mata anak korang atleast setahun sekali. Penting tau! Pi sana cari William ehh

Related posts:

Roti Canai Kayu Arang Melaka wajib singgah Sarapan pagi sedap

Ahaa..!! Mudah nya Detox dengan Surya ACV

Cepat Shopping di PG Mall Wow Store, Super Brand Sales, Health Beauty Essential Week

Sinopsis Drama ANGKARA CINTA lakonan Hun Haqeem , Meerqeen dan Wanna Ali

Lifestyle Parenting Review Tips Cermin MataCermin Mata siap 1 jamDesign cermin mata sekolah menengahEYE PRO VISIONHarga Cermin Mata MurahKedai cermin mata murahkedai spek mata murahkedai spek mata near memata rabunrabun silautanda power mata naik

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. sueizza says:
    September 23, 2024 at 5:21 am

    nak kena pergi juga ni kedai william ,spek pun dah uzur huhuuuu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes