HALAL ke ubatan yang korang makan?
Lately sejak bulan puasa tu ari badan cepat letih, cepat demam.. Korang ada rasa yang sama tak? Tu ari Nina demam teruk, selain faktor cuaca panas, badan kurang rehat, sejujurnya Nina sendiri tak jaga makan minum. Kurang sangat minum plain water. Huhuuu . . . Ubatan Duopharma Biotech HALAL
Macam biasa Mak Mak ni, bila demam malas nak pi klinik. Bukan apa, bagi Nina masa menunggu yang diperuntukkan kat sana baik dok rumah banyak benda boleh siapkan. Kalau teruk sangat baru laaa mengalah, gigih laaa pi klinik.
Nak cepat pi jer farmasi dapatkan ubat yang bersesuaian. Dah demam kannn, paracetamol kena laa makan. Lebih cepat efektif biasanya Nina ambik Uphamol 650 pastu add on dengan Vitamin C.
Ini pilihan Nina …
Uphamol 650
Kelegaan cepat! Memang efektif bila sakit ke, demam ke… Serasi ngan Nina.
Vitamin C – Flavettes Effervescent
Korang yang kenali Nina ni agak cerewet banyak benda. Huhuuu… So hari ni ada satu perihal yang tergerak hati ni nak share ngan korang. Manalah tahu kot korang tak pernah terfikir sebelum ni ker kannn..??
Mencari yang HALAL tu wajib! Maka bab ubat-ubatan pun Nina cari yang Halal. Kita bukannya dok negara berperang, pilihan di tangan kita maka Nina ada pilihan ubatan dan supplement Nina sendiri.
Yakin dengan Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”) sebab HALAL
Bab ubatan dan supplement , So far Nina beli brand Duopharma Biotech jer sebab Nina yakin dengan jenama ni. Terpampang kat kotak adanya pensijilan HALAL dari JAKIM. Korang ada belek-belek tak segala mak nenek yang tercatat kat kotak? Kalau Nina Yes! Spesis cerewet memang gini kot kannn…
Ahaa . . . Nampak tak? Korang hanya perlu tengok logo HALAL yang sah dari JAKIM yang ada pada kotak produk keluaran Duopharma Biotech.
Tapi rasanya ramai jer yang gini sekarang kann…?? Pengguna Islam dan bukan Islam semakin bijak dan menuntut jaminan bahawa ubat-ubatan dan suplemen kesihatan adalah berkualiti tinggi dan halal diperakui.
Korang ingat tak lagi satu ketika isu ni pernah havoc sekitar November 2009. Masa tu hampir 30% daripada 100 produk kesihatan diuji di makmal Pusat Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) didapati tidak halal kerana gelatin lembu yang digunakan dalam membuat kapsul produk. Ngeri beb!
Nampak tak Halal ni bukan saja pada makanan harian yang kita makan. Bukan sekadar sembelih, kebersihan semata ubat-ubatan yang kita ambik pun penting sahkan status halalnya. Macam Nina ksitau awal tadi, kita ni bukannya dok negara yang sedang darurat, pilihan ada kita yang tentukan.
CHAMPS Vitamin C Effervercent untuk anak-anak
Yang ni untuk anak-anak Nina. Vitamin C ni penting gak tau! Yelah … Apa yang anak-anak makan seharian belum tentu mereka menerima zat dan nutrisi yang cukup. Vitamin C ni sebagai makanan tambahan yang berperanan mencukupi zat dan nutrisi yang kurang untuk mereka. Setuju tak?
Eye Glow
Ubat titis mata yang beri kesegaran bila mata letih dan penat.
Bagi Nina bab-bab produk farmasi dan supplement halal ni senang jer. Nina just refer produk tu distributed by who ? Yang mana produk under Duopharma Biotech tuu Nina korang boleh tarik nafas lega seleganya sebab Duopharma Biotech adalah organisasi yang dikenali globally dan sentiasa memastikan semua produk keluarannya halal dan proses penghasilan produk dari awal sampai akhir Duopharma Biotech mematuhi standard yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pensijilan Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Yang Nina share ni antara produk ubatan dan supplement under Duopharma Biotech , banyak lagi korang boleh tengok dari website ni …
http://halal4pharma.com
Pepandai laaa korang mentelaahnya yaa, ‘mencari yang halal itu wajib!’
Betul, halal mesti diutamakan. Kalau was-was lebih baik elak ambil daripada kita terus syak wasangka. Jadi, untuk lebih selamat, semak dulu sebelum membeli.
Marina pon kalau sakit jarang sangat pegi klinik. Kalau pening atau demam telan panadol je
Saya jarang sangat nak bergantung pada ubat. Tapi kalau terpaksa tu, memang seboleh-bolehnya cari ubat ubat yang dah kenal dan biasa.
Sangat setuju. mencari yang halal adalah WAJIB bagi umat Islam. Kalau boleh sakit , better pergi check di klinik. Kerana virus sekarang lebih bahaya. Kekadang ubatan tidak mampu.. Try Amal makanna sunnah seperti habbatus suada, madu lebah, minyak zaitun kerana banyak khasiat. hehe
Betul sekarang ni bukan sahaja setakan makanan dan minuman yang perlu halal produk perubatan juga perlu kerana ia digunakan dalam tubuh badan kita. Boleh kita check kat laman yang diberikan tu bagus lah mudah dan senang sebab sekarang banyak sangat produk luar negara masuk dalam Malaysia ni tak tahu halal ker tidak belum lagi bab keselamatan…
no matter what makanan atau barang dibeli kena check dulu content. Kadang kadang tak tau ada apa yang bahaya kepada kesihatan
Selalu jarang tengok ubatan ni bab halal..pasni kena alert la ye..ayoyo..tak tau pulak ada ubatan tak halal..tapi selalu makan ubat doktor je..macm suplemnet anak memng makan yang dah masuk tv macm tu..hahaa
sekarang ni produk bersepah sana sini… ubat pun sama. kat farmasi tu bila beritahu sakit apa allahu banyak betul ubat… sampaikan diri sendiri pening tak tahu nak beli yyang mana.. dan halal memang selalu diberi keutamaan tapi sayang x semua ubatan tu ada tanda halal.. sbb tu bagus sangat bila ada produk yg mcm ni….
Alhamdulilah semua ubatan yang Rawlins guna memang halal. Sekarang nie memang banyak ubatan yang dijual sesuka hati di pasaran kan. And Rawlins pun memang akan rujuk pada yang pakar untuk menentukan halal atau tidak.
Betul sekarang semua supplemen pun marsha pastikan kena ada tanda halal baru senang hati nak consume
wow !! terima kasih nina !! saya pun sangat menitik beratkan hal ni.. memang hbis segala saya cek untuk pastikan ubat-ubatan kami sekeluarga halal dan selamat..
Maklumat ni penting buat masyarakat. Mouse mommy blh kongsi website link ni kat pesakit jugak. Terima kasih.
Serious tak pernah check pasal halal haram ubat-ubatan ni. Apa yang orang kata ubat elok memang kita beli jee. Harap lepasni Nad lebih aware nak pilih ubat. Bestnya makan Champs tu zaman kecik-kecik duluu.
TB pun tak perasan bab ni.. Allah.. sebab fikir ubat belai kat farmasi ke kan.. memang otak fikir semua tu halal la kot.. tak pernah pulak belek2 .. tapi kalau suplemen ke apa beria je belek2 nya cari cop halal.. adoi
Dekat instagram banyak sangat produk tak elok. yang katanya ada KKM, tapi sebenanya tak. Bahaya sangat. Kat farmasi watson guardian, banyak je ubat yang elok, yang ada KKM, ada halal, lagi yakin, Pentingnya ada halal dekat sesuatu produk tu.
Biasanya klu selain makanan sy mmg suka juga belek2 kandungan dan tanda halal tu. Itu pentingnya maklumat pada bungkusan/kotak
Fiza pun akan pastikan ubat-ubatan dan supplement mempunyai pengesahan halal. Mcm mana badan nak sihat kalau bahan yang ada dlm suplement dan ubat dari sumber yg diragui. Nice sharing..
kena standby kat rumah.. yes halal no 1 kena check..
Yes halal wajib diutamakan sebelum beli apa² produk!
I mmg slalu standby ja Uphamol kat rumah, serasi guna tu