Tamat sudah drama trending TakdirYangTertulis yang menjadi perbualan hangat netizen. Drama ni jadi troll bilamana Ean lari keluar dari kereta ketika mengejar peragut, padahal dah memang ada dalam kereta, bawak gi laa kereta tu laju-laju. Kannn…? Ada netizen siap edit scene ni kete Ean jadi kete terbang! Lawak seyhh.. Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS
Amacam? Suka tak ending tadi?
Plot twist sangat kannn…
Rupanya Mika tu anak Hakim
Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS
Akhirnya happy ending untuk semua
Cuma paling kesian kat MakFiraun sampai ke sudah tak jugak dapat harta Bapak Juweta.
Dok penjara makan pakai semua tanggung bersama fruitson kesayangan dia Hakim.
Sian jugak kat semua sebab derang tak tahu Mika tu sebenarnya anak Hakim. Tapi kita semua penonton dah tahu! HAhaaaKer kita ni yang diperbodohkan? eerrkkk
Sampai part Azlan kecewa dia orang terakhir tahu Mika tu anak dia pastu dia pun move on, Juweta dah dapat semula harta dia, Ean pun nampak dah move on but keep in touh dengan Ruhila tak tau laa kawin ke tak, Mika di jaga sama Mama Ju dan Ibu Ila bersama-sama. Hakim dan Mak Firaun dah masuk lokap dah just nice! Yes just nice. Smooth jer ending. . .
Tuptup . . . Rupanya masa Ruhila dan Ean mabok sampai tak sedar diri, Hakim tu yang perkosa Ruhila. So Mika tu anak Hakim! Oh NO!
So Mika ada 2 mommy, 3 daddy!
Naskah hebat banyak pengajaran!
Usah ikutkan rasa cinta terlalu mendalam hingga membawa pada kemudaratan diri sendiri. Payah nau derang tu nak move on sampai 7 tahun hidup dalam penipuan diri sendiri.
Usah percaya 100% pada sesapa walaupun orang tu acah² bff. Konon lemah lembut cantik lawa macam Elvina. Eh! Hehee…
Fruitson sendiri jangan percaya sebab dalam diam perosak sepupu sendiri.
Oh ya, jangan mabuk!
Pastu tak sedar diri, pengsan sampai tak tahu apa yang terjadi. Punca Ruhila dan Ean mabuk laaa semuanya terjadi. 7 tahun semua orang kena tunggu ianya terbongkar.
Sebab dendamkan Mak Juweta, Mak Firaun hidup tak aman. Materialistic sungguh! Sangguop korban anak sendiri
“Janji apa aku nak aku dapat”
Kalau semua ni tak jadi, tentu seluruh staff Juweta benci tak sudah dengan sikap Bossy Juweta. Dah insaf Juweta sponsor kos rawatan suami PA dia, naikkan gaji Kak Jo.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Terima kasih makcik cleaner! Eh…
Memang dia kann penyelamat Juweta. HEhee..
Kalau korang tak sempat tonton don’t worries
Install jer Apps WeTV Malaysia saluran rasmi Drama Ini dan tonton dengan enjoynya sebab ianya ditayangkan tanpa iklan. PERCUMA
Tekan link :
Wajib tongon episod minggu terakhir Ita sekolahkan mak Firaun dia memang kurlass!
Siap pakej nyanyikan lagu nasyid utuk Mak dia sebelum keluar rumah konon katanya nak pegi kelas Usrah! Terhibur sangat scene ni. HAhaa
Baca sinopsis : Full Sinopsis Drama TAKDIR YANG TERTULIS
Popular kejap ‘Milo Taboorrrr… ‘ ayat ketika Ruzita adik Ruhila menghulurkan minunman pada Azlan dengan gaya yang menggoda. Ita Senget, Ita mental, Ita psiko.. macam-macam lagi gelaran untuk Ita. Namun dia laa yang menceriakan drama ini.
Drama ni pun banyak scene flip hair. HAhaa.. But serius lawa!
Cermin mata Azlan pun beberapa kali ‘terbang’ ketika Azlan sedang marah. Amboi . . .!! Marah sungguh!
Nad Zainal punya lakonan usah dipertikaikan. Superb!
Time dia marah, dengan kita rasa nak marah sama. Time dia sedih nangis walau pun dia nangis sikit-sikit, kita kat rumah ni bergelen-gelen air mata. Touching giler.. Saat Juweta kena halau dari rumah dia sendiri, saat Juweta dipisahkan dengan anaknya Mika, touchingnya..
Scene paling touching ketika Azlan turut tak berbuat apa-apa ketika Juweta dihalau keluar rumah. Azlan nangis! Tapi dia hanya diam membatu. Jahat mu Azlan! Kejam sangat masa tuh
Tapi bila Azlan tahu kebenaran Mika bukan anak kandungnya, sedih kesian down giler kat Azlan. Raut wajah Nazim real kekecewaannya! Kerana cinta sanggup buat apa saja hingga merana membinasakan diri sendiri. Sukarnya Azlan untuk mengecapi bahagia. Ayat last tu touching beb
Scene Mika peluk Juweta beri kata semangat, mahukan Mama juga mencari bahagia nya. So matured Mika! Cara dia, percakapan dia, intonasi dia penuh kasih sayang. Superb!
Serius tak sangka Alvin Chong berjaya membawakan watak dia sebaiknya! Penuh emosi saat Ean bergadoh dengan Azlan. Renungan mata Ean pada Azlan penuh dendam dan ketidakpuashati. Jiwa dia, hati dia, Aku yang punya! Hebatnya cinta Ean dan Ruhila tuu sampai 7 tahun pun tak boleh move on. Dasat giler!
Elvina dibenci netizen kerana digelar perampas! Berkarektor lemah lembut, penyayang, cantik lawa sesuai dengan Elvina si perampas. Namun hakikatnya Ruhila baik, dia tersepit. Semua nya terjadi tanpa kerelaannya. Sian dia kannn
Semua nya sebab Mak Firaun yang materialistik dan berdendam dengan mak Juweta. Katanya Mak Juewita dulu perampas. Bapak Juweta kaya raya orangnya, so Mak Firaun kecewa tak dapat kawin dengan orang kaya. Sampai bapak Juweta dah takde pun dia masih berdendam nak kan harta yang Juweta ada. Sibuk nak jawatan CEO syarikat Juweta. Comel sungguh datang office acah-acah bakal CEO dengan baju theme Mekdi. Merah kuning. HAhaaa
Semua hero heroin dalam drama ni punya sisi gelap mereka tersendiri. Takde sorang pun yang betu-betul mulia gitu. Semua ada kesalahan, semua buat salah, dan semua menerima pengajaran dari apa yang mereka buat.
Lain-lain semua all out! BEST giler drama ni…
Kak Jo, Makcik Cleaner, secretary, staff office Juweta semua bagus. Menjiwai watak dengan berkesan.
Tahniah team Takdir Yang Tertulis
Trending nya kamu!
Semua superb
Mmmm… Nanti Hakim keluar penjara for sure dia akan tuntut harta tu semua sebab Mika kan anak dia?
Korang rasa perlu ke ada sambungan TAKDIR YANG TERTULIS 2 ?
we want takdir yang tertulis 2..haha
Belum tentu lagi tu anak Hakim. Boleh jadi Hakim tak sempat buat apa-apa malam tu Cik Salmah call suruh jumpa. Hahaha!
Haha,memang semau kene tipu..geram rasa. Nak kena ada Takdia Yang Tertulis 2