Kenangan Hari Pertama Tadika Eilhan !
Acecehhh …. Dah seminggu lebih baru Nina berkesempatan update cerita Hari Pertama Tadika Eilhan kat sekolah. Macam laaa sibuk sangat. Yes! Memang sibuk hokey. Alhamdulillah … Tahun ni Eilhan dah berusia 5 tahun. Ikut bulan dia baru jer cecah umur 4 tahun Disember lepas. Lahir hujung tahun gini laaa…
Masa daftar Eilhan tadika bulan November lalu dia cukup teruja nak pegi sekolah. Sibuk bilang “ni sekolah A’an, ni sekolah A’an… cantik! Ada mainan” Setiap kali lalu sekolah dia. Amboi … tak sabar nampaknya!
Haru..!! Bag sekolah punya hal
Lepas tu bawak beli kelengkapan sekolah pun sama dia teruja. Beli bag sekolah, setiap hari .. Diulang setiap hari dok paki bag sekolah! Stress mama.. ke hulu , ke hilir dalam rumah dok bawak bag sekolah dia. Dah laa rumah ni kecik jer. Huhuu . . . Sampaikan abah dia sorokkan bag sekolah dia. Nanti dah nak dekat sekolah baru bagi semula kat dia. Hahhaa . . . Kesian Eilhan.
Ketahui TIPS seawal usia berapa daftar anak tadika , Kat mana, Kos berapa, Tadika jenis apa
Teruja cuba uniform sekolah
Masa bulan Disember lalu, bawak dia pegi ambik baju uniform sekolah. Amboi … Seronok dia! Kata baju sekola dia cantik laaa, nanti A’an nak pegi sekolah pakai baju ni, hensem! Perasan Ikut sapa lah tu…
January 2018 pun tiba
Kenangan Hari Pertama Tadika
Back to school
Hari yang di tunggu telah tiba. Bangun pagi seawal 5 pagi. Ikut abang kakak nya bangun pagi sesama. Alhamdulillah, tak de sebarang bunyi mahupun drama. Jam menunjukkan 30 minit lagi jam 8pagi. Dah siap-siap stokin, kasut dah pakai, Nina setuju Geng aje yang hantarkan Eilhan ke sekolah. Jujur Nina tak kuat. Takut risau dia buat hal meraung teriak kuat-kuat sebenarnya. Hehe…
Lagipun Nina jangkakan Eilhan akan sama perangai macam kakak dan abangnya. Derang semua hari pertama sekolah cepat sesuaikan diri. Siap suruh mak pak balik lagi. Tak payah tunggu. Mudah sangat!
Kenangan Hari Pertama Tadika
Menurut cerita Geng, Alhamdulillah sampai pintu gate sekolah, Eilhan masuk dengan rela tanpa raungan. Ikut jer Teacher dia pimpim tangan terus masuk kelas. Memandangkan hari pertama persekolahan, Mak Pak dibernarkan masuk sekejap untuk ambik gambar anak dalam kelas. ( Dari celah grill jer, masuk kelas tak boleh pun)
Maka, Geng pun masuk laa kejap tengokkan Eilhan dibalik celah grill. Kata Geng, Eilhan nampak ok jer dok kat kerusi dia. Siap buat peace lagi saat Geng nak snap picture dia. Amboi … Eilhan ni memang, pantang nampak camera handphone ni tuju kat dia. Cepatan dia pose. Entah ikut sapa tuu tak tau laa… hehee
Alamak. . . !!
Dannn ….
Saat Geng mula nak melangkah balik …
“Abah, eilhan nak ikut abah… 😔 Eerkkk…
Pastu dah mula sipi-sipi kedengaran “uhuk uhukk uhukkkk huwaaaaaa” 😭😭 Eh! Alamak…
Sepantas berdesup laju Geng terus balik tinggalkan dia. 🤣 Abah dia pun panik kot! hehe . . .
Selepas 15 minit kemudian, Geng intai tengokkan Eilhan semula. Alhamdulillah tengah main puzzles. Oooo… Eilhan dah ada kawan! 🤗 Lega!
Ok, DramaSangat Eilhan ni rupanya
Pejam celik pejam celik… sekejapan ajer Eilhan dah masuk Tadika. Dah anak no.4 ni, Nina berpeluang merasa bagaimana mak mak lain rasa bila anak mereka meragam di hari pertama tadika. Aduduuuu . . .!! Kenangan terindah ni..
Maka… berakhir lah sudah drama sinetron tuk hari ini sempena 1st day school Eilhan. ALhamdulillah.. Ok, Simpan nervous tuk esok lak. Haha
comel sangat eilhan, belajar elok2 yer
Kejap ja dah masuk tadika kan. Dok ingat lagi si kembaq berkenan sgt kat dia masa pi sebuah resort dihulu langat dulu haha. Baby comei depa panggil dia hehe