Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Tanda bersalin menunggu hari bersalin
July 20, 2016September 3, 2022

Dup dapp dupp dappp …. Risaunya menanti saat tanda nak bersalin

Apakah Tanda nak bersalin ? Soalan lazim bila seorang wanita bakal menjadi ibu. Tapi ramai jugak walau dah mengandung entah kali keberapa tetap dok ulang ulang ulang baca dan hadamkan. Kannn?

Isi Kandungan hide
1 Apakah Tanda-tanda Hampir Nak Bersalin
1.1 Ngilu di bahagian ari-ari, kejang, sengugut
1.2 Sakit tulang belakang
1.3 Keluar lendir berdarah
1.4 Keluar air ketuban
1.5 Kontraksi rahim
1.6 Bukaan pintu rahim
1.7 Related posts:
2 Terkini : Kad Digital NGO Negaraku banyak manfaat dan kebaikkan
3 Jangan skip Sarapan! Susu Dutch Lady dan Kellogg's ringkas mudah berkhasiat
4 Cepat rebut dan Menang Hadiah !! kat Booth Traveloka di KL2017
5 Bahaya ker baby walker? hhrrmm.....

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Minggu ni Nina dah 38+ minggu kehamilan. Dup Dapp Dup Dappp aje jantung ni berdegup setiap saat. Jantung memang lah berdegup kannn….?? hehee… Maksudnya gementar / nervous! Giler tak nervous !! Walaupun nak bersalin anak ke-5! Sapa pun tak akan tahu bila saatnya akan bersalin. Kalau yang czer tuu ok lagi sebab doktor dah sedia maklum tarikhnya. Yang normal ni…. Bila lah agaknya…?? Hanya Allah Yang Tahu dan Maha Mengetahui.  

Ibu-ibu yang sedang hamil, mesti tertanya-tanya apa tanda-tanda hendak bersalin kannn….? Terutama bagi ibu-ibu baru yang akan bergelar ibu tidak lama lagi.. Haishh …. Nina yang dah beranak pinak ni pun masih tertanya-tanya. Maklumlah, setiap kelahiran tak sama tanda bersalin nya. Semuanya punya ceritera yang tersendiri.

Tanda nak bersalin

Biasanya malam hari, paling mendebarkan. Nak tido memang dah tak lena. Risau aje… Bukan setakat tido tak lena, nak baring tak selesa, mengiring pun tak selesa. Yelah, perut dah ke depan, keras padat lak tuu. Kena lak time kita nak tido ni laa baby tengah aktif dia main bola sepak kat dalam. kann….?? hehee… Kadang tuu tido duduk baru laa selesa. Macam-macam gaya janji dapat lelap.  Dugaan seorang ibu, so daddy ayah kat luar sana buat-buat laa tunjuk konon faham walaupun tak faham ehh. Prihatin gitu. Heheh . . .

Ok, walaupun semua orang akan mengalami situasi yang berbeza, namun kebanyakkan ibu-ibu pasti akan merasakan tanda-tanda bersalin ini. Kiranya salah satu tanda ni korang akan laluinya. .. yang utama sekali rasa sakit memang akan rasa! Bohong laaa kalau cakap tak sakit! kannn….

Debaran Tanda nak Bersalin

Apakah Tanda-tanda Hampir Nak Bersalin

Ngilu di bahagian ari-ari, kejang, sengugut

Semakin anda hampir hendak bersalin, rasa ngilu dan pedih di bahagian ari-ari akan kerap terasa. Pastu rasa kejang seolah-olah sengugut. Bakal ibu juga lebih kerap membuang air kecil mahu pun besar, sakit perut serta buang angin. Ini disebabkan tekanan kepala bayi yang sudah turun ke bawah laluan tulang pelvik. Baby dah standby nak turun.

Sakit tulang belakang

Kesakitan di pinggul dan tulang belakang semakin kuat dirasakan. Ini kerana di akhir kehamilan, berlaku pergerakan pada janin yang akan menekan tulang belakang ibu.

Keluar lendir berdarah

Ada sesetengah bakal ibu akan mengalami keluarnya lendir bercampur darah sebagai tanda hendak bersalin. Ia berlaku disebabkan pintu rahim dalam proses pembukaan. Jika anda mengalami tanda ini, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan saiz bukaan pintu rahim.

Keluar air ketuban

Tidak semua bakal mama mengalami situasi ini. Bagi yang mengalami pecah air ketuban dari vagina iaitu air jernih yang mengalir sedikit atau deras, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan segera. Biasanya tidak lama kemudian ibu akan bersalin. Ahaaa… yang ini Nina alaminya tuk setiap kali Nina nak bersalin. tetiba aje rasa basah. Ingatkan terkencing tapi rupanya air ketuban. Tak berbau pun air ni..

Kontraksi rahim

Jika memang sudah sampai masanya, anda akan mengalami sakit kontraksi yang beturutan bermula sejam sekali sehingga lima minit sekali dan menjadi semakin kerap. Bagaimanapun adakalanya sesetengah ibu akan mengalami kontraksi palsu.

Jadi, ibu perlu kenal mana satu sakit kontraksi yang betul. Kebiasaanya nurse akan mengajar sedikit cara mengenal pasti kontraksi yang betul. Kalau yang palsu tuu, bila ubah posisi sakit tu hilang. Kalau yang betul, sakit tuu kerap. Walaupun kita ubah posisi, sakit tu tetap ada. Cuba laaa dari duduk ke berdiri, dari berdiri ke jalan-jalan, pastu menonggeng lak, duduk lak… Sakit tetap ada memang nak bersalin lah tuu..!! Standby..

Bukaan pintu rahim

Semakin mendekati saat melahirkan, tanda yang paling jelas sekali adalah proses pembukaan rahim. Inilah kemuncak saat terindah sebelum bergelar ibu. Walaupun sakit kontraksi iaitu proses pintu rahim terbuka dari 1 hingga 10 cm ini adalah kesakitan yang paling sakit namun ia satu nikmat kelegaan saat kepala bayi mula keluar dari pintu rahim ibu.

Setiap insan bergelar ibu akan merasai dengan pelbagai cara yang berbeza. Semuanya ketentuan dari DIA. Andai punya rezeki moga kita semua dipermudahkan segalanya dan semuanya berjalan lancar, mudah, cepat dan selamat.. Aamiin…
Ini pun rezeki buat kita, Apa pun sentiasa berdoa agar diberi yang terbaik dari Allah. Pasti ada hikmah dari NYA.

Baca : Selepas 40 minggu overdue selamat bersalin normal . Apa perlu tahu andai kelahiran masih belum ada tanda walau dah cukup 40 minggu. Tak pe ker? Kena buat apa?

Tanda bersalin

Meh Nina share kan pengalaman Nina > Tips mudah bersalin normal

Moga tips dan pengalaman Nina sedikit sebanyak membantu bakal ibu melalui saat yang terindah ini. Hayati dan nikmati kenangan terindah ini..

Related posts:

Terkini : Kad Digital NGO Negaraku banyak manfaat dan kebaikkan

Jangan skip Sarapan! Susu Dutch Lady dan Kellogg's ringkas mudah berkhasiat

Cepat rebut dan Menang Hadiah !! kat Booth Traveloka di KL2017

Bahaya ker baby walker? hhrrmm.....

Lifestyle Parenting Tips 38 minggu9bulanbaby dah turunbukaan pintu rahimhamilkeluar air ketubankontraksi bersalinmengandungPregnancysakit ari-arisakit tulang belakangsenguguttanda bersalinTipsTips dan Petua

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. AINUL says:
    July 20, 2016 at 8:39 am

    saya dl keluar darah dulu.. semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti kak nina

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 20, 2016 at 4:57 pm

      Aamiin…. terima kasih Ainul

      Reply
  2. Anuar says:
    July 20, 2016 at 5:23 pm

    Wahh… Dah dekat nak bersalin rupanya Nina Yer… Saya doakan semoga segala urusan nak bersalin dipermudahkan…. In Shaa Allah…

    Reply
  3. mama darwiish says:
    July 27, 2016 at 8:17 am

    Mudahan semuanya selamat dan dipermudahkan. Banyakkan berdoa ye nina. Tak sabar nak tengok baby awk hehe

    Reply
  4. Mommy Diamonds says:
    July 28, 2016 at 8:28 am

    Alamak! Nebes lak baca entri nina ni.. Kak Diamond baru 33 weeks plus.. Tapi dah start rasa ngilu2 dah kat bhgn serviks.. Kadang bangun pagi2 tu ada rasa satu tekanan kat bhgn serviks mcm ada benda tekan. Memang tak tau nak jangka bersalin sbb tak pernah ada pengalaman.. Terima kasih nina sebab kongsikan tanda2 bersalin ni.. Kena more alert la ni lepas ni.. Brg persiapan baby pon belum setel lagi.. Huhu.. Harap baby boleh bertahan duduk dlm perut ibu sampai cukup bulan.. Huhuhu~

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes