Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama LOVE ELSA FULL EPISOD AKHIR TONTON ONLINE
July 5, 2021July 9, 2021

Drama Trending : Sinopsis Drama LOVE ELSA Full Episod Akhir Tonton Online Lakonan Uyaina Arshad dan Zul Ariffin

BEST Sangat ke Drama terbaru lakonan Uyaina Arshad dan Zul Ariffin? Poster drama bukan main hebat! Uyaina posing ala-ala mermaid menyelam dasar laut seolah-olah membongkar satu misteri! Okies, baca Sinopsis Drama LOVE ELSA ini dan ending nanti korang dapatkan link tonton online full episod akhir drama hebat ni . . .

Isi Kandungan hide
1 SINOPSIS Drama LOVE ELSA
1.1 SINOPSIS NOVEL LOVE ELSA
1.2 Apa Ending Drama LOVE ELSA
1.3 Sinopsis Drama LOVE ELSA
1.4 Barisan Watak Pelakon
1.5 Related posts:
2 BIAR BETUL? MODAL RM3K DAH BOLEH JADI FOUNDER JENAMA SENDIRI??!
3 Nasi Tomato yang simply simple.....
4 Lega! Sunburn hilang lepas pakai Cream Vitamin E Cosmoderm
5 Bihun Tomyam Homemade.... slurppp slurpppp~~

Serius kali ni agak teruja nak nonton lakonan Uyaina Arshad sebab kali ni beliau digandingkan bersama aktor pujaan ramai Zul Ariffin. Masa memula dulu Uyaina berlakonan bersama Sean Lee dalam Drama Jujurlah Nikahi Aku not bad! This time dia ada kuasa melihat masa lalu seseorang yang disentuh. Menarik kann?

Abam Zul Ariffin usah dipertikai lakonan beliau. Walaupun dia bercakap macam berbisik, tapi dah tu style dia. Ok jer… Kena lah tenung betul-betul muka dia untuk tahu apa yang diucapkan. Bukan sesaja tenung dia tau! HAhaa . . . Movie J2 best giler! Suka tonton.

Slot Megadrama Astro Ria menayangkan Drama LOVE ELSA yang bukan saja cintan cintun macam biasa tu tapi drama ni menerapkan isu kekeluargaan, persahabatan dan ada aksi! Tu yang best tuuu . . . Drama ni adaptasi novel so ramai kata novel dah best , tak sabar nonton ke drama. Jom baca dulu Sinoposis Drama LOVE ELSA ni

Sinopsis Drama LOVE ELSA FULL EPISOD AKHIR TONTON ONLINE

SINOPSIS Drama LOVE ELSA

Ammara, seorang gadis yang mempunyai penyakit misteri dan dilarang menyentuh sesiapa sahaja di dunia ini. Ammara alahan terhadap sentuhan manusia, setiap kali dia bersentuhan dengan kulit manusia lain, dia akan melihat masa lalu seseorang itu. Alahannya menjadi seperti musibah bagi Ammara, penyakit itu tidak ada penawar atau ubat. Ammar membesar menjadi seorang gadis yang mengalami masalah kemurungan. Keluarganya tidak dapat menerima keadaannya dan membiarkannya bersendirian untuk menghadapi dunia.

Ketika Ridza muncul, hidupnya mula berubah. Dia mula bercakap dengan orang dan merasa gembira buat pertama kalinya dalam hidupnya. Ridza adalah satu-satunya rakan yang pernah dia ada. Ketidaksempurnaannya menjadi kekuatannya ketika dia menggunakan kelebihannya untuk menolong Ridza dalam menyelesaikan kes pembunuhan ayahnya. Satu demi satu misteri dapat diselesaikan olehnya.

SINOPSIS NOVEL LOVE ELSA

Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total. Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia?

Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang! Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.

Sinopsis Drama LOVE ELSA FULL EPISOD AKHIR TONTON ONLINE

Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.

“I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” ~ Ammara

“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” ~ Ridza Kim

Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya.

Apa Ending Drama LOVE ELSA

Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya.

Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim?
Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan? Siannya Elsa!

Drama adaptasi novel Love Elsa karya Acik Lana akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria. Menampilkan gandingan pelakon Zul Ariffin dan Uyaina Arshad. Drama terbitan Juita Viden diarahkan oleh Michael Ang. Love Elsa bersiaran mulai 15 Jun, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.

Sinopsis Drama LOVE ELSA

JUDUL : LOVE ELSA
EPISOD : 24
TARIKH TAYANGAN : 15 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Nadia Khan, Mamu Vies
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Riz Amin, Ramona Zamzam, Zeera Azizi, Mona Allen, Badrul Muhayat, Ku Faridah, Azhar Amir, Nasz Sally, Iman Suhana, Ikhram Juhari, Mustapha Kamal, Fahmy Reza, Anwar Rusdini


Barisan Watak Pelakon

Zul Ariffin sebagai Ridza
Uyaina Arshad sebagai Ammara
Riz Amin sebagai Kamarul
Ramona Zamzam sebagai Ramona
Badrul Muhayat sebagai Elyas
Ku Faridah sebagai Nenek Ammara
Zeera Azizi sebagai Sofea
Ikhram Juhari sebagai Imran
Azhar Amir sebagai Tuan Zamir
Mona Allen sebagai Madam Qistina
Iman Suhana sebagai Hamidah
Nasz Sally sebagai Habsah
Mustapha Kamal sebagai Wahid

Sinopsis Drama LOVE ELSA FULL EPISOD AKHIR TONTON ONLINE


LAGU TEMA (OST)
Lagu : Ika Noh
Penyanyi : Marsha Milan feat Fanzi Ruji
Komposer : Marsha Milan
Lirik : Fanzi Ruji, Asfarinah Mansor, Carlesie Lubin

Buat yang terlepas episod korang boleh laaa search . So far suka jalan ceritanya. Tak membosankan dengan adanya beberapa pelakon yang turut sama memantapkan drama ini. Boleh laaa layan . .

Related posts:

BIAR BETUL? MODAL RM3K DAH BOLEH JADI FOUNDER JENAMA SENDIRI??!

Nasi Tomato yang simply simple.....

Lega! Sunburn hilang lepas pakai Cream Vitamin E Cosmoderm

Bihun Tomyam Homemade.... slurppp slurpppp~~

Drama Movie Lifestyle Review AstroBadrul MuhayatDrama Adaptasi NovelDrama Terbaik 2021Iman SuhanaMegaDrama Astro RiaMichael AngRamona ZamzamRiz AminSinopsis Drama LOVE ELSAUyaina ArshadZul Ariffin

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. elastic man says:
    April 24, 2023 at 3:52 pm

    It’s great that such information is widely shared. I know that you put a lot of effort into making this article. Thanks.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes