Trending sungguh Drama LELAKI ITU !! Hasil karya Eirma Fatima, arahan Along Kamaluddin dan Nur Sharif. Tentu aje trending kaw kaww sebab diterajui barisan pelakon ‘class A’ yang mantap, mereka ini punya aura yang tersendiri. Siapa aje tak kenal dengan Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nabila Huda, Aedy Ashraf, Hannah Delisha dan kemunculan ‘comeback’ Nur Fazura , setelah sudah enam tahun tidak berlakon drama selepas kali terakhir pada 2017. Amacam semua nama-nama hebat kannn?
Drama LELAKI ITU merupakan naskah kisah benar yang penuh sarat dengan ilmu, pengajaran tentang kekeluargaan, faraid, hukum yang perlu tahu bermula seorang lelaki. Tentang seorang LELAKI ITU, suami yang berpersonaliti yang hebat dari segi rupa , gaya dan kerjaya. Dianugerahkan seorang isteri yang cantik, berpengaruh dan 3 orang anak perempuan yang cantik. Awal nya semua nampak cukup sempurna dimata semua. Namun ada satu rahsia yang tersimpan rapi selama ini akhirnya terbongkar setelah kematian beliau memberi impak yang teramat besar pada waris-warisnya.
Sinopsis Drama Lelaki Itu
Drama ini mengisahkan Syed Mirza (Datuk Adi Putra) telah berkahwin dengan Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim), seorang wanita kaya yang berpengaruh. Mereka dikurniakan tiga anak perempuan ( Nadia Brian, Sophia Al Barakbah dan Hanna Delisha). Syed Mirza mempunyai perniagaan hotel, Sharifah Qaidah turut membantu Syed Mirza, tetapi dia lebih pentingkan Yayasan dan Persatuan yang dia sertai. Terlalu sibuk dengan perjumpaan bersama Datin dan Puan Sri, sehinggakan mengabaikan tanggungjawannya sebagai isteri bilamana ada situasi Syed Mirza makan bersendirian di rumah. Kalau dilihat pada raut muka Syed Mirza, nampak kosong bila Sharifah Qaidah ‘membebel’ tentang urusan yayasan beliau atau urusan anak- anak mereka.
Nampak seperti Sharifah Qaidah berlagak sebagai ketua rumah tangga kerana statusnya yang tinggi, dan membuatkan Syed Mirza berasa terkongkong. Nampak seperti ajak berbincang mengenai urusan perniagaan atau masalah anak – anak tetapi sebenarnya Syarifah Qaidah sudah ada jalan penyelesaian, hanya tunggu Syed Mirza jawab “Ya, setuju”.
LELAKI ITU
Imani ( Nur Fazura) pekerja di syarikat Syed Mirza. Seorang pekerja yang cantik dan bijak, tetapi dia mempunyai masalah rumahtangga. Dia mangsa keganasan rumahtangga, seringkali dipukul oleh suaminya, Amin ( Fadlan Hazim). Amin ni jenis suami panas baran sehinggakan dengan berani selambanya dia datang ke pejabat isterinya, bergaduh di depan rakan sekerja isterinya, naikkan tangan untuk memukul isterinya. Teruk Imani dipukul suami, tapi Imani ni lembut hati kerana sayang dengan mudahnya dia memaafkan suaminya walaupun teruk dah tampar, pukul, cekik, sepak terajang Amin. Di sisi lain pula, Amin sebenarnya ada masalah mental, kena makan ubat tapi Amin yang selalu mengelat makan ubat. Kesian Imani.
Drama ini jalan cerita drama ni agak laju awalnya, terus tunjuk masalah yang dihadapi setiap watak. Tak ambil masa yang lama nak kenalkan setiap watak dalam drama ni. Baru dua episod kita dapat tahu masalah dalam keluarga Syed Mirza ( masalah anak, isteri yang sibuk) dan masalah dalam keluarga Imani.
Drama bersiri ‘Lelaki Itu’ terbitan Rumah Karya Citra hasil karya Eirma Fatima dan diarahkan oleh Along Kamaluddin dan Nur Sharif. Membariskan pelakon ternama seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nur Fazura, Nabila Huda, Aedy Ashraf dan ramai lagi. Lelaki Itu bakal menemui penonton di Slot Samarinda TV3 bermula 19 Mac depan setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10 malam.
Info Drama Lelaki Itu
Episod: 30
Tarikh Tayangan: 19 Mac 2024
Waktu Siaran: Isnin – Jummat, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Eirma Fatima
Pengarah: Along Kamaluddin dan Nur Sharif
Produksi: Rumah Karya Citra
Watak Pelakon
Adi Putra sebagai Syed Mirza
Sarimah Ibrahim sebagai Sharifah Qaidah
Nur Fazura sebagai Imani
Nabila Huda sebagai Sarina
Aedy Ashraf sebagai Khairullah
Hannah Delisha sebagai Batrisya
Nadia Brian sebagai Sharifah Baiyinah
Sophia AlBarakbah sebagai Sharifah Bahiyah
Fadlan Hazim sebagai Amin
Ameerul Asyraf sebagai Imran
Lagu Tema (OST) Drama Lelaki Itu
Tajuk: Dulu, Kini dan Akhirnya
Penyanyi: Marsha Milan
Komposer & Lirik : Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K.
“Lelaki kalau dia rasa tak dapat jadi lelaki dalam rumah sendiri, dia akan cari jalan lain nak tunjuk kejantanannya. Tengoklah drama Lelaki Itu dan belajar dari pengalaman dalam cerita ini di mana apabila seorang manusia tidak ada sifat tanggungjawab akan hancur semuanya. kita perlu menjadi manusia yang bertanggungjawab, tak kira lelaki atau wanita.” – Eirma Fatima
Semua nya jadi sebab LELAKI ITU!
Ya betapa banyak sungguh pengajaran dari drama ini.
Punca asbab LELAKI ITU lah semua permasalahan terjadi. Satu persatu dugaan, cacian, terpaksa waris hadapi setelah LELAKI ITU meninggal dunia. Besar tanggungjawab seorang LELAKI.
KEJUJURAN
Dari awal Mirza tidak jujur!
Jika dari awal perkahwinan Mirza dengan Qaidah dia jujur semuanya tidak akan mendatangkan masalah kelak. Kerana takutkan Qaidah, acah-acah hormatkan isteri yang lebih berkuasa, berharta semuanya musnah, hancur berderai. Walaupun kebenaran itu pahit, jujur lah!
Selagi masih bernyawa, sebaiknya berterus terang, jujur. Hidup jangan dok berahsia, menipu!
BERTANGGUNGJAWAB
Hok aloh…! Acah-acah bertanggungjawab lah Mirza berkahwin dengan Salina.
Tapi tinggalkan Salina tanpa khabar berita. Tak kan secebis kuman pun Mirza tak teringatkan Salina?
Bertanggungjawab kah?
Andai benar Mirza bertanggungjawab, saat Mirza mendapat hidayah kenal Allah masa bersama Imani, patutnya Mirza boleh je ajak Ustazah, Ustaz bersama-sama ajar mereka seisi keluarga kat rumah. pelan-pelan Qaidah akan belajar menerima sama hidayah tersebut. Tak cuba langsung! Dia je nak mati dalam iman. Huhuu . . .
PENYONDOL
Imani penyondol. Hurmm…
Malas nak ulas sebab niat baik sekali pun Imani juga kalah dengan nafsu. Dia sepi setelah bercerai. Dia juga inginkan kebahagiaan setelah perkahwinan pertama gagal. Tapi paling tak boleh terima, Imani tikam belakang Qaidah! Imani juga tidak jujur sama macam Mirza! Both selfish
Walaupun akhirnya, tindakan Imani yang memberikan pengajaran buat Qaidah belajar tentang hukum dan terbuka berlaku adil pada kesemua waris.
DEPRESSION
Mental health antara pengajaran yang dipersembahkan dalam drama ini.
Sejak awal Batrisya memang ada anxiety. Bila ditimpa masalah, kelihatan tangan Batrisya akan menggigil, emosi tak tenang. dan anxiety ini bila tidak dikawal dari awal, memang akan lebih memburukkan pesakit. Sokongan ahli keluarga, orang terdekat amat penting untuk mereka ini pulih. Sedih sungguh pengakhiran hidup Batrisya. Semua rasa ada! Terkedu, terkelu, tergamam, semua TER ada. Termasuklah termenangis teresak-esak. Oh tidak! Tragis
EGO, PENTINGKAN DIRI SENDIRI
Ya semua watak dalam drama ini ada sikap ego dan pentingkan diri sendiri!
- Qaidah – ego seorang ibu dan isteri! Tak habis-habis dengan status dan reputasi beliau sampai Batrisya dah meninggal pun masih fikirkan pandangan orang lain. Keras kering sungguh hati Qaidah.
Ada satu episod, lepas kematian Mirza dengan selamba Qaida keluar rumah pegi main golf. Kesian pun ada sebab kurangnya ilmu agama dan Mirza sebagai suami gagal membimbing Qaidah dan anak-anak. - Imani yang inginkan kebahagiaan , sanggup tikam belakang Qaidah yang selama ni anggap Imani seperti adiknya. Berkahwin dengan Mirza senyap-senyap, siap tipu orang sekeliling , suruh staff dia berlakon jadi suami dia masa Majlis Baby Shower yang Qaidah buat khas untuk dia. Kejam jugak kannn Imani ni?
- Salina pentingkan sangat rasa bersalah dia jadi isteri kedua tak sudah-sudah sehinggakan merahsiakan kewujudan sebenar bapa kandung Khai. (Awal-awal Khai ada kata bapa dia dah meninggal)
Anak-anak Mirza
- Bainah dengan sosial lifestyle dia, sibukkan duniawi, harta dan duit hanya untuk kepentingan dia saja. Enjoy tak sudah. Bila sampai kemuncak masalah, dia acah-acah play victim salahkan mummy. Sedangkan masing-masing dah besar berakal boleh fikir sendiri baik buruk setiap tindakan yang dia buat.
- Batrisya dengan kedegilannya! Tanpa restu ibubapa tetap nak berkahwin sudahnya terkahwin dengan abang kandung sendiri. Sikap dia bertindak ikut rasa hati sendiri, derhaka, ingkar cakap mummy sangat mengecewakan.
- Khai dahulukan cinta. Ya cinta itu buta. Khai ikut je cakap Sya kawin tanpa restu. Sedangkan Khai dibesarkan ibunya penuh dengan ilmu Islam yang menyarankan merisik dulu sebelum bernikah. Pentingnya mengetahui keturunan keluarga.
- Bahiyah je kot yang macam ok, berperikemanusiaan walaupun ada juga silap dia ikut je cakap mummy dia walau dia tahu perkara tersebut salah. Dia ikut cakap mummy, bawak Batrisya gugurkan kandungan.
- Paling ego, pentingkan diri sendiri dah tentu MIRZA! Semua terjadi angkara dia!
Entah laa… Ikutkan banyak lagi nak bebel tapi pasti lebih ramai penonton punya pandangan dan pendapat masing-masing tentang Pro dan kontra dalam drama ini. Takde yang betul dan takde yang salah. Lawyer sama lawyer pun ada hati nak melanggar hukum. Wujud je.. Antara kita tahu dan tidak. Apapun semua ini undang-undang dunia je , rujuk Al-Quran yang sebaik-baiknya. Ilmu faraid penting untuk kita semua ambil tahu
Episod Akhir Drama LELAKI ITU
Selepas bertimpa-timpa dugaan ujian yang terpaksa Qaidah hadap, kata-kata akhir Qaidah sebagai pentadbir amanah di akhir sidang mahkamah mengejutkan semua pihak.
“Sebagai pentadbir pada harta suami saya, saya tidak mempunyai apa-apa keberatan untuk membahagikan harta itu mengikut sistem faraid kepada yang berhak.” – Sharifah Qaidah
Tercengang semua!
Khairullah, Salina, Imani dan termasuk juga Bahiyah. Alhamdulillah.. Semua selesai dengan cara yang baik.
Teringat Bahiya kata-kata mummy dimalam sebelumnya
“Apa-apa yang berlaku esok dimahkamah, i’m ready now. Diaorang sebenarnya nakkan harta untuk kebaikan, tapi mummy, i nakkan harta itu untuk kehancuran. ” betapa Qaidah telah lalui muhasabah diri
Harta bukan segalanya
Imani beralah melepaskan bahagiannya dengan manarik balik tuntutan. Namun mengikut faraid Imani dapat juga bahagiannya dan dia telah mewakafkan bahagiannya atas nama Syed Mirza untuk Rumah Anak Yatim. Manakala Khairullah mewakafkan keseluruhan bahagiannya atas nama Sharifah Batriya untuk Masjid Taman Sentosa, Ampang.
Mereka ini fight tuntut harta arwah bukan lah untuk diri mereka sendiri tapi untuk meringankan siksa kubur dan soal jawan si mati nanti di hari pembalasan. Sekurangnya satu-persatu selesai dengan mengikut hukum syarak yang ditetap Al-Quran. Yang giler harta akan menuduh antara satu sama lain dan yang faham agama akan faham. Bahagian yang mereka dapat bukan lah untuk mereka tapi disalurkan untuk pahala akhirat arwah. Allahuakbar.. Touching nya! Pengajaran dan ilmu lagi part ini kannn..
Benarlah, hidup ini kena berdamai dengan takdir, redha dengan ketentuan Allah, InsyaAllah hidup lebih tenang.
Plot twist Drama LELAKI ITU
Aiseymennn… Serius tak sangka, karya Eirma Fatima pun dah terjebak, dah pandai ada plot twist! HAhaaa
Sekali masa ending tengok-tengok Syed Mirza ada kembar laaa pulak! Katanya Abang dia ada berhutang pada dia, ada Qaidah tahu pasal hutang tersebut. Sian Qaidah… Kena hadap hutang Mirza dan abang kembar Mirza. Ini tidak adil. Qaidah dari awal memang baik orangnya. Superwoman!
Jangan ada sambungan LELAKI ITU 2 sudah laa.. Cukup lah , drama yang dah terlalu drama dah..
Drama terbaik 2024
TAHNIAH pada semua!
Naskah yang hebat. Semua mantap, padu!
Padat dengan ilmu bila kita sebagai penonton ambil iktibar dan pengajaran dari drama ini.
Banyak penceritaan tentang kekeluargaan, harta pusaka, faraid, ilmu kematian, hukum iddah kematian suami, pecah amanah, penyelewengan duit syarikat, penyondol, mandi hadas, perkahwinan luar negara, perkahwinan tanpa restu, pentingnya merisik, perkahwinan poligami tanpa izin isteri pertama, anak derhaka, cinta itu buta, sumbang mahram, pembubaran perkahwinan wajib dipisahkan, kelahiran tanpa dokumen lengkap anak berbin kan Abdullah, perkahwinan sebapa, kepentingan DNA, anak syubhah, penguguran kehamilan, mental illness, anxiety, kemurungan, depression, muhasahah, berdamai dengan takdir. Eh banyakkkkk lagi! Tak tahu nak ulas kehebatan drama ini, pastinya ramai penonton juga setuju.
Semoga menang banyak anugerah nanti.
Drama Online
Buat yang terlepas tayangan, korang boleh tonton online di tonton.com.my
Selamat menonton!
ldy x tengok … huhuhu
Tak berkesempatan lagi nak tengok. tapi baca blog kak nina ni best.
Kesian watak Batrisya:( Padahal dia hanya seorang anak bongsu yang DAHAGAkan KASIH SAYANG dan mak dia tak pernah bagi kasih sayang dek kerana sibuk kerja kerja dan kerja.Jadi dia jumpa KHAI dia anggap Khai je boleh bagi dia kasih sayang dan Ilmu Agama untuk dia ..
Salah Mummy Qaidah juga DAH PISAHKAN BATRISYA dengan KHAI dia kurung anak dia tak bagi Lepas:( Cut Fone Line biar dia mengadap MASALAH dia (Definisi pandai buat pandai tanggung)