Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Sausage Telur Empatsegi Cantik
March 15, 2021March 15, 2021

Day15 Simpel jer hari ni SAUSAGE TELUR EMPATSEGI Cantiknya! Bekal Sekolah Eilhan

Hollaaa . . . Monday Bluess datang lagi! rasa cammmm M_L_S jer ari ni. Tak mo sebut type betul-betul sebab tak mo melekat aura negetif tu nanti spoil sepanjang hari. Huhuuu .. . Tapi memang ada rasa sikit sebab dah seronok 2 hari cuti santai layypark sepajang hari semalam. Sausage Telur Empatsegi Cantik

Isi Kandungan hide
1 SAUSAGE TELUR EMPATSEGI CantikResipi Mudah Bekal Sekolah Anak
1.1 Related posts:
2 SUCHI Set Travel Umrah Haji HALAL | Wajib bawa dan sesuai sebagai hadiah buat bakal jemaah
3 Resipi PASTA POPIA KIMBALL Mudah Sedap Sehebat di Restoran! Kompem Gaya Malaysia
4 Choc Moist Cake Munira Baharum Yang Gerenti Sedappp !! Wallaaaa~~~~
5 Fuuhhh... Seram seyh Drama DAH MATI PUN CANTIK Astro

Semalam buat pertama kali nya pegi Tesco bawak anak-anak bersama. Tu pun kebetulan singgah sebab kami dari tempat lain jumpa adek ipar. On the way balik tu nak singgah Tesco, bahan masak dalam fridge dah susut. Mulanya cuak jugak sebab tak pasti boleh ke anak-anak masuk Tesco?

So jalan selamat Geng turunkan Nina dan kakak Eillya kat pintu masuk utama maka kami berdua jer beli belah dan yang lelain semua tunggu dalam kete. Tak syoknya! Sebab tak leh lenggang kangkung pilih belek-belek barang. Huhuu
Biasalah MakMak style, semua nak dibelek dulu. kannn..? HAhaa

Tetiba Geng call, kata suh belikan air sebab derang kat atas food court tengah makan. Eh! Dah boleh masuk dah kanak-kanak rupanya. Oh ya, kami ni bila makan kat food court suka beli air kat hypermarket. Kalau beli by cup lebih mahal dan airnya sikit jer. Anak ramai gini laaa. Air dalam cup tu tak puas minum so biasanya beli air botol oren sunkist atau air kotak then kat food court kami beli cup with ice dalam 3 cup jer , Dalam 50sen gitu satu cup. Lebih jimat kannn? Bijak kannn Nina. ok perasan. HEhee

Okey, sebab mode ada huruf M besar sikit, maka idok ler masak beria untuk Bekal Sekolah Eilhan & Yana pagi ni.
Bikinkan sausage, telur dan kentang goreng untuk derang. Sausage pun bukannya homemade. Nina beli frozen jer semalam at Tesco. Ada resipi sausage homemade tapi belum punya kesempatan nak buat. Nanti Nina ada masa extra Nina buat dan share kat korang ehh . . .

Sausage Telur Empatsegi Cantik

“Cantiknya sausage dan telur ni mama! “

Hallah hallahh hallahhhhh . . . Anak puji terus mai mood rasa rajin! HAhaaa
Berbunga-bunga hati mama nak ooii !! Ni belum mama bikin bentuk love, doraemon, boboboy, cat, zirafah lagi tau. Berangan ada hati nak buat memacam. HAhaaa
Tapi nampak menarik kannn? Anak pun excited nak makan!


SAUSAGE TELUR EMPATSEGI Cantik
Resipi Mudah Bekal Sekolah Anak

Bahan-bahan
Sausage secukupnya
Lidi
Telur
Garam
Mix Herbs
Sedikit minyak menggoreng

Cara Buat Sausage Telur Empatsegi
1.- Sausage dilekatkan antara bucu. Cucuk dengan lidi, dah jadi bentuk empatsegi pastu goreng
2.- Semasa goreng pecahkan sebiji telur. Taburkan sikit garam dan mix herbs. Tutup pan supaya atasnya masak.
3.- Tak perlu terbalikkan. Dah masak angkat dan hidangkan. Mudah kannn?

Acah-acah cantik gitu! Ada jugak buat bentuk love tadi tapi tak sempat snap Yana laju dah tutup masuk paper bag dia bawak pi sekolah. Maka sempat snap Eilhan punya jer tadi. Bukan mudah pas masak nak curi masak nak snap seketul gambar bekal derang ni. Kekadang derang nak cepat maka asal done jer ambik gambar. Huhuu . . .
So sempat share hok yang patsegi jer. InsyaAllah lain kali Nina bikin bentuk love Nina share lagi naaa

Selain Sausage Telur gini, korang pun boleh gantikan sausage dengan roti. Buat macam ni
Resipi : Roti Telur Matahari . Nina dah pernah share sebelum minggu lepas kot.

Resipi ROTI TELUR MATAHARI Resipi Mudah Bekal Sekolah Anak menu paling senang

Cara Buat Sausage Telur Empatsegi
1.-  Sausage dilekatkan antara bucu. Cucuk dengan lidi, dah jadi bentuk empatsegi pastu goreng
2.-  Semasa goreng pecahkan sebiji telur. Taburkan sikit garam dan mix herbs. Tutup pan supaya atasnya masak. 
3.-  Tak perlu terbalikkan. Dah masak angkat dan hidangkan. Mudah kannn?

Stay tune!
InsyaAllah Besok besok Nina kongsikan menu simple mudah cepat lain plak eh . . .
Doakan Nina rajin ehh .. Aamiinnnn

Related posts:

SUCHI Set Travel Umrah Haji HALAL | Wajib bawa dan sesuai sebagai hadiah buat bakal jemaah

Resipi PASTA POPIA KIMBALL Mudah Sedap Sehebat di Restoran! Kompem Gaya Malaysia

Choc Moist Cake Munira Baharum Yang Gerenti Sedappp !! Wallaaaa~~~~

Fuuhhh... Seram seyh Drama DAH MATI PUN CANTIK Astro

Lifestyle Parenting Resepi Bekal Nutrisibekal sekolahBentobreakfastIDEA BEKAL ANAK SEKOLAHIdea Nak Masak ApaKids Menumenu anak-anakMenu sarapanSarapanSausage Telur Empatsegi

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Aisya Ismail says:
    March 15, 2021 at 2:21 pm

    Teringin tengok yang boboiboy tu.

    Reply
  2. Marina says:
    March 16, 2021 at 8:22 am

    Rajinnya kak nina. Bilala nak jadi rajin ni. Haha

    Reply
  3. Nadia johari says:
    March 16, 2021 at 6:27 pm

    Ni nad suka buat waktu sarapan..ehhee..sebab senang..pecah telur dalam sausage

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes