Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Daun Moringa
January 4, 2024January 5, 2024

KHASIAT TEH DAUN MORINGA | SUPERFOOD PALING MURAH!

Pernah dengar tentang Daun Moringa? Tahu tak betapa banyaknya khasiat Teh Daun Moringa! Bagus untuk kesihatan bila di amalkan selalu. Bak kata Dr. Noordin Darus – Daun Moringa dikategorikan sebagai super food yang paling murah dan mudah didapati, pokok Moringa banyak di tepi-tepi jalan dan ianya mudah ditanam. Miracle tree katanya. Khasiatnya berkali-kali ganda dengan superfood lain. Dengan pengambilan berterusan Teh Daun Moringa bagus untuk kesihatan kita semua.

Isi Kandungan hide
1 POKOK DAUN MORINGA
1.1 TEH DAUN MORINGA PALING MURAH, PALING BANYAK KHASIAT
1.2 Cara buat Tea Moringa
1.3 Rasa Moringa?
1.4 10 KHASIAT TEH DAUN MORINGA UNTUK KESIHATAN
1.5 Ketahui perbandingan Khasiat Teh Daun Moringa dengan superfood lain
1.6 Biar betul! Ketahui Manfaat Pokok Moringa
1.7 Hati-hati! Daun Moringa berlebihan membahayakan kesihatan
1.8 Cara tanam Pokok Moringa senang je!
1.9 Related posts:
2 Cara Masak dan Resipi Bubur Lambuk Sedap | Resipi ala Masjid Kg Baru
3 Surprise cuti sekolah | Jelajah Klate day 1
4 Resepi Kari Daging Sedap yang simple, mudah dan cepat dimasak : sampai menjilat jari!
5 BUKIT GASING TEMPAT HIKING POPULAR UNTUK BEGINNER. KENAPA?

Baru-baru ni Nina jalan-jalan area Shah Alam dan singgah di Mahnaz Food, sebuah kedai barangan makanan dari Timur Tengah. Rambang mata jalan kat sini dan harga sini memang murah dari tempat lain. Masa jalan-jalan tu, staff kat situ bagi Nina cuba beberapa jenis air tea dan sambil rasa sambil google khasiat tea yang ada. Sebab rasa dia light-light seadp ikut tekak Nina so Nina decide beli Tea Moringa. Harga pun murah dalam RM7 je sebekas.

POKOK DAUN MORINGA

Khasiat Teh Daun Moringa

Pokok Moringa biasa kita nampak kat tepi-tepi jalan. Kebiasaannya pokok Moringa adalah pokok kegemaran kaum India. Pokoknya agak tinggi dalam 6-12 meter dan ada yang cecah 25 meter. Daunnya kecil-kecil berwarna hijau terang yang cantik. Selalunya buah Moringa di masukkan dalam Kari, manakala daun nya dijadikan bahan tambahan dalam telur dadar atau dijadikan teh.

Moringa mengandungi kepekatan polyfenols yang tinggi dalam daun dan bunga. Ia berfungsi melindungi hati daripada pengoksidaan, keracunan, dan kerosakan. Minyak moringa juga boleh memulihkan enzim hati kepada tahap normal, mengurangkan tekanan oksidatif serta meningkatkan kandungan protein dalam hati.

TEH DAUN MORINGA PALING MURAH, PALING BANYAK KHASIAT

Daun kelor / Daun Merunggai atau nama saintifiknya Moringa oleifera merupakan tumbuhan yang mampu merawat masalah kekurangan nutrien dalam badan kerana bersifat antioksidan dan kaya dengan pelbagai nutrisi. Moringa adalah tumbuhan yang cukup besar berasal dari India utara. Ia juga dikenali dengan nama pokok drumstick, pokok lobak atau pokok minyak.

Khasiat Teh Daun Moringa

Cara buat Tea Moringa

Cara paling mudah consume moringa adalah dijadikan tea dari daunnya.
Petik daun segar moringa dari pokok, blend halus, tapis dan minum. Cara lain paling senang, beli aje teh daun moringa kering yang banyak dijual dipasaran. Masukkan dalam sesudu dua dalam air panas, tunggu seketika, nikmati suam-suam. Tiada pantang larang bila masa sesuai minum Teh Moringa, Nina minum sebelum tido, kekadang selepas bangun dari tidur. Rasa Teh Moringa ok ok jer, tak pahit pun. Anak Nina pun onz je minum, macam rasa matcha pun ada.

Rasa Moringa?

Jika dimakan mentah, daun moringa rasa seperti gabungan selada air dan lobak putih. Daun yang masak rasa seperti bayam spinach digabung dengan rasa kacang. Lebih best jika dipetik daun yang masih muda, basuh dan tanggalkan daripada tangkainya.

Daun Moringa mempunyai begitu banyak khasiat nya yang tersendiri untuk kesihatan kita semua. Antaranya :

10 KHASIAT TEH DAUN MORINGA UNTUK KESIHATAN

  1. Kaya dengan Nutrien: Teh moringa mengandung banyak nutrien penting seperti vitamin A, C, dan E, serta mineral seperti kalsium, potassium, dan zat besi.
  2. Memperbaiki Sistem Pencernaan: Moringa tea dapat membantu meningkatkan pencernaan dan mengurangi masalah pencernaan seperti sembelit.
  3. Menguatkan Sistem Imun: Kandungan nutrien dalam teh moringa dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh, membantu melawan infeksi dan penyakit.
  4. Menurunkan Tekanan Darah: Beberapa penelitian menunjukkan bahwa moringa dapat membantu menurunkan tekanan darah, sehingga bermanfaat bagi orang-orang dengan masalah hipertensi.
  5. Menyokong Kesehatan Jantung: Kandungan antioksidan dan antiinflamasi dalam teh moringa dapat membantu menjaga kesihatan jantung.
  6. Mengurangi Kadar Gula Darah: Beberapa penelitian menunjukkan bahwa moringa dapat membantu mengawal kadar gula darah, berguna bagi penderita diabetes.
  7. Menyediakan Energi Alami: Teh moringa dapat memberikan energi alami tanpa kafein, menjadikannya pilihan yang baik untuk meningkatkan stamina dan mengatasi kepenatan dan kelelahan.
  8. Menyokong Kesihatan Kulit: Kandungan antioksidan dalam teh moringa dapat membantu melawan penuaan dan menjaga kesihatan kulit. Awet muda gitu!
  9. Menurunkan Berat Badan: Beberapa penelitian menyiratkan bahwa moringa dapat membantu dalam pengelolaan berat badan dengan meningkatkan metabolisme dan mengurangi nafsu makan.
  10. Mengandung Anti-inflamasi: Moringa memiliki sifat anti-inflamasi yang dapat membantu mengurangi keradangan dalam tubuh. Kalau luka akan mempercepatkan proses penyembuhan.

Ketahui perbandingan Khasiat Teh Daun Moringa dengan superfood lain

Khasiat Teh Moringa berkali-kali ganda
10x Vitamin A carrot
15x potassium pisang
25x iron/zat besi bayam
½x vitaminC orange
17x kalsium susu
9x protein yoghurt
dan kali-kali ganda superfood lain.
Hebat kannn?

Khasiat Teh Daun Moringa

Biar betul! Ketahui Manfaat Pokok Moringa

Memang betul, hampir semua bahagian pada pokok Moringa boleh dijadikan makanan. Banyak betul manfaat pokok Moringa untuk khasiat dalam pemakanan seharian kita. Pokok moringa menghasilkan bunga dan buah. Bergantung kepada iklim, secara amnya pokok ini menghasilkan bunga dua kali setahun. Bunganya wangi seperti jasmin tetapi lebih lembut, dengan warna putih krim yang menghasilkan lenggai kekacang yang panjang.

BUAH
✅ Buahnya yang masih muda dimasak bersama kari sehingga lembut. Walaupun dimasak lama dengan suhu yang tinggi, kandungan vitamin C dalam buah masih tinggi.
✅ Buahnya merupakan sumber kepada serat, kalium, magnesium dan mangan.

DAUN
✅ Bahagian yang paling berkhasiat
✅ Kaya dengan vitamin B, vitamin C dan provitamin A.
✅ Juga mengandungi beta karotina, vitamin K, magnesium, mangan dan protein.
✅ Kandungan dalam 100 gram daun Moringa segar yang dimasak menyamai kandungan zat dalam makanan lain yang bergizi tinggi.
✅ Kebiasaan daunnya digoreng dengan sedikit minyak masak.
✅ Juga boleh direbus dan dijadikan sebagai sup.
✅ Daun boleh dikeringkan dan dijadikan serbuk dan ditabur ke dalam masakan.

BIJI
✅ Biji yang telah tua boleh dimakan mentah atau dipanggang.
✅ Mengandungi vitamin C yang tinggi.
✅ Boleh dikunyah untuk membantu melegakan masalah gatsrik.
✅ Minyak dari biji ini boleh dijadikan minyak masak.

BUNGA
✅ Boleh dijadikan sayuran dan dimasak.
Tidak rugi sekiranya anda gunakan sebahagian laman rumah anda untuk menanam pokok Moringa.

Hati-hati! Daun Moringa berlebihan membahayakan kesihatan

Selain daripada ubi kentang, pisang, moringa juga antara makanan yang boleh membahayakan jika diambil berlebihan kerana dalam moringa adanya potassium yang tinggi (14-15 kali ganda). Antara feknya adalah jantung berdebar-debar cara lain, masalah ginjal terutama buat mereka yang punya masalah kidney stage 4-5, pengambilan moringa berlebihan tanpa rujukan doktor akan membahayakan kesihatan.

So sebaiknya kita bersederhana dalam segala hal.
Baik korang tonton video Doktor Noordin Darus supaya korang lebih faham tentang khasiat dan keburukan daun moringa untuk kesihatan kita.

Cara tanam Pokok Moringa senang je!

Ada yang menamakan pokok ini sebagai pokok yang tak pernah mati, sebab pokok ni memang tahan lasak. Jika ditebang, ia akan tumbuh kembali. Bila akar dah kukuh, ia tahan kemarau.
Diperhatikan, pokok moringa lebih lebat berbuah ketika musim kemarau yang panjang. Hampir semua pohon moringa berbuah lebat. Hanya pohon muda tidak berbuah, kerana masa untuk berbuah belum tiba.

Ramai juga yang menyatakan kebimbangan mereka untuk mengerat batang pokok moringa. Jangan risau, kerat atau aja. Satu batang morga mampu menghasikan sehingga 8 tunas baharu disepanjang lilitan batang yang telah dikerat. Lagi banyak dipangkas, lagi rimbun pokok moringa.
Moringa tumbuh dengan galak, tahan serangan serangga, tahan kemarau, menghasilkan daun, bunga dan buah yang berkhasiat.

Next projek Kebun Bandar Geng lepas ni Nina nak minta geng tanamkan pokok Moringa pulak. Sebelum-sebelum ni kitaorang tanam pelbagai pokok daun untuk kegunaan seharian. Jimat banyak! Bunga-bunga ke pokok hiasan takde, kitaorang tanam pokok bayam brazil, daun lemuju bagus untuk batuk, daun kunyit, daun kari, pokok berries, pokok pandan, aloe vera, bunga telang (setiap hari Nina petik bunga buat air), pokok salam … Eh banyak dah!

Kawan kata tanam pokok moringa ni cucuk je batang dia kat tanah nanti jadi lah dia. Mungkin sama macam pokok berries jugak kot. Nina dah cucuk dan menjadi Nina share tentang pokok moringa Nina pulak ehh… Buat masa ni Nina consume tea moringa Mahnaz jer dulu.
Apapun, jom sama-sama jaga kesihatan!

Related posts:

Cara Masak dan Resipi Bubur Lambuk Sedap | Resipi ala Masjid Kg Baru

Surprise cuti sekolah | Jelajah Klate day 1

Resepi Kari Daging Sedap yang simple, mudah dan cepat dimasak : sampai menjilat jari!

BUKIT GASING TEMPAT HIKING POPULAR UNTUK BEGINNER. KENAPA?

Tips Biji MoringaBila minum teh moringaBuah MoringaCara buat Tea MoringaCara Buat Teh Daun MoringaCara tanam pokok moringaDaun MerunggaiDaun MoringaDr Noordin DarusKebaikan Teh MoringaKeburukan MoringaKhasiat KelorKhasiat MoringaKhasiat Moringa Dr NoordinMahnaz FoodManfaat MoringaRasa Tea Moringa

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. anamizu says:
    January 4, 2024 at 11:15 am

    bagusnya byk khasiat daun moringa ni

    Reply
  2. Dorsett Pink says:
    January 4, 2024 at 3:06 pm

    baru tahu. nice sharing kak nina

    Reply
  3. LADYBIRD says:
    January 5, 2024 at 10:36 am

    macam pernah tengok daun mcm ni.. rasanya masam2 ke sis?

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      January 5, 2024 at 6:12 pm

      Tak juga masam, ada rasa macam lemak kacang, rasa bayam gitu. Dibancuh jadi teh rasa macam air matcha. Sedap juga!

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes