Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis PESAN PADA HATI
October 31, 2019November 6, 2019

Cinta Bersyarat? Sinopsis PESAN PADA HATI TV3

Selepas Drama Lelakimu Yang Dulu disusuli dengan drama Pesan Pada Hati diterajui oleh Shukri Yahaya dan Nabila Razali. Lakonan Shukri Yahaya ramai dah tahu memang uummphhh… Nak plak watak kejam psiko memang win laaa… Nabila Razali pun tak kurang hebat rupanya. dalam Sinopsis Drama PESAN DARI HATI 

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama PESAN PADA HATI
2 Drama Pesan Pada Hati TV3
3 Related posts:
4 Resipi Spaghetti Bolognese Mudah Senang Tak Perlu Pes Segera
5 Mee Goreng Mamak | menu ringkas, cepat dan segera. Janji adoo . . .
6 Sinopsis Drama CINTA SEKALI LAGI gabungan mantap Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha
7 Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri

Paling tak boleh lupa lakonan Shukri Yahaya dalam Drama Kerana Dia Manusia Biasa bergandingan dengan Emma Maembong. Kejam sungguh dia bawa watak tu. Sakit hati tengok!

Sinopsis Drama PESAN PADA HATI

Mengisahkan mengenai Yusuf dan Zulaikha yang jatuh cinta namun terputus di tengah jalan. Pertemuan pertama akibat perselisihan faham di stesen komuter di antara Yusuf (Shukri Yahaya) dan Zulaikha (Nabila Razali) yang tidak disangka dalam diam telah menimbulkan bibit cinta secara tidak sengaja.

Drama PESAN PADA HATI TV3

Pada awalnya, Zulaikha tidak menyukai Yusuf dan sering jual mahal apabila Yusuf ingin mendekatinya. Zulaikha juga risau kerana ibunya, Hajar (Liza Abdullah) pernah berpesan untuk tidak jatuh cinta pada lelaki di Kuala Lumpur. Hajar kecewa apabila anak yang paling disayanginya, Aakif tidak pernah pulang ke kampung lagi setelah berkahwin dengan gadis bandar.

Yusuf telah melamar Zulaikha tetapi Zulaikha perlukan masa untuk memujuk Hajar. Pada hari yang sama Zulaikha pulang ke kampung untuk memberitahu mengenai lamaran Yusuf, mereka dikejutkan dengan berita kemalangan yang telah meragut nyawa Aakif dan isterinya Maryam.

Kematian Aakif memberi kesan kepada Zulaikha. Zulaikha tidak sampai hati ingin melukakan hati Hajar lagi jika dia memberitahu yang dia ingin berkahwin dengan Yusuf.

Zulaikha akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan perhubungannya dengan Yusuf dan tidak lagi kembali ke Kuala Lumpur. Yusuf kecewa kerana Zulaikha menghilangkan diri tanpa khabar berita. Semenjak itu, Yusuf sedikit sebanyak mula mengubah jalan hidupnya. Pelbagai kejadian yang menimpanya membuatkan Yusuf bermuhasabah diri.

Yusuf meninggalkan hobi dan perangai lamanya. Rubi (Jasmin Hamid), ibu Yusuf, gembira melihat perubahan Yusuf. Rubi terfikir adakah Yusuf masih mencintai Zulaikha. Rubi yakin Yusuf masih menanti Zulaikha walaupun Yusuf tidak menunjukkannya.

Sinopsis PESAN PADA HATI

Takdir seperti mempermainkan mereka, apabila mereka kembali bertemu dan mengetahui bahawa Maryam merupakan kakak kepada Yusuf.

Semuanya terjadi apabila Zulaikha perlu mencari keluarga Maryam untuk meminta pertolongan membiayai rawatan Dayyan, anak Akif dan Maryam yang jatuh sakit.

Yusuf pula masih menyimpan dendam atas kematian Maryam dan menjadikan Zulaikha sebagai tempat untuk dia membalas dendam. Yusuf setuju untuk membantu, tetapi dengan syarat Zulaikha perlu menjadi hambanya.

Mungkinkah tiada lagi cinta di hati Yusuf buat Zulaikha? Atau sebaliknya…
Mampu kah Zulaikha memenuhi syarat Yusuf?

Drama Pesan Pada Hati TV3

Nantikan drama bersiri Pesan Pada Hati diterajui oleh Shukri Yahaya dan Nabila Razali. Drama arahan terakhir arwah Raja Ahmad Alauddin. Akan ditayangkan di slot Lestary TV3 bermula 25 Oktober, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam.

Sinopsis PESAN PADA HATI

JUDUL : PESAN PADA HATI
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:0 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
IDEA ASAL : Sari Hermawati
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Chinta Nadeesha, Sari Hermawati
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin & Natasya Nasir
PRODUKSI : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Nabila Razali, Jasmin Hamid, Chacha Maembong, Sara Ali, Arja Lee, Elya Miera, Adam Yusuf, Firdaus Ghufran, Bella Rose, Muaz Fitri, Liza Abdullah, Anne Abdullah

WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Yusof
Nabila Razali sebagai Zulaikha
Sara Ali sebagai Yanna
Chacha Maembong sebagai Ardina
Arja Lee sebagai Virza
Firdaus Ghufran sebagai Amir
Bella Rose sebagai Fazilah
Muaz Fitri sebagai Ustaz Taufiq
Jasmin Hamid sebagai Puan Ruby
Elya Miera sebagai Mariam
Liza Abdullah sebagai Hajar
Anne Abdullah sebagai Jamilah

LAGU TEMA / OST
Azlan and The Typewriter – Jangan Khianati Aku

Korang yang mana belum tonton drama ni, try laaa tonton. Sebuah drama yang tersirat pengajaran ini naskah hebat dari arwah Raja Ahmad Alauddin dan para pelakon lain juga.

Kot korang terlepas boleh laaa try pi usha kat www.tonton.com.my eh…

Related posts:

Resipi Spaghetti Bolognese Mudah Senang Tak Perlu Pes Segera

Mee Goreng Mamak | menu ringkas, cepat dan segera. Janji adoo . . .

Sinopsis Drama CINTA SEKALI LAGI gabungan mantap Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha

Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri

Lifestyle Review Drama 10pmDrama sangatNabila RazaliShukri YahayaSinopsisSinopsis drama Pesan Pada HatiTV3

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. http://falseeyelashes.com/2018-makeup-trends/ says:
    May 20, 2020 at 5:21 pm

    Great review. I”ts so great that you shared this information post. Keep writing your intresting stories and delicious and original recipes. The photos are so cute.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes