Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER Pencuci Merawat Muka Breakout Bermasalah
March 22, 2019October 28, 2022

Review CETAPHIL Pencuci Muka Terbaik Mampu Rawat Muka Breakout

Review CETAPHIL Pencuci Muka bukan sekadar pencuci muka biasa-biasa. Mampu merawat muka breakout dan banyak lagi masalah lain. Tak percaya? Sila percaya! Sebab Nina sendiri pengguna tegar Pencuci Muka CETAPHIL ini. 

Isi Kandungan hide
1 Pencuci Muka CETAPHIL bukan sekadar cleanser biasa malah merawat masalah kulit Nina
2 Review CETAPHIL Pencuci Muka Gentle Skin Cleanser
2.1 Combination Skin – susah nak cari cleanser yang sesuai
2.2 Pengalaman Nina pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser
2.3 Apa yang best dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni ?
2.3.1 Yeayyy.. Cetaphil Gentle Skin Cleanser sesuai untuk Combination Skin Nina
2.3.2 Non-comedogenic
2.3.3 Kulit muka nampak sihat cerah berseri-seri
2.3.4 Cara menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser
2.3.5 Tidak berbuih
2.3.6 Removes light make up
2.3.7 Senang di bilas
2.3.8 Boleh di guna tanpa air
2.4 My BEST cleanser – Cetaphil GSC
3 Review CETAPHIL Pencuci Muka Gentle Skin Cleanser terbaik
3.1 Gentle on baby’s skin | Seisi keluarga boleh pakai – jimat
3.2 Cetaphil selamat
3.3 Moisturises as it cleanses Dermatologist recommended
3.4 Kat mana nak beli Cetaphil
3.5 Related posts:
4 Anak Demam Sawan Tarik.. Bukan sekadar demam biasa. Info penting yang harus ibubapa perlu tahu.... P...
5 cenderahati istimewa... cantiknya! Saya suka, Saya suka..... terima kasih StampNPrint Ent.
6 Resepi Hokkien Mee Udang Penang
7 Homemade Mashed Potato with Gravy...

Pencuci Muka CETAPHIL  bukan sekadar cleanser biasa malah merawat masalah kulit Nina

Satu jenama yang cukup Nina kenali sebagai penyelamat skin arlegi untuk anak sulung Nina satu ketika dulu masa dia baby.  Doktor pakar dermatologi yang sarankan supaya menggunakan Cetaphil – bahan yang bebas sabun dan pewangi untuk tolong membantu memperbaiki keadaan kulit anak Nina. Oleh sebab ia rekomendasi pakar kulit, Nina cuba dan Alhamdulillah ianya berkesan! 

Terdetik juga masa tu nak cuba pakai sikit untuk muka Nina sebagai cleanser tapi memandangkan anak lebih memerlukannya, maka hasrat tu pun terbantut… Hilang begitu saja dalam kenangan.

Baru-baru ni masa tengah belek-belek cermin tengok kulit muka Nina ni, dah nampak agak kusam. Mungkin faktor usia kot. Yelah… Umur Nina dah 4 series, dah macam-macam dah Nina dok tenyeh kat muka ni.

Review CETAPHIL Pencuci Muka Gentle Skin Cleanser

Review CETAPHIL Pencuci Muka

Combination Skin – susah nak cari cleanser yang sesuai

Kulit muka Nina jenis kombinasi, bahagian T-Zone ni berminyak, memula lepas cuci muka memang tak perasan tapi cer tunggu lepas 1 jam. Haaa…korang akan nampak kat T-Zone ni berkilat-kilat berminyak macam minyak goring ikan tuh! Gerenti korang yang tengok pun tak selesa rasa nak pi kesat jer minyak kat T-Zone Nina ni. HAhaa…

Kat kawasan pipi ni agak kering. Bukan mudah nak cari pencuci muka yang paling sesuai. Selalunya kalau pilih jenis untuk Dry Skin, bahagian pipi memang best. Smooth moist jer tapi part T-Zone berlebih-lebih minyaknya pula. Huhuuu…

Kalau Nina pilih jenis Oily Skin, part T-Zone dah tak berminyak, berkilat, best laa.. Tapi part pipi lak kering. Haishh … Kadang tu buntu nak pilih yang mana satu.

Tu hari Nina jalan-jalan kat Drugstore, hati ni terpandang pada Cetaphil lantas teringat hasrat dan niat dihati satu ketika dulu nak try pakai Cetaphil ni. Lebih menyakinkan bila terpampang ayat All Skin Type. Lagi laaa teruja nak cuba!

Review CETAPHIL Pencuci Muka

Pengalaman Nina pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Sejujurnya Nina tak sabar nak share kat korang, setelah lebih 2 minggu Nina dah pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni dan ianya memang best sangat! Benda baik kannn opkos laaa excited nak share ngan korang..

Apa yang best dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni ?

Ok, masa pertama kali Nina cuba guna Cetaphil ni memang ada beberapa benda yang Nina rasa pelik. Hati jahat dok berbisik, ok ke tak ni tukar pakai Cetaphil? Risau pun ada! Cuma berkat pengalaman anak sulung Nina bahawa Cetaphil berkesan selesaikan masalah eczema anak Nina, hati ni kuat nak tau keberkesanannya pada wajah Nina pula.

Yeayyy.. Cetaphil Gentle Skin Cleanser sesuai untuk Combination Skin Nina

Cetaphil GSC safe for all skin type. Nina setuju! Setelah muka ni di cuci dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser, ianya membersih lembut wajah tanpa mengeringkan kulit, masalah kulit muka oily di bahagian T-Zone dah tak berminyak lagi dan part pipi yang kering ni jadi lembab lembut jer.. Moist gitu… Nina suka! Geng pun lagi suka. HEhee

Non-comedogenic

Yang ini Nina pun setuju. Dengan Cetaphil GSC ni Nina perasan ianya tidak menyumbatkan liang roma. Malah ia membantu kulit muka mengekalkan kelembapan yang sedia ada. Masa memula pakai, kebetulan tengah mood Cik P maka ada lah seketul jerawat. Tak sangka dengan menggunakan Cetaphil GSC ni jerawat cepat kecut. Terbantut dia nak membesar awakk.. Bestnya! Tak de tinggalkan parut lak tu..

Kulit muka nampak sihat cerah berseri-seri

Ini antara perubahan yang Nina alami setelah menggunakan GSC dalam seminggu gitu. Kulit muka Nina nampak sihat, segar! Sebelum ni kulit muka Nina macam kusam dan sedikit gelap. Sejak pakai GSC ni kulit muka lebih lembab dan lembut. Seronok dok usap-usap pegang sendiri. Lantak laaa syiok sendiri ke apa, sebab memang best pun! Weeee…

Part kulit muka nampak cerah tu bukan lah cerah putih sangat sebab Cetaphil bukan nya ada bahan agen pemutih tapi mungkin sebab kulit muka ni dah sihat, segar lagi bersih dari cela so ini antara faktor kulit muka Nina tampak sedikit cerah dan berseri.

Cara menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Sangat mudah! Cuma ada beberapa perkara yang mungkin akan buat korang tertanya-tanya dan musykil seperti mana Nina memula gunakannya.

Tidak berbuih

Macam pelik jer kannn pencuci muka tapi tak de buih? Memula Nina sendiri pun musykil, eh eh.. boleh bersih ker cuci muka tanpa buih ni. Korang rasa? Haa .. kena cuba dulu baru tau!

Removes light make up

Serius Nina dah cuba memang ternyata bersih. Tak sangka bukan sekadar cleanser malah mampu hapuskan cela make up light yang ada kat muka Nina ni. Nina memang jenis tak make up sangat, so setakat make up biasa-biasa tu dengan Cetaphil GSC pun dah settle. Senang keje jimat masa!

Senang di bilas

Tuang GSC kat tapak tangan, agak-agak besar duit 50sen pastu sapu kan rata Cetaphil ke seluruh wajah, urut-urut lembut pastu bilas dengan air. Dalam 2-3 kali bilasan dah selesai proses cuci muka. Senang di bilas dan jimat air.

Boleh di guna tanpa air

Ahaa… Ini lagi rare awak! Korang hanya perlu sapu cream cleanser Cetaphill rata keseluruh wajah pastu lap ajer dengan tisu atau towel bersih. Settel.. Mudah sangat .. Sesuai laa kalau bawak pi travel Negara yang sejuk beku tuu, kot gigil ketaq nak cuci muka kena air, muka masih boleh dibersihkan dari segala kekotoran walau tanpa air. Tak susah pun nak jaga kecantikan. Mudah kann?

My BEST cleanser – Cetaphil GSC

Review CETAPHIL Pencuci Muka Gentle Skin Cleanser terbaik

Nina sependapat dengan lebih 99% pengguna yang dah guna Cetaphil GSC bahawa Cetaphil adalah cleanser terbaik! Cleanser yang lembut membersih , PH seimbang yang tidak memedihkan mata dan membantu mengekalkan kelembapan semulajadi kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia juga tidak ada sebarang bahan pewangi yang kita semua sedia maklum bahan pewangi ni kan tak baik untuk kesihatan kulit kita sebab tu cream cleanser Cetaphil ni tak de apa-apa bau pun saat kita cuci muka. Tak kisah laaa tak bau yang penting selamat dan berkesan.

Gentle on baby’s skin | Seisi keluarga boleh pakai – jimat

Part jimat memang sinonim dengan mak mak seperti Nina kannn…?? Dengan satu botol ni seisi keluarga boleh gunakannya. Dari maknya, abahnya sampai laaa anak-anak pun boleh guna sama. Pastu boleh guna untuk muka hingga lah seluruh badan. Paling senang bila nak bawa travel. Jimat ruang pun ya jugak. HEhee…

Cetaphil selamat

Cer korang tengok, kat depan botol Cetaphil GSC ni sendiri dah terpampang kebaikkan nya.
Daily care for sensitive skin Soap and fragrance-free Won’t sting eyes

Moisturises as it cleanses Dermatologist recommended

Bab pakar dermatologist recommended tu memang Nina setuju. Bukan takat doctor jer suggest kita guna Cetaphil GSC malah bila kulit kita ada masalah eczema atau breakout sebab produk terlarang, pakar farmasi pun akan cadang produk yang sama. Tak caya cer korang google, banyak weyhh testimoni produk apa terbaik selesaikan masalah kulit muka breakout.

Pencuci Muka Bagus Rawat Muka Breakout Bermasalah

Kat mana nak beli Cetaphil

Alahai korang… Produk dah menang banyak award ni senang sangat korang nak jumpa. Korang pi laaa mana-mana farmasi, hypermarket confirm ada. Kot pemalas nak keluar dari kepompong, kat online pun ada!

Link official store Cetaphil di bawah:

Shopee: https://shopee.com.my/cetaphil.os
Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/cetaphil/

Dah berusia ni, Nina pun mula ada kesedaran nak guna produk yang berkualiti jer.. Korang bila lagi? Tak kan nak tengok jer kulit muka Nina halus mulus sihat berseri. Hehee…

Review CETAPHIL Pencuci Muka

Jom sesama cantik dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser!

Related posts:

Anak Demam Sawan Tarik.. Bukan sekadar demam biasa. Info penting yang harus ibubapa perlu tahu.... P...

cenderahati istimewa... cantiknya! Saya suka, Saya suka..... terima kasih StampNPrint Ent.

Resepi Hokkien Mee Udang Penang

Homemade Mashed Potato with Gravy...

Lifestyle Parenting Review Tips camner nak cantikCara merawat ekzema dan psoriasisCetaphilDermatologist recommendedgentle cleanserInfo - kesihatanmuka breakoutPencuci MukaReview Cetaphilskincare

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (79)

  1. Qaseh says:
    March 22, 2019 at 1:37 pm

    Memang best pakai then satu botol besar ni tahan lama sangat , memang berbaloi dengan harga

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:25 pm

      Kannn… Berbaloi..!! Manfaat untuk kulit tu yang paling berharga

      Reply
  2. PencariMakan says:
    March 22, 2019 at 1:39 pm

    Cantik lembut mulus itu yang penting kan. Kan.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:23 pm

      Kannn… Leh laaa Bob belikan untuk isteri eh

      Reply
  3. SitiYangMenaip says:
    March 22, 2019 at 1:40 pm

    ramai kasi review berkesan. im going to try soon.. alhamdulillah xde masalah kulit muka
    just kering n nak jaga. nak cuba ni..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:21 pm

      Siti, InsyaAllah good for all. Cetaphil tak de bahan terlarang so safe for all. Try laaa… Hope sesuai ngan your skin.

      Reply
  4. Nadia johari says:
    March 22, 2019 at 1:41 pm

    Tak pernah cuba lagi.. Tapi nampak menarik satubkeluarga boleh pakai.. Boleh syorkan dekat suami

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:19 pm

      Betul Nad, husband kak nina pun share pakai sama. Anak anak pun sama. Senang sebotol seisi keluarga.

      Reply
  5. SalinaJohari says:
    March 22, 2019 at 1:45 pm

    Cetaphil memang best sebab kurang buih dan bila cuci muka tu terasa bersih dari kotoran ..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:18 pm

      Kannn… Tak de buih at all..!! Memula surpriseee gak. Lelama dah biasa dan suka.

      Reply
  6. TATI MANSUR says:
    March 22, 2019 at 1:49 pm

    Tak pernah lagi cuba.. Tapi nak cuba jugaklah sebab ada masalah combination skin jugak.. Kot2 lah boleh cerah berseri mcm kak nina..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:18 pm

      Try laaa Tati. Produk bagus tak de bahan terlarang InsyaAllah good for all. Cerah tu tak sure sebab dia tak de bahan whitening. Cuma akan beri kulit yang sihat. InsyaAllah

      Reply
  7. Yb shehan says:
    March 22, 2019 at 1:51 pm

    Wah.. bgs btul info ni..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:16 pm

      Shehan, produk bagus kena laaa sharing kann.. As long tak memudaratkan dan tak de bahan terlarang. InsyaAllah good for all

      Reply
    2. Ct.azman says:
      April 5, 2020 at 7:31 am

      Kalau untuk kulit berminyak Dan jerawat boleh guna ke kak nina hmm

      Reply
  8. Huda says:
    March 22, 2019 at 1:59 pm

    makin comel dan awet muda tau kak nina ni..jeles betul tengok. cantik yer kulit akak..cetaphil rahsianya yer…

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:15 pm

      Jangan laaa jeles, Huda pun apa kurangnya, kulit muka huda pun cantik juga.

      Reply
  9. Mama Kembar Tiga says:
    March 22, 2019 at 2:02 pm

    Mmg yakin ngan Cetaphil sbb masa anak anak i kena ekzema dulu pun doktor suggest guna Cetaphil

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 22, 2019 at 7:14 pm

      Nani, tu laaa…. Doktor yang rekemen tentu produk yang bagus kann

      Reply
  10. Firzz Radzi says:
    March 22, 2019 at 9:02 pm

    Wahhh.. Leh suggest kat wife…

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 5:52 pm

      Haaa… Bagus bagi wife pakai . Fizz pun buleh. Food produk

      Reply
  11. Mariana says:
    March 22, 2019 at 9:11 pm

    Memang berkesan cetaphill ni. Dah pernah try

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 5:52 pm

      kannnn…. Dah pakai baru tahu best kann

      Reply
      1. Suhaila says:
        June 4, 2020 at 1:20 pm

        Hi nk tnya boleh, saya baru cuba pakai cleanser cetaphil ni, kenapa ye bila saya pakai dia tmbuh jerawat2 kecik di atas dahi? Tak ssuai dgn kulit ke?

        Reply
  12. Cik Nor says:
    March 22, 2019 at 10:02 pm

    wah..mkin muda remaja la k.nina..:)

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 5:53 pm

      cik. Nor pun buleh…. Try laa

      Reply
  13. fizafantagiro says:
    March 23, 2019 at 6:27 am

    Bersihnyaaa muka kak nina guna produk ni

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 23, 2019 at 8:30 am

      Alhamdulillah … Rasa yakin bila guna produk yang di uji klinikal.

      Reply
  14. Lya says:
    March 24, 2019 at 9:16 pm

    Cetaphil ni mmg bagus laaa .. best guna ..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 5:54 pm

      Kannnn Lya, yakin bila. Dermatologi yang rekemen

      Reply
  15. Chrissella says:
    March 25, 2019 at 4:40 pm

    Saya suka Cetaphil, biasa guna untuk waktu pagi sahaja. Selalu beli yang kecil je, tu pun tunggu watsons buat sale.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 5:55 pm

      Chrissella, samalah! Beli time Sales berbaloi baloi. Jimat

      Reply
  16. kylie cre8tone says:
    March 25, 2019 at 5:30 pm

    I’m using cetaphil too and i’m loving it.. so gentle to my skin… 🙂 this is such a great product… nice one…. Great for those with sensitive skin especially..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 5:59 pm

      Yesszaaa…. Sep!

      Reply
  17. Comel says:
    March 25, 2019 at 8:42 pm

    Wahh baguslah utk org kulit sensitif ni.. skg pencuci pun kena ada clinical test. Baguslah.. brand ni utk yg ada skin prob n alah pada sebum ni

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 5:59 pm

      Yes, clinical test sangat membantu kita pakai produk yang sesuai

      Reply
  18. budak bandung laici says:
    March 26, 2019 at 12:03 am

    wah tu dah terbongkar rahsia kulit muka selalu sihat & cantik. rupanya guna cetaphil.. housemate BBL pun guna produk ni memang nampak berkesan cuma BBL tak mampu nak beli sebab mahal sangat hehe

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 6:01 pm

      Ikutkan tak mahal mana pun… Kita belintime sales. Jimat! Bijak kannnn

      Reply
  19. Hanny Abdullah says:
    March 26, 2019 at 1:31 am

    Ramai kata bagus produk ni, nak cuba pakaikan kat anak sis lah..muka dia sekarang waduhhh geram je tengok..penuh gan jerawat2 halus tu. Macam2 produk dah pakai..cam tu jugak..nanti nak cuba yang ni pulak lah

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 6:02 pm

      haaa… Try laaa, my daughter pun pakai cetaphil. Produk selamat

      Reply
  20. Fadzi Razak says:
    March 26, 2019 at 6:53 am

    Ramai yang cakap cetaphil ni memang bagus untuk rawat kulit rosak. Kalau kulit sensitif lagi sesuai. Even dieorang pun ada keluarkan produk untuk baby kan

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 6:03 pm

      Aahh… Baby range pun gentle. Kita suka lotion dia

      Reply
  21. Mimi says:
    March 26, 2019 at 7:57 am

    Ramai yang bila kulit breakout pakai Cetaphil ni kan. Saya tak tahu sesuai ke tak dengan kulit muka. Tapi as long as kandungannya tidak merbahaya boleh kot. Nak ty tapi tak tertry..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 6:04 pm

      yup, produk yang selamat tak risau nak try. My kids pun kita pakai kan cetaphil. Senang satu family sebotol

      Reply
  22. AYU RAFIKAH says:
    March 26, 2019 at 8:05 am

    brand ceraphill ni mmg popular sebab ramai yang guna akan bagi feedback yang positif..yang best tu dia sesuai untuk semua jenis kulit…kalau yg ada masalah kulit lagila kena guna sebab dia boleh merawat sama.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 6:05 pm

      Betul betul betul… Merawat skin yang problem. My daughter jerawat banyak dah kurang pakai cetaphil

      Reply
  23. Tekkaus says:
    March 26, 2019 at 10:20 am

    Good to know that this skin cleanser is not only suitable for women and ladies but for kids and guys as well. Indeed this is a good skin cleanser that can be used by everyone in the household. 🙂

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 6:06 pm

      Yup, jimat! Hehee

      Reply
  24. emi says:
    March 26, 2019 at 10:25 am

    Kawan-kawan emi rata-rata kalau ada masalah kulit breakout , memang dorang akan guna cetaphil untuk pulihkan kulit diorang. Katanya bagus, dan memang terbukti bagus pun. Emi belum pernah try lagi, hehe

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 6:07 pm

      Nanti boleh laaa emy try. Mana lah tau serasi. Sebotol kecik Rm20

      Reply
  25. Syiera Mat Saman says:
    March 26, 2019 at 3:08 pm

    Wah patutlah makin cun hehehe ramai betul yang guna cetaphil ye. Nanti syira nak cuba jugak. Review yg menarik

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 6:30 pm

      nanti try laaa… Alhamdulillah skin bertambah sihat sekarang

      Reply
  26. Min says:
    March 26, 2019 at 9:55 pm

    CEtaphil ni memang bagus pulak2 bila dia sejenis yg mmg non comedogenic. Kte suka pakai cetaphil ni

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 6:30 pm

      Sep! Samalah kita….

      Reply
  27. Syafiera Yamin says:
    March 27, 2019 at 2:19 am

    lisa surihaini pun suka cetaphil ni kan.. tapi orang kata sangat bagus yang ada masalah eczema.. ada yang cuci macam biasa biasa je lepas tu lap pakai kain suam memang muka rasa bersih je.. ni rasa nak cari sebotol ni..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 6:31 pm

      Ahaaa… Nanti cari eh.. Kita terjebak sebab anak kita arlegic pastu pakai cetaphil skin dia baik

      Reply
  28. Ai says:
    March 27, 2019 at 10:30 am

    Ramai gak kawan-kawan guna.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 6:32 pm

      tu laaa… Sebab tu kita pun terjebak

      Reply
  29. TENGKUBUTANG says:
    March 27, 2019 at 11:49 am

    TB pun nak beli baliklah Cetaphil ni.. KUlit TB memang kering sekarang ni.. sesuai sangat pakai cetaphil ni tapi gatai pi stop n pakai produk lain.. hihoihi

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 29, 2019 at 6:05 pm

      TB, nanti leh laaa try. Pernah pakai eh, sayangnya tak continue pakai. InsyaAllah kulit kering tu nanti akan pulih.

      Reply
  30. Sunshine Kelly says:
    March 28, 2019 at 10:00 am

    I have been using this cleanser for quite sometime and I like it. Its very gentle and mild plus suitable for sensitive skin users.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 29, 2019 at 6:04 pm

      Wahh … Kelly pun pakai Cetaphil. Patut lah your skin cantik!

      Reply
  31. Halimah says:
    March 28, 2019 at 1:24 pm

    Product Cetaphil kak belum cuba lg, kulit berminyak bgs pakai, mcm kulit kak kering ni sesuaix

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 29, 2019 at 6:03 pm

      kak halimah,
      nanti leh laaa try, produk clinical gini tak bahayakan kulit. Tak de bahan terlarang dan sesuai untuk semua jenis kulit! TErbaik

      Reply
  32. Alia says:
    March 29, 2019 at 4:55 pm

    Byk review cakap cetaphil ni b3st. Tapi saya tak pernah try lg.. Harga kt msia mahal jugak kan. Hari tu kt oz nmpak mcm murah.. Tpi sebab x pakai.. Xb3li pun lah

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 29, 2019 at 5:51 pm

      Alia,
      Nak kata mahal sangat tu tak juga, beli masa promo sale kat Guardian dapat murah gak! Yang penting berbaloi, cantik tanpa bahan terlarang.

      Reply
  33. Rawlins GLAMq says:
    April 1, 2019 at 8:18 am

    Demi sejenis kulit nan sensitif dan combination nie, memang sukar nak mencari pencuci yang sesuai dan tidak mengeringkan. Tu sebab bila Rawlins jumpa yang sesuai, memang sukar nak tukar pada yang lain. Tapi Rawlins banyak baca review yang bagus pasal yang nie. So, adakah Rawlins akan mencubanya?

    Kita nantikan.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 6:33 pm

      Jeng jeng jengggg… Betul dah jumpa yang sesuai memang akan kekal pakai. Tak cari lain dah

      Reply
  34. Haida says:
    April 17, 2019 at 3:21 pm

    Patutlah kak nina sentiasa awet muda… ramai kata bagus.. kena cuba ni

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 5:51 pm

      Haida, try laaa.. Recommended

      Reply
  35. Ina says:
    April 18, 2019 at 8:13 am

    wahhh,gabungan mantap kak. Ehehehe.. saya nampak duck scarf jer tuuu.. hahaha.Comelll

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 22, 2019 at 5:50 pm

      Ina… Lain nampak nya ya? Hahaa.. Apapun cetaphil best dan serasi ngan kak nina

      Reply
  36. mas saari says:
    April 24, 2019 at 8:26 am

    Ramai betul cakap Cetaphil ni best, nak try jugaklah.

    Reply
  37. Athea says:
    July 18, 2019 at 4:51 am

    Salam..nak tanya, kalau guna cetaphil gsc ni x perlu guna toner ke?or any suggestion what kind of toner that is suitable for combination skin?tq in advance.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 18, 2019 at 7:45 am

      Wa’alaikumussalam Athea, cetaphil adalah cleanser. Berkenaan toner, ada sesetengah orang macam Nina yang tak guna toner. Selepas cleanser Nina dap dap water essence . Nak suggest apa yang sesuai ni tak berani laaa sebab kulit kita semua tak sama. Bagus untuk sana tak semestinya berkesan untuk Athea. Or my tips yang nina srlalu buat :- Athea boleh try sapukan muka dengan ice cube selepas cleanser.

      Reply
  38. lallana says:
    August 14, 2019 at 1:19 am

    Perlu bilas tak sis pakai gentle skin cleanser tu ? Suggest pakai time bila ?

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 16, 2019 at 10:29 pm

      Tak bilas pun ok, biasa nina pakai sebelum cuci muka. Cetaphil ni macam makeup remover gak.. Nina pakai sebelum tido

      Reply
  39. Cheta Eita says:
    August 19, 2019 at 9:16 am

    wahhh..bagus juga cetaphil ni yer, Cheta ni jenis kulit sensitif memang tak berani nak tukar skin care, setakat ni masih serasi dengan pencuci muka YOUTH,alhamdullilah

    Reply
  40. Alya says:
    February 3, 2020 at 9:39 pm

    Hi saya nak tahu apa lagi skincare lain yg nina pakai ye??

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes