Biar betul CERMIN MATA MULTIFOCAL MURAH BERKUALITI RM450 je ?
RABUN DEKAT | Baca tak jelas. Dah tua kah daku?
Jujur citer bila dah berusia ni, tengok phone lama sikit mula lah mata ni penat, mengantuk yang amat. Wasap Nina sekali bukak memang macam bertahun tak usik. Beratus! Entah apa yang depa tu bincangkan tu entah ler.. yang pelik nya Nina selalu terlelap tanpa sedar walhal baca wasap pun tak habis lagi. Macam kelakar kann?
“Mama ni asal tengok phone je tido!”
Ya memula macam kelakar.
Lelama rasa asyik tengok phone je terlelap entah hape aje! Daku sakit ke?
Sampai rasa mata ni dah tak boleh tengok phone ke? Risau lak tetiba pandangan ni gelap tak nampak apa-apa!
Serius sampai tahap tu terfikir tau. Sebab asal tengok phone je tertido, asal tertido je pegang phone. Betul tak bohong!
Nak baca tak jelas, tulisan kembang. Bukak spek baru boleh baca.
Rabun dekat kah ?
Korang pernah alami yang sama?
Nak baca kena bukak spek, pastu pakai balik. Pastu buka pakai bukak pakai. Jenuh aiihh.. kannn?
Ok shortcut citer, segera lah Nina pi check power mata. Risau weyhhhh..!!
Power rabun jauh ada sikit naik
Dan
Nina, you dah ada rabun dekat tau! – kata William si Oppa hensem
Oh no!
Sejujurnya memula dengar memang dalam hati ada rasa indenial. Tak percaya
Tapi, dah William terangkan apa yang terjadi dok terlelap tu adalah punca mata penat barulah ku redha terima hakikat ini. Huhuuu..
Terus rasa macam dah tua bila terfikir kena pakai spek baca macam orang tua selalu pakai tuuu, ada garisan bulat kat lens belah bawah. Eewwww .. takmo lah. Tak lawa nya!
William kata rabun dekat selalu terjadi bila usia cecah patplohan. Ya take note ya, umur 40 rabun dekat so usah menafikannya! Dan lagi faktor lain adalah kerap tengok phone. Bila mata penat , kita paksa mata tu tengok tengok tengokkkkkk jugak. Ketegaq!
So naik lah power rabun dekat. Acaner? Dah keje ngadap phone. Huhuu…
Maka
Berbelah bagi jugak nak buat spek multifocal sebab tahu selalu nya harga mahal. Huhuu
Sebab selalu je dengar orang kata spek multifokal mau cecah ribu ribu! Kannn?
Ini kan Kedai Cermin Mata Viral No.1
Cermin Mata Multifocal Murah Berkualiti hanya RM450 aje di Eye Pro Vision – William
Harga Cermin Mata Multifocal Murah Berkualiti hanya RM450 je ?
Eh! Biar bethooll ?
Ya , sekali bingkai. Siap UV 420 lens lagi. William kata harga asal RM950
Oh yes! Murah laaa .. NO HIDDEN CHARGE. Kanta Jauh, Kanta Dekat, Kanta Silau = 3 in 1 gituh!
Biasanya harga cermin mata multifokal kann cecah ribu ribu?
Yelah, kalau kat luar memang ribu riban harganya. Nina dah survey kat luar minima RM800 atau RM1200 ke atas
Ada kawan sekolah Nina citer dia buat sampai cecah RM4-5 ribu. Aduyai seram dengar!
RM450 je awakkk
Apalagi tunggu lagi, terus onz buat laa!
Memang tak dinafikan laaa memang kat sini lah Kedai Cermin Mata Murah !
Tak sanggup dah asyik terlelap dalam penasaran. Kalau tak asyik terlelap, tak siap keje dibuatnya. Pastu risau kalau dibiar kan je akan lebih memudaratkan lagi kesihatan mata kelak. Mata nak pakai lama ooii . . . Sepanjang hayat.
Amacam lawa tak?
Tak nampak macam spek orang tua pun kannn?
Teruk nau overthinking ko Nina ooii..
Sapa sangka spek multifokal gini RM450 je.
Kenapa nak bayar mahal sedangkan ada je yang murah berkualiti. Cer citer, cer citer..
Pengalaman 1st time pakai cermin mata multifocal ?
Okies, memula nak citer betapa susah nya kehidupan Nina dulu. Kita ni rabun jauh so tengok jauh masa drive, nonton TV memang kena pakai spek. Tak pakai tak nampak jelas pandangan jauh.
Tapi bila adanya rabun dekat, spek mata biasa tu kena bukak. Kalau pakai jugak yang dekat jadi blur kembang. Kalau buka sikit lah jelas.
So kebiasaannya semasa drive Nina pakai spek, bila nak baca Nina akan bukak spek. Nak masak atau buat pergerakkan yang pandangan dekat Nina akan bukak spek juga. Cemuh ooii . . . Dok bukak pakai bukak pakai!
Paling leceh masa drive sambil nak tengok waze kat phone. Sebab power dekat jauh berbeza. Ganggu pemanduan + sememeh herot-herot tudung dibuatnya! Stress weyhhh
Tapi sejak dah pakai spek multifokal ni amat memudahkan Nina. Nak buat keje pun mudah.
Dengan bukaan 50% progressive dah cukup membantu tugasan Nina seharian.
Serius laaa, banyak pilihan design frame yang cecantik kat sini. Lagi best sebab staff kat sini expert bantu kita buat pilihan cermin mata yang sesuai untuk bentuk muka kita. Sebelum ni puas laa Nina dok hadam kan bab Tips pilih cermin mata yang sesuai ikut bentuk muka bagai. Sekali staff Eye Pro Vision bagi 3-4 pilihan terus shortcut masa kita memilih. Jimat masa, terbaik laaa!
Memudahkan urusan seharian pakai Cermin Mata Multifocul
Sekarang ni
Tengok jauh jelas
Tengok dekat jelas
Nak drive jelas
Tengah drive nak tengok Waze kat phone jelas
Nak masak jelas, tonton TV jelas. Jelas pemandangan ku!
So nikmat apa lagi kau dustakan?
Dengan hanya RM450 all in one NO Hidden Charge
Untuk first timer pakai multifokal lenses memang berbaloi buat cermin mata multifocal di EYE PRO VISION ni
Worth it awak! ❣️❣️
Kalau tahu gini lah harga dan keselesaan nya, dah lama dah Nina buat spek multifokal ni. idok lerr daku asyik tertido tiap kali tengok phone atau laptop. Huhuuu
William akan pasti titik mata kita betul-betul center dekat mata hitam kita. So kita pakai nanti pun selesa. Teliti betul dia buat!
Kat mana cermin mata multifocal murah berkualiti ?
Eye Pro Vision
G111 Ground Floor Sungei Wang Plaza KL
Cari William Chai . Sebaiknya korang call dia dulu sebelum datang. Wasap pun ok. 016-3771304
(sebut nama Nina banyak kali kat dia tau. Ada rezeki dapat lah diskaun) poyo sungguh Nina ni HEhee..
So berapa umur korang?
Dah cecah patploh atau sikitttt lagi nak masuk patploh tapi dah mula mata penat bila tengok phone or laptop? Haaa… tanda dah tuh!
Sila lah pi check mata kat Eye Pro Vision, Sungei Wang Plaza . Sini lah Kedai Cermin Mata Murah KL yang dok viral tuh! Jangan biar lelama nanti lagi memudaratkan. Ingat, mata ni tiada gantinya. Jaga bebaik..
Ehem ehem.
Rawlins pun sama gak – pakai buka, pakai buka
Nampak gaya kena lawat gak si Oppa William la nampaknya
Memang sush ye bila dah rabunni. Memang ekne cek mata setiap bulan baru tau knp mata kita ni. Mujur ada Eyeprovision kan. murah sangat tu
Juju suka sharing kak nina, teringat dulu buat multifocal kt husband di sini. Memang puas hati.
Paling suka buat spek kat sini, murah!
Kak Nina dah multifocal dah. pergghhh rasa akak masih muda tau. lupa pula kita dah berusia. saya pun teringat umur saya sekarang hahaha. by age 40 kita mesti akan ada masalah penglihatan jauh dan dekat ni. hehehe. nanti cari Encik William juga. kikikiki.
Murahnya rm450 dah dapat yang berkualiti, Sis biasa buat yang biasa je dah dekat rm300, huhuhu.. lepas ni nak buat sini aja laaaa
wow i have never heard of multifocal lens before. i am really intrigued and i am going to check them out to see if it’s suitable for my aging eyes!
Yeah! i also did my spectacles from this shop. Their service is excellent, fast, and also many choices. Plus the price also very reasonable.
Thanks for the recommendation untuk buat cermin mata kat sini… seriously, Nell first time buat cermin mata at this price and fulfill all my requirement… Service mereka pun tiptop kan…
kita pun lately ada masalah dengan rabuh.. haha.. nanti boleh pergi kat kedai yg nina rekomen kan nampak menarik
Cantik la cermin mata Kak Nina. Trending kan spek macam ni sekarang. Haritu, anak-anak pun pilihkan jenis cermin mata yang macam ni juga. Buat hat baru sebab yang lama tu dah tak sama power. Memang terbaik service Oppa William kat Eye Pro Vision ni. Recommended!
Hey, dulu pernah juga buat cermin mata kat sini. Rambang mata pilih bingkai, banyak pilihan.
Great article, thanks for sharing with us!!!