Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

August 22, 2019August 27, 2019

Antara Aku , Nasi Lemak McD dan Mekdi

Antara Aku dan McD

Isi Kandungan hide
1 Antara Aku dan McD
2 Wah…. McDonald’s kini ‘Mekdi’
3 Kenapa ‘Mekdi’
4 Nasi Lemak makanan kegemaran rakyat Malaysia
5 Raikan Bulan Kebangsaan bersama Nasi Lemak McD
6 Jom sesama iktirafkan Nasi Lemak McD sebagai hidangan kebangsaan Malaysia
6.1 Camner nak turut sama iktirafkan?Senang jer … McDonald’s mensasarkan dapat mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia ( 16 September) ini. Korang hanya perlu join petisyen dengan layari http://chng.it/LDfjGDJsQs
7 McDonald’s Malaysia – Berjiwa Malaysia
8 Nasi Lemak McD – menu tetap McDonald’s
9 Related posts:
10 Cendawan Goreng Tepung Crispy
11 Udang Goreng Assam
12 Ikan Patin Masak Lemak ... Ooppss! Sorry yea, tak der Tempoyak ehhh
13 Pergghhhh... Sedap! Resipi Udang Galah Masak Diraja

Teringat masa remaja, asal nak lepak ngan kengkawan McD laaa tempat yang dituju. Tak kira laaa nak study ataupun dating. Eh.. Terpecah tembelang plak. Alaaa zaman cinta monyet gitu. Hehee

Pastu dah keje, asal kebuntuan lunch nak makan kat mana, McD gak yang dituju.. Hingga laaaa dah beranak pinak ni, McD merupakan sebuah Restoran cukup sinonim untuk seisi keluarga tak kira usia mahupun pangkat. Malah, suasana di McD cukup menceriakan anak-anak tak kira apa sambutan harijadi atau gathering. Setuju kannn?

Wah…. McDonald’s kini ‘Mekdi’

Ehh… Biar betul McD dah tukar jadi ‘Mekdi’?? Iyer betul sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Percayalah… Ini bukan cobaan, ini betul-betul..!! Tapi menarik gak kannn?

Pendapat Nina tulisan Mekdi stylo seyh… Lebih dekat di hati gitu.. Yelah… Kita sesama kita biasa panggil McDonald’s dengan singkatan panggilan ‘Mekdi’ kannnn..??

Kenapa ‘Mekdi’

McDonald’s Malaysia meraikan ulang tahun ke-37! Signboard ‘Mekdi’ ni korang akan jelas nampak terpampang di restoran ikon McDonald’s Bukit Bintang, iatu lokasi pertama McDonald’s di Malaysia yang dibuka pada tahun 1982. Dah lama kannn…??

“Selama 37 tahun yang lalu, rakyat Malaysia telah membantu mengembangkan jenama McDonald’s sehingga hari ini.

Sebagai penghargaan terhadap sokongan berterusan mereka, kami telah memutuskan untuk menggunakan nama gelaran mesra ‘Mekdi’, yang kini sinonim dengan jenama kami”

jelas Naib Presiden McDonald’s Malaysia dan ketua pegawai pemasaran Melati Abdul Hai.

Nasi Lemak makanan kegemaran rakyat Malaysia

Sebut aje Nasi Lemak sapa jua kenal menu kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Menu ini di makan tak kira masa. Dihidangkan samada waktu pagi tuk sarapan, lunch, dinner mahupun supper sajian tengah malam. .

Bukan itu aje, ianya tak kira usia, kanak-kanak hinggalah dewasa sukakan Nasi Lemak. Setuju kannn?

Selain dari pembaharuan signboard Mekdi sempena meraikan bulan Merdeka, McDonald’s Malaysia juga memperkenalkan versi Nasi Lemak McD sendiri, yang kini menjadi kegemaran Malaysia.

Raikan Bulan Kebangsaan bersama Nasi Lemak McD 

McDonald’s Malaysia rai identitinya sebagai syarikat Malaysia Jenama global itu terima pakai nama panggilannya di Malaysia – Mekdi, dan perkenalkan Nasi Lemak McD sebagai sebahagian daripada sambutan dalam meraikan Bulan Kebangsaan, McDonald’s Malaysia menyambut segala yang berkaitan Malaysia dengan memperkenalkan Nasi Lemak McD, hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia dalam versinya tersendiri.

Jom sesama iktirafkan Nasi Lemak McD sebagai hidangan kebangsaan Malaysia

Camner nak turut sama iktirafkan?
Senang jer … McDonald’s mensasarkan dapat mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia ( 16 September) ini. Korang hanya perlu  join petisyen dengan layari http://chng.it/LDfjGDJsQs

McDonald’s Malaysia – Berjiwa Malaysia

Sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang pada tahun 1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald’s Malaysia dikendalikan mengikut kehendak tempatan – daripada menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan inisiatif amal kebajikan.

Pilihan menu bercitarasa tempatan: Selain menu utamanya, McDonald’s Malaysia turut memperkenalkan menu mengikut selera rakyat Malaysia dan citarasa tempatan, seperti menu terbaru, Nasi Lemak McD dan Extra Spicy Ayam Goreng McD. Malah, Malaysia adalah salah satu pasaran pertama di dunia yang mempunyai hidangan Ayam Goreng dalam menunya.

Tengok tuu …. Hidangan Nasi Lemak McD ni disajikan lengkap dengan nasi bersantan yang wangi, ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng, berserta sambal pedas yang kick! 

Ada yang sukakan Nasi Lemak ada lauk tambahan kannn.. Lagi syiokkk terangkat Nasi Lemak McD bila korang tambah Ayam Goreng McD Spicy dan secawan Teh Ais Limau. Vavava… tetiba terliur lak kann..?? HAhaa…

Bukan tu jer.. Dalam menepati selera dan citarasa tempatan, Malaysian tasted turut diserapkan ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol, di mana semua ini terdapat di restoran McDonald’s di seluruh negara pada masa ini. Korang try laaa rasa McFlurry Cempedak, excited Nina nak rasa gak ni…!

Mekdi Nasi Lemak McD

“Walaupun McDonald’s adalah salah satu daripada jenama global terkemuka, McDonald’s Malaysia berbangga menjadi sebuah syarikat yang berjiwa Malaysia. Perniagaan kami memberi tumpuan kepada rakyat Malaysia dan memahami keperluan mereka, sama ada melalui menu kami, kerja-kerja amal atau memupuk bakat kami.” menurut Melati.

Nasi Lemak McD – menu tetap McDonald’s 

Nasi Lemak McD kini boleh didapati di semua restoran McDonald’s Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald’s, 24 jam sehari. Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais.

Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.

Nasi Lemak McD Mekdi

Penggunaan bahan-bahan tempatan: 80 peratus daripada bahan-bahan tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi digunakan dalam semua menu menarik McDonald’s Malaysia diperolehi di Malaysia sendiri. Segala-galanya daripada ayam, sayur-sayuran, dan sos – termasuk Sos Cili kegemaran rakyat Malaysia – dihasilkan atau diperolehi di dalam negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu McDonald’s yang menarik bulan ini, sila layari, http://www.mcdonalds.com.my

Okey, jommm kita sesama turut serta dalam petisyen ini supaya Nasi Lemak McD diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia! 

 

Related posts:

Cendawan Goreng Tepung Crispy

Udang Goreng Assam

Ikan Patin Masak Lemak ... Ooppss! Sorry yea, tak der Tempoyak ehhh

Pergghhhh... Sedap! Resipi Udang Galah Masak Diraja

Lifestyle Harga Nasi Lemak McDHari Kebangsaan MalaysiaMcDonaldsMekdiNasi Lemak McD

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (27)

  1. Ann Noura says:
    August 24, 2019 at 11:48 am

    Hehe comel je Mekdi

    Reply
  2. Ann Noura says:
    August 24, 2019 at 11:48 am

    Hehe comel jeeee jadi Mekdi tauuu

    Reply
  3. Nadia johari says:
    August 24, 2019 at 11:51 am

    Dah rasa nasi lema dia.. Mmg sedap sangat.. McDonalds memag mejadibpilihan hati bila dah yak tau nak mkan ape..

    Reply
  4. Moha says:
    August 24, 2019 at 12:32 pm

    Nasi lemak Mekdi mmg sedap!

    Reply
  5. Haida says:
    August 24, 2019 at 12:40 pm

    Mekdi mudah nak sebut dah. Hehehe.

    Reply
  6. Ummi Zarra says:
    August 24, 2019 at 1:04 pm

    Sedap McD. Ramai yang kata Nasi Lemak mcD sedap nak2 sambalnya. Kenyang dan puas hati bila nasi lemak complete ada telur dan ayam siap bilis algi. Nanti nak beli lah.

    Reply
  7. Saidila Rahman says:
    August 24, 2019 at 1:27 pm

    lebih senang sebut mekdi dari mcd….sebab dah ada nasi lemak tak boleh nak kata apa dah pasal makanan segera…nak makan nasi lemak dengan ayam goreng pergi jer mekdi….

    psst : ni ai tengah makan nasi lemak mekdi juga sambil komen

    Reply
  8. Nhazla mohamed fikri says:
    August 24, 2019 at 3:05 pm

    Walaupun ejaan dah bertukar mekdi, dalam kepala tetap eja mcd. Dan dah macam hilang identiti pulak bila dah bertukar signboard. Seolah Restoren yang berlainan. Harap ini semua hanya sementara

    Reply
  9. Nadia says:
    August 24, 2019 at 11:36 pm

    Nasi lmak mekdi..mcm sedap je..nnt nk try la..btw nama baru mekdi tue mmg nmpk stylo..thniah mekdi da 37 tahun kt malaysia nie..

    Reply
  10. umminani says:
    August 25, 2019 at 6:36 pm

    nani suka yg ada yam..so kita pilih lunch dan dinner.

    Reply
  11. YB Shehan says:
    August 25, 2019 at 7:38 pm

    Mekdi plak. Hahahha.. Macam2 org Msia nih. Kreatif.

    Reply
  12. Bella Jamal says:
    August 25, 2019 at 8:32 pm

    Memang MCD akan tukar signage dia kepada Mekdi ke? Serious? Nasi lemak McD belom cuba lagi, tapi pernah dah rasa menu dia yg ada nasi. Sat lagi sis bukak Mekdi delivery lah..hehehe.Stylo je Mekdi, dewan bahasa tak bising ok sajorkkkk. Hehe.

    Reply
  13. Wui Kathy says:
    August 26, 2019 at 9:33 am

    Mouse mommy nak rasa nasi lemak McD jugak! Nampak sedaappp jugak! Ice cream Mekdi tu memang jadi pilihan kami, wajib order sundae setiap kali pergi ke McD.

    Reply
  14. Mama Kembar Tiga says:
    August 26, 2019 at 11:08 am

    Tak sempat lagi nak rasa nasik lemak mekdi ni. Asai pi mekdi ja automatik order burger hehe. Pasni nak cuba nasi lemak plak lah

    Reply
  15. farhanajafri says:
    August 26, 2019 at 4:12 pm

    comel je nama mekdi ni. Memang orang kita suka sebut mekdi daripada mcd. Nasi lemak dia masa keluar dulu memang sedap especially sambal. Makan pulak dengan ayam goreng fuhhhh

    Reply
  16. LizzaBella says:
    August 26, 2019 at 7:08 pm

    Interesting juga letak nama Mekdi ni. Baru je lalu BB kelmarin tapi tak perasan langsung nama Mekdi besar2 kat tengah2 board tu. Maybe lebih localized lah kan dengan ejaan macam tu. Mesti tourists pun nak tau lebih kenapa nama lain

    Reply
  17. SITI AWADAH says:
    August 27, 2019 at 8:54 am

    pernah makan aritu sekali.. sedap!! mmg kena dengan ayam goreng diaorg yg best tu… ni keluar sekali lg empena merdeka.. kena terjah ni!! rugi …

    Reply
  18. mas saari says:
    August 27, 2019 at 9:27 pm

    Sukalah nama Mekdi tu, nampak kemelayuan. Sesuai dengan menu Nasi Lemak tu.

    Reply
  19. Qasehdalia says:
    August 27, 2019 at 11:48 pm

    Baguih mcd nak ketengahkan nasi lemak sebagai nasi kebangsaan sebab memang sinonim dengan tekak malaysia

    Reply
  20. SalJohari says:
    August 28, 2019 at 11:53 am

    Sal tak rasa lagi nasi lemak McD .. nampak cam menarik dan ramai kengkawan dah try !

    Reply
  21. Dorsett Pink says:
    August 28, 2019 at 4:57 pm

    saya suka lepak kat McD buki bintang. Kalau gi BB, wajib singgah McD BB tu. hehe

    Reply
  22. Shazillah Sani says:
    August 29, 2019 at 11:27 am

    Sedap jer tgk ayam tu.. Hihihi

    Reply
  23. Ai says:
    August 29, 2019 at 11:45 am

    Rasa macam nak cuba je nasi lemak ni. Nampak sedap.

    Reply
  24. Syiera says:
    August 29, 2019 at 8:37 pm

    Wah sedapnya nasi lemak mekdi ni.. dah tukar nama ye.. lebih mesra gituu

    Reply
  25. farah wahida says:
    August 30, 2019 at 11:51 am

    tak pernah rasa lagi. belum berkesempatan. harap2 sedaplah kn mcd mmg terbaik!

    Reply
  26. Qasehdalia says:
    August 30, 2019 at 4:58 pm

    Alaaa nak jugak bergambar depan MEKDI

    Reply
  27. Sis Lin says:
    September 9, 2019 at 7:49 am

    Memang betullah, biasa sebut Mekdi je kan, lebih senang…
    Sis dah rasa juga nasi lemak tu, boleh tahan sedap….nanti nak update…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes