Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Tips Berjaya UPSR
November 22, 2019November 25, 2019

Alhamdulillah.. Tahniah EILMAN..!

21hb November 2019 – Tarikh bersejarah buat Eilman anak ke-2 Nina. 

Isi Kandungan hide
1 Keputusan UPSR. Berdebar!
2 Terima Kasih Cikgu!
3 Related posts:
4 PETUA MEMBERSIHKAN BLENDER PALING JIMAT
5 BANGI WONDERLAND BEST! GATHERING CUTI SEKOLAH HAPPENING
6 MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia
7 Puding Karamel Tanpa Telur yang Mudah. Mmmmm..... Nikmatnya sejuk-sejuk lalu kat tekak ni.....

Keputusan UPSR. Berdebar!

Tarikh di mana penentu kejayaannya setelah bertungkus lumus berjuang sehabis daya untuk UPSR nya. Mama tahu tentunya hati Eilman tak senang duduk, tido tak lena, makan pun macam tak lalu walaupun Eilman dok cover nampak macam relax sokmo. Pandainya dia cover ehh…

Sejujurnya mama yang gelisah menanti keputusan UPSR Eilman. Hehe . . . Rasanya semua mama abah pun alami rasa yang sama. Abah nya pun pandai cover kannn..?? HAhaa

Pagi yang dinanti Eilman bersiap macam biasa ke sekolah. Sengaja tanya Eilman samada nak mama datang ke tak? Ikutkan setakat nak tahu result, dah canggih sekarang, SMS pun boleh tahu bermula jam 10am tapi . . .

kasut sekolah pallas hitam ke putih

Jam 9.15am mama dah sampai sekolah. Dok kat kantin, pastu beli laa nasi lemak sambal suap Eicha makan. Mama tak terasa pun nak makan. Tapi dari membazir mama makan gak. Huhuuu . . . Camner nak kurus ni? Ok, alasan

Akhirnya

Alhamdulillah, tahniah Eilman!

Walau result tak segah sehebat 6A, mama abah family bangga dengan Eilman. Anak yang baik, rajin berusaha, menyenangkan semua orang. Ini pun dah cukup membanggakan hati mama sayang.

Tips Berjaya UPSR

Sayang,
Ni baru acah² exam jer… Mama dulu UPSR pun dapat 3A jer .. 🙈🙈🙈 Eh! Tercerita lak.

Mama, abah semua faham… Eilman telah usaha sehabis baik, bukan mudah nak score sebab masa darjah 4, 5 Eilman aktif sangat dengan aktiviti Ko-ko, sukan. Dok ponteng kelas, dok praktis sokmo untuk wakili sekolah. Alhamdulillah.. banyak sijil Eilman! Paling penting pengalaman dan kejayaan yang Eilman kecapi tak ternilai harganya. 

Tahun 6 ni baru laaa Eilman baru nak mula recover semua yang tertinggal. Pulun-pulun tiap hari. Lagi nak dekat UPSR selepas Percubaan,  Sir tuition banyak beri bimbingan. Bagusnya ada Sir yang berkongsi tips dan tak jemu terus sesama berjuang. Thank you Sir Shanker. 

Walau nampak Eilman penat non-stop study, pagi sekolah, petang sek agama, malam tuition, balik tuition study lagi. Weekend pun full day full force pagi sampai petang kat pusat tuition. Family pi memana pun Eilman tinggal. Huhuu…

Top Blogger Nina Mirza

You deserve sayang! Kejayaan mula tercipta

Panjang lagi perjalanan, banyak lagi liku-liku  cabaran yang harus ditempuhi. Keep strong teruskan usaha tanpa jemu. InsyaAllah kejayaan yang lebih besar untuk Eilman. Mama doa tanpa henti Eilman berjaya dan ada kerjaya yang bagus nanti. Dipermudahkan segalanya untuk Eilman dunia akhirat. Aamiin

Terima Kasih Cikgu!

Terima kasih Cikgu, para pendidik yang tak serik terus mencurahkan ilmu, memberi kata-kata semangat bersama berjuang untuk anak-anak ini, tak lupa juga buat ibubapa lain. Tahniah buat semua!

Tadi mula lambat sikit, ikutkan jam 10am dah boleh check result online, tapi mama lak yang nervous 😜😂 (poyo) so tunggu jer laaaa aturcara majlis sekolah. Time nak check boleh lak blank lupa terus details Eilman.

Bagusnya tahun ni, pihak sekolah serahkan keputusan melalui guru kelas dan tanpa perlu sebut nama-nama pelajar mengikut keputusan. Sensitiviti perasaan pelajar yang mendapat keputusan kurang cemerlang dijaga sebaiknya. Tahniah sekolah!

Related posts:

PETUA MEMBERSIHKAN BLENDER PALING JIMAT

BANGI WONDERLAND BEST! GATHERING CUTI SEKOLAH HAPPENING

MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia

Puding Karamel Tanpa Telur yang Mudah. Mmmmm..... Nikmatnya sejuk-sejuk lalu kat tekak ni.....

Lifestyle Parenting Eilman MirzaKenangankenangan maniskisah akuUPSR

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Mama Kembar Tiga says:
    November 25, 2019 at 12:15 pm

    Tahniah Eilman! Selamat menempuh alam sekolah menengah plak ye lepas ni. Moga Eilman terus rajin & suka belajar, Aamiin…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes