Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Surya Apple Cider Vinegar with Honey
June 16, 2017July 27, 2020

Ahaa..!! Mudah nya Detox dengan Surya ACV

Surya Apple Cider Vinegar with Natural Honey

Isi Kandungan hide
1 Surya Apple Cider Vinegar with Natural Honey
2 Surya Apple Cider Vinegar with natural Honey
2.1 Bagus sangat ke khasiat Surya ACV ni?
2.2 Surya Apple Cider Vinegar (ACV) with Natural Honey
2.3 Apa yang bagus dengan ACV Cuka Epal Surya Malaysia?
2.3.1 • Mempunyai sijil Halal Jakim dan mendapat kelulusan sijil HACCP. • Diperbuat menggunakan epal segar dan tidak ada bahan pengawet. • Menggunakan madu asli tanpa sebarang gula tambahan.
2.4 Review Nina lepas dah cuba Surya ACV with Natural Honey ni..
2.5 Apa yang best lagi ngan ACV Surya ni?
2.5.1 No Preservatives – tiada bahan perasa. Original gitu. Bersama madu lagi.
2.5.2 Sedap – memang sedap weyy…!! Sedap dia macam rasa air Zappel tapi tanpa gas. Bancuhan nya dalam sesudu dua + air sejuk atau suam segelas. Sejuk-sejuk memang lagi sedap! Arghhh … lega dahaga
2.5.3 Mudah didapati – sebab boleh beli kat Watson, Lazada dan Shopee.
2.5.4 HALAL Certified – ada sijil HALAL. Tak perlu dah nak pandang toleh jenama lain. Senang sangat!
2.6 Harga
2.7 Related posts:
3 Ayam Goreng Mix Herb
4 Chicken Soup Chicken Pox
5 Buffet Ramadhan Hotel Royal KL Khazanah Warisan Melayu
6 Chicken Pox

Akhirnya Nina pun terjebak sama! Mana tak nya, masing-masing dok citer sana sinin sinun yang berat badan depa dah turun. Dah kurus! Huh.. Biar betul? Depa semakin cergas, sihat dan bertenaga walaupun berpuasa. Ada tuu,  cerita yang batuk depa pun dah berkurangan dengan efektif sejak depa amalkan Surya Apple Cider Vinegar with Natural Honey . Amboi amboi … Macam menarik jer kan?? Giler tak nak cuba…

Haihhh… tak boleh jadi. Nina nak gak cuba. Aduyai… Ini lah problem mak mak. Kuat betul pengaruh rakan sebaya. Pastu berani mencuba! Benda yang mendatangkan kebaikkan harus lah cuba kan? kan kan kannn…

Surya Apple Cider Vinegar with Natural Honey

Ahaa… Ini lah dia Cuka Epal yang Nina citer tuu.. Depa cakap bagus!

Surya Apple Cider Vinegar with natural Honey

Bagus sangat ke khasiat Surya ACV ni?

hurmm… Meh nak google sat khasiatnya

1. Mengandungi vitamin, pectin, postassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi.

2. Mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.

3. Bagus untuk detoks bagi mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan dan melancarkan sistem pencernaan. Tu yang lawas setiap pagi tuu… Bagus!

4. Merendahkan paras glukosa darah dan insulin untuk kehidupan yang lebih sihat.

5. Membantu melambatkan pengosongan gastrik. Amat berkesan bulan Ramadhan ni..

6. Meningkatkan tenaga semasa berpuasa.

7. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. Betul laaa apa dok depa citer tuu!

8. Asid asetik boleh mengurangkan selera makan dan membantu meningkatkan metabolisma badan, dengan itu kadar pembakaran lemak menjadi lebih cepat daripada biasa. Ini yang boleh turunkan berat badan ni..!!

9. Boleh digunakan dalam masakan harian atau pun untuk ganti minuman kordial. Chef Wan pun ada cadangkan untuk guna cuka epal ni sebagai pengganti asam jawa dan gula bila buat ayam masak merah atau acar.

10. Madu asli membantu melegakan batuk dan sakit tekak. Ooo … ok, Madu memang bagus sembuhkan batuk.

Mmmm… bagus ni! Sebenarnya Nina agak risau nak cuba. Maklumlah cuka kan… Terfikir ianya satu bahan yang agak tajam, pedih dan berbau kuat. Nak telan masuk dalam perut, tak bahaya ke? Eerkk…

Surya Apple Cider Vinegar  (ACV) with Natural Honey

Pastu ramai dok review kata Surya Cuka Epal  ni lain dari yang lain, hati ni meronta nak cuba! Yelah… dah baca khasiatnya kan… Bila dah dapatkan sebotol Apple Cider Vineger with Natural Honey keluaran Surya Malaysia, Nina pun macam biasa laa… Perangai mak mak dok belek botol. Segala apa yang di tulis kat botol ni Nina akan khatam kan nya.. haha

Surya Apple Cider Vinegar with Natural Honey

Apa yang bagus dengan ACV Cuka Epal Surya Malaysia?

• Mempunyai sijil Halal Jakim dan mendapat kelulusan sijil HACCP.
• Diperbuat menggunakan epal segar dan tidak ada bahan pengawet.
• Menggunakan madu asli tanpa sebarang gula tambahan.

Review Nina lepas dah cuba Surya ACV with Natural Honey  ni..

• Proses pencernaan lancar – ini kesan paling ketara. Dah seminggu lebih Nina amalkan. Maklumlah bulan puasa ni kita kekurangan air mineral, risau sembelit kan… Tapi lepas Nina minum cuka Epal ni tak de lak masalah tu.. Senang citer >>> Fuhhh Lega! Idok ler melangok lelama. Hehee

• Batuk berkurangan – Nina baru perasan yang tekak Nina sensitif dengan air soya yang jual kat Pasar Ramadhan. Lepas minum tekak macam gatal pastu mula lah start batuk. Nina lak cukup risau bila batuk, nanti asma mula menyerang. Risau oooo bila asma. Apa keje pun tak jadi. Tapi, sebelum tido Nina minum Cuka Epal ni, esoknya sebelum sahur batuk gatal ngade-ngade tu hilang. Nak bernafas pun lega. Tak rasa sempit. Selesa!

• Tiada lagi gastik – Perut Nina ni sensitif sikit. Kena selalu refil. Senang citer, Nina kena selalu makan. Haha.. Kalau tak, mula laa dia nyanyi Keroncong Untuk Ana. Kesian kita kan..?? Korang yang pernah kena gastrik tentu faham sengsaranya tatkala gastrik menyerang. Cengkaman gastrik kat perut ni, usahkan nak berjalan, nak berdiri pun tak mampu. Pastu mula lah nak termuntah, loya bila angin penuh dalam perut. Huhuu…

Alhamdulillah, dengan pengambilan Surya Apple Cider Vinegar ni masalah gastrik Nina berkurangan. Gastik /  angin dalam badan antara tanda badan kita bertoksin.  Sejak Nina amalkan Surya ACV ni, manfaat yang ada sekali gus membersih kan usus Nina. Senang nya berdetox!

Surya Apple Cider Vinegar

Apa yang best lagi ngan ACV Surya ni?

No Preservatives – tiada bahan perasa. Original gitu. Bersama madu lagi.
Sedap – memang sedap weyy…!!  Sedap dia macam rasa air Zappel tapi tanpa gas. Bancuhan nya dalam sesudu dua + air sejuk atau suam segelas. Sejuk-sejuk memang lagi sedap! Arghhh … lega dahaga
Mudah didapati – sebab boleh beli kat Watson, Lazada dan Shopee.
HALAL Certified – ada sijil HALAL. Tak perlu dah nak pandang toleh jenama lain. Senang sangat!

Harga

Aduyai … murah berbaloi awak… Ada kawan Nina tengok ritu kat Watsons harga nya dalam RM21 jer. Tunggu discount tentu lagi murah kann…  Kalau kat Lazada atau Shopee lagi murah. Pepandai laa korang survey nak beli kat mana. Tak sampai ratus-ratus pun untuk jaga kesihatan dan kekal sihat. Satu family boleh minum.

SURYA Apple Cider Vinegar with Natural Honey

Amacam? Macam best kann Cuka Epal ni..?? Korang try laaa dan rasai sendiri manfaat yang ada dalam Cuka Epal keluaran Surya Malaysia ni. Kot korang rajin nak mentelaah kaji selidik lagi, korang pi terjah

Facebook  : Surya Malaysia
Instagram : Surya Malaysia

Related posts:

Ayam Goreng Mix Herb

Chicken Soup Chicken Pox

Buffet Ramadhan Hotel Royal KL Khazanah Warisan Melayu

Chicken Pox

Lifestyle Review Tips ACVair detoxApple Cider VinegarCuka EpalSURYA ACVSurya MalaysiaTips Kurus

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (15)

  1. Bella idura says:
    June 16, 2017 at 5:54 pm

    Haah… saya pun minum. Sedap

    Reply
  2. shiqeen sattar says:
    June 16, 2017 at 5:59 pm

    Alahai rasa teringin lak nk Cuba sbb leh detoks

    Reply
  3. Faizal Fredley says:
    June 16, 2017 at 5:59 pm

    Wah bagus ni. Nak kena cuba gak lah

    Reply
  4. saidila@kaklong says:
    June 16, 2017 at 6:03 pm

    baik untuk batuk jugak ….

    Reply
  5. YB Shehan says:
    June 16, 2017 at 6:09 pm

    Mmg bes ni.. dah repeat beli sbb dh abeh..

    Reply
  6. Mama Kembar 3 says:
    June 16, 2017 at 6:12 pm

    I minum ni selsema pun dah kurang, rasa pun sedap senang nak telan

    Reply
  7. Moha says:
    June 16, 2017 at 6:25 pm

    Memang sedap dan terbukti macam yang Kak Nina kata tu… saya dah repeat beli..

    Reply
  8. mas saari says:
    June 17, 2017 at 8:32 pm

    Wahhh tak sabar nak cuba lepas bersalin nanti, ramai kata bagus!

    Reply
  9. atyyn amran says:
    June 19, 2017 at 10:00 am

    Nam beli jugak laa.

    Reply
  10. TATI MANSUR says:
    June 19, 2017 at 10:34 am

    Baru baca kat saidila.com pasal manfaat surya acv. Ni nina pulak yg post. Tak sabar pulak rasanya nak try sendiri.. mudah mudahan dapat kurangkan simpana simpanan yg tak diingini kat perut ni..

    Reply
  11. ERAZ FADLI says:
    June 19, 2017 at 11:45 am

    Banyak khasiat ni!

    Reply
  12. lisak says:
    June 19, 2017 at 1:51 pm

    hari tu pergi watson takdak … huhu baru nk cuba hehehe

    Reply
  13. yanamib says:
    June 19, 2017 at 2:31 pm

    sejak dh terjebak awl puasa ritu, klu terlupa minum lain betul rs bdn ni…hihi

    Reply
  14. david says:
    January 19, 2018 at 1:34 pm

    waw… tambahkan semangat yah dalam menyebarkan ayat-ayat Allah dalam blog mu… tentang semangat ,,, biar tambah semangat nih yang baca free to visit

    Reply
  15. david says:
    January 19, 2018 at 1:34 pm

    tambah semangat nih yang baca free to visit
    thanks sangat bermanfaat

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes