Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

AEON MALL CIPTA SEJARAH MALAYSIAN BOOK OF RECORDS
July 15, 2025July 15, 2025

AEON MALL CIPTA SEJARAH MALAYSIAN BOOK OF RECORDS DENGAN 1,007 SUPERMAN!

AEON MALL CIPTA SEJARAH MALAYSIAN BOOK OF RECORDS DENGAN 1,007 SUPERMAN! Tahniah AEON MALL! Siapa je yang tak kenal Superman kan? Dari kecil sampai besar, dialah superhero pujaan ramai — lengkap dengan jubah merah, kuasa luar biasa dan jiwa penyelamat dunia. Superman bukan sekadar watak komik, tapi dah jadi fenomena global yang semua lapisan umur boleh relate.

Isi Kandungan hide
1 Acara Superman Gathering Paling Gempak!
2 Pop-Up Store Superman Pertama Di Malaysia sedang berlangsung!
2.1 Lokasi dan Tarikh
3 Superman Parade – “Heroes on the Move!”
3.1 Lokasi dan Tarikh Superman Parade – “Heroes on the Move!”
4 Belanja & Tebus Barangan Eksklusif Superman
5 Sertai Cabaran – Kira & Menang
5.1 Aktiviti Menarik Menanti Korang
5.2 Related posts:
6 Apam Beras . Gebus nyerrr Mekar cantik lak tu ...
7 Surprise cuti sekolah | Jelajah Klate day 1
8 Love it! AZYMACARE Pencuci muka KULIT KERING SENSITIF SELAMAT
9 Jom bantu merealisasikan impian mereka | F1 IN SCHOOL WORLD FINALS

Jadi bila dengar AEON Mall berjaya cipta sejarah dengan rekod Malaysian Book of Records, kita excited nak join sama kemeriahan nih! Mana taknya — 1,007 orang berpakaian Superman berkumpul serentak? Fuhh, ini bukan biasa-biasa. Ini legenda!

AEON MALL MALAYSIAN BOOK OF RECORDS DENGAN 1,007 SUPERMAN

AEON Mall berjaya mencipta sejarah apabila seramai 1,007 peserta lengkap berbusana Superman berkumpul di AEON Mall Bukit Indah, Johor pada 12 Julai 2025, sekaligus mencatat nama dalam Malaysian Book of Records (MBOR) sebagai “Largest Gathering in Superman Attire”.
Perghhh, memang padu! Terbaik la korang semua yang sporting habis beraksi sebagai adiwira! Mall dipenuhi aura merah-biru, jubah berkibar, dan semangat wira yang mengujakan — suasana memang luar biasa.

Acara Superman Gathering Paling Gempak!

Malaysia Book of Records turut hadir memberikan pengiktirafan rasmi kepada pihak pengurusan AEON Mall — satu pencapaian membanggakan bukan sahaja untuk AEON, malah untuk komuniti yang menyokong acara ini.

Acara turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik : sesi bergambar, gelak tawa kanak-kanak, parade Superman, dan semangat kebersamaan yang luar biasa. Ia bukan sekadar perhimpunan kostum — ia lambang kekuatan komuniti dan positif vibes yang AEON Mall bawakan.

Pop-Up Store Superman Pertama Di Malaysia sedang berlangsung!

Kalau korang penggemar Superman (atau nak turut serta dalam vibe Adiwira ni), kempen khas Superman x AEON Mall masih berjalan di beberapa lokasi AEON Mall seluruh Malaysia. Banyak aktiviti menarik tengah berlangsung, so jangan lepaskan peluang rasai kemeriahan ini!

AEON MALL MALAYSIAN BOOK OF RECORDS DENGAN 1,007 SUPERMAN

Sepanjang bulan Julai dan Ogos 2025, AEON Mall membawakan pelbagai aktiviti bertemakan Superman sempena “Superman Pop-Up Store Roadshow” — satu acara wajib dikunjungi oleh para peminat, dari kanak-kanak hinggalah dewasa. Lengkap dengan barangan eksklusif, perarakan istimewa, dan ganjaran menarik, inilah masanya untuk korang sekeluarga menyertai dunia Superman yang penuh inspirasi!

Lokasi dan Tarikh

  • AEON Mall Bukit Indah (Johor) & Cheras Selatan (Selangor) : 1 – 13 Julai
  • AEON Mall Nilai (Negeri Sembilan) & Kulaijaya (Johor) : 15 – 27 Julai
  • AEON Mall Bukit Mertajam (Penang) : 29 Julai – 10 Ogos
  • AEON Mall Taman Maluri (KL) & Tebrau City (Johor) : 29 Julai – 17 Ogos

Superman Parade – “Heroes on the Move!”

Satu lagi tarikan utama ialah Superman Parade, di mana pengunjung boleh berarak bergaya seperti Superman bersama keluarga dan komuniti. Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan flash mob dan muzik secara langsung — menjadikannya pengalaman luar biasa buat si kecil dan juga peminat cosplay!

Lokasi dan Tarikh Superman Parade – “Heroes on the Move!”

  • 12 Julai: AEON Mall Bukit Indah
  • 19 Julai: AEON Mall Kulaijaya
  • 27 Julai: AEON Mall Cheras Selatan
  • 2 Ogos: AEON Mall Tebrau City
  • 17 Ogos: AEON Mall Taman Maluri

Belanja & Tebus Barangan Eksklusif Superman

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki barangan koleksi Superman yang eksklusif melalui kempen Shop & Redeem! Barangan eksklusif memang menjadi kegilaan terutamanya buat penggemar collector limited edition. Sebelum ni Nina tak lepaskan peluang grab AEON STAR REWARDS 2023 DISNEY 100 TUPPERWARE. Satu kenikmatan! Hanya dengan berbelanja minimum tertentu dan menggabungkan tiga resit dalam satu hari, korang boleh menebus :

AEON MALL CIPTA SEJARAH MALAYSIAN BOOK OF RECORDS DENGAN 1,007 SUPERMAN

Superman Blind Box Flask
Belanja RM800* (Bukan Ahli) atau RM400* (Ahli AEON) dalam 3 resit pada hari yang sama untuk menebus. (Tidak termasuk AEON Mall Permas Jaya, Taman Universiti, Taman Equine, Bandar Dato Onn, Ipoh Klebang & Melaka Shopping Center)

Superman Pet Cape
Belanja RM600* (Bukan Ahli) atau RM400* (Ahli AEON) dalam 3 resit pada hari yang sama.

Sertai Cabaran – Kira & Menang

Tunjukkan kepekaan mata korang dalam The Superman Challenge! Kira jumlah logo Superman yang terdapat di sekitar AEON Mall dan korang berpeluang membawa pulang :
• Barangan eksklusif Superman edisi terhad
• Hadiah keseluruhan bernilai RM5,000
• Terbuka kepada 10 pemenang utama sahaja

Aktiviti Menarik Menanti Korang

Sepanjang roadshow ini, pelbagai aktiviti tambahan turut disediakan untuk memeriahkan suasana :
• Zon Foto Superman : Bergambar dengan latar belakang ikonik Superman
• Ruang Aktiviti Kanak-Kanak : Aktiviti interaktif untuk si kecil
• Peraduan Sosial Media bersama Samsung :
Beli TV Samsung di AEON Mall, muat naik gambar gaya Superman anda di media sosial dengan hashtag #AEONMALLSupermanLookup dan rebut peluang memenangi Samsung Music Frames bernilai RM1,999 (untuk 6 pemenang bertuah!)

Nak tahu lebih lanjut?
Layari www.aeonmallmy.com

Dan jangan lupa — kalau korang ke sana, ambil gambar & tag #AEONSuperman dekat sosial media. Mana tahu boleh viral dengan gaya Superman korang sendiri!

Related posts:

Apam Beras . Gebus nyerrr Mekar cantik lak tu ...

Surprise cuti sekolah | Jelajah Klate day 1

Love it! AZYMACARE Pencuci muka KULIT KERING SENSITIF SELAMAT

Jom bantu merealisasikan impian mereka | F1 IN SCHOOL WORLD FINALS

Lifestyle Parenting Review Travel Acara menarik di MalaysiaAEONAEON MallAEON MALL 2025AEON Superman ChallengeEvent JohorMalaysian book of recordsSuperman Gathering

Post navigation

Previous post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes