Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Lala Goreng Berempah Sedap Mudah
May 18, 2017May 18, 2017

Selalunya Lala korang masak apa?? Pernah try Lala Goreng Berempah

Korang biasanya Lala masak apa?
Lala antara favorite menu Nina sekeluarga. Kalau masak memang tak cukup setakat sekilo. Harus kena beli 2 kilo baru puas makan. Lagi pun Lala ni ciput jer… Celah gigi orang kata. Buat ratah-ratah  boleh laa.. Memang asyik!

Isi Kandungan hide
1 Resepi Lala Goreng Berempah Sedap Mudah
2 Related posts:
3 Part-2 My Baby Sos Carbonara Nina Stlye
4 Bila baby Eilhan dah pandai menyelongkar.... terhasillah interior design terkini. HSE first!
5 Mimpi ngeri Bahaya pakai Contact Lens!
6 Kat mana beli ONLINE Set kelengkapan Umrah Haji? GALERI MUSLIM Terbaik ...!!

Selalunya ramai yang masak  Lala masam manis tapi macam boring  laa… Kadang tuu  Lala Masak Lemak Hijo . Ada baru-baru ni Nina share Kerang Goreng Berempah , pastu ramai lak yang respon kata sedap lah Kerang tuu goreng berempah. Yelah… selalunya kerang dok rebus, bakar jer kan…

Aduyai .. Berbunga-bunga hati ini. Seronok nya bila depa kongsikan kegembiraan depa. Kaum kerabat, sanak saudara, jiran tetangga depa pun suka katanya! Amboi … Bikin kenduri kot gamaknya. Tak ajak kita punnnn Hehe…

Kali ni Nina cuba Goreng Berempah tuu kat Lala plak. Hurmm …. Sedap! Kalau korang sukakan kuah lebih, korang doublekan sukatan sos nya yaa.. Kalau ciput jer kuah, sian anak-anak dok korek kuah celah Lala. ehhe

Resepi Lala Goreng Berempah Sedap Mudah

Resepi Lala Goreng Berempah Sedap Mudah

2 kg Lala – cuci bersih lalu toskan
2 ulas bawang besar – hiris nipis dan halus
5 ulas bawang putih – Nina ketuk jer
3 inch halia – hiris nipis
2 batang serai – dititik jer
Beberapa tangkai daun kari
Beberapa helai daun limau purut
5 sudu besar serbuk kari – dicampur dengan sedikit air jadikan pes
10 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
3 sudu kecik sos ikan
1 cawan air
Daun Ketumbar
Minyak menumis

Cara penyediaannya
1-. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga berbau wangi
2-. Kemudian masukkan pes serbuk kari masak hingga pecah minyak
3-. Masukkan sos tiram, sos tomato, daun kari, daun limau purut dan air masak hingga mendidih
4-. Masukkan Lala dan gaul rata. Tutup kuali seketika besar kan api. Kemudian renjiskan dengan sos ikan. Gaul rata lagi keseluruhan. Taburkan daun ketumbar (Nina buh banyakkkk baru sedap) dan gaul lagi. Tutup sebentar. Kemudian gaul lagi rata-rata. Dah masak, tutup api.
5-. Sedia dihidangkan.

Ppsstt >>>> Resepi ni dapat banyakkkk…!! Kalau korang makan berdua bertiga aje kurangkan sukatan ya. Jangan ikut macam Nina, sekali masak 2 kilo. Bukan tamak ehh… Maklumlah anak-anak Nina dah berderet-deret dan Nina masak tuk lunch + dinner sekali. .. Bijak kan..?

Related posts:

Part-2 My Baby Sos Carbonara Nina Stlye

Bila baby Eilhan dah pandai menyelongkar.... terhasillah interior design terkini. HSE first!

Mimpi ngeri Bahaya pakai Contact Lens!

Kat mana beli ONLINE Set kelengkapan Umrah Haji? GALERI MUSLIM Terbaik ...!!

Lifestyle Resepi Juadah Berbuka PuasaJuadah Iftarjuadah ramadhanLalaLala Goreng Berempahresepi mudahresipi ringkasSeafood

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (9)

  1. Mama Hakim says:
    May 18, 2017 at 10:27 am

    Masak tom yam. Sedapnya. Masak pedas pedas memang terbaik makan dengan nasi panas

    Reply
  2. sueizza says:
    May 18, 2017 at 11:34 am

    Sedapnyaaaa feveret saya lala ni,selalu ratah je,goreng bercili,boleh try ni tq kak nina

    Reply
  3. NUR SYUHADA SHARIFF says:
    May 18, 2017 at 1:40 pm

    wow..bestnya..:)

    Reply
  4. Zaleha Awaluddin says:
    May 20, 2017 at 3:22 am

    Wah.. 1st time gak tgk resepi berempah ni.
    Biasa sy @ mak masak lala masak lemak rebus ngn serai & letak kunyit + santan sket.

    Reply
  5. MaMa Chantique says:
    May 20, 2017 at 7:01 am

    Mak pernah masak rempah lala ni…pergh memang sedap…merecikkk oiii…makan pulak dengan nasi panas…ohoiii tak toleh kiri kanan dah lahh…

    Reply
  6. Jaja says:
    May 20, 2017 at 7:09 am

    wah resepi baru nie, tak pernah lagi cuba. insyaAllah nanti nak cubalah..biasa masak lemak je lah

    Reply
  7. nadia johari says:
    May 23, 2017 at 5:11 pm

    boleh cuba ni puasa nanti

    Reply
  8. Suria Amanda says:
    June 7, 2017 at 10:59 am

    Sedapnya…terliur..la ni susah nak dapat lala yg betul2 fresh kan?

    Reply
  9. Syida says:
    July 11, 2019 at 5:22 pm

    Terima kasih. Nak try masak ni. Semoga dimurahkan rezeki lagi kerana tak lokek berkongsi resipi.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes