Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

May 2, 2012January 11, 2016

Heavenly Carrot Cake lagi dan lagi ~~~ Kenangan terukir dihati….

As’salam dan salam sejahtera ….

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel KL BEST! Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman. Wajib pekena Sup Gear Box...
3 KFC Egg Tart
4 Roti Pita Berinti Daging yang paling simple
5 Sengaja wish belated bday to GENG!
Apa khabar semua …..?? Moga-moga sihat walafiat hendaknya. Sempena public holiday – Hari Pekerja semalam pasti hari nie yang bekerja moodnya agak liat (malas-malas gitu)  tuk melunaskan tanggungjawab dipejabat kann?? Biasa lah tuu …… mood cuti masih bertahta diminda~~ Nina pun pernah mengalaminya satu ketika doluuu …. (Doluuu?? macam lah dah lama sangat tak keje ….  Hehee  . . .) So, cergaskan minda dan rajin-rajin keje yea….

Sambil belek-belek peti ais pagi  semalam, Nina tengok ada banyak lak stok carrot dalam peti ais. Ikutkan hati nak diblend ajer carrot tuu  dan campur dengan ais tambah susu = 
Ice Blended Carrot Susu !! Arrghh …… sejuk nyerr tekak ~~~ nyaman sekali~
Akan tetapi, disebabkan keadaan kesihatan Nina yang kurang sihat ketika nie, Nina  membatalkan sajer niat dihati nak minum Ice Blended Carrot Susu. Takut nanti makin menjadi-jadi lak sakit tekak dan berpotensi ke arah batuk nanti. Nina nie pula, kalau batuk payah nak sembuh. … so sebaiknya dielakkan saja …

Hrrmm …… Carrot ?? Mau dibuat apa dengan carrot yang banyak nie….?
Eermmm …… Apalagi, kalau tak dibikin jadi Heavenly Carrot Cake !!!! 
Wahhhhh…… belum buat dah terngiang-ngiang bau kewangian aroma & kesedappan nyer nanti…. Masih tak boleh lupa aroma nyer  disaat Heavenly Carrot Cake sedang dibakar.. memang semerbak bau wangi satu rumah.


Kali nie, Nina tak akan lupa nak buatkan ole-ole untuk isteri kawan Hubby Nina yang sedang sarat mengandung anak ke-3 Pn.Azreen atau nama glamournya Bunga Oct. Masa Nina first time buat Heavenly Carrot Cake nie dulu, dia sangat teruja tengok picture Nina dan kebetulan katanya Carrot Cake nie antara cake kegemaran dia. Dan masa tuu dia ada minta Nina sepotong Carrot Cake buat dia merasa ……. Malangnya masa tuu, Hubby Nina pegi kursus so tak dapat lah nak sampaikan buat Bunga Oct….  Terkilan rasa hati Nina masa tuu, yelah…. ibu mengandung takut kempunan lak nanti ~~~

Kesempatan yang ada kali nie, Nina tak akan lepaskan… Selesai siap ajer, terus Nina minta tolong kat Hubby tuk hantarkan Nina ke rumah kawannya. Kesian Hubby Nina … tetiba rasa pelik cuz Nina minta dia hantarkan Nina ke rumah kawan dia. Hehehe . . .
Dan akhirnya ….. Syukur Alhamdulillah …..Lega rasanya niat dihati kesampaian~
Moga-moga Bunga Oct sudi dengan pemberian ikhlas Nina ..
Tidak lupa juga Nina buatkan ole-ole utk Mak Anjang Nina sekeluarga …

Ok lah …. dok story mory panjang lak hari nie. Sebelum nie Nina dah pernah post resepinya  dulu kat SINI. Eermm …. kerajinan yang ada, Nina copy paste lagi resepinya kat bawah ….

Cuma kali nie, gambar tak berapa menarik sebab masa nie cuaca hujan diluar…
sekadar mengharapkan cahaya neon di dapur Nina sahaja ..


Heavenly Carrot Cake
sumber : KakJee
Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecil double action baking powder * (atas saranan kak Jee)
½ sudu kecik soda bicarbonate *
½ sudu kecik garam *
1 sudu kecik serbuk pala
1 sudu kecik serbuk kayu manis * (semua bertanda * disatukan & ayak)
2 biji telur gred A
¾ cawan minyak jagung (kak Jee guna canola)
¾ cawan gula halus (kak Jee guna gula perang)
1¼ cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
½ cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan)
½ cawan oats
½ cawan walnut (bakar sekejap)

Bahan cream cheese topping:
½ ketul mentega
½ ketul philadelphia cream cheese
beberapa titis vanilla
3 sudu besar gula icing

Cara membuatnya:

  • Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu. 
  • Telur dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati. 
  • Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula. 
  • Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula. 
  • Akhir sekali masukkan kacang walnut yang telah diramas sedikit hingga pecah-pecah.
  • Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.

Cara membuat cream cheese topping:

  • Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu. jika terlalu pekat dan susah nak disapukan atas kek, tambahlah sedikit susu segar.

Selamat mencuba!! 😉





Related posts:

Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel KL BEST! Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman. Wajib pekena Sup Gear Box...

KFC Egg Tart

Roti Pita Berinti Daging yang paling simple

Sengaja wish belated bday to GENG!

Lifestyle cake

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (8)

  1. Jay says:
    May 2, 2012 at 8:48 am

    Mmmm….absolutely irresistable with lipsmacking flavors..nicely done..:)
    Tasty Appetite

    Reply
  2. CT Delima says:
    May 2, 2012 at 9:06 am

    As'salam Nina

    Tak sihat ke yanggg..kalau k.ct sakit tekak k.ct makan ais krim dalam mangkuk tu gerenti cepat baik.

    dah lama mengidam nak makan carrot kek ni tapi bila kenangkan takut anak2 tak gemar pendam ajelah niat tu. Tapi carrot banyak juga beli tu..hehehe

    Reply
  3. Nina Mirza says:
    May 2, 2012 at 9:17 am

    Thanks a lot Jay ~~ Nyummy!

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    May 2, 2012 at 9:20 am

    Wa'kumusslam Kak CT ..

    Alhamdulillah masih sihat cuma sakit tekak ajer kak… Cuaca panas sangat agaknya. Takut nak makan ais krim kak, takut menjadi-jadi ~~

    Kak CT, cuba laaa…. mmg meletop kesedapan Carrot Cake nie
    Insya'Allah.. tak akan mengecewakan 🙂

    Reply
  5. Rohah says:
    May 2, 2012 at 9:59 am

    rajinnya,,,,berkat tu mudah-mudahan.

    Reply
  6. Nina Mirza says:
    May 2, 2012 at 11:36 am

    As'salam Rohah ….

    Terima Kasih yea ….

    Reply
  7. izahdaut says:
    May 3, 2012 at 6:53 am

    besar jugaak nampak kek ni ye nina… ish ish memang kek yg sihat ni. mcm2 buah adaa..lawo jek texturenya tu kan. ada jugak combine carrot ngan pisanag kan. mcm nak cube. banyak2 kek, kek2 gini mmg saya tak pernah try. sebab takot tak de sambutan. tuan badan jek karang kene perabihkan. hehee

    Reply
  8. Nina Mirza says:
    May 3, 2012 at 1:04 pm

    Izah ….

    tak juga besar Carrot Cake nie… Kalau Nina tak cukup!! Nina ajer dah berslice-slices. Hahahaa . . .!!!
    Combination carrot , nenas, oats & walnut – BEST !!
    Cuba lah … Insya'Allah pasti tak akan menyesal~ 😉

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes