Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Biskut Cornflakes Mudah Sedap Sukatan Cawan
June 14, 2018April 20, 2020

Resipi Biskut Cornflakes Sedap Mudah Sukatan Cawan

Korang dah buat biskut Raya?
Apa biskut Raya kegemaran korang? Macam Nina paling suka Tart Nenas dan apa jer biskut yang ada cornflakes dalamnya.

Isi Kandungan hide
1 Biskut Raya ada Cornflakes lebih sedap
2 Aktiviti bijak – buat biskut bersama anak-anak lebih seronok
3 Resipi Biskut Cornflakes Mudah Sedap Sukatan Cawan
4 Related posts:
5 Bubur Jagung Barli... lagi dan lagi....
6 Salam Rabu... Minggu nie nasi goreng apa? Nasi Goreng Ikan Bilis
7 Puashati seyhhh buat facial treatment di SKIN VALET BANGI
8 Resepi Cekodok Pisang Gebu Montok

Biskut Raya ada Cornflakes lebih sedap

Ya, kalau korang perasan, mana-mana resipi biskut Raya yang ada letak cornflakes lebih rangup dan asyik di kunyah berbanding biskut yang bahan asasnya tepung semata. Setuju  tak?  Percaya lah…

Memandangkan Nina ada banyak gak lebihan cornflakes sengaja beli lebih sebenarnya HAhaa… Maka Nina buat Biskut Cornflakes mudah untuk Raya. Selain tu saja adakan aktiviti sihat lagi bermanfaat mengisi masa cuti  sekolah anak-anak. Geram tengok depa ni asyik melanguk depan TV jerr kann.. .? Mama jeles

Aktiviti bijak – buat biskut bersama anak-anak lebih seronok

Depa buat sendiri sesama depa, Nina bagi sukatan cawan lagi mudah dan senang untuk depa sukat.  Biar terasa kemeriahan fefeeling nak sambut Raya kannn. Moga inilah kenangan terindah mereka untuk dikenang bila dewasa nanti.

Resipi Biskut Cornflakes Mudah Sedap Sukatan Cawan

Resipi Biskut Cornflakes Mudah Sedap Sukatan Cawan

Sumber : https://resipicitarasawan.blogspot.com/2011/06/biskut-cornflakes-cornflakes-cookies.html?m=1

Bahan-bahan
1 cawan mentega / butter
¾ cawan gula kaster
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan tepung gandum –  diayakkan dulu. Nanti kalau adunan lembik add lagi sikit masa adun tu ehh…
4 cawan cornflakes – ramas-ramas kasi hancur sikit

Cara penyediaannya
1. Putar mentega dan gula hingga berkrim dan rata keseluruhannya
2. Masukkan esen vanilla. Kacau rata
3. Masukkan tepung gandum. Uli pakai tangan hingga jadi doh. Nanti kalau adunan lembik add lagi sikit masa adun tu ehh…
4. Kemudian masukkan cornflakes. Uli sampai rata sebati, cornflakes dalam doh
5. Cuit kan sebesar sudu, buh atas dulang ymg dah di sapu rata mentega.
6. Bakar pada suhu 170c selama 20 minit atau hingga biskut masak.
7. Dah sejuk, simpan Biskut Cornflakes Sedap Mudah ni dalam bekas kedap udara.

Senang kan? Selamat mencuba!

Nina cadangkan korang try laaa Resipi Biskut Cornflakes Mudah Sedap Sukatan Cawan ni. Biskut Raya yang ada cornflakes ni lebih sedap rasa dia. Korang cuba dulu… Nanti jangan kata hakak tak kasitau punnnn.. Bababb kangg!

Resipi Sukatan cawan ni mudah sangat, buat bersama anak-anak merapatkan hubungan kekeluargaan. Derang pasti suka aktiviti penting gini derang pun antara orang terpenting menjayakan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Related posts:

Bubur Jagung Barli... lagi dan lagi....

Salam Rabu... Minggu nie nasi goreng apa? Nasi Goreng Ikan Bilis

Puashati seyhhh buat facial treatment di SKIN VALET BANGI

Resepi Cekodok Pisang Gebu Montok

Parenting Resepi Tips Aktiviti bijak bersama anak-anakBiskut CornflakesBiskut RayaCookiesresepi mudahResipi cepatResipi sukatan cawanTips parenting

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. Ahmad Munir Bin Tayibboun says:
    June 14, 2018 at 11:59 am

    Sedap biskut ni, kesukaan saya

    Reply
  2. Dewi says:
    June 18, 2018 at 3:05 pm

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂

    Reply
  3. http:/bigpaperwriter.com says:
    September 3, 2018 at 4:13 pm

    I first encountered this recipe and cooked it according to your recommendations was pleasantly surprised by good taste.

    Reply
  4. http://smartessayrewriter.com/blog/uk-proofreading-experts-know-quick-way-to-your-best-result says:
    September 10, 2018 at 2:59 pm

    In addition to good lessons, it is useful to fill out the school holidays for children with useful and vivid memories of joint rest for the whole family.

    Reply
  5. custom essays says:
    September 21, 2018 at 4:23 pm

    Yes, if you squeeze it, the recipient everywhere, where the corn flakes are located, is more susceptible and chewed than the cookie, which is simply flour.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes