Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Klinik Pergigian Erfa Wangsa Melawati Best Terbaik
November 30, 2017December 19, 2023

Rawatan scaling cuci gigi kat KLINIK PERGIGIAN ERFA terbaik laaa..!! 

Rawatan scaling gigi Klinik Pergigian Erfa terbaik

Isi Kandungan hide
1 Rawatan scaling gigi Klinik Pergigian Erfa terbaik
2 Scaling gigi
2.1 Rawatan scaling gigi Klinik Pergigian Erfa terbaik
2.2 Baca : Kenapa perlu buat scaling gigi ?
2.3 Bila kena scaling / cuci gigi?
2.4 Punca sakit gusi
2.5 Scaling / cuci gigi tak sakit pun …
2.6 Tampal gigi sumbing
2.7 Apa yang BEST kat Klinik Pergigian Erfa ?
2.8 Rawatan scaling gigi Klinik Pergigian Erfa terbaik
2.9 Doktor Erfa Best !
2.10 Klinik Pergigian Erfa – santai bersih selesa . Ada WiFi lagi …!!
2.11 Penerangan doktor yang terang jelas lagi memudahkan urusan
2.12 Ada pakej pembayaran ansuran EzyPay
2.13 Operation hours
3 Rawatan scaling gigi Klinik Pergigian Erfa BEST
3.1 Lokasi Klinik Pergigian Erfa KL
3.2 Related posts:
4 Cayalah! CARRIE JUNIOR dah ada refill pack! Lagi jimat weyy....
5 Dup dapp dupp dappp .... Risaunya menanti saat tanda nak bersalin
6 Happy Teachers Day | Selamat Hari Guru Cikgu ....
7 Sinopsis Drama RISIK PADA HATI TV3 Tonton Online

Klinik Pergigian ERFA Terbaik KL Bagus Rawatan Cuci Gigi Scaling

Scaling gigi

Bila last korang scaling  gigi?  Ker seumur hidup korang tak pernah pun buat? Nape , takut ehh…? Ok , normal  jer takut jumpa doktor gigi.  Nina sendiri pun takut weyy…  Tak tau kenapa.  Padahal tak pernah lagi ada kes  kena makan hidup-hidup  ngan doktor gigi  kann….??  Hahaa Rawatan scaling gigi Klinik Pergigian Erfa terbaik 

Mungkin takut tuk merasai rasa ngilu,  risau injection  jarum kat celah gigi,  seriau dek getaran gegaran vibration  mesin  dok gerudi kat gigi kita atau macam-macam lagi alasan tercipta. Iyer tak?

Review Klinik Pergigian ERFA KL Terbaik Bagus Servis

Nina pupuk keberanian setinggi KLCC berserta semangat Proton waja melangkah masuk ke Klinik Pergigian Erfa.  Tengok muka ada senyum kann….  padahal >>> Dup dapp dup dapppp laju jer getaran jantung ni. Eh!  Terjatuh lak jantung ni,  segera ku masukkan semula ke tempat nya.  Chewah… Ala drama lak!  Hehee…  Hilangkan nervous kononnya

“Ok Puan,  saya periksa kondisi gigi Puan dulu ya” Aiseyy …. lembut jer doktor Erfa ni memulakan bicara

Rawatan scaling gigi Klinik Pergigian Erfa terbaik

Fuh…  Malu weyy nak nganga mulut. Nak tak nak,  kena gak laaa nganga mulut  besar-besar.  Doktor nak check gigi.  Manalah tau kot kot karang kat celah  gigi ni dah jadi emas  ker kann…?? Boleh kumpul pi jual jadi kaya raya.    Ok poyo lagi bongok!  Hahah…

Sentuhan  pertama doktor – Wahh…  Lulus!    Lemah lembut doktor ni.  Perlahan-lahan di kaji selidik segala sudut  celah  gigi Nina.  Malu gak…  Kot terjumpa cebisan Sambal Tempoyak Petai ngan cili ker. ..  Kot Doktor nak,  stok dah habis. Hehe…

Setelah selesai check,  Doktor Erfa terangkan apa masalah gigi Nina. Yang bagusnya, Doktor Erfa beri cadangan apa yang perlu di rawat terlebih dahulu dan apa yang boleh dibuat kemudian hari. Penerangan beliau jelas lagi terang. Senang faham!  Senang gak nak adjust ketebalan poket. Ini part paling penting kannnn…?? Hehee . . .

Doktor Erfa sarankan gigi  Nina dibuat scaling  terlebih dahulu dan kemudian Doktor akan buat  tampalan sumbing yang ada kat gigi depan Nina.  Sumbing?  Ahaa…  Inilah rahsia Nina yang malu nak citer ngan korang.  Sila teruskan  baca sampai habis eh… Nanti Nina citer tunjuk gambarya. Korang jangan tunjuk kat orang lain ehh.. Malu laaa Huhuu . . .

Baca : Kenapa perlu buat scaling gigi ?

Kenapa perlu rawatan scaling gigi

Eeewwwww……!! apa rasa tengok gigi ni??? Kot korang rasa nak muntah hijo sila pi jauh-jauh.  Hehe.. BUKAN GIGI NINA!

Rawatan cuci gigi aka scaling adalah bertujuan untuk membuang karang-karang gigi dan juga boleh membuang stain (tanda kotor) pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya. Nina lak addicted  Nescafe.  Harus laaa scaling karang-karang plak yang ada kat gigi ni haa!

Korang tau tak,  karang gigi ni tak patut pun korang simpan. Haishh … Memang tak boleh pun.  Tak akan jadi harta karun.  Tak de faedah nya pun Kak Peah yaa… Karang gigi ni jika dibiarkan akan memburukkan merosakkan lagi gigi korang kemudian  hari.

Bila kena scaling / cuci gigi?

Punca Sakit Gusi Karang Scaling

Ok,  menurut doktor Erfa.  Sebaiknya setiap 6bulan sekali gigi kita harus dibersihkan atau sekurangnya setahun sekali.  Ini supaya celah-celah gigi bersih dari terkumpulnya kekotoran  abadi. Abadi gitu! Haha… Yelah, bila kekotoran tu lama dibiarkan , ia akan mengeras lalu terjadi lah plak karang gigi.

Kalau kita buat atleast setahun sekali,  karang gigi tu masih lembut, berus gigi pun boleh hilang. Tapi kalau dah  dan bertahun dok bertapa kat sinun,  maka…  Susahlah proses penghakisan plak kotor tu. Maka scaling  a.k.a cuci gigi adalah solusi nya.

Punca sakit gusi

Kalau korang biar jer….  Sampai bila-bila.  Jawabnya nanti  mula lah korang akan sakit gigi,  gigi longgar, bengkak gusi dan seterusnya macam-macam simptom sakit gigi menyusul. Pastu dah kritikal kena lah cabut gigi! Hilanglah seri kecantikan korang.   Pastu sila korang nyanyi tuk diri sendiri lagu burung kakak tua!  Hehee…

Amboi … dah macam Doktor gigi lak gamaknya Nina membebel kann…?? Hahaha . . . Nina cuba bagi bayangan tuk korang andai korang tak pernah ambik serius perihal gigi. Mungkin korang pun sama macam Nina takut kat Doktor gigi. ngeeee….

Tengok tuu.. Saat cuci gigi pun smart seyh ….  Dipakaikan kita spek hitam gitu. Hehe … Sebenarnya spek hitam ni fungsi nya supaya muka kita tak kena percikan air . Tapi smart kann… Tetiba perasan vogue!

Scaling / cuci gigi tak sakit pun …

Masa proses cuci gigi ni kan…. Rupanya tidak seperti yang Nina sangkakan. Idok lerrr sakit mana pun. Vibration pun tak menakutkan pun. Nina dok bayangkan kononnya macam ada kontraktor tengah renovation rumah kat gigi kita ni. Rupanya meleset sama sekali. Aduyai… Jahat sungguh imaginasi Nina!

Sentuhan doktor Erfa lembut jer. Setiap pergerakkannya dia akan kasitau kita dulu. Contohnya karang gigi bahagian geraham agak tebal maka proses cungkilan plak / karang gigi  akan sedikit rasa ngilu. Nina suka doktor respon gitu. Idok lerr tetiba terkejut  pastu terus rasa nak lari dari situ. Pernah tak rasa macam tu?  Atau rasa nak lempang jer kann? Oopss…!! Sorry doktor. Hahaha . . .

Tampal gigi sumbing

Tampal Gigi Klinik Pergigian ERFA KL Bagus

Ahaa… Gambar yang atas tuu lah gigi sumbing Nina. Kalau korang tengok betul-betul, korang akan nampak ada bayang gelap kat gigi tu. Belah dalam gigi depan Nina yang sumbing tu nipis dan ada pecahan. Ianya tidak mendatangkan sebarang masalah buat masa ni cuma kalau Nina tersenyum lebih, akan nampak lah gigi tu tak putih sekata.

Menurut Doktor Erfa, kalau di biar lama kemungkinan pecahan belah dalam kat gigi tu akan lebih besar dan lama-lama gigi Nina akan terhakis dan pendek sebelah kot! Oh tidak! Buruk kann…??

Solusi nya, Doktor Erfa tampal gigi yang sumbing tu supaya pecahan sumbing tu tidak membesar!. Dah cantik kannn lepas tampal. Idok lerrr malu nak senyum lebar pasni. Heheh . . .

Apa yang BEST kat Klinik Pergigian Erfa ?

Klinik Pergigian Erfa KL Wangsa Maju Melawati BEst Scaling Cuci Gigi

Rawatan scaling gigi Klinik Pergigian Erfa terbaik

Ok, secara am nya ramai yang takut nak jumpa Doktor Gigi kan…?? Namun lepas Nina jumpa Doktor Erfa persepsi Nina tentang Doktor Gigi ternyata salah.

Doktor Erfa Best !

Doktor Erfa ni  sentuhannya lemah lembut. Paling Nina suka setiap pergerakkannya akan disusuli dengan penjelasan. Sebagai pesakit, mind set kita akan lebih bersedia menerima rawatan beliau.

Korang nak tau tak, sebenarnya Nina paling segan ngan doktor gigi. Sebab setiap kali rawatan Nina akan rasa mual dan asyik nak muntah. Pernah jadi Nina betul-betul muntah tau!  Huru hara betul! Hahaa . . .

Sebelum rawatan, Nina ada terangkan kat Doktor Erfa yang Nina ni akan cepat rasa nak muntah bila di godek-godek dalam mulut.  Doktor Erfa kata tuu normal. Pastu beliau tegakkan sedikit kerusi Nina untuk mengurangkan punca rasa nak muntah tu… Alhamdulillah, sepanjang proses rawatan memang Nina langsung tak rasa nak muntah. Cayalah Doktor!

Klinik Pergigian Erfa – santai bersih selesa . Ada WiFi lagi …!!

Klinik yang bersih dan selesa harus lah kann…  Sebab bila kita selesa, masa menunggu pun idok lerr gelisah gemuruh tak tentu arah. Dah laa nervous nak jumpa Doktor iyer tak?  Ada skin TV besar, memang santai laaa layan movie. Anak-anak pun sama  layan citer Abang Long Fadhil 2 hari tu. Pastu dengan ada nya WiFi lagi laaa syiokkk menunggu. Leka dibuatnya! Dah dasar blogger kann, tak dapat dipisahkan dengan internet. Hehe . . .

Penerangan doktor yang terang jelas lagi memudahkan urusan

Macam Nina citer tadi, lepas sesi pemeriksaan awal doktor akan beri penerangan rawatan apa yang perlu dibuat. Dan rawatan apa yang boleh di usulkan kemudian.  Yang penting didahulukan. Begitu juga dengan kos rawatan. Doktor Erfa akan maklumkan sebelum rawatan dimulakan. Senang lah korang nak sediakan budget. Ada budget lebih lain kali boleh laaa buat rawatan kecantikan gigi pula lepas tu. Contohnya putih kan gigi!

Ada pakej pembayaran ansuran EzyPay

Kalau korang tengok kat page Facebook Klinik Pergigian Erfa, derang ada mention buat sesapa yang ada credit card Maybank boleh laaa korang swipe card korang. Paling best 0% interest!

Maybank menawarkan Ezypay Scheme Plan untuk 6 bulan, 12 bulan atau 18 bulan bagi rawatan pergigian yang melebihi RM500. Menarik kann…?? Kot korang ada rancang nak ganti gigi geraham ker, nak putihkan gigi ker, nak inplant dan bridge kan gigi ker, nak buh emas kat gigi ke …. Bincang ngan doktor pastu Swipe credit card korang! hehe . . .

Operation hours

9am – 9pm Isnin – Sabtu
9am – 1pm Ahad

Rawatan scaling gigi Klinik Pergigian Erfa BEST

Lokasi KLinik Pergigian ERFA KL Wangsa Melawati Doktor Bagus Servis BEST
 

Lokasi Klinik Pergigian Erfa KL 

 

Lokasi
23-G, Jalan Dataran Wangsa 1,
Dataran Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Landmark KWSP / RHB Wangsa Melawati. Klinik sebaris Petsmore Wangsa Melawati.

Tel : 03-4131 7945 / 018-3634945

Paling best lagi,  parking kat sini  banyak!  Ikut  suka korang nak park kete kesayangan  korang kat mana.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok  kat
Facebook : https://www.facebook.com/kperfa/
Instagram : http://www.instagram.com/klinik_pergigian_erfa

Kat page facebook Klinik Pergigian Erfa juga ada banyak perkongsian ilmu tentang gigi. Bagus untuk korang baca dan ambik tahu.

Ok, sayangi gigi dan titikberatkan penjagaan gigi sebelum tiba musim luruh yang tak akan kembali berbunga lagi mengerikan. Atau lebih tepat,  elakkan gigi rongak sebelum waktunya.    Huhuu . . . .

Terkini : Ohh… Klinik Pergigian Erfa Ku Kembali lagi

 

Related posts:

Cayalah! CARRIE JUNIOR dah ada refill pack! Lagi jimat weyy....

Dup dapp dupp dappp .... Risaunya menanti saat tanda nak bersalin

Happy Teachers Day | Selamat Hari Guru Cikgu ....

Sinopsis Drama RISIK PADA HATI TV3 Tonton Online

Lifestyle Review Tips cuci gigidentistkenapa perlu scailing gigiKlinik Gigi Wangsa MelawatiKlinik Pergigian ErfaKuala Lumpurpunca sakit gigirawatan gigiScalingtampal gigitips penjagaan gigi

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (19)

  1. Dura Norell says:
    December 1, 2017 at 10:43 pm

    Dekat juga dengan rumah Dura. Boleh ler try pergi nanti.

    Reply
  2. YB Shehan says:
    December 1, 2017 at 10:47 pm

    Wow wowwww.. Nak jugak kak

    Reply
  3. Azni says:
    December 1, 2017 at 10:55 pm

    Tau mmg tiap kena p setiap 6 bln tapiii malasnya nak p dentist. Tp nak kena abiskan bajet jugak nik

    Reply
  4. Leyla Nurjatiey says:
    December 1, 2017 at 11:13 pm

    wah..bru je mencari tempat nak buat scalling gigi.. *tapi takut nyilu sebenarnya

    Reply
  5. mas saari says:
    December 1, 2017 at 11:16 pm

    Samalah kita, penakut jugak nak jumpa doktor gigi. Tapi sekali pergi buat scaling ni memang best, bersih mulut.

    Reply
  6. Sofinah Lamudin says:
    December 1, 2017 at 11:56 pm

    Wah… ada ezypay pula.. hehehe…
    mmg semua org takut jumpa doktor gigi.. terbayang macam2. hahaha.

    Reply
  7. ema says:
    December 2, 2017 at 12:06 am

    Pernah bermesej dengan doktor erfa ni.mmg pantas jawapan diberi bila diajukan soalan.

    Reply
  8. Mrsza says:
    December 2, 2017 at 1:30 am

    Wow! Dah lama tak buat scalling, rase macam nak pergi je!

    Reply
  9. Mama Kembar Tiga says:
    December 2, 2017 at 2:30 pm

    I paling takut jump doktor gigi. Tapi betullah kena juga pergi buat scaling setahun sekali, baru lah gigi elok kan. Utk anak anak mmg i buat, mama depa ja a selalu mengelat, penakut haha

    Reply
  10. Amir Mazlan says:
    December 2, 2017 at 10:57 pm

    alamak..klinik gigi.
    ni kalau tak gigi berlubang dulu, memang lambat lagi laa nak tunggu sampai 😀

    Reply
  11. nadia johari says:
    December 4, 2017 at 2:19 am

    bagusnya kak..bolehla rekomen dekat sesiapa nak baut scaling tu

    Reply
  12. Ksjb says:
    December 4, 2017 at 2:26 am

    Doktor gigi macam ni la bagus. Orang yang takut nak buat scaling atau sebarang rawatan gigi memang mencari klinik gigi swasta. Servis lebih baik. Mahal pun mahallah janji berbaloi. Kalau kat klinik gigi kerajaan…hati-hatilah.

    Reply
  13. Lynda Che Lah says:
    December 10, 2017 at 6:12 pm

    Tak sakit ye kak Nina. Serams kadang tu. takpe. Kali ni kita cuba. Untuk kesihatan mulut dan gigi

    Reply
  14. ina says:
    December 10, 2017 at 6:22 pm

    ngilu pulak… eeehhh. ngeri. nak buat jgk sebenarnya.. btw canggih klinik ni ya..ade byran ansuran

    Reply
  15. TATI MANSUR says:
    December 10, 2017 at 7:01 pm

    Wahh!! Best tu k nina.. Gigi cantik, senyum pun mesti cantik..

    Reply
  16. JULIA JOHARI says:
    February 13, 2018 at 2:16 pm

    Wah menariknya…nak usya khidmat putihkan gigi la cmni hehe

    Reply
  17. Kayrole says:
    February 21, 2018 at 9:32 am

    Berapa harganya untuk full mouth scaling?

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 21, 2018 at 2:15 pm

      Hai Kayrole,
      Sebaiknya awak call klinik untuk sebarang pertanyaan. Risau kot tersalah bagi info

      Tel klinik
      03-4131 7945 / 018-3634945

      Reply
  18. zul says:
    June 9, 2018 at 12:29 pm

    berapa kos dia…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes